Dalam keadaaan polemik politik Malaysia yang membuatkan rakyat terbanyak bingung, banyak-banyakkan berdoa memohon ditunjuk arah bagi mereka yang benar dan dibukakan hati mereka yang berada dalam kegelapan.
HasbunAllah Wa Ni’mal Wakil.
Saya hanya berteleku di dinding sejarah melihat kisah yang membuatkan ramai hati tercalar. Rakyat terbanyak keliru, siapakah yang benar di antara mereka? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kembalikan kekeliruaan dan kekacauan ini kepada Allah.
Saya bukan pengkagum sesiapa melainkan ulama-ulama yang benar dan muktabar. Saya melihat dari jauh dan hanya merintih sedih bila kuasa, wang dan wanita menjadi rebutan. Kisah terbaru Malaysia? Turutilah fatwa Dr Taha Jabir Alwani yang disegani di serata alam iaitu hukum qazaf yang selayaknya digunapakai dalam kes ini.
Pendapat-pendapat berbeza di kalangan cendikiawan Islam tersebar luas. Hormatilah mereka dan raikan perbezaan mereka.
Namun dalam Islam terdapat kaedah asas dalam hukum kanun jenayah Islam yang mana dengan kaedah ini terpecahlah darinya pelbagai penyelesaiaan kepada permasalah jenayah.
Kaedah tersebut hasil dari hadith Nabi saw:
وعن ابن عباس -رضى الله عنهما- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: لو يعطى الناس بدعواهم، لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي واليمين على من أنكر حديث حسن رواه البيهقي وغيره، هكذا وبعضه في الصحيحين.
Mari kita baca selanjutnya fatwa Dr Yusuf Qardhawi tentang kaedah ini.
“ALBAYYINAH ‘ALAL MUDDA’I WAL YAMIN ‘ALA MAN ANKARA”
FATWA QARDAWI
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Soalan Pertama: Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunub dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?
Jawapan: Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.
(more…)