Berkesempatan bertemu Syiekh Nuruddin yang dihormati.

Benarlah kata Badiuuzzaman Syed an-Nursi yang dipetik di dalam kitabnya "Rasailun Nur" sahabat yang bersaudara kerana Allah nisbahnya 1+1+1= 111. Andai benar kita memahami setiap ilmu itu ijtihad seperti kata-kata di dalam kitab "muqaddimah Ibn Solah". Terima kasih pada sahabat-sahabat.

Setiap mujtahid itu "musib". Andai benar dua pahala, andai salah satu pahala. Dan berlapang dada di dalam masalah khilaf, juga usah mudah menjatuhkan hukum terhadap saudara-saudara yang lain. Kerana mungkin pasti masing-masing bersandar pada dalil dan istinbat dari sumber asal; al-Quran, Sunnah, Ijma’, Qias dan dalil2 yang mukhtlaf di kalangan ulama’. Ada di kalangan ulama’ yang menerima dalil isitinbat dari maslahah, dan ada yang tidak. Ada yang menerima Istishahb dan ada yang tidak. Masing-masing punya ijtihad sendiri yang mana semuanya bersandar pada dalil al-Quran dan Sunnah.

dan lebih ahsan

" Rai’yii Showab waYahtamilu Khoto’ wa Rai’yuka Khoto’ wayahtamilu showab".= "pendapatku benar namun mungkin sahaja salah. Pendapatmu salah, namun mungkin sahaja benar."

Beramallah " Ma Shohah Indak"

Berlapang dada, moga-moga kita sentiasa dipimpin hidayah dan taufiqnya sentiasa berbekal iman dan hati yang ikhlas kerana Allah dan Ittbaun-Nabi s.a.w. InshAllah.emoticon. Udah sahaja lho!

Wallhua’lam

p/s:Dari 12hb-17hb ada problem dlm posting disebabkan beberapa faktor: masa, kesilapan dalam ‘files’ "dont send error report" dll. Afwan