Talaqqi
Alhamdulillah
Syeikh Nuruddin ada di Subang sekarang. Dan akan terus hingga 15-16 April ini untuk satu Seminar besar. Anakah yang pelik sebab masih rindukan tanah itu. Medan tarbiyah menjadi manusia. Itulah bumi Mesir, bumi Firaun dan Musa. Biarlah orang bosan mendengar " saya teringat mesir". Tapi sesiapa yang pernah minum air Nil, pasti ingin kembali ke sana.
Sistem talqqi adalah warisan Islam tradisonal di dalam mempelajari ilmu. Seperti kata dari Sheikh ali Jum’ah. " Kita mahu mereke memahami kitab-kitab tradisi Islam dengan bahasa kita, dengan apa yang sepatutnya difahami, bukannya apa yang mereka mahu kita faham "- Islamica Magazine. Spring. (Tapi, bukan pula meghalang kita memahami dan memepelajari pemikiran-pemikran barat ideologi-ideologi mereka. Juga tidak sekali-kali bermakna kita tidak perlu bersikap kritikal dan berfikiran kritis. Penting, mempunyai asas kukuh dan guru yang mu’tabar.)
Menjadikan ianya sebagai jadual wajib bagi setiap penuntut/pencinta ilmu.Pentingnya guru muktabar. Menyedari diri yang masih kurang dari pebagai, membuatkn tidak pernah puas menunut ilmu. Ketika syeikh Nuruddin datang mesir, kami akan menadah ilmu sebanyak-banyaknya dari beliau. Berpisah dengan Mesir, ibarat berpisah dengan kekasih/khazanah ilmu. Rindu memang rindu. Ana pasti akan mencari peluang andai Syeikh datang Malaysia, bawa teman yang belum kenal, untuk kenal. Ilmu, carilah ia utk mendapat Rahmah Allah, kala ikan di air pun mengucapkan salam..
Gadis Palestin
Ana menemuinya lewat zohor tadi.Di depan pintu library.Mengejarnya, dengan suara kecill memanggil.Tanpa mempedulilkan sekeliling.Kebetulan tidak ramai orang. Iman..iman..Lantas kami bertukar khabar. Nampak sis nas pun sekadar melambai kerana peluang bertemu Iman perlu dihargai. Tambahan dia akan pulang ke Palestin hujung minggu ini. Mula-mulanya, sekadar sembang kosong, bertukar2 khabar. Namun kelihatan diwajahnya riak kurang ceria. Ana pasti. Setelah ditanya katanya.
" Aku akan balik hujung minggu ni, namun persiapan belum selesai lagi. Dan apa yang aku bimbangkan, wajah pertama yang akan aku lihat setelah kepulanganku adalah YAHUDI!."
Ana sekadar mengganguk dan mebiarkan dia bercerita. Ana memahami hatinya, dan kami terus bertukar cerita. Ana lebih banyak mendengar. Entah kenapa sebak pula bersembang dengannya kali ini. Kami mengahargai waktu bersama. Kerana banyak yang ana perlu berterima kasih padanya. Menolong banyak benda juga memasak untuk kami. Kirimkan salamku pada Palestin, Iman..
Betapa tanahmu itu juga tanah yang aku rindui sejak dari dulu. Menjejaki tanah ummat Islam, berkongsi kesedihan dan kesengsaraan juga perjuangan bersama. Memimpin anak-anak kecil melontar batu yang juga hantaran dari Tuhan…
-dialah yg sering menegur- " Berbicaralah dengan bahasa fushah wahai ..xx " . Aik.kalau terkena dengan dia, tahan telinga jelah..
Ana berjanji akan menemuinya sebelum dia pulang. Katanya, yang memang sudah sedih tapi masih mengukir senyum( Sebenarnya dia seorang yg sangat tabah,ceria, kelakar sesuai dengan kehidupannya sebagai anak palestin Katanya " jangan sebak-sebak, nanti akan menambah sedih lagi di hati." Benarlah. Perasaan itu bukan boleh dipaksa. Mulanya, ingatkan tak sedih, namun perasaan itu memang unik. Lahir dengan fitrah tanpa paksaan atau kepura-puraan. Segalanya akan datang dengan sendiri. Kerana kami bertemu atas nama sahabat di jalan Allah. Sedih sangat. Kalaulah dapat mengikutnya ke sana…Alangkah..SubhanAllah
Benua Berbeza :wanita merendahkan harga diri dan yang tinggi nilai diri
Tahu salah sebab lebih menyayangi mereka yang bukan satu bangsa dengan ana lebih dr bangsa sendiri. Tidak adil, tak sama rata pula. Entahlah, gadis Palestin, Turkistan, Kazahtastan, Syira, Turki, Us adalah sahabat-sahabat yang dekat amat dengan hati. Biarlah mereka itu cara berpakaian berbeza, tapi mereka muslimah-muslimah baik. Malah amat menghargai Islam. Susah payah mereka memiliki kebenaran tidaklah mereka sia-siakan begitu sahaja. Bukan mcm kita. Mudahnya menanggalkan hijab apabila rasa nak bergaya dengan " fashionble dress" or what so ever..
Please you didn’t even look gorgeous g or sexy with that kind of wardrobe, you only make me want to laugh at your stupidness and cry because seeing what you have done with your own dignity.” In short: I hate looking at your own stupidness.
ya Allah! tolong…sedar-sedarkan jiwa mereka itu.."
"Meh2 kita baling iman kita dalam longkang. Lepas balik kampus…kita ambik balik, pakai tudung dalam taxi..hahah..Maklumlah rambut baru blond ni, kaler cantik ni, kenalah bagi org nampak…yelah kan, dah buat rebonding.kat salon tu..tak kisah lah org nak kata apa..asal hidup enjoy beb Boleh blahlah dengan orang yg konservatif tu..They din’nt know anything…I don’t give a damn with them..hahhaha."
Ketawalah puas-puas..
Moga2 adalah hendaknya Rahmah dan Hidayah Allah buat mereka.
Iman pun geram sangat bila cerita apa yang dia alami..
Pakcik taxi: Sister, tak nak buka tudung ker
Iman: Kenapa cakap macam tu? Pakcik Taxi: Student xx memang mcm tu.
Iman: Bukan semua p.cik. Tapi Wanita jahat ( haha selamba jer..iman bagsu2 iman..ana sokong)
Berbeza dengan mereka. sahabat-sahabat.Walaupun mereka baru mengenal Islam. Mereka akan kata. Seperti gadis Turkistan. " Please teach me about islam. I want to know about Islam.." Bayangkan.! Rasa sayu dan kerdilnya diri ini. Kita?
Entahlah haru biru wanita-wanita kita. Tenggelam dalam "make-up" (kecantikan/hiburan yang dipelopori yahudi) yang konon2 nya berjenama/ high profile/ kualiti hidup tinggi/ mahal, tapi ciptaan Yahudi…Bersuka-suka lah kamu, Enjoy? Tapi sampai bila.
Itulah dua wajah, malah mungkin wajah-wajah tersembunyi yang lain. Di mana kita?
p/s: Credit For k.sarah untuk makluman tentang Syeikh. Juga Bro Tawel utk gambar itu. Bebarapa kali ana ambil gambar yang sama sejak di blog lama lagi. Memang ada sesuatu di situ. Tertarik dengan mesej tersembunyi di sebalik tiga lelaki menunut ilmu. Memaparkan indahnya Islam di sebalik segala perbezaan. Universalnya Islam, walau berbeza warna kulit, bahasa juga budaya tidak menghalang kita menyintai kerana Allah. Kerana ada sesuatu yang luar biasa mengikat hati kita. Aqidah yang sama..! Bukankah sahabat-sahabat R.A saling mengasihi kerana di atas jalan yang sama. Tidak pernah pula merasakan diri hebat di antara satu sama lain, walau mereka mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Bukankah dengan merendahkan diri akan di tinggikan oleh Allah.?
Andai sahaja, mampu kita atur satu satu barisan, bersama mara ke depan. Andai saja..Menanti tibanya saat itu, dengan dua, harapan dan sabar..insha-allah
me

sape sheikh nuruddin tu, ada kat subang, so ada program ke?
wah kalo ade area lembah kelang nih boleh lah join jg
Comment by Yamina — April 7, 2006 @ 1:01 am
sape sheikh nuruddin tu, if kat subang, leh lah jg attend prog dia…
Comment by Yamina — April 7, 2006 @ 1:02 am
*JUMAAT, 31 MAC 2006
10.00 pg - 11.30 pg:
Program Muslimat: Diskusi Kitab ‘Hukum Wanita Bermusafir’
(Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
12.50 tgh - 1.20 tgh:
Tazkirah Jumaat (Masjid Lapangan Terbang, Subang)
9.15 mlm - 10.45 mlm:
Syarahan Perdana: “Rasullullah SAW - Penyuluh Kegelapan Di Akhir Zaman”
(Surau Al-Hikmah, Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam)
SYARAHAN PERDANA SHEIKH NURUDDIN MARBU, 31.3.06
Assalamualaikum,
Saya mewakili pihak Surau Al-Hikmah, Subang Bestari, Seksyen U5 Shah
Alam dengan besar hati menjemput Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian untuk
menghadiri majlis Syarahan Perdana sempena menyambut Maulidur Rasul
1427H pada hari Jumaat, 31 Mac 2006.
Syarahan yang bertajuk “RASULULLAH SAW PENYULUH KEGELAPAN DI AKHIR
ZAMAN”akan disampaikan oleh tokoh ulama’ Nusantara, Al-Fadhil Sheikh
Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dari Indonesia selepas solat
Isyak.
InsyaAllah, pada majlis yang sama, Al-Fadhil Sheikh Nuruddin juga akan
mengijazahkan amalan Salawat Tafrijiyyah kepada semua hadirin. Sessi
soal-jawab akan diadakan selepas pengijazahan salawat, disusuli oleh
jamuan ringan selepas penutup majlis.
ATURCARA MAJLIS SYARAHAN PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN
1427H:
8.35 mlm :-
Azan Isyak
8.45 mlm :-
Solat Isyak (diimamkan oleh Ustaz Azrul Iswan Al-Hafiz, Imam Masjid
Lapangan Terbang Subang)
9.00 mlm :-
Kata-kata aluan dari pengerusi Majlis, Ustaz Hj. Fauza Mohd. Ali
9.05 mlm :-
Syarahan Perdana: “Rasulullah SAW - Penyuluh Kegelapan Di Akhir Zaman”
oleh Al-Fadhil Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,
Sheikhul Ma’had, Pesantren Ma’had Az-Zein Al-Makki Al-Ali, Bogor, Jawa
Barat, Indonesia
10.00 mlm :-
Pengijazahan amalan Salawat Tafrijiyah oleh Al-Fadhil Sheikh Nuruddin
10.15 mlm :-
Sessi soal-jawab
10.45 mlm :-
Salawat dan salam
10.55 mlm :-
Jamuan ringan dan bersurai
*SABTU, 1 APRIL 2006
9.00 pagi 10.30 pagi:
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh
Sahabat Jilid 1′
10.30 pg 12.30 pg:
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Mereka Yang Mendapatkan Syafaat Rasulullah
SAW’
5.15 ptg 6.45 ptg:
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Kedudukan Kaum Muslimin Yang Lemah Di Sisi
Allah’
8.00 mlm - 9.30 mlm:
FORUM: “Tasawuf - Kepentingan & Kedudukannya Di Dalam Islam”
Ahli Panel: Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki & Ustaz
Dr. Jahid Sidek, pengerusi: Ustaz Shauki Othman.
(Semua program di Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
*AHAD, 2 APRIL 2006
9.00 pagi 10.30 pagi:
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh
Sahabat Jilid 1′
10.30 pg 12.30 pg:
Pengajian & Diskusi Kitab ‘Mereka Yang Mendapatkan Syafaat Rasulullah
SAW’
(Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
8.00 mlm - 9.30 mlm:
Diskusi Kitab ‘Sarana Sedekah Di Dalam Islam’
(Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan, Seremban)
*ISNIN, 3 APRIL 2006
8.00 mlm - 9.30 mlm:
Program Khas - Kesempurnaan Solat 1
(Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
*SELASA, 4 APRIL 2006
8.00 mlm - 9.30 mlm:
Program Khas - Kesempurnaan Solat 2
(Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
**PROGRAM DI KEDAH:
RABU, 5 APRIL 2006 - SELASA, 11 APRIL 2006
Pengajian & Diskusi Kitab di Alor Setar & Sg. Petani
*PROGRAM DI SABAH:
*KHAMIS, 13 APRIL 2006
5.30 pg - 6.30 pg:
Pengijazahan Hizib Bahr & Tazkirah
(Masjid Negeri, Kota Kinabalu)
10.30 pg 12.45 tgh:
Program Kefahaman Islam II Maulid Nabi SAW
(SMK Sri Nangka, Tuaran)
4.00 ptg - 5.30 ptg:
Perjumpaan Mahabbah Dengan Bekas Murid-Murid Sheikh Nuruddin
(Pondok Fi Zilalil Quran, Kota Belud)
7.00 mlm - 8.30 mlm:
Diskusi Kitab ‘Mereka Yang Mendapatkan Syafaat Rasulullah SAW’
(Masjid Jamik, Kota Belud)
*JUMAAT, 14 APRIL 2006
5.30 pg - 6.30 pg:
Pengijazahan Hizib Nawawi & Tazkirah
(Masjid Negeri, Kota Kinabalu)
8.30 pg - 10.30 pg:
Diskusi Kitab ‘Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1′
(Masjid Negeri, Kota Kinabalu)
4.00 ptg - 5.00 ptg:
Program Muslimat: Diskusi Kitab ‘Hukum Wanita Bermusafir’
(Masjid Negeri, Kota Kinabalu)
8.00 mlm 10.30 mlm:
Diskusi Kitab ‘Kedudukan Kaum Muslimin Yang Lemah Di Sisi Allah’
(Masjid Negeri, Kota Kinabalu)
*SABTU, 15 APRIL 2006
7.00 pg - 8.00 pg:
Pengijazahan Ratib Haddad & Tazkirah
(Masjid Putrajaya, Telipok)
8.30 pg 10.00 pg:
Diskusi Kitab ‘Mereka Yang Mendapatkan Syafaat Rasulullah SAW’
(Masjid Putrajaya, Telipok)
10.45 pg 12.00 tgh:
Diskusi Kitab ‘Kumpulan Hadits Nabawi Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1′
(Masjid Putrajaya, Telipok)
*AHAD, 16 APRIL 2006
8.30 pg - 10.30 pg:
Seminar ‘Islam sebagai Cara Hidup’ : Pengajian Fiqh, Tertib, Adab &
Kewajibannya
(Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur)
PERHATIAN:
Yuran pendaftaran sebanyak RM50 dikenakan untuk peserta-peserta
pengajian di MASJID AL-FALAH, USJ9 SUBANG JAYA untuk menampung kos pengurusan
(termasuk 3 kitab yang akan didiskusikan)
URUSETIA PROGRAM:
MASJID AL-FALAH, USJ 9, SUBANG JAYA:
PN. HJH. SALWA BAHAROM (012-297 5511)
SURAU AL-HIKMAH, SUBANG BESTARI ZON 3, SEKSYEN U5, SHAH ALAM:
SDR ZAIN (012-308 3086)
SURAU AN-NUR, JALAN 2/5K, BANDAR SEREMBAN SELATAN, SEREMBAN:
USTAZ MUHAMMAD KHUSHAIRI (019-664 4700)
PROGRAM DI KEDAH:
* HJ MAHMOOD RADZI (019-451 1020)
PROGRAM DI SABAH:
* USTAZ ABD AZIM (019-521 7663)
Sekian, harap maklum..
Comment by Administrator — April 7, 2006 @ 10:00 am
sahbat2 yang ingin kenal syeikh nuruddin, bolehlah ke Raudhah.com.
Comment by Administrator — April 12, 2006 @ 8:04 am