Hatiku pecah lagi
Dosaku melimpahi
Setiap urat nadi
Hatiku pecah lagi
Janji pada Allah tidak terlunasi
Kantung amalku ringan tidak terpenuhi
Hatiku pecah lagi
Sesak dunia fana ini
Aku ditengahnya tersepit diri
Hatiku pecah lagi
Tangis rindu padaMu ya Rabbi
Makin jauh atau mampirkah diri ini
Hatiku pecah lagi
Jiwa selimut ghaflah duniawi
Parah menjerit sendiri
Hatiku pecah lagi
CintaMu ingin kudakapi
Retorikkah atau hanya ilusi
Hatiku pecah lagi
Jalan menemuiMu
Seringku tangguhi
Hatiku pecah lagi
Ya Allah
Tidak ingin aku selain dariMu
Hanya Redha CintaMu puncak harapanku
Hanya mengingatiMu ingin kujejaki..
Hanya RahmahMu ingin kujelajahi
Ingin lari dari selainMu
Ingin uzlah dari mimpiku
Ingin tajrid ghaflah duniaku
Agar
Hatiku tidak pecah lagi
Agar
Hatiku selesa memugar rahsia
Pekat malam: –.–


Moga harapan puisi ini dapat digunakan dalam kehidupan.
Comment by Hakim Dirani — August 27, 2006 @ 3:48 pm
Nai, lama tak jumpa..windu la….
Jangan lupa seminar 2-3 september. Jumpa di sana…
Comment by bazrah — August 29, 2006 @ 5:04 pm
bahaya ni hati pecah.. pasal sebaik2 daging dalam badan ialah hati.. eh silap, jantung. eh kalo bhasa arab, qalb, bhasa inggeris, heart, tp kenapa dalam bhasa melayu hadith tu tulih hati?
ish ish.. pening2..
Comment by amar_kun — August 30, 2006 @ 5:49 am
bahaya ni hati pecah
hati yang dimaksudkan tu ialah hati maknawi. “pecah hati” pula maknanya “kesedihan yang teramat sangat” atau “broken hearted”. “pecah hati” inilah yang berkesan mungundang rahmat Allah.
maaf ye, saya menyibuk di sini. blog yang sangat bermanfaat, alhamdulillah.
sedang menunggu perbahasan takhrij hadith musalsal di bawah…
Comment by tetamu — August 30, 2006 @ 11:28 am
salam.. terima kasih kepada encik/cik tetamu kerana menjawab persoalan di atas.
Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a. katanya,
aku mendengar RasululLAH s.a.w. bersabda:
“……….Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan
apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu
yang dikatakan hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
hmm.. bukannya saya ingin menidakkan penerangan daripada encik/cik tetamu. ttp di sini, hati yg digunakan dalam translation bhasa melayu itu, kalo bhasa arab, dia guna ‘al-qalb’ kalo bhasa inggeris dia guna ‘heart’. kalo translet semula pakai kamus dwibahasa, heart tu ialah jantung.
penemuan sains terkini ada membuktikan yg jantung mengeluarkan enzyme yg akan memberi arahan kepada otak utk menjalankan aktiviti2 harian. jadi, bukan otaklah yg mengawal badan, ttp yg mengawal ialah jantung. ini bertepatan dgn hadith di atas.
terdapat juga laporan bahawa pesakit2 yg menjalankan heart transplant berubah perangai kalo dibandingkan sebelum pembedahan. ini mungkin berkaitan dgn jantung, kerana jantung2 mereka telah pun ditukar. ini juga bertepatan dgn hadis di atas.
kemudian, jika diperhatikan pada sirah Rasulullah s.a.w, Jibril a.s telah turun ke bumi ketika baginda kanak-kanak, dan membelah dada baginda dan mencuci JANTUNG baginda. dan bukannya hati. ini juga bertepatan dgn hadith di atas.
dan jika mayat manusia dibelah, dan dikeluarkan jantung dan hatinya, jantung(heart) ialah benda yg ’seketul’ manakala hati (liver) pula ialah ’sekeping’. ini bertepatan dgn hadith di atas ttg ’seketul daging’. ini juga bertepatan dgn lagu kumpulan saujana ’suci sekeping hati’.
ini adalah perbincangan ilmiah dan tidak bertujuan utk memeningkan mana-mana pihak. jika ada kesalahan harap dimaafkan.
wallahua’lam
Comment by amar_kun — August 30, 2006 @ 9:15 pm
A’kum semua
hakim: terima kasih, moga-moga Allah membersihkan diri kita dari selain dariNya, hingga kita benar-benar mengenal makna Ihsan, kita masih teraba-raba..Em, walau apapun jua definasinya, samada tasawwuf, takdkiyatun nafs, persoalan nya sama. Walaupun terdapat pihak yang mengatakan Tasawuf di gunakan oleh puak sufi, Takdzkiyatun Nafs digunakan oleh salaf, namun ana lebih senang menggunakan kedua-duanya. Setiap drnya ada penghujahan tersendiri dan kuat.
bazrah:windu tu apa? adakah sejenis kek yang boleh dimakan..;),..inshAllah tak lupa..semua pun dijemput,,dtg ke sini, 2/3 sept. untuk seminar yang seperti di kuantan baru2 ni cuma setengah dari masyaeikh2 sahaja dapat datang..
amarkun: terima kasih atas pertanyaan dan komentar..
tetamu: terima kasih kerana tolong jawabkan, indeed precisely by what i mean,,jazakAllah..tiada apa pun, sila lah letak komen, blogsome tak perlu bayar , manfaat adalah sesuatu yang dikongsi, dan memerlukan dua pihak..saling memberi dan menerima,
pengupasan tentang takhrij tu inshAllah akan dibuat sedikit sedikit,ianya hasil perbincangan dengan Syeikh Hadith di sini, setelah mendengar sendniri penjelasan Syeikh Nuruddin setelah isu tersebut menjadi sangat kontrverso baru-baru ni..Doakan moga2 Allah beri ana kesempatan untuk mengupas isu itu dengan teliti dan jelas
Amin, moga2 hendaknya limpahan Rahmah Allah sentiasa membasahi kita, di sebalik kepanasan dunia ini..
Bila memerhati diri kita yang berselirat dosa rasa betapa lemahnya, namun kita perlu menggantungkan Rahmah Allahlah yang menyelamatkan kita, bukan amalan kita… ini yang ditekan oleh Ibn Athaillah untuk mencapai maqam mukhlisin dan solihin..
Comment by Administrator — August 31, 2006 @ 8:08 am
AmarKun: Alhamdulillah, terima kasih atas penerangan tentang hati
Ianya satu persoalan qalb adakah jantung atau hati memang menarik untuk dikupas, kerana ana tiada jawapannya sekarang, inshAllah akan diulas kemudiaannya
cuma rasanya di blog bro Tawel pernah mengupas isu ini…
boleh klik di sini..
http://hembusan.blogspot.com/2006/03/jantung-yang-suci.html
persoalan hati yang encik/cik tetamu tolong jawapkan sebenarna tepat dengan apa yang ana maksudnya…
iana majaz ma’nawi atau pun kita maksudkan sesuatu yang lahir darinya, maksud ana benar kesedihan yang diluahkan melalui tangisan. Puisi ini tercetus bila membaca kitab haalat ahlul ma’rifah karangan imam ar-rifaie yang diterjemahkan oleh Al-marhum seikh Semait, bilamana di dalam tulisan
muqaddim
ahnya beliau mngatakan…”hatiku pecah lagi…”,,dan seterusnya..
bila dilihat ianya merupakan metafora(betul ke) di dalam menyatakan sesuatu, tidak mungkin hati pecah, namun benar apa yang Tetamu kata, ianya kesedihan tidak lain bila mengingatkan kita ini hamba Allah yang berdosa di dunia yang fana ini..
soalan Amar Kun itu pula lebih merujuk kepada hadith yang popular itu dan bukan kpd puisi ana ini pd pandang
an ana, kerana ianya lebih kepada persoalan definasi hati bila merujuk kepada mafhum hadith itu..
sesiapa yang dapat membantu silalah ye..
jazakAllah
Comment by Administrator — August 31, 2006 @ 8:18 am
Di sini ada problem bahasa nampaknya. Dalam bahasa Malaysia, kita juga menta’rifkan heart atau qalb sebagai jantung. Tetapi dah jadi bahasa harian dan penggunaan untuk menggambarkan qalb (latifah rabbaniyah ini) sebagai hati. Secara istilah betulnya ialah jantung.
Kalau dalam tasawuf, zikrullah akan dihantar ke Latifatul Qalbi. Dan secara zahirnya, tempat latitul qalbi adalah bertepatan dengan jantung kita, di bahagian bawah dada di sebelah kiri. Di situ zikir di hantar.
Tapi, dah sejak zaman tok nenek kita, mendefinisikan qalb sebagai hati.
Semasa saya di tingkatan Empat, Arwah guru saya, Ustaz Ahmad Puad Halmi yang bertariqah, berulang kali membincangkan tentang makna hati ni. Qalb=heart=jantung. Tapi dah seluruh antero Malaysia dah kata hati…hmm tak pa lah kot.
Hati yang sebenarnya “kabid” kalau tak salah saya= liver=hati. Yang ni pun kita panggil hati jugak.
Secara zahir dan batin. Sebenarnya tak da perbezaan. Memang qalb adalah jantung. Jantung bermulanya denyut nadi manusia. Dan dari jantunglah bermulanya perjalanan rohani manusia.
Mungkin kita kena letak makna baru bagi qalb, iaitu jantung-hati.
Comment by bazrah — August 31, 2006 @ 2:48 pm
alhamdudulillah, sejuk jantung saya mendengar penerangan kalian. terima kasih.
saya pernah dengar kata2 “Allah bersama2 dengan hamba yang pecah kalbunya kerana mengingati Allah”. harapnya ustazah admin dan pembaca dapat beritahu saya sumbernya, apakah hadith qusdi? atau athar sahabat/ulamak?
terima kasih
akhu-kum fillah
Comment by tetamu — August 31, 2006 @ 6:04 pm
salam.. terima kasih kak nai dan kak/abg (?) bazrah pasal komen definisi qalb=hati+jantung itu. semoga perbincangan yg sedikit ini dapat memberi manfaat kepada yg lain.
Comment by amar_kun — August 31, 2006 @ 7:30 pm
bazrah: terima kasih banget k,ma. Moga Allah menerangkan terus-terus jantung kita dengan NurNya…:)
Tetamu: Akan dicheck nanti, sekarang kami sedang bertemu dengan syeikh2 kabir, sangat bersyukur dan gembira. Tidak terkira
Amar Kun: JazakAllah, terima kasih buat saudara Amar. Cetusan soalan yang menyelasaikan isu lughah istilahi..terima kasih
amin
Comment by Administrator — September 2, 2006 @ 11:28 am
Salam adikku..
Sungguh puitis n mendalam makna puisi mu ini..Semoga kita semua sentiasa diredhaiNya..InsyaAllah..
Rindu kat Sum..bile nak jumpa lagi ye..Ade rezki jumpa lagi ya:)
Comment by kakakmu.. — September 10, 2006 @ 2:43 am