
Bismillahi MasyAllah.
Allahumma Solli ‘Ala An-Nabi Wayusallimu Taslima.
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu'’.Riwayah Muslim.
Hari ni hari Jumaat. Hari paling barakah dan hari yang dipilih Allah. Disunnahkan banyak berselawat pada Habibuna Rasulullah s.a.w. Hari di dalamnya terdapat rahsia dikabulkan apa sahaja permintaan. Walau ulama’ berselisih pendapat akan dhobit waktunya, namun hikmahnya berdoalah tiap masa. Ditekankan pada waktu diantara dua khutbah dan akhir petang jumaah. Kira-kira waktu akhir sebelum maghrib.

Langit cerah seperti biasa. Namun level iman kita entah bagaimana khabarnya. Kalaulah tidak kerana disyariatkan Allah solat lima waktu sehari, pasti segenap ruh kita kosong dari cucian dunia yang melatari jiwa. Alhamdulillah. Sebenarnya, agak kekok lagi menaip di sini. Sambil melihat kitab-kitab di depan, tugas menulis yang masih dalam proses diam-diam mengakui. Ibarat iman yang perlu ditajdid tiap saat, dengan bacaan ayat suci Al-Quran zikrullah dan selawat pada Nabi SollAllahualaihi Wassalam begitu juga dengan menulis. Andai dibiar sahaja, pasti kaku jari.
” Allah Subhanahuwataa’la tidak akan meyeksa hati seseorang yang mendengar Al-Quran.” (athasr Riwayat Ad Daarimi dari Abi ‘Umaamah Al Baahili, dimana status Atasr ini mauquf).
Menulislah dengan amanah kerana ianya warisan para Ulama’ silam. Lihat sahaja Imam Fakhruddin Ar-razi dalam masa sepuluh tahun telah mengarang kitab-kitab yang muktabar termasuk kitab tafsirnya yang terkenal. Ulama’-ulama’ muktabar silam; alwarasthatul anbiya’ hampir kesemuanya menulis. Mereka belajar, mencurahkan secara berdepan dengan murid dan menulis. Kehidupan mereka dihabiskan begitulah. Tulisan mereka hidup hingga sekarang. Begitulah mereka, pewaris nabi. Penyambung salasilah ilmu Islam.
Menulis pelbagai kitab hanya dengan umur yang sedikit. Mereka mampu kerana takutkan Allah. Kerana taqwa. Kerana taqwa. Kerana menjauhi maksiah, syubhah, tidak melazimi dosa kecil, wara’ tidak membolehkan perkara harus pada diri mereka.
Haul ii
Pada masa itu dengan tiga kereta dari arah yang berlainkan kami sampai juga di Masjid Baitul Aman. Bila tiba, melihat banjiran manusia yang berada terasa sangat bersyukur kerana Allah juga kami boleh menghadiri majlis mengingati wali Allah ini. Bukankah Sufyan At-thauri telah berkata: ” Dengan menyebut akan Ulama’ akan menurunkan barakah”. Kitab Risalah Mustarsyidin Imam Al-Muthasabi ditahqiq oleh syeikh Abu Fatah Abu Ghuddah. Bauan-bauan minyak atar yang wangi menyelubungi masjid yang sederhana kecil itu.
Selepas majlis khatam Alquran, dibaca Doa Birrul Walidain yang meruntun jiwa. Kata AlBazrah, itulah doa yg sangat bermakna. Selepas solat jemaah maghrib bersama-sama juga bacaan Ratib Haddad kemudian alunan merdu qasidah Imam Haddad yang bertajuk ” Qod Kafani Ilmu Rabbi.” Sedikit sedutan Imam Haddad dibaca oleh Imam Masjid Ba’lawi Singapura. Mendengar kisahnya kita kagum sendirian. SubhanAllah. Tentunya kelahiran insan luar biasa disedari sejak kecil lagi. Ketika masih pemuda Imam Haddad sudah mempunyai pelbagai kelebihan. Imam Haddad telah berkata. Tiadalah Sunnah melainkan telah aku amalkan. Di antaranya lagi apa yang telah dinaqalkan oleh Habib Al-Kaf dari Indonesia ialah semasa hayatnya Imam Haddad telah berdebat dengan Imam Haramain. Usai sahaja, Imam Haramain bertanya kepada beliau, ” Apakah mazhabmu? ” Jawab Imam Haddad. Mazhabku ialah Syafie. Maka jawab Imam Haramain. ” Hanya sanya mazhabmu ialah Al-quran dan Sunnah.”. Namun dengan kerendahan jiwa dan tawadhu’nya Imam Haddad tidak mencipta mazhab sendiri walau boleh mencapai tahap mujtahid mutlaq. Allahuakbar.
Apabila Sheikh Afifuddin Al-Qadiri Al-Jailani Al-Hasani dari Iraq dalam bahasa inggeris, menuturkan kalamnya yang sangat sederhana dengan suara yang sederhana. Masing-masing sudah diruntun sebak. Bicaranya akan hakikat kehambaan kita, akan diri kita yang lemah jiwa dan hati sungguh-sungguh kesannya sangat luar biasa. Mengalirlah air mata masing-masing hadirin di majlis itu. Tekan Syeikh bagaimana kira-kira kitab-kitab ulama’ dahulu diteladani hingga sekarang kerana mempunyai ruhi dan timbul dari hati yang ikhlas. Begitu juga ibadah dan doa. Sedang kita? Allahuakbar! Banyak khalal kita sebagai manusia di akhir zaman. Kalam-kalam mereka semuanya ikhlas dan memberi itmi’nan yang sangat ajib kepada hadirin. Walau sederhana namun kalam yang keluar dari hati akan sampai ke hati. Lembut. Kemuncak adalah kalam dari Al-Habib Umar bin Hamid Al-Jailani dalam bahasa arab kemudian diterjemahkan ke bahasa melayu. Memadailah Allah sebagai puncak segalanya. Pasti kita akan dipimpin Allah. Jagalah segala apa yang disuruh Allah, pasti kembali Allah menjaga kita. Dipelihara hati, mata, telinga dengan segala yang Allah suruh nescaya segalanya juga menuju kepada ketaatan Allah semata kerana Allah telah memimpinnya di setiap kerdip mata, atur langkah, gerak hati dan pandangan semuanya.
Majlis diakhiri dengan bacaan Qasidah bertajuk Khudz Yamina. Kami diberi buku Wasiat 2 dan kitab kecil Ratib Hadad. Alhamdulillah. Kami pulang dengan harapan mendapat barakah dari majlis yang dipenuhi barakah. Pulang dengan hati yang baru, seperti pesan Habaib, memberi satu perkara baru untuk hati-hati dan diri-diri kami.
Hari seterusnya, yakni hari keesokkannya di Masjid Bukhari di jalan hang tuah. Walau agak susah mencarinya namun sampai juga kami ke sana. Hari kedua lebih ditumpukan akan bagaimana rasa cinta kita pada Rasulullah saw harus dizahirkan. Akan pentingkan kita mengingat kesusahan perjuangan Nabi s.a.w bagaimana Baginda begitu kasihkan ummatnya hingga detik nafas yang terakhir. Kita? Mensia-siakan kerisauan Rasulullah s.a.w itu. Walau tahu, namun kerana nafsu ammarah bissu’ sering-sering kita buat tidak tahu! Allahuakbar! Ujian besar adalah cinta manusia dan dunia. Wanita dan lelaki.
Tidak semua Habaib hadir, namun tetap kami bersyukur dan berpuas hati. Bertemu dan makan bersama keturunan Ahlul-Bait buat kami gembira. Walau kami bukan dari kalangan mereka, namun moganya dengan mencintai Ahlul bait bukti cinta juga pada Rasulullah s.a.w. Moga juga dari kalangan kita-kitalah akan lahirnya para pejuang Islam, ulama’ ‘amilin yang mukhlisin dan muttaqin yang dicintai dan menyintai Allah. Usai membeli cd-cd Habib Ali Jufri kami pulang dengan harapan membawa jiwa yang makin bercahaya, moganya inshAllah. Kerana dunia sekarang terlalu berdebu Hitamnya menggelapkan hati. Dan pembersih bagi debu-debu itu makin kurang, di mana sahaja kita mendapatinya akan kita kejar selagi diberi peluang Allah dan tidak melangkaui batas syara’.
Ittaqillah fir sirri- Fear Allah~
Ittaqilah fir jahr- Fear Allah~
Ittaqillah fi ‘ilani- Fear Allah~
the upmost picture above from hembusan.blogspot.

Assalamu’alaikum. Untung ustazah nailofar dapat pergi ke haul tersebut. Bagus design baru blog ni.
Comment by Malakian — December 15, 2006 @ 10:58 am
BarakAllahulak. Alhamdulillah semuanya atas kehendak, keizinan dan kurniaNya juga. Saudara Malakian tak dpt pi ka? Takpa, yg pasti walau ada sahabat-sahabat kita yang berkeinginan menghadiri namun tidak dapat atas sebab-sebab tertentu diberi pahala juga atas niat yang baik.
Terima kasih. And i owed this beautiful and heartwarming design and layout to sahabati al-mahbubah Elzahra. The compliment must goes to her with the nikmah given by Allah to HIS servents. And Allah is the only one who deserve the hamd.
gambaq kt atas tu dr Zaytuna Institute, tk silap ana.
Comment by Administrator — December 15, 2006 @ 2:36 pm
Saya tak pegi ustazah. Memang cantik gambar kat atas tu. Tahniah kat ustazah dan saudari elzahra atas blog yang bagus dan bermanfaat ni. Ade ke video haul tu kat youtube atau google video?
Wassalam.
Comment by Malakian — December 16, 2006 @ 6:56 am
salam ya akhina al-kiram
ada rasanya di al-hawi.net. Cuba saudara ke sana dan ke video 2006. Cuma takdelah semua. Syeikh Afefuddin dan Habib Al-Kaf takde. Tapi Habib Jailani adalah.. Bolehlah ke sana ya…ada jadual pengajian sekali..InshAllah
Comment by Administrator — December 16, 2006 @ 10:52 am
Assalamualaikum..
Ukht Nai,
Syukran jwb secara ringkas kat bank wahabi…Moga dirahmati Allah…
Semalam ada majlis ilmu kat gombak,yg hadir syiekh usman dr beirut,anak murid syiekh abdullah al-harari…
yg bestnya dan manfaah kabirah jiddan..dpt bertabarruk dgn juz’un min sya’ri an-Nabiyy Shallalahualaihi wasllam…ada sanad yg itu rambut baginda….Inilah peluang yg sy impikan selama ini..bukan senang nak dpt peluang mcm ini…
tapi kalau wahbai marahlah kita bertabarruk..apalah mereka ini…sedangkan begitu banyak hadith2 yg membenrkan tabarruk…
wslm..
Comment by a.fathi — December 17, 2006 @ 12:08 am
nai..nnt akak sambung ye. akak masih belum sihat lagi…1-2 lagi..tgklah. Minta maaf sgt. Letih lagi dengan si kecik yg semakin lasak tu.
Comment by kak awmko — December 17, 2006 @ 4:07 am
Terima kasih banyak ustazah atas maklumat tu.
Wassalam.
Comment by Malakian — December 18, 2006 @ 12:39 am
Ustazah, nampaknya video itu telah diupload di google video. Mungkin sesiapa yang berminat bolehlah download dari google video atau simpan ke hard disk menggunakan perkhidmatan keepvid.com.
Terima kasih ustazah. Wassalam.
Comment by Malakian — December 18, 2006 @ 12:52 am
A.Fathi: BarakAllahulak..Alhamdulilllah..seronoknya dpt pi…kalau berkesemptan ceritalah dalam BankWahabi
Kak: Ya Allah, kak. Jangan risau2 dgn hal2 ni ye (make-up blog ni la..:).Apa yg ada dah cukup bersyukur dah cantik dh ni. You have done more than enough.Jazakillah.Kak jaga diri baik2 ye..Take care dan kirim sayang pd Muhammad…
Comment by Administrator — December 20, 2006 @ 11:08 am
Malakian: Jazakillah byk Saudara atas maklumat tu. Moga dapat dimanfaat oleh sahabat2 kita yg lain. Teruskan juga ya menulis Saudara. Saudara punya laman yg bermanafaat. Terima kasih tas ziarah ke blog ana yg faqer ni.
Comment by Administrator — December 20, 2006 @ 11:10 am