• Sekadar sebaran makluman awal, agar semua dari kita yang berminat dapat menyusun masa awal dari sekarang. Pertembungan jadual pasti akan berlaku kerana pada masa tu sebahagian kampus bercuti, program keluarga juga majlis Sambutan Maulid di tempat lain. Jesteru, inshAllah rancanglah masa kita dengan bijak agar hikmah barang kehilangan mu’min dapat kita kutip semampunya dan meraikan hak-hak disekelilng kita dengan sebaiknya.
  • Persidangan pertama dalam bulan ini yang telah lepas telah bertembung dengan program Syeikh Nuruddin di UIA, oleh itu tidak semua dari kita dapat menghadirinya. InshAllah bagi yang belum, sama-sama kita rebut peluang ini.
  • Jasa Ulama’ Nusantara kepada perkembangan Islam di Asia tidak dapat dinafikan. Bagaimana Wali Songo datang sebagai daie ke Asia, meyebarkan Islam menerusi pengajian tradisonal, poliltik juga melawan penjajah sering di pandang sebelah mata. Nama mereka iabarat luput dari mata sejarah. Namun bagi yang sedar, jasa-jasa mereka bukan sedikit. (Jangan pula nanti yang kata org yang mengaji kat pondk sesat. Ada teman ana yang mengatakan begitu depan mata ana sendiri. Katanya ada tokoh Tajdid di malaysia dah berjaya menyelamat org2 pondok dr fahaman salah mereka. Aduhai teman, pening kepada den mcm ni. Mengaji kat pondoklah yang banyak barakahnya, depa tak kejar sijil (tp memang sijil tu wasilah dakwa) ilmunya tulen dan bersanad juga bertalaqqi. walau ada sistem yang boleh dibaiki sumbangan pondok kepada tamadun Islam dan perkembangan ilmu Islam di Nusantara memang perlu dihargai. Antum mengaji habis lagi ka, berani nak kata begitu.Astaghfirullah.Rasanya serasa ana makin  mengaji makin rasa tak pandai adalah. Allah,Allah.)
  • "Hanyasanya dengan memperingati Ulama’ akan menurunkan barakah." Telah berkata Sufyan b. Uyaynah yang telah dinaqalkan dalam kitab Risalah Mustarshidin yang ditahqiq oleh As-syeikh Abu Ghuddah dan dikarang oleh Imam Al-Muhatsibi.
  • Untuk makluman lanjut bolehlah ke website Yayasan Jenderam.
  • Laman web berkaitan: Jemput ke http://hembusan.blogspot.com/2006/12/mat-saleh-alim.html#art (Artikel asal telah ditulis oleh Sidi Mugharrib di sitenya, namun dikemas kini oleh Akhina Tawel di sitenya.)