"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al-Ahzab:36)

Hari Merdeka? Entah, tidak tahu, tidak baca suratkhabar, tidak menonton tv. Tiada semangat patriotik? Ya, benar!

Tolonglah! Encik-encik polis, saudara yang berauthoriti tangkap insan-insan berdua-duaan dengan ketiganya syaitan di tepi-tepi taman, supaya tiada lagi bayi menangis di tepi longkang! Atau pusat-pusat kebajikan yang penuh dengan anak-anak muda tersilap pilih jalan!

Tolonglah! Kami penat melihat dosa mereka!

Tolong! Convest telah tamat, pusat tersebarnya maksiat.Prejudis? Mungkin, kalau maslahahnya 10% dari 90% mafsadahnya, makanya apa yang diharapkan lagi kebaikkannya, ikhltilat!

Aduhai! pening pakcik makcik kat kampung!

Tolong! Di mana rasa bertuhan, di mana rasa takut dan cinta pada Allah. Andai tiada seribu alasan diberi untuk menghalalkan dosa, maksiat dan bidaah sayyiah. Kalian gembira ye bercouple? Kami sengsara melihat peritnya natijah dosa kalian, buat hati kami parah bila selalu melihat, ditegur dengan hikmah tiada kesan, hanya doa, moga-moga tidak lagi kalian menukar cinta Allah dengan murahnya cinta manusia..Kami tidak sanggup! Air mata kami kering..melihat kalianlah!

Moga-moga kita sedar dan tahu, seperti Ibn Qayyim katakan, andaikata kalian merasakan mebuat maksiat itu nikmat, namun meninggalkan maksiat itu merupakan nikmat yang paling besar tidak mungkin dinyatakan!

Allah lebih cemburu daripada boyfreind-boyfreind kamu itu! Allah yang kita harapkan dari segalanya..

Tolonglah! Berhentilah berdating! Berpasangan tidak halal! Andai dibuat reeserch berdasarkan kajian ilmiah, bertunjangkan nas-nas syara’, psikologi, sosiologi, berpasangan sebelum kahwin adakah kebaikkannya?

Saddhu ad-zharaie’ please! 

p/s: Teman kami ada mengatakan sekarang dunia sekarang di dalam 50 pasangan bercinta susah nak cari yang tak keluar, 1-50, jadi menurut timbangan syara’ bolehkah dihalalkan bercinta sebelum kahwin atau berpasangan,? Qaedah Feqhiah: Menjauhi mafsadah lebih didahulukan dari mengambil maslahah.Oh, dunia! Kalaulah seantero manusia kenal akan Allah, aqidah dan tauhid, mempunyai tarbiyah islamiah, alangkah indahnya, di didik dengan cinta Allah! Pasti tiada yang indah selainnya..Namun? Jestru, carilah pasangan yang soleh/hah agar generasi yang akan lahir dari rahim-rahim wanita solehah itu akan memelihara dari murka Allah dan menebarkan cahaya LailahaiLLAh. Walau kita di kalangan yang sedikit, yang tidak mahu terjatuh ke lubang yang sama kedua kali, biarlah! Kita ingin yang sedikit ini

_____

Nota kaki tanpa tajuk kepada matan tanpa tajuk

* Maaf, mungkin bicara kali ini agak keras, namun kita selalu berlembut, malah sentiasa tunduk dengan bicara hingga ahli maksiat makin naik kepala, kita tahu ada method di dalam mendekati mereka. Adakalanya kita mengingatkan mereka dan diri kita akan nikmatnya cinta dan harap pada Allah, Allah besar pengampunannya, besar RahmahNya, kita belai mereka dan diri kita dengan bicara halus dan lembut. Namun, adakala kita perlu bijak mengetuk juga hati mereka agar mereka dan kita tidak lupa akan azab Allah, akan takut, takut, takut pada Allah. Akan tujuaan utama hidup ini. Akan hinanya dunia yang kita kejar dan cintai ini. Khauf dan raja’ perlu seimbang.

* Walau juga bicara ini agak keras, namun ianya lebih tertuju bukan pada masyarakat awam, namun pada diri sendiri dan mereka yang terpelajar dan yang mengetahui halal haram lebih dari yang lain. Jika kita mengaku kita ingin membawa panji-panji Islam, maka kita perlu mengetatkan lagi mujahadah kita,


Jika kita melaungkan kalimah Allah, bercita-cita pula menjadi pejuang Islam, maka
Jauhilah dosa-dosa kecil, dan tepatilah apa yang kita katakan, jauhilah fitnah wanita dan wanita usahlah menjadi fitnah pula; kalau kita mengaku terpelajar jadi bersikaplah seperti insan terpelajar! Jika kita mendalami ilmu agama, maka berwaspadalah, ilmu itu amanah yang akan ditanya lebih dahulu di akhirat, amanah tak terpikul, andai kita mengorbankan ilmu itu dengan nafsu lawwamah, alangkah kasihan dan ruginya kita! Alangkah sedihnya andai kita tidak pula rasa bersalah dan berdosa membuat maksiat dan dosa. Sudahlah membuat maksiat, bangga pula. Aduhai! Apakah jawapan yang kita ingin beri dihadapan Allah nanti.

* Walau apapun jua, kita tidak membenci ahli maksiat, namun kita membenci akan apa yang mereka lakukan. Seperti Syakh Khalid Yassin pernah katakan di dalam salah satu talknya, kita sayang mereka, walau mereka membuat maksiat, kerana mungkin di antara mereka ada Saidina Khalid Al-Walid, Saidina Umar, Hamzah! Kita tidak boleh putus asa malah sentiasa perlu mendampingi mereka. Walau jerih hati kita, menahan sedih melihat mereka membuat apa yang Allah tidak suka, dekati dengan cara yang terbaik, agar terbuka hati mereka menyedari hakikat dunia yang fana ini. Tidak pula kita redha dengan maksiat mereka, malah membencinya.
Sikap menyalahkan golongan ini setelah mereka ingin kembali adalah sikap yang perlu diperbetulkan. Dampingilah mereka yang telah tersedar dan ingin kembali.
Andai sahaja kita mengetahui hakikat dunia yang hina, jijik dan kotor ini, pasti tidak akan ingin kita menukarnya walau dengan apapun. Apatah lagi dengan Redha dan cinta Allah.

Mungkin juga diri ini bersikap idealistic, mana mungkin mencari dunia sekarang yang disulami dengan tarbiyah Islamiah yang penuh keindahan dan ketenangan. Dunia sekarang dipenuhi dengan segala yang lalai dan jelek. Mungkin juga terkesan dengan tarbiyah di bumi anbiya’ satu ketika dahlu. Ya, tarbiyah bumi anbiya’ adalah antara yang terbaik. Walau di situ ada beberapa peratus yang terlepas dari ta’thir tarbiyah, namun keseluruhannya ianya terbaik. Mengajar menjadi insan kamil, bermujahadah  bagaimana menjadi pejuang Rabbani.


Kita perlu bersikap realistic, ya jesteru kita menyedari jalan apa yang perlu kita pilih. Tulisan Sulaiman Darrof di dalam Millinea edisi Julai 2006 yang lepas benar-benar menarik perhatian. " The Virginity " Samada kita ingin menjadi seperti  keadaam wanita di Amerika atau Arab Saudi. Seandainya kita memilih menjadi wanita di antara keduanya, maka raikankanlah hokum harus tersebut. Dan bersikaplah dengan batas syara’.

Jesteru juga, dengan berbesar hati, memohon agar pihak Convest tidak mengahalang usaha sesetangah pihak yang memilih method mengedarkan risalah menyampaikan kebaikan. Mereka bukan memaksa. Juga, kasihanilah mereka apabila mereka pula seolah-olah  dianggap penjenayah apabila dibuat pengumuman dilarang mengedarkan risalah dakwah itu, malah menyuruh melaporkan sesiapa yang mendapatnya. Ini adalah satu perkara yang sangat bersalahan dengan syara’  malah etika dan regulation universiti ini melarang pelajar berpasangan tidak halal. Jesteru, atas alasan apakah kalian menghalang mereka? Sepatutnya kalian berterima kasih dan menyuruh melaporkan ke meja pengumuman sesiapa yang membuat maksiat dan berjalan berdua-duan tanpa mahram.

Tambahan: teman wanita kepada teman wanita tidak sekali-kali dianggap mahram, apatah lagi orang ramai yang tidak akan peduli pun andai kita berpegang tangan atau membuat perkara haram. à Ok, mungkin dihadapan orang mereka tidak akan mebuat apa-apa, namun bagaimana dengan zina mata, zina telinga, zina kaki, zina hati seterusnya pasti bangkit perasaan ingin membuat pertemuan seterusnya. Percayalah! Syaitan tidak pernah duduk diam.  Bolehkah anda membuat janji, walaupun tiada mahram, anda akan menundukan pandangan, suara dan akhlak.? Nas dari hadith yang mensyaratkan mahram sebenarnya mencakupi setiap golongan samada yang berpendirian kuat atau tidak. Mencakupi setiap manusia yang mempunyai  ’teman setia’ penghasut iaitu syaitan. Kalau tidak, hati! Lantas, hilanglah khusyu’ dan dzikir pada ALLAH. Lantas, gila bayang, mabuk asmara dan bergayutan di telefonlah anda! Selepas itu bermulalah acara-acara wajib bagi insan berpacaran. Aduhai! Konsep Saddhu Ad-dzharaie perlu diaplikasikan. Agar tidak kita terjerumus di dalam lembah kehinaan. Andai takut dipukul ombak, usah berumah di tepi pantai!
Ini qaul ulama’ hatta Yang mutasahil (ringan) pun. Kalau kalian tidak ingin hidup dengan batasan syara’ carilah bumi lain selain bumi Allah! Kalau tidak ingin mengikuti manhaj ulama’, kata-kata siapa lagi boleh diharapkan. Takkan pengacara program hiburan pula dijadikan sandaran di dalam kehidupan
.

Konsep nikah khitbah yang pernah disuarakan oleh salah seorang pendakwah di Malaysia rasanya amat sesuai, ianya mempunyai maslahah yang sangat besar. Islam menyarankan bukanlah tidak lansung boleh mempunyai perasaan cinta dan sayang. Ianya fitrah dan satu sifat yang asli. Namun jalanilah proses sesuai dengan syara’ agar akan lahir nanti juga generasi ummah yang soleh dan minal muqarrabin yang memelihara diri dan agama. Percayalah, ulama-ulama’ salafusoleh sepetti ibubapa Rabiah arra’yi, Imam Malik, sahabat-sahabat dan tabie’-tabieen memelihara generasi mereka dengan mereka memelihara diri mereka dahlu. Bagaimana juga ibu dan ayah Badieuzzaman Said an-Nursi menjaga nilai-nilai akhlak yang murni, lahirlah  pencetus cahaya pada zaman tersebut. Kalau kita mengimpikan yang sedemikian andai tidak keseluruhan, sedikit pun maka mulakanlah dengan diri kita.

( Bagi yang memahami manhaj iman ini; Kalau lah dikatakan kita syadid dengan pendirian begini, maka ianya adalah patut berdasarkan dalil-dalil dari Quran dan Sunnah juga kaedah usul-feqh dan qawaed feqh juga maqasid syara’. Jesteru, tiada syadidnya andai apa yang kitalakukan itu berdasarkan batas syara’. Kita juga berada di tengah-tengah di dalam meraikan hak-hak wanita di dalam berurusan dan berkerja. Jesteru, apa yang syadidnya? ) Kalau boleh dihalang mafsadah yang lebih besar yang sudah terbukti, mengapa tidak?

Bagaimana boleh diluluskan acara seperti ini, Allah sahaja yang tahu! Pondok Farhan AF4 itulah lebih awla ditiadakan. Wah! Sejak bila universiti Islam menjadi pelopor perkara maksiat. Ini pencetus baru, harapnya ditiadakan wahai pihak universiti tahun depan! Kami mohon dengan sangat. Tolonglah benarkan supaya perkara yang benar tetap benar. Walau kami tahu tidak dapat dihalang para siswa/wi mencari hiburan di luar, namun kami menuntut janji yang anda lakukan pada kami. Undang-undang universiti ini sendiri. Sekurang-kurangnya kasihanilah kami yang berbaki ini.

Bagaimana boleh diluluskan acara seperti ini, Allah sahaja yang tahu! Pondok Farhan AF4 itulah lebih ditiadakan. Wah! Sejak bila universiti Islam menjadi pelopor perkara maksiat. Ini pencetus baru, harapnya ditiadakan wahai pihak universiti tahun depan! Kami mohon dengan sangat. Tolonglah benarkan supaya perkara yang benar tetap benar. Walau kami tahu tidak dapat dihalang para siswa/wi mencari hiburan di luar, namun kami menuntut janji yang anda lakukan pada kami. Undang-undang universiti ini sendiri. Sekurang-kurangnya kasihanilah kami yang berbaki ini.

Akhirnya, ya Allah Kau tetapkanlah hati kami di dalam keimanan. Hati yang berbolak-balik ini. Allahumma’aj’alna minal ahlil huda wal ma’rifah, Amin.

Buat wanita: jadilah seperti wanita salafsufsoleh.


WANITA SOLAFUSSOLEH
Wanitasalafissoleh tegar dalam urusannya, cekap membantu suami, teliti di dalam memelihara diri agar jauh dari murka dan marah Allah, agar dekat dengan Rahmah dan Maghfirah Allah….
Wanita di zaman salafussoleh merupakan sebaik-baik penolong bagi para suami,berbeza dengan wanita di zaman sekarang yang kebanyakkannya mementingkan kebendaa. Mereka sentiasa ingin melebihi orang lain dalam semua perkara dan memaksa suami mengumpul harta kekayaan dengan apa jua cara sekaliun samada halal atau haram..melalui jalan salah atau tidak. Dr Yusuf Qardhawi di dakam kitabnya , Muslimah al-Ghada’.

Allahuma’jalna Minal Al-qalail