Memetik bunga " Juri" di halaman Urdun.

Seperti biasa,setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan tanduk di kepala mereka bertiga.. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik "juri" di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal "shantoh" besar dan gunting mereka menuju Amman. Kata siswi A " wei, kalau kita petik bunga tu, kira mencurikan..lebih 4dinar kena potong tangan kan.? Di kira hukum "sariqah". Katanya gaya seorang pelajar syariah. Siswi B." Kalau mazhab Hanafi dua dinar dah kena potong tangan…so gi mana nih?..sis c " ala, kau, hari tu kau lalu tepi rumah ammu,pun kau amik bunga tu. Teringat siswi B memetik bunga di tepi rumah ammu..Tiba-tiba.." ya anisah..(gadis)..petik..bunga.ye.suka bunga "juri" ker..Jawab dua siswi itu. Sambil tersengih dan berdebar-debar juga takut di marahi. " aiwah nubibbu awi2x.." ammu pun tersenyum tanpa terselit perasaan marah melihat gelagat dua siswi nakal tersebut..

Di Universiti Urdun

Emm..harapnya tak bertembung dengan Ammu Haris Nanti kena tangkap…Emm ye la..Kira kita ni amik harta awam..so takpelah..masing-masing menyedapkan hati masing-masing kerana sudah tekad. Tiba di Amman, mereka menuju urdun..sambil masing-masing galak memetik bunga..Masing-masing memerhati takut2 ada syabab-syabab di jamieah yang melihat mereka siswi seolah-olah dari "badwi" atau kampung memetik "juri" seolah-olah tidak pernah melihat bunga lagaknya..Hehe…biasalah kan di jamieah kita mana ada bunga. Yang ada hanya pohon-pohon zaitun dan tanah gersang sahra’. Selesai, walau tangan luka-luka akibat memetik, tapi kita puas hati. Gumam diri masing-masing..

Pulang

Ya Allah, apa yang korang buat ni..?..—sambil melihat bunga-bunga itu ditampal ke dinding menjadi pot-pori. Budak-budak ni, desis si kakak..Tapi.." Jom temankan akak pula..". kata kakak .sambil tersengih..Macam-macam gelagat mereka yang mencuit hati..Perempuan. Aduhai! Begitulah, gelagat siswi Jordan-Mafraq yang nakal,^_^

Menyelinap ke Masjid Hussien dan Azhar

Senario2 pula lebih suka mendaki gunung Thur Sina, dari memetik bunga. (Ketika mereka mendak bukit Thur-Sina, bermula dari yang terakhir start, ketika insan lain sudah bermula, mereka masih belum bermula.. tapi antara yang terawal sampai disebabkan ke"cekalan" sis B ..meredah angin kuat dan kepenatan yang bukan sedikit. Sis A: akak, dah tak larat ni, kita relax dulu. Sis B: teruskan jgn berhenti, nanti lagi penat.." katanya sambil meneruskan langkah dan memberi galakan penuh pd sis A..Sis A: akak saya penat sungguh ni…Sis B: takpe, kita ikut jalan shortcut..sambil mendaki cerun yang akan bahaya..Sis A: ya Allah, kuat sungguh kakakku ini…sambil matanya meliar melihat shbt2 yg lain bersantai berehat..Allah shj yg tahu, memang penat sgt.."..Akhirnya dengan deruan angin yang mat kuat, juga cerunan yg bahaya berjaya juga mereka sampai yg terawal di puncak Thur Sina atau Jabal Musa..

Ya Allah, melihat tempat bermunajatnya Nabi Musa selama 40 hari..alangkah bersyukurnya…" ) Entahlah mengapa mereka kurang berminat pada bunga-bunga ini. Tika musim rabieah pasti ramai siswi ke Kaherah untuk bergambar bersama pohon-pohon Mawar.. Namun sesetengah siswi pula lebik enak pergi mencuri-curi ke Hussien untuk ke masjid azhar, bertalaqi dengan Syeikh. Walau berpanas-panas, dan berdebar-debar juga kerana Seakan melanggar peraturan sekolah.." Ala, takpe nak cari ilmu."..masing-masing yakin dengan hati dan diri masing-masing. Walau tidak digalakkan, mrk pergi jua.. Memang kepingin belajar dgn syeikh-syeikh di situ. Namun awas! Berhati-hati semasa di Hussien…!.

Mesir, bumi barakah, bumi Musa dan Firaun. Di dalam nya antara dua neraca. Mahu baik, ke kananlah, menapak jejak Musa dan para anbiya’ , salafussoleh dan ulama-ulama’ tersohor. Begitu juga dataran Syam, di sana tinggalan para anbiya’ dan salaf-soleh. Laut mati, megajar manusia agar jangan mecabar Tuhan. Kamu Luth telah di ‘azab’. Ummah manusia sekarang! Usah berbangga dengan dosa dan maksiat. Hidup di dunia dengan rasa bangga dgn ingkar pada Allah. Lihatlah pada tinggalan dan ambillah ia menjadi ibrah pada akhir zaman ini. Jangan menjadi ummah yang dilaknat Allah, jauh pula dari Rahmah dan hidayah Allah. Nauzubillah..

Andai mahu bebas segala rasa, ke kirilah menitip jejak yang direntas Firaun.. Buatlah apa sahaja. Tiada siapa melarang. Tiada ibu-bapa mengawasi. Segala pilihan di tangan. Allahlah jua yang akan menilai dan memerhati.

( kalau lelaki, nak berambut panjang sampai ke pingggang,boleh ikat "tocang" sampai boleh buat iklan syampu SunSilk dan Pantene for man, pun boleh, or siswi yang nak makan2 KFC dgn zaujuha mustaqbal, tengah malam di "tahrir" berdua-duaan di persisiran Nil pun boleh.., andai iman no 100 dalam ranking hati..)–> Ini adalah ihtimal atau satu assumpation di mana-mana sahaja…

atau

( ke kuliah, tafaqquh or talaqqi, berguru dgn Syeikh Mu’tabar, bergaul dgn orang Arab dan dll. tidak statik..Rajin ke masjid bg lelaki, tegar dgn, ikhlas, da’wah dan tarbiyah. maka Alhamdulillah..)

Alhamdulillah. Bagai terbayang segala yang dilalui di sana. Mana mungkin mencari bumi tarbiyah yang lebih indah dari bumi2 anbiya’ itu. Segalanya dilalui dengan penuh sabar dan melerai hikmah di atau ujian dan dugaan. Menhadiri kelas atau ke kuliah tidak seselesa yang dibayangkan..Berhimpit-himpit, tanpa kipas atau aircond cukup menguji. Di dua bumi itu, tinggalan segala sirah Nabi dan kisah-kisah sahabat, tabie’ dan ‘tabien. Alangkah bersyukur dapat menjejak di jejak para anbiya! Cukuplah andai dikatakan tidak mungkin melupakan lembah-lembah yang banyak menguji rasa namun menatijahkan satu ingatan yang paling bermakna di dalam hidup dan mengurniakan satu bekal tarbiyah yang paling mahal di dalam dunia.

Glosari–tulis2 je, bukan kamus- Nota kaki buku maya yang nostalgik

Juri: mawar

Shantoh: plastik

Zaujuha Mustaqbal: bakal isteri, tunang, makwe, kawan2 shj, bakal tunang, baru kenal2 dll. ajnabi

Aiwah, nuhibbu awi2x: benar, kami suka sgt2

ammu haris: pak guard

tribute to: saudara yang musafir semalam, teman berlumpur, berselut, masuk hutan, naik rakit, main guli etc. Semoga menjadi ulama’ pewaris Nabi, pelapis pd ulama’-ulama’ yang kian tandus sekarang. Ummah menanti kalian. Juga sahabat x-Jordanian, k.dn yg bakal pulang, moga Allah memberkati.