Anak-anak

Mendidik bukan mudah, apatah lagi mencari pendekatan terbaik mendekati anak-anak remaja. Apatah lagi mereka yang bercampur-campur bangsanya. Yang berbagai warna kulit dan rencam budayanya. Apatah lagi yang sekelas bercampur umurnya. Memang bukan mudah. Berhadapan dengan manusia yang sedang belajar dan membesar bukan satu kerja mudah. Tiba-tiba juga mendapat 20 ‘anak’ segera untuk satu kelas yang pelbagai umur, budaya dan bahasa satu perkara luar biasa. Menjadi ’ibu’ pada mereka. Ya, ianya satu kerja yang senang andai sebagai guru kelas sekadar masuk untuk melepaskan lelah. Sekadar mengajar silibus dan menjadi guru kelas yang menjalani rutin masa harian. Namun bila fikir kita sedang mendidik 20 jiwa dalam satu jangka masa panjang bukan senang, dan sangat letai sebenarnya. Amanah besar lagi berat. Mereka sedang segar namun sedang melalui suatu transasi hidup. Punya anak seorang sahaja sudah menuntut satu pengorbanan besar, apatah lagi sekian banyak yang perlu dididik, ditarbiyah, diajar akan segenap perkara.

Masa dan guru

Percayalah kalau anda bertemu frasa guru ibarat lilin akan benarnya ia. Ianya bukan tentang wang. Tambahan andai anak-anak Islam itu anak antarabangsa yang sudah ke segenap benua dunia. Pemikirannya luar biasa. Keletahnya bikin sakit kepala. Kerenahnya nakal namun bijak sebenarnya. Bicaranya tidak akan diam namun berpusu soalan dilontar keluar. Bukan juga tentang popularati. Kerana bila sahaja menjadi guru apa sahaja, tambahan anak-anak Islam yang manja hidupnya, pengorbanan bukan sedikit, cabarannya juga besar. Lelahnya juga, MasyAllah. Ianya jauh dari kerana dunia dan harta, kerana mendidik hanya ada satu nama; pengorbanan. Apa sahaja tidak dapat dibayar dengannya.

Kerana kalau hanya saja kerana kertas bernama duit tiada makna dengan satu tanggungjawab yang menuntut segala yang yang lebih dari nilai kertas-kertas itu! Percayalah. Bersambung