Edisi 1: “Madrasah Salaf: Kebangkitan, Keperluan & Praktikal”
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا محمد المبعوث رحمة للعالمين . اللهم علمنا ما ينفعنا وأذقنا حلاوة الفهم عنك واجعلنا سبيلا لمن اهتدى ولاتؤاخذنا ان نسينا أو أخطأنا , ولا تؤاخذنا بما فعل السفهاء منا إنك على كل شيء قدير.
الله شاهدي و ناظري الله معي
Allah Menyaksikanku, Memandangiku dan Bersamaku
Saudara dan Saudari
Merupakan kemuliaan bagi saya berada di tengah-tengah hadirin sebagai pembicara tentang “Madrasah Salaf: Kebangkitan, Keperluan & Praktikal” dengan penjelasan singkat sebagai berikut:
</p><p><!–more–></p><p>
Kepentingan Pembahasan
Siapakah Salafus Soleh
Ciri-ciri Manhaj Salafus Soleh
Tauladan Praktis dalam diri Imam At Tusturi
Penutup
Kita memohon kepada Allah SWT semoga menjadikan kita semua termasuk orang-orang yang taat kepada perkataan serta mengikuti yang terbaik, menjadi orang-orang-orang yang dapat berqudwah(bercontoh) kepada Salaf Soleh, kukuh atas iman, istiqamah atas ketaatan serta dapat menjauhi dosa dan sabar atas dugaan. Semoga rahmat dan keselamatan ke atas Penghulu kita Nabi Muhammad S dan ke atas keluarga baginda.
KEPENTINGAN PEMBAHASAN
Masa pertama: masa Sahabat , Tabi’in atau masa-masa mulia yang telah ditegaskan oleh Hadis Rasulullah S. Iaitu: "Sebaik-baik abad adalah abadku kemudian abad berikutnya dan berikutnya". Maka ciri-ciri manhaj Salaf Soleh yang dihiasi dengan penyebaran Ilmu-lilmu agama serta para tokoh Islam yang merupakan turats (peninggalan) yang penuh dengan ilmu dan pengetahuan dan para cendikiawan genius serta pemimpin reformasi daripada para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Thalib, Khalid bin Walid dan Moawiyah bin Abu Sufyan; Para Tabi’in seperti, Abul Aswad ad-duali, Hasan al-Basri, Umar bin Abdel Aziz; serta Pengikut Tabi,in: Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad dan lain-lain…
Mereka adalah bintang-bintang di langit, sejarah yang sangat berjasa dan menjadi sumber generasi berikutnya, sehingga Islam yang Agung ini tersebar di seluruh penjuru bumi hingga menginjakkan kakinya ke bumi tercinta Malaysia dan Indonesia serta Asia Tenggara secara umum.
Saudara-saudariku Sekalian
Kita melihat bahwa Islam tersebar di Timur dan Barat, Peradaban Islam telah terbentang luas, dan manusia telah hidup di bawah panji-panjinya dengan aman dan tenteram. Sesuai dengan janji Rasulullah S.a.w dalam Hadisnya yang bermaksud : "Demi yang jiwa Muhammad berada di tangan-NYA, perkara ini (dakwah Islam) akan sampai kepada raja merah (Roma) dan kuning (Parsi), sehingga seorang wanita berjalan daripada Baghdad ke Hadrmaut tidak merasa takut sedikitpun (merasa aman) kecuali kepada Allah dan dari serigala atas kambingnya".
Akan tetapi ketika kita berubah, maka datanglah musibah dan bencana disebabkan beberapa faktor antaranya akibat dari berpalingan kita daripada metod Salaf, di samping adanya peranan yang besar daripada musuh-musuh agama Islam.
Kini kita menghadapi berbagai ancaman besar dalam memelihara turath (peninggalan) agung di hadapan tentangan peradaban,dan saya lebih memilih untuk menamakanya ‘Pertemuan Peradaban’ bukan ‘Pertembungan Peradaban’ dan terserah kepada sesiapa yang ingin menamakannya mengikut keinginannya Jika kita mahu jujur dengan diri kita, realistik dan hanya mengekor saja, maka angin perubahan akan menghancurkan kita ke dalam lembah kesesatan dalam alam yang luas ini.
Jelaslah, bahwa umat Islam dengan segala nilai-nilai sosial, moral, ekonomi dan politik sebagai umat yang satu adalah menjadi sasaran perosakan. Maka di bahu kita semua tanggungjawab besar dalam berhadapan dengan berbagai tentangan terhadap generasi muda mendatang dalam memelihara turath agung ini, iaitu turath salaf soleh.
Pengertian salaf :
Siapakah yang dimaksudkan sebagai Salaf ?
i. Dari sudut bahasa :
Salaf beretri masa lepas, iaitu setiap orang yang terdahulu.
ii. Dari sudut istilah :
Salaf adalah suatu masa keemasan yang merupakan faham dan praktik yang bersih terhadap referensi ideologi dan agama, sebelum munculnya mazhab-mazhab yang timbul setelah perluasan dan masuknya falsafah non Islam kepada pemahaman Salaf Soleh terhadap Islam.
Jika setiap yang lepas itu bererti salaf, maka istilah ini menjadi masyhur sebagai nama untuk generasi pengasas yang merupakan penegak agama serta praktik metodologi Islam, generasi Sahabat yang hidup di satu negeri (Madinah), maka di tengah-tengah merekalah wahyu diturunkan, mereka mendapatkan penjelasan Nubuwah langsung dari Rasulullah SAW terhadap Alqur’an, serta semua itu mereka praktikan ke dalam realiti kehidupan tertentu, oleh sebab itu mereka disebut Salaf Soleh secara keseluruhan dan mutlaq.Dan termasuk di dalam golongan Salaf ini setiap orang yang mengikuti petunjuk mereka dan mengamalkan sunnah-sunnah mereka, seperti Tabi’in dan Tabi’ at Tabi’in.
Jadi Salaf adalah setiap orang yang diikuti dan diteladani perilakunya dalam urusan agama.
Setelah salaf dan tabi’in serta Tabi’ at Tabi’in daripada para Imam mazhab-mazhab besar, muncullah Khalaf iaitu mereka yang datang secara berurutan masa….. Setelah Khalaf disebut generasi Muta’akhirin (belakangan).
CIRI-CIRI MANHAJ SALAF
Kini kita berbicara satu point tentang praktik Salaf Soleh atau masa keemasan terhadap tiga ciri manhaj yang telah berlaku serta diikuti oleh ulama khalaf. Iaitu:
1. Ciri-ciri Aqidah –ia merupakan ciri terpenting yang dilalui oleh Salaf
2. Ciri-ciri Amali dalam mengikuti Sunnah dan mempraktik manhaj Fiqih
3. Ciri-ciri Akhlaq (Madrasah Tarbiyah Sufiyah)
PRAKTIK IMAM AT-TUSTURI TERHADAP TIGA CIRI TERSEBUT
Berikutan dari tersebarnya wilayah Islam melalui perluasan dan dakwah Islam, Salaf Soleh telah memperolehi berbagai adat, tradisi dan madrasah yang menuntut kepada penyesuaian terhadap pelbagai masyarakat baru tanpa mengurangi batasan-batasan Syari’ah dan nilai-nilai ubudiyah. Sesunguhnya ketiga-tiga ciri tersebut telah betul-betul sebati di dalam peribadi para Salaf Soleh, oleh karena itu kita boleh menyentuh ketiga-tiga ciri tersebut dari mana-mana sahaja individu Salaf Soleh
Dalam sempena ini saya akan berbicara tentang salah seorang salaf yang telah terhimpun semua makna-makna Islam di dalam peribadinya yang istimewa samada dari sudut aqidah, fiqh, suluk dan ibadah, yaitu seorang al-Arif Billah Syekh Imam Sahl Abdullah bin Yunus at Tusturi (201 – 283)
Mantan Syeikh al-Azhar DR. Abdul Halim Mahmod r.a berakata: Sahl bin Abdullah merupakan seorang yang dekat hubungannya dengan al-Quran, ia mentadabburinya sehingga Allah mengilhamkan kepadanya akan isyarat-isyarat penafsiran .
Imam Sya’rani berkata tentang Imam Sahl: ia adalah salah satu tokoh sufi, dan termasuk pembesar ulama yang berbicara tentang ilmu ikhlas, mujahadah dan perbuatan-perbuatan tercela.
Muhammad bin Siwar adalah guru daripada Imam Sahl, dan ia menyaksikan Dzun Nun al-Masri ketika ia pergi ke Mekkah tahun 273 H
Imam Sahl telah mendapatkan Kelembutan (Taufik dan perlindungan) Allah semenjak kecil, ia bercerita tentang dirinya sebagaiman yang di riwayatkan oleh pengarang buku al-Risalah al-Qusyairiyah: "ketika saya berumur tiga tahun saya bangun tengah malam dan melihat bapa saudaraku Muhammad bin Siwar sedang solat, maka ia kata kepadaku pergilah dan tidur, sesungguhnya engkau telah mengganggu hatiku, kemudian ia berkata kepadaku: Apakah kamu ingin berzikir kepada Allah, dan aku bertanya bagaimana? Ia mengatakan kepadaku: katakana di hatimu ketika kamu dalam selimutmu tiga kali tanpa menggerakan lidahmu: "Allah bersamaku, Allah melihatku, dan Allah menyaksikanku". Maka aku melakukan sebagaimana yang di inginkan oleh bapa saudaraku, kemudian aku memberitahunya, dan ia mengatakan kepadaku: ucapkanlan tujuh kali setiap malam, kemudian aku memberitahunya, dan ia mengatakan kepadaku: ucapkanlah sebelas kali di setiap malam, dan aku melakukannya sehingga aku merasakan kemanisan perkataan itu, setelah setahun bapa saudaraku berkata kepadaku: peliharalah apa yang aku ajarkan kepadamu dan lakukan senantiasa hingga kamu mati sesungguhnya itu akan meberikan manfaat kepadamu di dunia dan akhirat, maka aku terus melakukanya bertahun-tahun hingga aku merasakn kemanisan di dalam hatiku, kemudian ia mengatakan kepadaku: Wahai Sahl, barang siapa yang Allah bersamanya, dan Ia (Allah) melihatnya serta menyaksikannya apakah dia melakukan maksiat kepada-NYA? Wahai Sahl janganlah sekali-kali engkau melakukan maksiat.
Ia telah biasa berkhulwah (beribadah sendiri) dan di situlah akal menjadi kuat, tertumpu fikirannya kepada Allah, merasakan lazat berzikir, lapangnya dada, dan di saat itulah al Qur’an masuk ke hatinya, dan memahaminya dalam kehidupannya sehar-hari secara praktikal, hafalan, pemahaman dan secara zauq.(penghayatan)
Berkata pengarang kitab al-Kawakib ad-Durriyyah: "Wirid (bacaan) yang agung ini telah di cuba oleh ahli ma’rifah, maka ia sebagai ubat mujarrab".
Telah berkata Ibnu ‘Arabi dalam kitab al-Futuhat al-Makkiyyah: Imam Sahl telah memulakan diri beliau di dalam Thariqat Tasawuf ini dengan Sujud Hati, berapa banyak wali-wali besar, yang panjang umur dan ketika saat kematian mereka masih tidak memperolehi sujud hati, dan tidak mengetahui bahwa hati dapat bersujud, padahal mereka telah tahaqquq dan kuat dalam kewaliannya. Sesungguhnya sujud hati jika sudah berlaku, maka ia tidak akan bangun daripada sujudnya, kerena ia kukuh di dalam kedudukannya dankan melahirkan kedudukan-kedudukan lain.
Imam Sahl telah berkata : "Aku bertanya kepada Syeikh al-’Abadani: "Apakah hati itu sujud?", maka beliau menjawab: "Ia dan selama-lamanya". Maka aku mendapatkan kepuasan di sisinya, kemudian aku terus-menerus berkhidmat kepadanya.
Allah berfirmanyangbermaksud: "Yang mengutus Jibril dengan (membawa) perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya"(QS. 40:15) dan makam ini sebagaimana yang di katakana oleh Ibnu Arabi adalah makam Tamkin (berkedudukan kuat) atau makam terpelihara (dari Allah)
Berkata Imam Sahl: empat puluh tahun saya berbicara dengan Allah sedang orang-orang menyangka saya berbicara kepada mereka. Beliau mengubati orang dari berbagai penyakit akan tetapi beliau tidak berubat, maka beliau dicela; lalu beliau menjawab: pukulan kekasih itu tidak sakit.
Para ulama ada menyebut tentang Imam Sahl: "dia adalah ahli kalam, tokoh Sufi dari golongan ahli sunnah, dia adalah seorang ahli zuhud tidak melencong dari Sunnah sedikitpun.
Ini lah ulama kita Sahl bin Abdullh at-Tusturi dari tustur .
I. MANHAJ DALAM TAUHID
Ilmu Tauhid dan Aqidah menurut Salaf Soleh bukanlah seperti yang dikenal sekarang, yang hanya sekadar keindahan kata-kata, menimbulkan berbagai kerancuan, dan kemampuan untuk mematahkan pendapat lawan dalam perdebatan…, akan tetapi Tauhid menurut pandangan mereka bahawasanya semua perkara itu dari Allah, iaitu pandangan yang memalingkan mereka dari melihat kepada sebab dan perantaraan, maka mereka tidak memandang kebaikan dan keburukan itu, melainkan semuanya dari Allah SWT. Dan orang yang bertauhid menurut mereka adalah orang yang hanya melihat Yang Esa dan tidak menuju kecuali ke arah-NYA.
Imam Sahl at-Tusturi adalah salah satu golongan Salaf yang memandang tauhid dengan pandangan aqidah di atas, maka ia berpendapat bahwa tauhid dengan pemahaman ini merupakan asas pembinaan keperibadian muslim.
a. Tawakal dan Usaha
Berkata Imam at-Tusturi mengenai tawakal dan usaha, bahawasanya kedua-dua hal tersebut adalah undang-undang hidup manusia. Dan bahawasanya Nabi Daud a.s makan dari usaha sendiri.
Diriwayatkan bahwasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawasanya telah dibacakan ayat al Quran kepada baginda yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi," (QS. 2:68)
Sa’ad bin Abu Waqas r.a berkata: "doakanlah agar Allah SWT menjadikan aku orang yang dikabulkan doa oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Demi yang jiwa Muhammad berada di tangan_NYA sesungguhnya seorang yang memasukkan ke dalam perutnya sesuap makanan haram empat puluh hari Allah tidak menerima do’anya, dan siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya".
Imam at-Tusturi menolak orang-orang yang bertawakal (tanpa usaha): "barangsiapa yang mencela usaha bererti ia mencela sunnah, barangsiapa yang mencela tawakkal bererti ia mencela iman".
b. Ikhlas
Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).". (QS. 39:3)
Imam Sahl at-Tusturi berkata: Sesungguhnya antara kalimah(kata) Islam dan ikhlas ada hubungan yang tidak dapat dipisahkan.Maka Islam itu adalah penyerahan hati seorang hamba kepada Allah dan itulah Islam yang sebenarnya. Beliau berkata lagi: "Bahawasanya engkau menyerahkan hatimu kepada Allah dan orang-orang muslim selamat dari lidah dan tanganmu".
Dan beliau berkata: "Ikhlas memiliki tiga erti; ikhlas dalam ibadah kerana Allah; ikhlas beramal untuk Allah, dan ikhlas hati kerana Allah.

Assalamu’alaykum Nailofar, kak ma copy artikel Sheikh Yusuf ni…Ini yang kat Jenderam ka? Nai ada kertas2 pembentang yang lain? Sheikh Isom, Sheikh Afifuddin, dll? Kalau ada emailkan kat kak ma. Syukran
Comment by Kak Ma — April 26, 2007 @ 9:43 am
salam.ana ada beberapa artikel dan buku yg dikarang oleh sheikh yusuf h.a… dan beliau minta utk di sebarkan kepada sahabat2 di malaysia… insha allah…
Comment by imamdesa — May 2, 2007 @ 4:06 am
K.Ma: InshAllah K.Ma, nnt saya email kan ya
ImamDesa: Jazakumullah. Alhamdulillah, ana dengan beberapa sahabat dapt jumpa Syeikh dgn Zaujahnya secara peribadi. Syeikh pun ada bg kami beberapa kertas kerja. Kertas kerja yang sama barangkali.?
Comment by Administrator — May 19, 2007 @ 5:10 pm