Manhaj Praktik Feqh& Sunnah:

Sebutan Fiqh menurut Salaf ialah jalan menuju akhirat, mengetahui kedetailan penyakit-penyakit nafsu, perusak amal ibadah, keyakinan terhadap hinanya dunia, keinginan tinggi terhadap nikmat-nikmat akhirat, dan rasa takut yang mendalam di hati.

 

1-Pengamalan Al-Quran

 Firman Allah SWT yang bermaksud.: "untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya". (QS. 9:122) 
      Imam At-Tusturi telah menyebut tentang al Qur’an: "Sungguh sangat aneh seorang yang membaca al Qur’an dan tidak mengamalkannya serta tidak menjauhi larangan Allah. Tidakkah ia merasa malu kepada Allah ketika memerangi, menyalahi perintah dan larangan-NYA setelah ia mengetahuinya?. 
      Dan beliau berkata: Kehidupan terdiri atas empat macam: 
1.       Kehidupan Malaikat dalam ketaatan
2.       Kehidupan para Nabi dalam ilmu dan menunggu turunnya wahyu
3.       Kehidupan orang-orang Siddiqin dalam keteladanan
4.       Kehidupan semua manusia yang alim atau jahil, yang zuhud atau ahli ibadah dalam makan dan minum.
 
   Dan beliau berkata lagi: "Senungguhnya seorang yang mengatakan bahwa ia kenyang dari makan roti sesungguhnya ia lapar, kerana banyak makan akan memadamkan cahaya hati". 
   

Seorang bertanya: "apakah makanan pokok manusia?", Imam At-Tusturi menjawab: "Zikir mengingati Allah", orang itu berkata: "Aku tidak bertanya tentang itu, akan tetapi tentang sesuatu yang mempertahankan hidup", beliau menjawab: "Hai anak muda bertaqwalah kepada Allah, tidak ada sesuatu yang dinilai kecuali dengan Allah", orang itu bertanya: "Aku tidak bermaksud itu, aku bertanya tentang sesuatu yang harus ada", beliau menjawab lagi: "Hai anak muda sesuatu yang harus ada itu Allah". 
2. Pengamalan Hadis dan Fiqih 
  

 Imam Sahl berkata tentang Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "sepertiga untuk makanmu" iaitu: "maka apabila lebih dari itu berarti ia mengurangi kebaikanmu", beliau berkata lagi: "makhluk itu terhijab dari musyahadah alam malakut (alam makna) disebabkan makanan yang buruk dan menyakiti makhluq. 
   Dan beliau berkata lagi: "Makhluk diciptakan dalam keadaan tidak terhijab dari-NYA, datangnya hijab hanyalah kerana mereka ikut mengatur dan memilih bersama Allah, itulah yang memperkeruh kehidupan mereka. 
   Beliau berkata dalam hukum-hukum fiqh: "Seorang hamba tidak dapat merasakan kelazatan iman sehingga ia dapat meninggalkan enam perkara: (1). Meninggalkan haram (2). Meninggalkan yang buruk (3). Meninggalkan yang syubhat (4). Meninggalkan kebodohan (5). Meninggalkan yang memabukkan, (6) Meinggalkan Riya’ . Kemudian berpegang dengan ilmu, memperbaiki amal, menasihati dengan hati, jujur dalam bicara, bergaul dengan baik kepada makhluq, dan ikhlas karena Allah dalam berinteraksi"
   .
      Sikap Imam Sahl At-Tusturi terhadap Sunnah. 
      

Allah berfirman yang bermaksud:" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik"(QS 33:21) dan firman Allah yang bermaksud: "Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak" (QS 25:43-44) 
    

  Berkata Imam Sahl tentang tingkatan akhlak dalam Sunnah: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak"
Dan ketika Allah SWT yang mensifati Rasul-NYA dalam firman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."(QS, 68:4).  
     

 Allah mensifatkan Rasul-NYA dengan kelembutan dan kasih saying, serta memberikan batasan missi Islam dengan firman-NYA yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau adalah Rahmat yang di barikan" 
     

 Oleh kerana itu Imam Sahl Bin Abdullah berkata tentang misi tasawuf : "Tasawuf bukanlah suatu perkara yang rasmi dan ilmu, kerana jika tasawuf itu bentuk rasmi, maka ia akan boleh dicapai dengan menyaksikan, dan seandainya tasawuf itu ilmu, maka ia akan boleh di capai dengan belajar. Akan tetapi tasawuf adalah berakhlak dengan akhlak Allah". 
    

  Imam Sahl At-Tusturi berkata: "Tidaklah orang yang melakukan ketaatan itu menjadi kekasih Allah, akan tetapi kekasih Allah adalah orang yang menjauhi larangan Allah, dan tidaklah menjauhi dosa-dosa kecuali orang yang jujur dan dekat (kepada Allah), adapun perbuatan baik itu dilakukan oleh orang yang baik dan buruk". 
     

 Beliau berkata juga: "Tidak ada kemaksiatan yang lebih buruk daripada melupakan Allah Maha Suci".  
      Dikatakan kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling aneh?" ia menjawab: "Hati yang mengenal Allah kemudian melakukan maksiat".
  

 Imam Sahl telah berkata: "Barangsiapa yang selamat dari prasangka buruk maka ia selamat dari mencari-mencari kesalahan orang (tajassus), maka jika selamat dari tajassus ia selamat dari ghibah, dan barangsiapa selamat dari ghibah maka ia selamat dari pemalsuan, dan barang siapa selamat dari pemalsuan maka ia selamat dari dusta". 
3. Taqwa: 
    

  Imam Sahl berkata tentang Taqwa: "Tidak ada keikhlasan tanpa ada ketaqwaan", dan beliau berkata: "Taqwa tidak layak kecuali bagi orang yang berqudwah kepada Nabi saw dan para sahabatnya". Dan ia menafsirkan firman Allah yang bermaksud: "Dia (Allah) adalah Tuhan Yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun." (QS, 74:56) iaitu bermakna: ‘hendak bertaqwakepada Allah dan tidak melakukan maksiat, dan orang yang berhak diberi keampunan ialah mereka yang bertaubat, dan ketaqwaan itu adalah meninggalkan segala yang tercela.  
     

 Bertaqwa pada perkara perintah: ialah tidak menunda-nunda.
      Manakala pada perkara larangan: ialah tidak berfikir maksiat.   Manakala pada adab: ialah tidak meninggalkan akhlak mulia.   Manakala pada al targhib(berita gembira): ialah menjaga rahsia.
     

 Manakala pada al tarhib(berita ancaman): ialah berhati-hati dari jatuh dalam perkara tidak diketahui/jahil.
      Dan ketaqwaan itu adalah terbebas dari segala sesuatu selain Allah.  
      Berkata Imam Sahl: "Barngsipa yang ingin memperlihatkan terhadap sesuatu yang ada antara dia dan Allah maka ia adalah orang yang lalai." 
      Dan berkata juga: "Taqwa dalah beriman dengan yang diwajibkan dan mengamalkannya dengan ikhlas, serta beriman dengan sunnah, dan ikhlas adalah suatu kewajiban. Dan keikhlasan pada Iman itu dengan mengamalkannya". 
 
MANHAJ TARBIYAH AKHLAQ (TASAWUF) 
     

 Tasawuf ialah sebuah martabat yang luhur, ia adalah memperbaiki hati dengan berjalan bersama adab-adab yang disyariatkan samada zahir dan batin, dan berlandaskan al Qur’an dan Hadis, iaitu mengikuti syari’at Allah dan bertauladan kepada Rasulullah SAW dalam akhlaq dan ahwal, menyerahkan semua perkara kepada Allah tanpa mengabaikan kewajiban, melanggar larangan. Secara singkat tasawuf adalah menyandang sifat-sifat terpuji dan membuang sifat-sifat tercela. 
     

 Tasawuf adalah sebuah perjalanan yang berdiri di atas ilmu dan amal, tingkat yang paling tinggi adalah Tauhid dan melaksanakan seluruh kewajiban sebelum amalan sunah, kemudian berbuat kebajikan, kebaikan, zuhud serta berakhlak terpuji. Dan dasar bagi itu semua adalah Taubah. 
 
1. Taubat
   

   Imam At-Tusturi berkata tentang taubah: "Taubah adalah hal yang wajib dilakukan oleh setiap seorang hamba di setiap nafas". Dan berkata juga: "Tidak ada kewajiban yang lebih utama atas manusia daripada taubah". Ia ditanya tentang tanda-tanda orang yang bertaubah? menjawab: "Tidak melupakan dosamu". Seraya melantunkan ayat ini: "Kemudian mereka bartaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya)".(QS. 16:119).  

2. Zikir:
    

  Allah berfirman yangbermaksud: Iingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu".
      Firman-Nya yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya". 
      Imam Sahl berkata: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahwasanaya tidaklah seseorang dapat berpaling dari mengingat-NYA (yaitu meyakini adanya selain Allah) melainkan Allah telah menguasakan syaitan untuk memperdaya dari jalan kebenaran". 
      Beliau berkata tentang zikir: "Hidupnnya hati yang mati itu dengan mengingat (zikir) kepada Allah Yang Tidak akan Mati". 
      Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ikutilah jalan Mufarridin menunju rahmat Allah", mereka bertanya:"Ya Rasul
ullah SAW siapakah al-Mufarridun itu?", Rasul menjawab: "Adalah orang-orang telah merealisasikan zikirullah dan yang datang di hari Kiamat dengan ringan kerana telah diangkat beban mereka oleh zikinya"
    

 Imam Sahl berkata: "Orang-orang yang menjauhi dunia dengan dzikir Allah". 
     

 Imam Sahl berkata tentang firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka". (QS. 27:52), Yang dimaksud dengan "rumah-rumah" adalah hati, iaitu yang rosak disebabkan kelalaian dari berzikir kepada Allah, dan berkata: "Barangsiapa yang melewati nafas demi nafas (hidup ini) tanpa berzikir bererti ia telah menyia-nyiakan keadaannya". 

3. Wilayah (Kewalian)
      Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (QS. 10:62).  
     

 Imam Sahl berkata: "Wali adalah orang yang perbuatannya senantiasa sejalan bersama persetujuan (Allah), dan menyerahkan hati dan anggota tubuhnya kepada Allah, sedang jika Allah telah mengendalikan wali-NYA maka akan dibimbingnya". 
     

 Berkata: "Tidak ada wali dari umat Muhammad SAW melainkan Allah mengajarkan al Qur’an sama ada secara zahir dan bathin. Mereka bertanya: "Yang Zahir kami memahaminya maka apakah yang bathin itu?", Imam menjawab: "Memahami kehendak-NYA". 
     

 Abu Bakar as-Sujezi berkata bahawa Imam al-Junedi telah mendengar hikayat ini, kemudian beliau menyatakan: "Telah benar Sahl".
    

 Tingkatan wilayah yang tertinggi adalah As-Siddiqiyah.
      Imam Sahl berkata: "Mereka adalah orang-orang yang telah menghitung nafasnya dengan tasbih dan taqdis (mensucikan Allah) serta memelihara anggota tubuh dan indranya, sehingga perkataan dan perbuatannya sidiq (benar), zahir dan batin mereka sidiq". 
      

Berkata lagi: "Salah satu akhlaq orang-orang Siddiqin mereka yang tidak bersumpah dengan nama Allah sama ada jujur atau dusta, tidak berbuat ghibah, tidak mendengarkan ghibah, tidak kenyang perutnya dan jika berjanji tidak menyalahi".