Petikan Sya’ir-Sya’ir Masyhur Karangan Al-Habib Al-Qutub
*Syair diambil dari AlHawi.net
Al-Habib Ali Al-Jufri telah menulis dalam kitab yang sangat bermanfaat " Ma’lim As-Suluk Lil-Mar’ah Al-Muslimah":
"Tidak syak lagi ada sebahagian, didoakan kesemuanya, telah terbit dalam hati mereka pengertian akan cinta kepada pertemuan kerana Allah. Dan saat itu, adalah suatu saat kebangkitan. Merupakan satu risalah yang ditujukan kepada mereka dari Allah……"
Di antara salah satu perkara yang perlu kita pelihara risalah kebangkitan yakni cintakan pertemuan (dalam majlis ilmu yang diRedhai Allah dan ikhlas kerana Allah) kerana Allah adalah: Menjauhi majlis-majlis orang-orang yang lalai.
Maka hanyasanya tuan blog ini hamba Allah yang dipenuhi dengan kelemahan dan kefaqeran, tidaklah dapat ana update lagi melainkan ana kopi pasta Qasidah yang indah ini hasil karangan Imamuna Al-Habib Al-Kutub. Dan seandainya dihitung qasidah-qasidah karangan Imam Al-Habib tentulah tidak dapat dihitung kerana hasil qasidah Imam Al-Habib sangatlah banyak dan pelbagai. Cetusan dari rasa cinta dan tawadhhu’ pada Allah. Rintihan kepada Allah. Moga-moga sama-sama kita renung dengan hati yang bercahaya akan makna disebalik syair ini, moga-moga beroleh barakah dan makin hidup hati kita yang selalu lalai dengan cinta pada Allah.
Sedang kitab dari Habib Ali Jufri di atas merupakan majmu’ah atau himpuanan pengajian yang disimpulkan untuk pertubuhan bahagian Dakwah di Universiti Nahdhah Wanita di Emirate Arab Bersatu. Beliau menceritakan peranan pembersihan hati dan penyucian jiwa dan mengosongkan hati dari penyakit-penyakit batin yang menjalar di setaip jiwa manusia yang ingin menuju Allah dan kepentingannya kepada kehidupan wanita Muslimah. Wajar dimiliki. Toba’ Darul Ma’rifah: Beirut. Http://www.marefah.com
Untuk santapan ilmu yang bermanafaat bagi pencinta kebenaran, muhklisin fi ibhasth ‘anil haq, wa qalbun yahtawi bi tawadh’uan fi talabatil al’ilm, juga pencinta Ulama-ulama Salafuna Soleh pewaris Rasulullah s.a.w dan para anbiya’ juga para sahabat-sahabat, tabie tabien Radhiyallahuanhum, jemputlah ke Bahrus Sofa, Champ dan Aljoofre. Dan dijemput juga ke link-link di situ.
Habib Ali Jufri banyak dirakamkan cd yang telah diterjemahkan kepada bahasa melayu (subtitle). Those who are interested can contact the person in charge. The contact number could be get in http://www.guidancemedia.com/. MasyAllah, those people who are really closed to Allah and loved by Allah really could touch our heart by only utter a simple phrase or word nevertheless could change a whole world or a painful heart with it.
Banyak Cd-cd Habib Ali Jufri yang bermanafaat, di antaranya Kewafatan Rasulullah s.a.w, Makna Jihad, Pembunuhan Saydina Hussain dan banyak lagi. Begitu juga salah satu rakaman cd yg disampaikan oleh Habib Omar Ben Hafidz. MasyAllah belum apa-apa sudah bergetar hati dan andai didengar sehingga selesai, pasti mengalir air mata, pasti terasa begitu berdosa diri dan begitu besarnya kuasa ALLAH.
Untuk pembacaan tentang Burdah dan Selawat jemputlah ke blog AlBazrah. Moga ada manfaat bersama.
Sollu ‘Ala An-Nabiyyu SollAllahualaihi Wasallam.


tahniah nai… sebab kembali aktif menulis, wah dah makin menarik layoutnye, nampanya dayapun kena mintaktolong kat pakar senibina utk mencantikan blog saya…
Comment by ibnulfaridh — December 13, 2006 @ 6:10 am
Alhamdulillah. Semuanya tidak disangka. Ada insan yang baik hati menolong ana menukarkan layout dan header. Bila buka pagi tadi tiba-tiba sahaja sudah bertukar. Tanpa diminta. Semuanya atas pertolongan UmmuMuhammad yang pakar IT. Jazakillah ukht.:). Kalau diikut tuan blog ini idaklah dia pandai hal-hal sebegini. Seadanya sahaja. Apa yg ada dalam temple and themes yg disediakan oleh blogsome.
Comment by Administrator — December 13, 2006 @ 12:18 pm
Sebenarnya secara peribadi, ana berpendapat layout dlm blog takdalah berperanan penting sgt andai isi tulisannya bermanafaat dan bagus. Ana pernah bertanya sahabat ana, dan beliau berkata kalau pun blog itu putih tapi ideanya bagus tetap dia akan baca. Namun kadangkala kita ingin bertukar warna. Bg calourful dan templete yg cantik. Semutu idhofi shj.:) Apapun kalau bagi sesiapa yg ada kemahiran lebih bolehlah mencantikkan dan mengemaskan layout dan bagi lebih menarik lagi. Terpulang. Berdasarkan masa dan kemampuan masing-masing. Terima kasih IbnFaridh atas kunjungan..
Comment by Administrator — December 13, 2006 @ 12:21 pm
em.. bgsnya, teruskan usaha anda!
Comment by al-kauthari — December 13, 2006 @ 12:41 pm
Allah, Allah.
Tiada apa lah yang bagus akhina Alkauthar. Hanya menaqalkan sedikit kalam dr Ulama-ulama dan Waliyullah yg kita cintai. Andai dihitung apa yg kita naqalkan masih lagi kekurangan berbanding apa yg mereka syarahkan.
Syair ini adalah alunan rintihan Imam Al-habib tanda rasa kehambaan kepada Allah. Bayangkan seorang yang dekat dan dikasihi Allah pun merasakan dirinya sangat berdosa apatah lagi kita yg mutakhiirin. Andai sepuluh qasidah dan beribu istighfar tentulah belum mampu mencapai maqam tawwabin kerana dosa kita yang banyak dan amalan nawafil kita yg masih sedikit. Tidak tertampung andai dibandingkan dengan Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, ‘Ulamauna wa AwliaAllah yang dosa mereka sedikit tapi pengabdian dan kehambaan mrk juga amalan mrk banyak dan ikhlas. Jesteru, mrk berada di maqam yang tinggi di sisi Allah.
Comment by Administrator — December 13, 2006 @ 1:43 pm