
Credit gambar: blog bro Tawel.
Pertama, apakah yang lebih menyenangkan kita daripada masyayiekh kita sendiri turun ke padang, menghamparkan ilmunya untuk kita selami ibarat lautan yang dalam. Ketika suatu masa dahulu, ulama-ulama mu’tabar merentas padang pasir, mrentas benua demi hanya untuk menghafal atau mencari satu riwayah hadith. Dan betapa sahaja Imam As-Syafie dengan kesungguhannya mencari ilmu seawal kecil bersama ulama’ hadith Sufyan Bin Uyainah, menghafal al-quran di awal umur 7 tahun, menghafal al-Muwatto’ pd usia muda. Imam Ahmad bin Hanbal, merentasi dengan susah payah hanya untuk bertemu dengan masyikh2 kabir suatu masa dahulu.
Lantas atas alasan apakah kita:-
1) Menafikan keperluan menjelajah ke benua serata alam, berguru dengan sekian ulama’ muktabar. Mengiktiraf kealiman dn kefaqehan mereka.? Mempelajari ilmu secara talaqqi dengan masyayiekh sendiri merupakan antara marhalah penting di dalam pembelajaran ilmu. Ulama’ di sini adalah kita maksudkan yng mengikuti sistem pengajian ilmu lengkap dengan ilmu alatnya, segala kemahiran di dalam pengjian ilmu juga mempunyai asas yang kukuh dan kuat di dalam setiap sumber ilmu. Samada, ilmu alat; bahasa, nahu sorof, ulum hadith, mustolah hadith, usul feqh, feqh muqoran. Dll.
Imam-imam kita, Salafussoleh berguru dengn sekian ramai manusia. Imam Syafee dengan mengembara ke Madinah, Yaman, Baghdad dan Mesir. Begitu juga Ulama’-ulama’ lain. Mempelajari hadith sahaja dengan sekian banyak muhaditthunnya.
2) Apkah yng menyibukan kita daripada berusaha menuntut ilmu luar kuliah, yang mana akan menjadikan kita manusia lebih bersyukur dan bertaqwa?
Andai ingin ditanya soalan, tetapkn niat ikhlas untuk mencari dan mengetahui kebenaran. Baik di pihak mana pun, kita ada adab-adabnya, dan hanya kata-kata yg ikhlas terbit dari hatilah mereka-mereka yang bercahaya hatinya dapat menerima dan berfikir.
. semoga Allah merapatkan dan menghubungkan hati kita semua dengan kasih sayang juga dengan tali Allah..
Mengakui yang cinta dan larut dengan nikmat ilmu itu adalah kurnia Allah juga, jesteru mesti kita berusaha dan berdoa agar ia kekal dan sentiasa ada di dalam diri kita. Dan hanya ikhlaslah jua yang ada di dalam hati-hati kita serta sentiasa itbaun Nabi, Sahabah, Tabieinn,Tabie’ wat-Tabieen, Awliya’ was-Solihin.
JUMAAT, 2 JUN
2006 9.00 pg - 11.00 pg Program Muslimat: ‘Permasalahan Haid, Nifas & Istihadhah‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)
1.00 tgh – 1.20 tgh Tazkirah Jumaat (Masjid Al-Falah, USJ9)
8.00 mlm – 9.30 mlm Ceramah Perdana: ‘Bagaimana Mengamalkan Hadits-Hadits Dalam Kehidupan Seharian’ (Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam)
SABTU, 3 JUN
2006 9.00 pg – 10.30 pg Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)
10.45 pg – 12.15 tgh Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Kumpulan Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9)
5.15 ptg – 6.45 ptg Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 3: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)
8.00 mlm – 9.30 mlm Forum bersama Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM (Masjid Al-Falah, USJ9)
AHAD, 4 JUN 2006
9.00 pg – 10.30 pg Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman‘ (Masjid Al-Falah, USJ9)
10.45 pg – 12.15 tgh Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Kumpulan Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9)
8.00 mlm – 9.30 mlm Pengajian & Diskusi Kitab ‘Manaqib Imam Syafie’ (Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan, N.Sembilan)
ISNIN, 5 JUN 2006
8.00 mlm - 9.30 mlm Ceramah perdana (Masjid Jamek Bagan Serai, Bagan Serai, Perak)
* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Hj Ahmad 012-2600160 Sdr Zain 012-3083086

assalamualaikum…
sis, lama takde khabar? kind of missing ya. heheh..
sis… nak mintak email sis plis. nak email2 plak. tulis sini ramai org bace. [takpon sis email me later, bleh? please…]
hehe.
Comment by SaufiahAzZahrah — June 2, 2006 @ 8:40 pm
Waa’likumsalam..
Alhamdulillah ana masih di sini. Cuma banyak tanggungjawab lain menghimpit waktu. Tambahan syeikh Nur datang…
.
Kind of missing u too..:D..Ok. InshAllah…nanti kita beremail2 pula kalau berksempatan
Comment by Administrator — June 4, 2006 @ 8:58 am
Insya Allah, Syeikh Nuruddin akan kembali ke Masjid al-Falah USJ9 pada 4-8/8/2006. Maklumat ini disampaikan kepada saya oleh seseorang yang rapat dengan Syeikh Nuruddin.
Comment by Malak — June 6, 2006 @ 4:56 pm
jazakAllah saudara Malakian..
ya, inshAllah Syeikh Nur akan dtg bulan 8..beliau ada maklumkan usai pengajiannya baru-baru ini. Beliau juga inshAllah akan menjadi panelis utk seminar di masjid negeri
shah alam bulan 8 nanti..
saudara pergi juga ke di masjid al-falah baru2 ni..Moga2 Allah memberkati kita semua..
Comment by Administrator — June 7, 2006 @ 5:38 am
Iya, saya pergi pada hari Sabtu sahaja. Pada hari Ahad, saya dan kawan saya telah tersesat jalan, takde rezeki untuk menuntut ilmu.
Comment by Malak — June 8, 2006 @ 6:52 am
InshAllah, moga2 ada peluang dan rezeki di lain waktu.JAlan yang dilalui dalam pencarian ilmu, adalah jalan menuju syurga. Ada ujian dan mehnahnya..Moga Allah permudahkan semua urusan mu’min mu’minat.AMin
Comment by Administrator — June 19, 2006 @ 7:22 am