Cuti sempena 12 Rabiul Awal

Walau berbagai-bagai perbahasan, hari bersejarah itu telah pun berlalu. 12 Rabiualwal. Dua peristiwa.Moga-maga main tambah cinta kita pada Baginda saw, makin tegar pula dengan Sunnah saw dan perjuanganya..dan makin basah jua lidah kita dengan selawat yang tak putus-putus buat kekasih yang diRindui..Moga-moga berkesmpatanlah kita melihat Baginda saw di akhirat nanti. hari yang ditunggu…Jerih perih perjuangan Rasulullah s.a.w bukanlah murah, namun balasnya Redha dan Maghfirah Allah..

Kolam kering

Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya meneguk ilmu, namun tidak pula mencurahkannya, dan jadilah ibarat kolam yang bertakung, lama-lama kering akhirnya. Namun selarikan ilmu, amal dan menyampaikan. Agar kita tidak hanya berada di dalam keadaan selesa, namun sedar apakah realiti sebenar ummah sekarang. Moga-moga kita semua diberi kekuatan utk membuat segala sesuatu yang mudah diucap susah pula dilaksanakan.

Kedai di Granada

Gambar di atas sekali lagi ana ambil di blog bro. Tawel. Entahlah suka sangat gambr di blog-blog beliau. Granada satu nama yang bukan asing lagi bagi kita yang cintakan lagenda kebangkitan Islam di Sepanyol..

Hidup Ibarat Pintu Kedai

Pernah menonton filem atau apa-apa sutradara yang mengambar kan peredaran zaman bertukar di dalam satu tempat atau zaman sekelip mata. Contohnya dulu, Back To the Future, Slide dll. Dan berbagai lagi filem-filem abd 20. Ana bagaimanapun bukanlah seorang ‘expert’ di dalam perkembangan filem dunia. Namun, ana akan membaca apakah perkembangan terbaru dunia filem. Filem, drama adalah satu seni yang andai kreatif di dalam pembikinan boleh menghasilkan satu karya yang menarik juga mesej yang tepat pada sasarannya. Juga selari "maqasid" hukum syara’ dan batas-batasnya dengan seni..Pasti, yang mana boleh nambah iman sebagai Mu’min; ahlan.

Keluar masuk pintu masa

Kenapa hidup ibarat pintu kedai. Seperti mana peredran zaman yang berlalu pantas, begitu juga ibaratnya pintu sebuah kedai menyaksikan suatu peralihan masa diringi manusia yang silih berganti memasuki kedai. Ada yang makin tua, dewasa, dan berbagai-bagai lagi.

Ana melihat hidup kita seperti itu juga. Bayangkan ada insan yang memasuki hidup kita, lantas keluar pula. Walaupun sukar diterima namun itu perjalanan hidup. Memang tidak suka pada perpisahan. Atas apa nama. Contohnya, semasa di Mesir dulu ana ada 8 orh ahli-baiyt yang berada di dalam satu rumah mempunyai 5 bilik. Kami saling bersilih ganti ahli bait setiap tahun. Setiap kali yang terpisah, kami pasti tangisi pemergiannya. Walau hidup bersama seramai 8 manusia berbeza di dalam segala segi memang sukar, tambahan pula masing-masing punya kerenah tersendiri. Namun tarbiyah itulah yg membuatkan kami sabar dan belajar. Manusia bijak sentiasa belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain. try to search the wisdom between it.

Dan andai apa jua yang berlaku, ana tak suka pada perpisahan, atau perpindahan, Ana takut andai tak bertemu lagi. Dan benar, memang ramai tidak berpeluang bertemu. Andailah dapat memegang satu panji di bawah satu lembayung di akhirat kelak, alangkah bahagianya diri. Berapa ramainya manusia yang keluar masuk di dalam hidup kita. Silihi ganti. Masing-masing men’infak’kan pengalaman yang kita kutip ia, dan di simpan di dalam saku kehidupan. Moga-moga bila perlu kita guna i.

Salah masuk

Namun, ada juga insan yang memasuki hidup kita banyak kali. Ibarat kedai kat atas. Pasti ada pengunjung setia, yang kita suka atau tidak. yang bosan terhadap hidangan pasti ada. Atau juga pengunjung kedai yang tersalah masuk, atau saja je jalan-jalan then masuk kedai tu. Pasti ada, begitu juga hidup kita. Alhamdulillah  di sini, ana temui juga sebahagian sahabat yang tidak lansung dikenali di mesir namun akrab di sini. Contohnya ukht Raudhah yg juga zaujah pada ust Arif Arshad-x pres Pmram. Bagi ana, dulu tak tersangka akan dapat pula sekelas dengannya dan mengambil segala yg baik dari dia. Dia memang pelajar yang cemerlang, isteri juga ibu dalam masa yang sama. Bersama niqobnya tidak pula menghalang beliau aktif di kelas dan memikat dengan presentation yang menarik. Juga sahabat-sahabat yang tidak disangka-sangka bertemu di Pwtc. Pasti mereka akan berkata " Kurusnya awak.."…Manakan tidak syawirma di sini pasti tak sama dengan di sana..(menyentuh sedikit kaitan kebab di kedai atas dan syawirma di "sikkoh gadidah di mansurah"–> ada lah sikit kaitan makanan di dalam entri ni.) Begitu kita mengambil apa sahaja yang berjalan di denai hidup. Belajar dari insan lain tentang hidup. Yang baik kita teladani yang buruk pula kita sempadani..

Berpindah

Begitu juga halnya di alam maya. Ana telah berpindah dari blogdrive ke blog spot dan akhirnya ke blogsome. Semuanya atas sebab2 tertentu. Bukan saja-saja suka. nak bermakeup ‘blog’. tak suka bertukar-tukar ni sebenarnya. Blogdrive dulu ada masalah server. begitulah seterusnya. Mencari-cari juga sahabat satu redaksi semasa berkerja di dalam "Suara Kampus Edisi Mansurah" = SKEMA. Adakah di kalangan mereka yang membuka blog. Rasanya tiada satu pun. Di kalangan Azhari/yah yang aktif menulis yang buka blog sekarang, kebanyakannya seisi pelajar baru. Mungkin sidang redaksi kami yang lama, sibuk dengan keluarga agaknya. Entahlah.

Perancangan vs resepi

Kadang-kadang banyak resepi yang kita salin. tapi buatnya?emoticon..Tunggu bila? Kita amat gemar menyalin, simpan then biar anak cucu baca..;)..begitu juga hidup ni. Kita banyak merancang bukan semua juga mampu berjalan dengan baik andai tidak kita sungguh-sungguh di dalam mencapai natijahnya, dan lack off spiritual value, doa juga tawakkal pada Allah swt. Resepi vs planning. Cuti ni, banyaknya plan, itu-ini. Namun kalau tak usaha dan berdoa juga tawakkal jadilah ibarat buku resepi yang terperuk kusam dalam almari lama. tajuk ‘risalah’, prog, seminar, family dan mcm2 lagi.

Kek coklat

Penat bila tengok plan belum buat lagi. Aneh amat bila ana lihat orang yang dah berkahwin lebih cekap menguruskan masa mereka. Segalanya tersusun rapi dan perancangan yang cantik sekali. Mungkin mereka telah cukup ramuan membina komitemen. Juga lengkap skill+knowldege di dalam ‘kek coklat’–> Ana nisbahkan kek coklat ibarat perkahwinan apabila ada ukht ana tanya.." Berkahwin tu apa? Kek Coklat ke?(she just wanna joking wih me) ana membalas dengan mengiyakan..–> Huraiannya, nantilah insh-Allah. Ringkasnya, apa yang Ukht Raudhah selalu kata " Rezeki+barakah org kahwin."

Yelah, bukankah kalau bahan-bahan skill juga ilmu membuat kek coklat andai dibiar lama dah tak fresh lagi, kalau tersalah temprature oven terbakar pula atau andai tersalah pukul, tak jadi pula. Bijaklah membuat perancangan, andai dekat dengan Rahmah Allah, jauh dari marah Allah juga murah dengan barakah Allah.

p/s: still tak tahu mcm mana nak me’link’ di sini. Wa rabbana Yusahhil Amrina..Amin