Musim hujan dan panas masih berterusan di Malaysia. Begitulah diibaratkan dengan kehidupan penuntut ilmu yang mengembara mencari ilmu kerana Allah. Kembaranya tidak pernah selesai, kekadang surut kadang-kadang lebat penuh ilmu yang datang mencurah dari Syeikh yang pelbagai. Mencari ilmu bukan sekadar hanya kepuasan diri, minta dijauhkan dari tipu daya syaitan, hawa nafsu dan jauh dari subul as-salim, Al-Quran dan Sunnah di dalam proses kita mencari ilmu ini. Nauzdubillah min zalik.


DALIL HUJAH ILMIAH ATAU RETORIK KOSONG?


Imam Ibn Al-Jauzi di dalam kitabnya ” Saidhul Khothir” ada menyebut di dalam fasal : Bukanlah makna daripada ilmu memahami lafaz. Beliau mengulas lagi dengan meyebut beliau melihat ramai ulama’ sibuk dengan gambaran ilmu tanpa memahami hakikat dan maksudnya. Para Qari’ sibuk dengan riwayat dengan hanya melihat maksud itu adalah tilawah itu sendiri. Dan Muhaddith pula mengumpul ‘turuq’, dan menghafal isnad-isnad, tanpa memperhalusi maksud yang di naqalkan. Dan melihat sesungguhnya beliau telah menghafal untuk manusia sekian hadith dan mengharapkan keselamatan itu, dan menanggap khidmatnya terhadap syariah akan mempertahankannya. Ahli faqeh pula telah terjun di dalam jidal atau perdebatan yang dapat memenangi perbahasannya, dan menyangka dapat menghapuskan dosanya dengan pengetahuan tentang mazdhab-madzdhab yang dia beri hukum pada manusia. Mungkin juga mereka tidak menghafal Al-Quran dan Hadith sekadar dengan kejahilan mereka sahaja terhadapnya untuk memenangi perdebatan. Maka bertambahlah keras hati mereka.


Sila teliti mafhum Surah ArRum. (Surah Ar-Rum ayat 7)


Senario masa kini memperlihatkan perkara yang disentuh Ibn Jauzi ini. Sejak berhari, ana melihat memikirkan apakah kesudahan. Apakah titik temu kita ini. Bagaimana Taqrib baina Alfikrah Islam? Mustahil, andai tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Mustahil andai tidak bersama dengan jumhur al-Muslimin, mustahil andai tidak berpegang dengan ijma’ yang disepakati ulama. Ijma’ di dalam Ilmu Usul Feqh memberi hukum Qot’ie kerana ianya adalah persepaktan para ulama’ di dalam sesuatu isu bertunjangkan dalil-dalil di dalam Al-Quran dan Sunnah. Jesteru, andai bertembung di antara ijtihad dan ijma’ maka di dahulukan ijma’ di dalam ilmu ta'’ruh atau ta'’dul wa tarjih baina ad-dalil.


Kita melihat dan kita pasti ingin Ummah bersatu di dalam kepelbagaian madzhab, dan di dalam satu pemikiran yang sohih. Kita ingin memikirkan meneruskan kerja di dalam isu-isu besar Ummah Islam. Kita sudah lama mendepani isu-isu yang sama. Berulang, sejak sekian lama. Bosan barangkali kita dengan isu yang sama. Kami sendiri pernah memikirkan perkara ini, malah secara peribadi pernah terfikir mengapa mereka membangkitan perkara sebegini? Pernah rasa tidak setuju dan sebagainya. Namun perlu disedari, bagaimanakah kita ingin menyelesaikan bersama isu-isu besar seperti Liberal, Atheisim, Pluralisme dan Hedonisme andai isu-isu tentang masalah khilafiyah, bidaah mengganggu gugah malah memecah belahkan ummah. Umpama bermimpi di siang hari. Kuffar sedang ligat mengatur strategi kita pula asyik bermain dengan isu-isu lama. Mengelirukan orang ramai. Pasti ada yang berfikir sedemikian, kerana kami juga pernah berfikir sedemikian.Ya, jesteru itulah yang selayaknya, namun andai kita sering memandang prejudis, sering pula mudah menghukum, di dalam hati-hati sering pula merasa sum’ah, bagaimana kita ingin bersatu di dalam perkara besar. Kerana tabir hati kita dihijab untuk mencari kebenaran.?


Merujuk di dalam kitab yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abdul Latif Mahmud; Al-Ikhtilaf Al-Feqhiah laday Al-Ijtihadatil Al-AIslamiah al-Muasirah secara ringkasnya khilaf di kalnagan ummah tercetus kerana dua masalah. 1) Masalah akhlak 2) Masalah pemikiran.


BIDAAH BAGAIMANA MEMAHAMINYA SECARA UMUM


Isu di kalangan Ummat Islam terbahagi kepada dua. Dan ana hanya ingin menyentuh sedikit tentang isu feqhiah atau furui’yah.


1) Isu Aqidah atau Usul.


2) Isu Furu’ atau feqhiah.


Perbetulkan manhaj anda. Teringat akan respon Syeikh Nuruddin semasa membahaskan isu ini di dalam satu Seminar di dalam tahun ini, semasa beliau menerangkan hujah-hujah beliau akan keharuskan membuat sesuatu perkara, dan sebagainya, lantas syeikh mengatakan. ” Beramallah dengan apa yang sohih pada pandangan kamu, namun jangan kamu mengatakan orang lain salah dan sesat dan hanya pemahaman kamu sahaja yang betul.”


Benar, hingga sering pula mengkafirkan aqedah Asyairieyah dan mentabd’ikan semua amalan baharu, sedang kita perlu mengetahui betapa banyaknya ulama yang membahagikan pembahagikaan bidah hatta Ibn Taymiyah sendiri di dalam ” Majmu’ Fatawa Ibn Taymiyah” Juz 3, dan sekian ramai ulama’ melainkan As-Shatibi di dalam kitab I’tisom. Menurut Dr Omar Abdullah Kamil semasa membahaskan akan mafhum bidaah beliau menjelaskan.( Kalau anda penuntut ilmu yang muhklisin ingin mencari kebenaran maka perhalusi dan telitilah hujah yang dilontarkan oleh para-para ulama’ ini.).



” Isu bidaah adalah antara isu yang penting, berisiko dan sensitive ntuk diperbincangkan. Ini kerana dalam membincangkannya sebarang sentiment nafsu boleh memasukinya lantas boleh merosakkan agama. Memanglah bidaah sesuatu perkara yang perlu diperangi, namun sebelum kita memerangi sesuatu yang dianggap bidaah, kita perlu lebih dahulu perlu mengenali apakah sebenarnya itu bida’ah. Pengetahuan ini penting agar kita dapat mengelakkan dari sebarang kekeliruaan di dalam pandangan kita.”


 ” Di antara masalah besar yang sering dihadapi ketika membincangkan masalah ini adalah cara untuk mengenal garis pemisah dalam menilai sesuatu amalan itu samada ia terdapat di dalam pokok ajaran Islam atau tidak. Ini kerana garis pemisah itu terlalu halus. Masalah kedua ialah jika perkara itu tidak terdapat di dalam ajaran Islam, adakah kita dibolehkan berijtihad padanya.” Sambungnya lagi. ” Lantaran kerumtian ini, perkara ini perlu diperjelaskan oleh para ulama’. Jika tidak ianya akan mengakibatkan kekeliaruaan pemikiran pada masyarakat. Terutamanya untuk mereka menilai sesuatu amalan. Malah perkara yang lebih penting adalah untuk mengelakkan perkara ini dari dijadikan senjata yang akan digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak tidak betanggungjawab untuk melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pihak yang lain.”


” Perkara ini sebenarnya bukan mudah. Ianya terlalu rumit. Oleh kerana ini tiada siapa sepatutnya yang layak untuk membahaskan kecuali mereka yang ahli. Iaitu mereka yang telah lama terlibat dalam bidang keilmuaan Islam, mampu memberi fatwa dan syariat Islam seolah-olah menjadi darah daging mereka. Setelah mengetahui syarat-syarat ketat ini, kita memahami isu isi terlalu berisiko untuk dibincangkan jika yang membincangkannya tidak cukup syarat.” Ya, bagi ana, isu ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mahir di dalam ilmu lughah, dan bagaimana memahami Nas dan cara-cara mengistinbatkan hukum. Sebaiknya masyarakat awam tidak dipersulitkan untuk memahami perkara-perkara furu’ dan khilaf sebegini. ( Pernah ada tokoh Salafi dari luar negara berkata di depan ana dan beberapa sahabat yang lain, isu furu’ dan khilafiyah adalah isu yang dibangkitan oleh orang Syafie, terpukul juga, namun hanya mendiamkan diri, kerana masa itu sedang mbincangkan isu lain yang bukan berkaitan usul feqh dan agama tetapi berkaitan dengan ideology dengan beliau disamping menghormati beliau; sama-sama kita bersama berbincang demi mencari kebenaran jauh dari taasub).


Manakan tidak! Isu-isu furu’ dan khilafiyah yang sudah diperbincangkan oleh ulama’ sejak dahulu malah ada yang dusah dijma’kam digunapakai dan dibangkitkan untuk memperlihatkan pemahaman kita sahaja yang benar. Namun kita wajar meraikkan juga mengakui masyarakat awam sekarang bukan seperti dahulu, mereka mencari-cari ilmu juga sentiasa ingin sesuatu yang kuat, lantas menyebabkan mereka sering mencari ilmu yang baru. Untuk menyeimbangkan keadaan, perkara-perkara khilafiyah sejak berzaman ini terpaksa didepani masyarakat umum sesuai dengan kemampuan mereka untuk memahami lagi ilmu yang sohih.


Setelah difahami manhaj Aqidah Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, sama-sama pula kita telusuri kesatuan Ummah di dalam kepelbagaian..


Dr Yusuf AlQardhawi ulama’ kontemporari yang kita hormati di dalam penyelesaiannya di dalam isu perpaduan ummah ada menulis di dalam tulisannya yang bertajuk ” Sumber-sumber asas pemikiran dan praktis di dalam menyatukan madzhab” yang dikumpulkan menjadi satu kitab berjudul ” At-taqrib BAyna Al-Madzhaib Al-Islamiah”, yang mengumpulkan sekian banyak penulis diantara Syeikh Said Ramadhan Al-Buti, Dr Abbas Muhajirani, Dr Muhammad Al-Mukhtar Walad Abah dan ramai lagi. Menurutnya lagi kesatuaan ummah merupakan perkara yang dhoruri dan perlunya muslimin menyibukkan diri dengan urusan kepentingan yang besar.


Kami semua mencari jalan kebenaran ini bukan mudah, kami tidak menjadikan ikut-ikutan sebagai jalan kami, jauh pula bersikap prejudis dan mengkritik tanpa mendengarnya sendiri, kami hanya sandarkan dengan hati yang kami cuba ikhlaskan dengan sebaiknya dan memautkan diri pada Allah. Kami bergaul dan berguru dengan sekian ramai orang. Kami bertemu dengan sekian manusia. Kami berbincang, malah berlapang dada di dalam perselisihan di antara kami. Kami tidak tassub jauh sekali hanya membabi buta di dalam menuntut ilmu, jika itulah hujjah kalian terhadap kami. Sikap penuntut ilmu adalah mencari haq bersandarkan dalil yang sohih mengikut kemampuan dan belajar dengan guru yang muktabar, kemudian menimbangkan dan meneliti sesuai dengan ilmu kita. Jika belum, usah gopoh, ulama’ salafsussoleh berguru hingga beratus-ratus tok guru. Mengembara ke sekian benua. Dunia technology bukan alasan kalian menyegerakan pemahaman terhadap ilmu. Bersabarlah dan bersikap skeptikallah dahulu. Dunia sekarang dihampari fitnah. Maka sediakan dahulu hati yang putih jauh dari mazmumah dan tawajjuh pada Allah di dalam keluar dari kekeliruan (andai anda merasakannya) pasti akan temui kebenaran yang sohih. Ad-Dzhahabi sendiri memeperkata syarat diterima amalan 1) Ikhlas 2) Itaabun Nabi (Luas perlu diperbincangkan dengan mendalam.)


Adakah menghormati ulama’ bermakna tidak boleh berikhtilaf dengan mereka.?Apakah panduan dan syarat-syaratnya. Dan mengapa kita sangat menekankan adab-adab dengan para Ulama’.


InshAllah akan cuba dikupas andai mempunyai kelapangan masa.


p/s: Ana cuba menerangkan secara ringkas, akan isu yang sering mereka bangkitkan dan pemahaman secara asas di dalam perkara ini sebelum kita masuk di dalam perbincangan yang lebih mendalam.


Link berkaitan: http://3ain.blogdrive.com/ dan http://bankwahabi.wordpress.com/