Syeikh Nuruddin yang saya kenali
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RadhiyaAllah Anhuma telah berkata :
" HasbunAllah wa ni’mal al-wakil telah di sebut oleh Ibrahim a.s ketika dilemparkan ke dalam api, telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mereka katakan padanya : " Sesungguhnya manusia telah berhimpun dan menakutkan mereka maka bertambahlah iman mereka dan berkata " حسبنا الله ونعم الوكيل" - Hadith Sohih Bukhari.
(Dari Kitab "Makharij min al-fitan karya Mustafa ibn Al-Adwi)
Ana selalu mengambil jalan skeptikal di dalam setiap apa jua sedaya mampu ana. Kita belajar daripada masa lalu dan mengambil ibrah (pengajaran) disekeliling kita. Juga sering mengambil langkah berdiam diri daripada mengatakan sesuatu terhadap manusia atau perkara yang kita tak tahu atau tidak pasti. Kita percaya bahawa saling menghormati, bersikap adil juga bersangka baik adalah hak Muslim terhadap Muslim yang lain. Betapa kita tahu Rasulullah s.a.w sangat teliti tentang akhlak dan meraikan perbezaan pendapat juga dengan cara yang sangat indah dan halus.Lebih-lebih lagi bagi penuntut ilmu dan penyampai ilmu harus lebih ditekankan aspek ini.
Kita sedia maklum mafhum ayat Allah di dalam Surah al-Hujrat ayat 6
"Seandainya datang kepada kamu seorang fasiq membawa khabar berita, maka hendaklah kamu memberi penjelasan"
Sebab turunnya ayat ini berdasarkan kisah yang sangat panjang, yang kalau berkesempatan inshAllah akan cuba ana ringkasakan di sini nanti.
Namun cukuplah andai kita sama-sama saling memberi peringatan akan matlamat kita mencari ilmu adalah hendak menggapai Redha Allah. Adakah Redha Allah boleh dicapai begitu sahaja?
Oh, pasti tidak. Di dalam menuntut ilmu, pasti ada adab-adab juga akhlak yang perlu kita telusiri hingga nanti ilmu kita bukan sekadar retorik namun aplikasi hayah menjadi amal khaire dan uswah hasanah pada insan lain.
Ana teringat bagaimana Syeikh Nuruddin yang amat mementingkan ilmu dan adab semasa belajar juga sentiasa tawaddu’ dan rendah hati terhadap ilmu pernah menceritakan. Betapa menjaga adabnya ulama’ ulama Salaf yang silam, samada Imam Hanafi, Syafie juga Hanbali. Contohnya, Imam Ahmad Bin hanbal yang kita tahu pernah berguru dengan Imam syafie amat menjaga adabnya sehingga hendak menyelak helaian sofhah (muka surat) kitab amat berhati-hati takut andai tok gurunya rasa terganggu. Begitu juga ulama’-ulama’ yang lain yang kita tahu sifat taqwa nya sahaja tak mampu kita tandingi.
Begitulah Syeikh Nuruddin mengajar kami adab-adabdan akhlak-akhlak belajar juga sentiasa menyuruhkami menyintai Sunnah dan mengamalkannya tanpa rasa malu. Syeikh sentiasa mengucapkan maaf dan terima kasih pada sesiapa sahaja. Tidak pula meminta apa-apa bayaran ketika mengajar. Cukup sekadar dua katanya buat beliau.
Setiap tahun saban musim berganti, syeikh Nuruddin akan datang menjagar kami, tanpa apa-apa bayaran dan sentiasa mengajar kami hingga serak-serak suaranya, dari pagi hingga ke malam. Dan andai tiba saat pulang, pasti akan kami mengalirkan air mata sedih mengenangkan kami pasti akan merindui kelas bersamanya juga d sebabkan ketulusan syeikh mengajar kami, tanpa mengharapkan apa-apa.
Rasa hormat dan kasih kami pada Syeikh Nuruddin bukan di dasari taasub atau melampau, namum memadai andai ianya kerana kami menyintai Allah, Rasulullah s.a.w, juga sahabat, tabie tabiean dan ulama pewaris Nabi.
Bukanlah bermakna kami tidak akan pergi ke Syeikh-syeikh yang lain. Apabila berkesempatan, kami juga akan belajar dengan syeikh-syeikh Arab yang lain dengan rasa dahaga terhadap ilmu yang tak pernah padam.
Syeikh Nuruddin juga sentiasa menanamkan kecintaan kami pada Sunnah saw, dan pasti selepas mendengar halaqah dengan Syeikh kami akan cuba untuk mengamalkan dengan sedaya kami.
Syeikh juga sering mendengarkan kisah sahabah-sahabat salafussoleh hingga pasti sarat sebak di dada kami dengan cinta pada mereka.
Syeikh sering menggunakan kitab-kitab yang mu’tabar dengan menceritakan keindahan-keindahan juga susah senang perjalanan para sahabah menempuh risalah Rasulullah saw.
Beliau amat menekankan aspek adab berilmu dan akhlak Muslim, yang mana mahfum dari hadith Nabi saw " Sesiapa yang merendahkan dirinya akan dinaikkan (darjatnya) oleh Allah ".
Kami amat berhati-hati akan perilaku semasa belajar dengan beliau walaupun kami; akwhat hanya mendengar tafaqquhnya dari tv (bahagian bawah) asrama pelajar. Kami tidak akan berganjak, bersembang, pusing-pusing pen, tidur, makan dan lain-lain lagi yang kami tahu Syeikh Nur tak berapa gemar kami buat. walau Syeikh tak nampak kami sebab kami di bahagian bawah, namun kami tetap rasa hormat akan beliau dan menyebabkan kami sedaya mungkin mengamalkan adab-adab yang diajarnya.
Juga hormat terhadap kitab-kitab para ilmuan Islam yang lampau, dengan memegangnya dengan baik, bukan mcm bawa plastik ikan (hayun-hayun), dan meletakkan barang2 lain atas kitab dan lain-lain lagi.
Beliau sentiasa menceritakan tentang Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad hingga kami cinta pada mereka semua.
Beliau; Syeikh Nuruddin juga amat lantang menentang kesesatan atas apa nama samada tareqat sesat dan lain. Beliau akan berkata dengan benar dan tegas andai ianya berkait rapat dengan aqidah, dan lembut juga sederhana dan santai ketika membicarakan soal feqah. Soal-soal sensitif jarang beliau sentuh melainkan apabila di tanya. Itupun beliau akan jawab dengan zuhud " Biarlah kat mereka, tak usah gaduh-gaduh. Kita amalkan sahaja apa yang kita yakin pada pendapat masing-masing."
Namun, beliau hanya sekali ana mendengar kelantangannya terhadap isu yang sensistif itupun setelah berlaku beberapa perkara yang beliau rasa wajar di jelaskan. Namun, beliau aakan akhiri dengan rasa tawaddhu’, mohon maaf dan kerendahan hati terhadap ulasan-ulasan beliau juga beramallah dengan dengan apa yang kamu rasa betul di sisi kamu di sirami sifat taqwa dan tawaddhu sebagai makhluk Allah yang amat-amat dhiof (yg dhoif kita ni, memang adh’afu dhu’afa 100x kali ganda, berbanding dhoif ulama-ulama’ silam, kita tak menafikan kema’suman hanya ada pada Rasulullah saw, namun kita yang tgk tv, internet, bersembang kosong? kategori apakah taqwa dan iman kita ini? Its nothing compare to ulama’ ulama’ dahulu..)
Siapakah kita ini? Contohnya Imam Bukhari solat istikharah sebelum mentashihkan hadith, begitu juga Imam Malik RadiyAllahuanhuma yang mandi dan solat istikharah sebelum meletakkan apa-apa hadith di dalam kitabnya yang ulung " al-Muwattho". Jesteru, setiap langkah ulama’ adalah di dasari hidayah Allah.
Sedikit Biodata ringkas Syeikh Nuruddin
Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau
mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.
Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu
sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Kalau kitamempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab
ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam
As-Shafei,
Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan
dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi.
Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil
Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan
dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri
majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah
s.w.t.BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib
bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus
Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya
menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah
adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun
1982 beliau menamatkan pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan
keputusan cemerlang (mumtaz).Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh
Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-
Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang
bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain
yang digelar
Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah
sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di
Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat
diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan
perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang
datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan
Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau
digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping
mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta
karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan
karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50
buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-
Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang
Dengan Kitab Dan Sunnah).
Sebenarnya ana tidak mahu memanjangkan isu ini, namun apabila ana melihat tersebarnya isu ini hingga ada di kalangan mereka yang ana kenal dengan mudah mengambil soal jawab isu berkaitan Syeikh dan men’kopi pasta’ (tanpa menyelidiki apakah benar dakwaan tersebut, juga perbahasan yang panjang tentang Hadith Musthalsal di kalangan ulama’) Contohnya:( hadis musalsal bukannya hanya dhoif shj ttp ada yg sahih dan hasan.Ibn Solah r.a mengatakan yg paling sahih hadis musalsal yg diriwayatkan ialah hadis m’baca surah as-sof }.. itu yang membuat ana terluka, tersayat, terguris hati. Moga-Moga Allah sucikan hati kita dengan ikhlas dan rendah hati juga selalu berada dalam maghfirah Allah.
Ibaratnya andai hati ini umpama pohon tamar, ianya bagai ditampar-tampar, disiat-siat. Alangkah pilu. Namun semoga kita digolongkan yang berlumba-lumba mendapat keampunan Allah dengan menahan marah dan memaafkan insan lain.
" Al-bayyinah ala muda’a wal-yamin ala man ankara". -Riwayat dari Tarmidzi dan Baihaqi. Salah satu kaedah feqhiah yang diistinbatkan dari hadith Rasulullah s.a.w. Walau kaedah ini kebanyakannya digunapakai untuk masalah jenayah, namun perlu kita teliti hatta di dalam masalah jenayah yang hanya menjatuhkan hukum haram/halal, dosa /pahala sahaja perlu kita berhati-hati, inikan pula yang berkait rapat soal yang berkait tentang anti-hadith, maruah dan lain-lain.
Diakui juga, kita memang tidak menafikan kritikan memang perlu di dalam medan ilmu, atas hujah ilmiah namun perlu bezakan antara kritikan dan tuduhan. Kritikan perlu juga dengan adab-adab dan memahami feqh ilkhtilaf dan khilaf yang mamduh(dipuji) dan khilaf yang madzmum (dikeji)
Segalanya kita kembalikan pada Allah, moga kita sentiasa berbaik sangka seperti yang Islam ajar, berkasih sayang kerana Allah juga moganya kita semua. Kita semua ingin memasuki syurganya bersama-sama melihat zat Allah,(andai diberi rahmahNya), melihat Rasulullah s.a.w yang sangat kita rindu juga para sahabat yang kita dengari kisah mereka sedari dalam perut ibu lagi. Para tabie-dan tabien yang telah berjasa besar bersusah payah dalam mehnah meneruskan perjuangan Rasulullah saw. Kita semua ingin begitu, mohon-mohon diperkenankan oleh Allah hendaknya..Amin
Akhiran ana katakan:
" Ya Allah ampunkan kami semua, kami hambaMu yang teramat lemah tanpa Rahmah dan kasih sayangMu juga Hidayah dan taufiqMu tiada makna hidup kami dan dimana ingin kami letakkan diri kami ini di langakaun nikmatMu yang luas. Ampunkan kami yang mengharap belas ehsanMu terhdap perkara yang kami tersalah atau tersengaja atau tak tahu atau jahil atau tidak sengaja."
AstaghfiruAllahaladzim
Wallahu’lam
p/s: credit for" hembusan blog " aka Bro Tawel referring the picture that has been taken above.


akum…hi nailofar…thanks for passing by my blog…wa, blog yg menarik…keep on writing…
Comment by hitomi — April 26, 2006 @ 5:49 am
Ustaz Ismail Kamus ada pesan, jangan cari ilmu untuk nak bertekak. Sekadar satu peringatan kepada semua pihak. Memetik semula kata-kata nai
Comment by Tawel — April 26, 2006 @ 8:34 am
Begitulah tawel, benarlah kata-kata itu. Betapa ramai yang menyampaikan ilmu bukan dengan perasaan kasih sayang hingga nanti tidaklah lembut pengamal ilmu melainkan bertambah keras pula hatinya.
Syeikh Nuruddin telah dihubungi oleh salah seorang anak muridnya sahabat ana punya sedara, namun Syeikh sekadar berkata “biarkan sahaja” tanpa marah.
Prof. Dr. Dato Harun Din juga yg terkenal dengan kewaraqan dan kezuhudan hatta oleh non-Muslim yang interview dia di dalam paper Star tahun lalu ketika penutup dan resolusi “Seminar Islam sebagai cara hidup “ (yang dianjurkan oleh majalah I dan Pusat Pengajian at-Tibyan yang menghimpunkan pemikir-pemikir dari aliran yang berbeza seperti D. abdullah Yassin, Dr Fauzi Deraman, Syeikh Nuruddin dan Pror Harun Din pd 15/16 April .) telah berkata .
1) Kita tidak boleh mengatakan orang lain sesat di dalam apa jua masalah khilafiyah kerana perbezaan ulama’ di dalam istinbat dalil
2) Setiap mujtahid itu musib (benar)–maksud Dr. harun din di dalam perkara furi’yat dan khilafiyat…seperti di dlm kitab2 usul feqh
3) Bersatulah dengan perkara yang disepakati.
Panjang sebenarnya resolusi Ust. Harun Din, namun amat tenang dan lapang mendengar resolusi Ust Harun Din. Penerangan beliau memang jelas dan bertujuan menenangkan kita semua juga cintakan Sunnah. Pentakhrijan hadiht2ada pndpat yang berbeza.
Wallhua’lam
Comment by Administrator — April 26, 2006 @ 8:40 am
rasa rndu dsaat kita dpt dudk bsama mndgr cermh dr tuan sheikh …lebih bahgia jika hidup kita sentiasa dipenuhi dgn mjls ilmu dan mati bsama mrk2 yg sama2 mennutt ilmu utk mndpt redho Allah.
dan trigt zaman madrasah dulu adablah JUGA yg amat dtekankan. Guru2 yg berada dhadapan ibarat seorang raja. gerak geri tunduk brbicara sgala dambl kira.shg trigt sewaktu itu hndak menoleh kekanan kekiri pn trasa amat takut trambil hati guru pd kita.
begitula hakikatnya jln tarbiyah yg diajrkan dr mrk yg benar tulus suci hatinya dlm mnntut & mplajari ilmu Allah.
krn dlm mnntut ilmu smemangnya buknla ssuatu yg senang dan prkr yg mudh atau smbil lewa dlm mplajarinya…sdgkan Nabi yg maksum menerima wahyu brpeluh2 mbasahi pkaian bgnda inikn diri kita spatutnya lbh2 lagila rs ihtimam dlm mnntut ilmu. tp itula hakikatnya zmn skrg ni ilmu itu ibarat alas kaki shj dlm mplajarinya kdg2 tu rs sedh bila diri sndri sukr nk dapt tawjjuh bila bpsh dgn suasana dahulu ..
Hanya satu shj yg dpt mbntu apabila ada sahabt yg sama2 saling ingat dn mmpringati, itula salh satu kekuatan apbila bjauhan dgn suasana trbiyah ..
bersama sahabatku dlm mprjuangkan sgala yg telah ditnggalkan oleh mrk2 yg dikasihi Allah s.w.t. krna kita jualah ummat akhir zmn dzmn yg hmpr pupusnya sgala risalah yg dprjuangkan oleh muttaqn dzmn lampau..
-slm mahbh wa rahmah….shbt96
Comment by adawiyahmrdiah — April 26, 2006 @ 4:49 pm
ye sahabatku..:)
emm, jazakillah habibti.
ezt, teringat mcm mana dulu ada beberapa kali berpeluang belajar betul2 depan Syeikh masa tu talaqqi kitab Haidh, Istihadhah dan Iddah, khusus buat akhwat. Memang rasa hormat sangat. Tau syeijh tak suka org gerak. utk dapat berkat ilmu, memang lenguh sangat kaki, tp tahan je lah…
..duduk je macam tu..Sampai waktu rehat…
sebenarnya sahabat baik yang ana amt kasihi pernah berpesan, usah pamerkan emosi di dalam internet
( terutamanya marah) namun ana cuba untuk menerangkan isu berkait rapat tentang tok guru kita tanpa emosi yang keterlaluan dan menahan rasa yang kurang baik di dalam hati, dan hujah yang rasional. Moga-moga Allah golongkan kita di dalam mereka-meraka yang sabar, menahan marah (kadzhimin nal- ghaiz) juga sentiasa memaafkan orang lain.
Amin.
alfaqer ila Rabbiha
Comment by Administrator — April 27, 2006 @ 7:09 am
penerimaan terhadap hadith muthasal mungkin berbeza-beza di kalangan muhadith dan terpulanglah terhadap para mutabie’ untuk menerima atau menolaknya dengan berlapang dada..
Comment by Administrator — April 27, 2006 @ 7:30 am
assalamu`alaikum nailofar, tumpang tanya. buku yg awak sebut kat bawah tu berapa ye? boleh bagi description lagi tak
Comment by mardhiah12 — April 27, 2006 @ 8:05 am
Allahhuakhbar! ilmu hadith sungguh mahal, setelah ilmu Al Quran…
Kedua2nya saling berkaitan.
Teruskanlah menerangkan kepada umum perihal ilmu yg kau tahu sesungguhnya kamu benar2 ikhlas dalam menyampaikan apa yang kamu tahu.
Saya tiada ilmu sedemikian, makanya saya memerhati cuma dan gembira kerana banyak blog sebegini.Memantapkan ilmu kami yang naif ni.
(Saya sekadar cemburu akan ilmu kamu yang hebat.)
Teruskan berjuang.
Ahmad - Rakaman Dunia
Comment by Ahmad — April 27, 2006 @ 8:05 am
sis..
awat merah?
garang!
hehe…
[oh, maaf komen tak berkaitan dengan entry plaks]
Comment by SaufiahAzZahrah — April 27, 2006 @ 10:18 am
mardhiah: Waalaikumsalam. buku apa tu kak? buku mustalah hadith tu ker? harganya 19.00. Akak berminat ker,
. Nanti saya tanya ye..
ahmad: Allah jualah selayaknya dipuji…Akh Ahmad, tidak, ana juga amat naif. Tidak mungkin, masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Belajar dan terus belajar mengikut manhaj yang telah digariskan oleh salafsoleh. Moga-moga tetap dlm landasan syarie dan harapnya sentiasa dilimpahkan hidayah dan taufiqnya. ent pun teruskan karya-karya musik islamik yg mantap, bertenaga untuk mujahid/mujahidah menggegar semangat jihad dan dakwah..
Apapun terima kasih
Amin
Sis Saufiah: Ish2x hehe..sabo jelah..memang garang..mesti org takutkan…enti macam lah tak pernah dtg blog ana dulu..dulu2 kan kaler ni juga..^_^..em ana memang tak tahu nak pilih mana..pening sket.
Namun moga-moga sama kita mengingati beberapa perkara
1) Ana tidak pakar sgt bab2 hadith,tetapi Alhamdulillah sikit2 Allah beri kesempatan dengan syeikh2 masa kat mesir.Tapi masih merangkak -ke masih cuba nak merangkak.. Lemah sangat diri sendiri. Ilmu hadith bukanlah suatu ilmu yg boleh dipelajari dengan mudah, ianya memerlukan talaqqi dengan pakar hadith tok-tok guru dengan konsep talaqqi. Ijazah sanad. Juga proses pembelajran yang tersusun dan mengikut susur galurnya.
Walaupun kita kurang gemar mengkalsifikasikan pengkhususan ilmu, namun kita tak dapat menafikan yang kita memang dah takhassus ilmu. Takhasus berbeza, ada yang mahir ilmu hadith, usuluddin, tafsir, feqh, usul feqh. Akhir zaman ni, nak buat macam mana telah diklasifikasikan ilmu, bukan macam ulama2 silam. Namun kita kena usaha untuk menguasai semua bidang ilmu secara tertib dari marhalah-marhalah yang teratur. Dan proses yang panjang…
2) Internet bukanlah medan yang terbaik untuk mendapat ilmu. Sebaiknya setelah kita membaca apa jua, rujuklah pada ulama’ ulama yang faqeh di luar. Namun kita mengambil kesempatan di atas tersebarnya kemudahan internet dan pelbagai sebaran yang ilmiah atau tidak untuk menyalurkan sesuatu yang membantu ummah.
so, ana just a learner…
Comment by Administrator — April 27, 2006 @ 12:27 pm
Cik nai, kecik sangat le gambar tu. Rasanya Blogsome resize gambar la. Sebab tu banyak gambar dlm blog ni yg jadi kecik macam lidi. Oh ya, kalau boleh terangkan secara ringkas apa dia Hadith Musthalsal. Ana confuse le..
Comment by Tawel — April 27, 2006 @ 6:04 pm
entri yang berguna…
menarik cerita Syeikh Nuruddin ni..
Comment by blackpurple — April 28, 2006 @ 1:44 am
sy pun xtau ttg kisah syeikh nuruddin ni…tp semacam ada misunderstanding je. lets say senang citer la, terdapat salah paham. ada baca kritikan2 Dr. Asri tu, tetapi semacam Dr. Asri sendiri tak mendengar dr mulut Syeikh sendiri mengenai Hadis musalsal serta penjelasannya tu. tu yg musykil skit. bukan ape takut ade yg mengadu domba. anak murid syeikh ni ckp lain, anak murid Dr. Asri ni ckp lain, last2 2 tokoh ni berbalah.
lagi satu takut sgt, kebanyakkan murid2 Dr. Asri adalah pelajar2 IPTA di malaysia dan kebnyakkannya tidak mendalami ilmu agama secara khusus di peringkat awal rendah. tetapi kena respect gak diorg ni coz Dr. Asri berjaya menyampaikan ilmu sehingga bakal2 profesional(bakal doctor, engineer, peguam,akauntan, ekonomi dll) ni tau taraf2 hadis, boleh bersembang mengenai hadis,ayat al-quran dll. tp yg sy takutkan sgt2 ialah(moga2 “rasa” sy ini silap), mereka ini KURANG sifat tawadhuk/rendah diri kpd ilmu dan guru. takut mudah shj mereka ini mengatakan ohhh..taraf hadis ini begini2 atas pendapat ulama’ ini lantas menolak sesuatu itu,menolak pendapat ulama’itu, sedangkan terdapat khilaf disitu.
setuju pendapat kamu semua.kita harus berlapang dada dlm hal ini. bilakah akan muncul seorg sprt Hassan Al-Bana yg dpt menyatukan persaudaraan dan hati2 umat islam ini.
p/s: terasa begitu kerdil sgt utk memberi komen di sini, sy ni xreti bahasa arab, baca jawi pon merangkak2 lg.
Comment by shah — April 28, 2006 @ 9:40 am
pertahankan syeikh nuruddin!
Nak tanya,entri ini merujuk kepada sesuatu forum ke?
macam alahkam.net keana pun tak selalu masuk ke situ.Comment by mohd zaki — April 30, 2006 @ 12:45 am
saya jarang mengikuti kuliah Ustaz Nuruddin secara live, saya rasa baru sekali mengikuti kuliahnya secara live di Malaysia. saya juga jarang mendengar kuliahnya melalui rakaman-rakaman yang saya ada.. bila entahnya nak dengar?? dah lama file mp3 tu dalam pc..
Comment by anas — May 1, 2006 @ 8:19 am
Tawel: Bro, gambar tu dah ok..ana dah select fullsize..:). maaf sebab lewat jawab pasal hadith Muthalsal..sebab perlu pendetaillan yg rapi, dan ana ada hal lain seminggu ni. Juga kena tanya pd Syeikh Hadith pasal isu ni..Tentang tahqiq hadith Muthalsal bil-Mushofahah
Pertamanya kita kena bezakan di antara Hadith Mursal dan Muthalsal..
Ringkasnya..
hadith Mursal adalah apa yang diriwayakan melalui Tabien daripada Rasulullah saw
hadith musthasal pula adalah bermaksud sambung atau berrentetan..daripada perkataan ” silslun” atau pusingan.
Hadith Muthalsal adalah hadith yang diriwayatkan melalaui sifat, perbuatan, hal samada perkataan atau perbuatan. Contohnya boleh sahaja sifat itu berdiri, duduk ketika periwatan dari sanad ke sanad itu berlaku. Atau perbuatan tersenyum, semua sanad-sanad itu tersenyum. Atau berdiri, bersalaman, bergabung tangan dan sebagainya..
kitab Isobah _Ibn Hajr..
InshAllah syeikh hadith ana sedang di dalam usaha mentahqiqkan hadith mustahlsal bil-mushofahah ni..minggu depan inshAllah..
blackpurple: Ya, terima kasih black Purple..
MahdZaki: Sebenarnya personally and honestly ana tak refer pd mana2 site namun secara umumnya ana menjawab secara tidak lansung tentang sanggahan terhadap peribadi Syeikh. Ana mengatahuinya dr Sahabat ana melalui forum lain..
Anas: O ye ke..emm sayangnya..kami kalau boleh takkan tinggal lansung kelas syikeh..takpe..moga2 ada kesempatan lagi..kat sana lagi best..:)
Seperti yg ana sebutkan sebelum ni, Setiap cabang ilmu, seperti mustolah hadith, ulum hadith, usul feqh adalah ijtihad. Seperti yg Ibn Solah telah katakan di dalam Muqaddimahnya. Oleh itu mungkin sahaja setengah hadith di anggap dhoif oleh setengah ulama’ tapi tidak pd ulama’ lain. Namun kita tak menafikan di situ, ada ulama’ yang pakar di dalam bidang2 tertentu..
wallhu’alam
Comment by Administrator — May 5, 2006 @ 8:47 am
hadith mustahlsal bil-mushofahah……hadith berkenaan dgn mushofah kan…..ermmm…teringat kalau nak khuruj fisabilillah, lepas bayan hidayat sebelum bergerak ke route2 yg ditentukan,jemaah2 yg telah dibentuk akan bermushofah dgn elders2…(mushofah—berjabat tangan—bersalam kan?) ana tak belajar hadith tapi sentiasa tercari2 kenapa dalam jemaah tersebut mushofah sebelum khuruj fisabilillah biasa diadakan..sudah semestinya ianya ada sandaran dan dalilnya..alhamdulillah setelah baca dan teliti diskusi2 dalam forum2 tertentu berkenaan hadith mustahlsal bil-mushofahah yang disyarahkan oleh SNAB baru2 ini, maka alhamdulillah satu persoalan ana tentang amalan jemaah tersebut terjawab…dan maka tak salahlah kalau ada dalam org2 jemaah tu cakap kt kawan2, mushofah dgn alim ulamak dan elders2 (umara) sebelum khuruj adalah sunnah…allahualam
Comment by ghast-karo — May 6, 2006 @ 9:07 am
Tuan Guru ana tu, ada kerja di United States, inshaAllah nant dia balk ana sertakan takhrij tu
Comment by Administrator — May 23, 2006 @ 5:45 pm
As salaam alaikum.
I surfed in to remind you about jumah prayer today. If you can’t make it to your local masjid come by my blog for my 2 pence in a khutbah series:
http://nuhgondek.blogspot.com/
Be well.
Wa salaama,
nuh ibn
Comment by nuh ibn zbigniew gondek — March 16, 2007 @ 4:13 pm