Hari ini dan semalam ibarat mengalir satu jalur cahaya yang hebat ke lubuk hati. Kalaulah kita meneliti alam Tuhan ini dengan jiwa yang bersih pasti akan bergetar segala punca nikmat dengan zikrullah..Tiadalah apa jua walau satu pun yang terpinggir melainkan basah dengan zikrullah…Lantas, atas alasan apakah kita masih kabur terhadap lazat berbicara denganNya? Andai hati cerlang dengan cahaya, pasti akan membenarkan jalan menemui kebenaran itu sangat luas, cuma kita yang menyempitkannya dengan kaburnya mengenal tawadhu’ dan zuhud. Kita mahkluk yang terpilih memikul beban yg berat, yang tiada satu mahkluk pun menyanggupinya, sesungguhnya pada Allah jualah juga kita memohon kudrat dan moga-moga biar basah hati, aqal dan ruh dengan mengingati Allah.

Mawlana Abul Hassan Ali Nadawi  pernah berkata

" Kepetahan berkata-kata dan keluasan ilmu tidak akan dapat memberi kesan yang hebat andai tidak disirami dengan kekuatan rohaniyah yang tinggi."

Bulan 25/8/06 ini inshAllah akan berlansung ,seminar Ahli Sunnah wal-Jamaah yang akan dihadiri oleh ulama’ ulama’ besar antaranya Syeikh Ali Juma’h dan juga Syeikh Muhamad Syed Mamduh (anak murid kepada Abdullah Siddiq alGhumari).

i. Prof. Dr. Ali Jumu’ah
Mufti Republik Arab Mesir

ii. Prof. Dr. Ahmad Tayyib
Rektor Universiti al Azhar, Mesir

iii. Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar, Mesir.

iv. Dr. Sa’ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith, Universiti al Azhar, Mesir

v. Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi

vi. Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi

vii. Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad Alawi al Maliki
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz, Jeddah

viii. Al ‘Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam, Dubai

ix. Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah
Ulama’ Besar, Jordan

x. Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti, Syria

xi. Al ‘Allamah Syeikh Muhammad Mukhtar al Salami
Mantan Mufti Tunisia

xii. Dr. Muhammad Benkiran
Ulama’ Morocco

xiii. Al ‘Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud Sa’ad
Pensyarah di Universiti Al Azhar, Mesir

xiv. Prof. Dr. Faruq Hamadah
Prof. Jabatan Hadith, Universiti Muhammad V, Morocco

Ditaklifkan menterjemah kitab  -al-Mafahim- karangan ulama’ besar Syeikh Alawi al-Maliki- . Tugasan yg berat. Moga-moga keikhlasan sentiasa kita tanamkan ke dalam diri kita ibarat syarat utama di dalam belajar di Dar-Mustafa di Yaman dan tunjang kebarakahan ulama’-ulama zaman lampau menjadikan ilmu itu menjadi darah daging yang memberi cahaya dan membuahkan amal yang ikhlas hingga akhir hayat. Dan kekalkan warisan ilmu dan karya-karya mereka menjadi panduan generasi kini. Yang semuanya hasil panduan al-Quran dan Sunnah.

p/s: Terima kasih tidak terhingga pd dia yg banyak memberi makna ilmu dan penghayatan.Ibarat benih yang subur dan sihat. Tunduk, menyenangkan dan memberi. Dia tahu siapa dia.;)