-Unknown-There is no relation between this pic and the post, mainly for soothing our eyes.
 

Khilaf madzmum atau mamduh?

Bukanlah niat bagi setiap individu pencinta kebenaran untuk berdebat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan merugikan Ummah. Ya, kita tahu isu apa yang bermain di dunia sekarang. Isu Al-Aqsa dan macam-macam lagi.

Namun di situ sering kita abaikan adalah kesatuan dalam satu pemahaman yang sohih dan dalam kepelbagaian mazhab dan istifham terhadap Islam. Menklasifikasikan masalah dengan kembali pada asasnya dan selari dengan feqh awlawiyat dan muwazanat.

 

Keprihatinan kita menyelamatkan ummah patut dipuji namun apa yang sering kita abaikan adalah penumpuan dalam aspek aqidah, ilmu, tasawwur dan tafahum yang sohih dalam Islam. Ketika anak-anak kita bersuka ria dengan dunia mereka; Dunia IPod, MP4, Canteen.com, Uploading musik dalam MySpace, Realiti TV Telenovela, cinta monyet dan tak monyet, kita pula ingin membangkitkan isu-isu lama yang telah disepakati dan mentabdi’kan dengan semudahnya amalan yang  yang telah dibincangkan sejak sekian lama oleh para SalafunaSoleh. Ijma’ diganggu, masa terhabis pada bukan tempatnya dan dikupas oleh yang bukan ahlinya. Bukanlah bermakna ilmu hadith dan tafsir itu bagi mereka yang takhasus sahaja, namun dimaklumi setiap ilmu ada metodologinya dan susun aturnya dan untuk mendalaminya perlulah melalui proses yang sepatutnya.

Sasaran kita sangat banyak namun seruannya tidak bertepatan dengan kaedah dan metodolgi yang telah diatur Ulama’. Ya, seruannya indah. Al-Quran dan Sunnah. Prosesnya tidak semudah itu bukan kerana ingin memayahkan sebaliknya memelihara keaslian dan ketulenan ilmu sesuai bersama pemahaman hasil dari istinbat dan istidlal  yang terbina dari keadah-kaedah Usul Feqh yang diwarisi dari sekian zaman tabie dan tabien.

Seperti kata Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Ilmu usul feqh bukan dicipta tetapi maksyuf =dikenalpasti atau tersingkap dari bagaimana ulama-ulama bermula dr Imam Syafie yang mempelopori ilmu Usul Feqh dan telah menulis kitab Ar-Risalah.

Ya, ramai dari kia mengakui akan keperluan Usul Feqh namun tidak semua menggunakannya dalam pemahaman mereka, sebaliknya terus menerus mentab’dikan perkara yang telah disepakati atau terdapat khilaf dalamnya. Untuk anda mengatakan Bidaah kepada mereka yang berpegang kepada keharusan bertawassul dengan hujjah dr Ibn Taymiyah yang mengharuskan tawassul melalui 3 cara sahaja bukanlah satu tindakan yang terbit dan adab khilaf dan hujah yang kukuh. Untuk beramal dengan apa yang antum pegang, maka silakanlah namun dari pihak kami juga punya hujah dan membidaahkan secara kull kepada hujah pihak lain bukanlah cara salafunasoleh.

Ramai di kalangan kita pernah terkeliru, terkesan atau menjadi seperti antum. Seperti anjuran " layman talk" atau " talk with their language" dan " live with their world" buat remaja-remaja kita atau "Put yourself in others shoes"(Betulkah analogi ni?), maka kita telah mendahului dan percayalah kesatuan tidak akan berdiri di atas kesalah fahaman aqidah dan manhaj. Kasih sayang pada sahabat-sahabat kita tentunya tidak dapat dipertikaikan. Namun tuntasnya ikhlas dan mencari kebenaran merupakan syarat asas pencinta kebenaran dan ilmu untuk menemui haq. Selain itu, menjadikan beberapa perkara sebagai barrier dan telah membuat konklusi sendiri semasa proses berjalan jawapannya tetap sama. NO WAY OUT.

Tawassul

Ana di tanya tentang Tawassul dan jawapannya ada di site Sidi Tuan Bahrussofa  yang telah membincangkan bab Tawassul secara panjang lebar. Antara yang ana ingin petik di sini adalah syarah yang Tuan Bahrussofa telah simpulkan dari site http://majelisrasulullah.s.a.w. Untuk perbincangan dan perbicaraan lanjut jemputla ke sita Sidi AbuMuhd di Bahrus Sofa under tag Tawassul. Terima Kasih

Allahua’lam.

Tawassul - Bicara Habib Munzir

Petikan dari situs Majelis Rasulullah s.a.w.
http://www.majelisrasulullah.org/