Ahmad ‘Ataul Quddus dan ‘Atiqah Musfirah Ahmad ‘Arif Arshad
Anak-anak kepada ukht Raudhah yang comel. Moga-moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah; penerus risalah dakwah dan Sunnah Rasulullah s.a.w juga permata hati buat ummi dan abah mereka.
Penulis buku Ilmu Mustolah Hadith ini ialah Qurrotul Aien Fatah Yasin. Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin pengkhususan Hadith dari Universiti Al-Azhar, Iskandariah dengan pencapaian Jayyid Jiddan dan kini sedang melanjutkan pengajian di UIA dalam pengkhususan yang sama.
Penulisan ini adalah hasil kajian beliau selama 5 tahun terhadap beberapa karya ulung dalam pengajian Ilmu Hadith merangkumi 37 buah buku termasuklah kitab-kitab mu’tabar antaranya kitab karangan Imam as-Sayuti, an-Nawawi, ad-Daruqutni, Ibn al-Athir, Mustafa al-’Adawi, Muhammad Ibn Solah, Badruddin al-’Aini, al-Jurjani, Muhamad Sa’id Mursi dan beberapa orang pakar hadith masa kini dari timur tengah seperti Dr. Mahrus Ridhwan Abdul ‘Aziz, Dr Mahmoud al-Tahhan, Dr. Nuruddin ‘Attar, Dr. Hamid Ahmad Hamad, dan Dr Rizq Amin Hassan.
Beliau telah mempersembahkan buku ini kepada beberapa orang pensyarah Fakulti Hadith dan mendapat pelbagai respon daripada mereka. Ada kalangan pensyarah pengajian hadith di institusi itu yang mendapati bahawa sesetengah perbahasan buku ini lebih mendalam daripada syllabus pengajian ulum hadith di Universiti Islam Madinah, antaranya dalam bab berkaitan Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi.
Buku ini turut menghimpunkan penjelasan berhubung pelbagai jenis dan kategori hadith termasuklah hadith yang diterima, ditolak dan yang berkemungkinan diterima atau ditolak. Dalam Bahagian Ketujuh buku ini disenaraikan 37 jenis hadith selain Mutawatir dan Ahad, beserta penerangan masing-masing.
Buku setebal 257 muka surat ini mengandungi 8 Bahagian serta 7 carta yang mengakhiri setiap bab untuk memudahkan pemahaman para pembaca. Ia diterbitkan buat pertama kalinya oleh Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan izin terbit oleh PMRAM, sebuah NGO Malaysia yang berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Republik Arab Mesir dan mendapat kelulusan daripada pihak MANHAL (Markaz Jam’ul Buhuth Wa al-Dirasat al-Islamiyah). Kini, ia diterbitkan sekali lagi di Malaysia atas permintaan ramai oleh ISP Shabab Trading. Harganya ialah RM19.00 tidak termasuk penghantaran.
Buat sesiapa yang ingin mendapatkan buku di atas atau menempah kitab dari timur tengah dengan tawaran harga menarik mengikut pasaran semasa bolehlah menghubungi:
ISP Shabab Trading. No Tel: 03-6187 0577 Hp: 012-384 8477 ( Ust. Ahmad ‘Arif Mohd Arshad dan Ustz Raudhah Fatah Yasin ). Fax: 03-6189 9120.
p/s: Promotion kat atas di atas permintaan sahabat penulis di atas. Komentar buku tersebut telah ditulis oleh penerbit buku tersebuti. Juga gambar anak-anak kecil diatas atas pilihan bersama-sama ukht Raudhah dan Qurratul Ain.
Di Laman Saudara Faisal Tehrani ada membincangkan filem ‘ Gubra ’. Menarik.
Lihat dari gambar promosi di dalam paper sudah menggambarkan ke’gubraan’ penerbit filem Malaysia menerbitkan sesuatu yang kritis kononya tetapi zero maqasid syarieah..
Kita memang amat memerlukan penerbitn filem yang islamik tetapi kreatif dan kritis mcm yang Iran buat..tapi di mana kita..
Tiara sahaja sudah men’haru’ birukan pemikiran kesenian (konon juga) dengan teater musikal yang aduhai…Astaghfriullah

em. nailofar adalah org UIAM. Susah betul nak cari siapa pembaca misteri ni
Comment by sesiapa saja — April 24, 2006 @ 5:00 pm
pembaca misteri tu siapa? Ana membaca semua blog yang berkaitan dengan penulisan dan ilmiah.
Comment by Administrator — April 24, 2006 @ 5:06 pm
nai lah…Ish..internet ada dlm bilik ye
Comment by sesiapa saja — April 24, 2006 @ 5:15 pm
Sungguh? Wah. Semangatnya. Sungguh satu tabiat yang baik. Em. Internet ada di kampus ya
Comment by sesiapa saja — April 24, 2006 @ 5:26 pm
Salam
kunjungan balas
Begitulah kalau dah terlalu terpesona dengan dunia…
Comment by blackpurple — April 25, 2006 @ 8:50 am
sesiapa saja: Kampus seluruh Malaysia memang ada I. Di kampus ini memang ada wireless, tak berapa pasti harganya sebab tak melangganinya.
BlackPurple: betul tu black purple..dunia yang hanya nilainya ibarat sebatang sayap nyamuk
Comment by Administrator — April 25, 2006 @ 2:31 pm
tak aci…ambik gambar anak sedara kite…
Comment by wehdah — May 18, 2006 @ 3:50 pm
kak husna
maaflah..hari tu akak takde…jgn jeles..:D…k.ain, k.raudhah yg ada.masa tu sy g rumah k.raudhah…:)
Comment by Administrator — May 31, 2006 @ 7:37 am
buku mustolah hadis tu ade banyak yang di cilok dari edisi melayu . ada beberapa kesilapan yang tak sepatutnya berlaku . cthnya syarah soheh muslim imam nawawi dengan al minhaj fi syarh soheh muslim bin hajjaj tu ade beza ke? sunan nasaie yg disebutkan itu almujtaba ke sunan kubra ? perlu dipanjangkan kepada penulisnya untuk dibuat koreksi
Comment by champ — June 14, 2006 @ 11:17 pm
salam.
tak sangka qurratul aien pun dah menulis kitab. Bagus lah. Kalau ada peluang nanti nak beli juga, sokongan untuk kawan2.
Comment by org joden — October 6, 2006 @ 9:02 am
The Sheikh of the ‘Ibaad-u-Ragmaan Qadiri Jamaa’ah, Haji Achmat Damon al-Qadiri al-Chisti, invites one and all to the dhikrullah that will be held at Macassar in South Africa on Saturday, 23rd May 2009. The adhkaar will commemorate the passing away of Sheikh Yusuf bin ’Abdullah al-Taj al-Khalwatiyya al-Makaasari (May Allah, The Ever-Living, Be Pleased with him). Sheikh Yusuf had passed away on 23rd May 1699 at the age of 73.
Proceedings, Insha-Allah, will include the Maghrib Salaah at the Nur al-Latif Masjid in Kramat Road, the dhikrullah at the holy burial place of Sheikh Yusuf, the ‘Isha Salaah in the mosque, the resumption of the Qadiriyyah in the mosque and an address by Sheikh Adam Philander.
For further information, please speak to the Nur al-Latif Mosque Secretary, Haji Ebrahim Peters, residence: 172 Gordon’s Baai Weg, Macassar 7130, Western Cape, South Africa; telephone: +2721 8459374, or at cellular telephone number: 0825625457
To learn more about this, kindly get in touch with Sheikh Adam Philander of Torrid Road, Surrey Estate 7764, Western Cape, South Africa; home telephone: +2721 6376589 or +2721 6383398, or at cellular telephone number: 0839454030
Interested persons may talk to the Assistant Imam and brother of Sheikh Adam, Hafith Shaheed Philander who lives at 1 Kramat Road, Macassar 7130, Western Cape, South Africa; home telephone: +2721 8574248, or at cellular telephone number: 0729495122
Comment by Achmat Damon — April 20, 2009 @ 4:34 pm