The most waited Halaqah Al-Ilm
InshAllah. esok dan lusa akan diadakan Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Aqidah di CAC, UIA, pendaftran bermula jam lapan pagi. tentatifnya boleh dilihat di blog Kenakelayan. Jemputlah datang..Masyeikhnya akan datang lapan orang, kurang lapan dari Seminar semasa di Kuantan hari tu..
![]()
Firstly, so overwhelming with feelings upmost with a lot of gratitude towards what Allah has give us today. Alhamdulillah. Nevertheless, those who can’t attend the halaqah al-ilm in Kuantan for the reosons basically that day is wedding event by mostly of our relatives, then this is the best oppurtunity, for those who love to seek knowledge and the seekers of truth. Secondly, if we want to find the truth according the Quran and Sunnah we have to avoid the attituede of riya’, ujub, takabbur in order to attain al-ilm sohih. Furthermore, the way to learn al-ilm sohih has to be respect to the masyeikh-masyeikh kabir and avoid the feeling of prejudice. I think i can’t find a word which could describe our feeling that we felt so SubhanAllah all we could say for the coming of this Masyeikh-masyeikh. Allahukabar for this nikmah. Nikmah al-ilm that only the one who mingle with it could understand. Personally, i think this is the best event i have attend since the day i came back from ardhil anbiya’. So thoughtful of the classical way of tarbiyah by that masyeikh-masyikeh kabir. The Academican is totally different with this masyayeikh. " Allahummah Nawwir Qulubana Binuri Hidayatik Kama Nawwartal Ardha BiNur Shamsik Abadan Abada..Amin."
Thousand of apologize by what i have written, mixing the english with Malay. The tentatif did not follow the actual one. It will depends on the day of the event. wallhua’alam. Champ site has comment’s a little about this programme. Here..http://3ain.blogdrive.com/archive/46.htmlProf. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada TigaBahagianAl Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud
Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah.
Sa’ad
Pensyarah Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Hukum-hakam Kubur.
Ulama’ Besar Jordan.
Tajuk : Salafi dulu dan kini, dan implikasinya
terhadap perpecahan ummah.Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kaedah Usul: al Tarku La Yuntaju Hukman;
Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak
menatijahkan suatu
hukuman?Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad ‘Alawi al Maliki al
Hasani.
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.—Dr. Sa’ad Jawish
Tajuk : Mazhab Asy’ari di antara Tafwidh dan Takwil.
Prof. Jabatan Hadith Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Perbahasan Tentang Hadith Perpecahan Ummah.Professer Dr. Omar Abdullah Kamel
Tajuk : Pemahaman Sebenar Tentang Bid’ah
Resolusi

saya berbesar hati kalau ustazah dan peserta2 seminar dapat berikan sedikit percikan nur ilmu dari mashayikh tu kepada kami yang tak dapat peluang bersama mereka.
maaf sekali lagi, banyak pulak assignment saya kepada admin blog ni.
Comment by tetamu — September 3, 2006 @ 10:16 am
InshAllah, kami pun masih belajar, diibaratkan pengemberaan ulama-ulama salafussoleh seperti Imam Syafie, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Abu Hanifah belum dikira dengan Rabiah Ar-ra’yi yang ibunya telah menghabiskan 300,000 dinar yang ayahnya Faruq tinggal kan untuk Rabi’ah menuntut ilmu menjadi Syeikh Kabir, pengembaraan kita masih sedikit, ilmu kita masih sedikit, namun kita inshAllah sama-sama berkongsi di antara satu sama lain..
Secara ringkasnya, InshAllah akan ana kupas dengan lebih mendalam kalau berkesempatan, majlis ilmu ini ada pencetus kepada pemurniaan aqidah ahlul sunnah wal-jamaah.
Sejak kebelakangan ini, kita mendengar banyak kata-kata yang memandang sinis sistem pengajian pondok, tradisoanal , mnuduh semua perkara baharu bidaah, menganggu ijma’ ulama’, mengeluarkan ijtihada tanpa cukup ilmu alat dan kaedah usuliyyin. Perkara ini dalam masa yang sama mengelirukan mansyarakat awam
Comment by Administrator — September 3, 2006 @ 10:37 am
Walaupun ianya adalah isu yang lama, namun di negara kita Malaysia makin hangat kedengaran isu-isu sebegini. Kita tidak pernah menutup pintu ijtihad, namun manhaj atau methodologi di dalam memahami Nas syara’ dan kaedah usul feqh di dalam istinbat hukum amat penting di dalam mengeluarkan hukum.
Di sana sini, terdapat banyak program anjuran fahaman tersebut. Walau apapun, ana lebih suka menggelar mereka salafi muasirah atau neo salaf seperti mana yang telah dinaqalkan di dalam seminar oleh Syeikh Sayyid Abdul Latif Faudah dari Jordon. Walaupun kita perlu meyakini bahawa awal kurun ketiga merupakan ulama’ salaf dan semua yang mengikut manhaj salaf soleh layak digelar salafi secara mafhum umum perkataan salaf.
Pada ana, kekeliruan yang timbul menyebabkan masyarakat berpecah belah dan saling memandang sinis di antara satu sama lain. Dan ini merupakan ikhtilaf madzmum menurut Dr Yusuf Qardhawi.
Di sini, harus difahami bukanlah bermakna kita menyeru kepada taqlid buta kepada semua secara umum dan taasub, namun asas kepada masalah adalah kita perlu faham akan kaedah methdologi jumhur ulama’ di dalam pengeluran hukum. Setiap tingkatan methodologi di dalam pengularan hukum telah di kaji sejak zaman berzaman.
Masalah taqlid ada tingkatan, Masalah ijtihad ada tingkatan, dan memberi hukum tanpa dipenuhi ilmu alat yang cukup adalah sangat bahaya.
Kita tidak melarang khilaf, kerana khilaf adalah sesuatu yang pasti, namun bagaimana kita menghadapi khilaf tersebut.
Kita hanya bertujuan menuju ke jalan yang sohih, menurut pusaka kita, AlQuran dan Sunnah dengan kefahaman yang benar dan lurus.
Kita yakin hanya hati yang sodiq, akan disuluh Allah menuju kebenaran, dan kita berharap kita termasuk di kalangan itu.
Sebenarnya, ana masih terpana dengan ulama2 besar ni. Semasa meberi syarah, umpama air yang mengalir, kesabaran menerima kritikan dan soalan, tanpa teks, umpama mukasurat2 kitab berada di hadapan mereka.
Dan ilmu mereka SubhanAllah, mendalam, menyeluruh dan sangat meliputi seluruh masalah.
inshAllah, andai ada kesempatan, kami akan cuma kupas sikit2, tapi kena tunggu kelapangan…memamg banyak assigment di luar tu,..:)
Sama-sama kita terus belajar..
bolehlah ke link Tawel, Aljoofre, Bank Wahabi untuk mengetahui dengan lebih lanjut..
Semasa mencari kebenran adalah hati yang ikhlas dengan meyerap Sunnah rasulullah di dalam hai bukan sekadar retorik yang diucapkan, memandang tanpa prejudis kepada ulama’2 dan benar-benar tawajjuh kepada Allah. Kerana kalau kita hanya mengira sunnah hanya sekadar teknikal, akhlak dan nur dari Sunnah itu tidak akan tergambar di dalam peribadi kita.
Comment by Administrator — September 3, 2006 @ 11:05 am
Assalamualaikum.
Alhamdulillahi manna alaina ni’matul Iman wal Ikhlas,wa manna alaina ni’matu Hidayahti Nabiyyuna Muhammad Shallalahu alaihi wasallam.
Laqad hadar tu fi haza al-ijtima’ an-nurani al-a’zimah an-nafi’ah al-hadiah al-mubarah at-thahirah. Alhamdulillah ala anna haza al-ijtima tanjuh najahan azimatan lis sya’bina,Sya’bi Malizia khasatan wa Aamatan lil Muslimin fil alami kullih.
Barakallahu fi syuyukhina al-azimah al-alimah al-khalishah at-tawadu’ al-amiqah fi fahmi ad-din wa ulumihi. Qalilun mishlihim yujadu fi hazihi al-asr.Wa lil asafis syadid,ba’du al-hadirun la ya’rifuna anna syuyukhana azimatan wa muta’amiq bi ulumuddin wa kullu qawaidihi,fa haza as sabab annahum la yahtarim wa laisa lahum adaban ma a kibar syuyukhana.Alla hummahdi lahum fainnahum laya’lamu laya’qilun lahidayahtan lahum.lahaula wa la quwwata illa billa hil aliyyil aziim.
Tayyib,sailti sualan fi website bita’i,ma ajib tu anhu.li annani maindi fursatan li qiraati marratan ukhra zakil maqalat.Wa Insya Allah sa agib anki fi fatrahtin qashirah, ba’da al khallasha ala turjamah al maqalat allati bahasna syuyukhana fi haza al-ijtima’ al mubarakah,li yufidu al-qariun wa kullu al-muslimun khasatan malayu. Ufakkir fi tujamah kullul maqalat,li anna ni ara fi ha khairum azimah wa mubarakan allazi yanfa’uni kathiran fi akhirati,khalishan li mardhatillah wa la ala atta’ajjub wa iyazubillah min zalik. Arju minki an tu sa’iduni fi turjamah kullul al maqalat,li annani lam ajid billughah al arabiyyah,lamma taraktu ha munzu khamsata sanawat lam atakallam wa lam aqra’a wa la asma’ baatatan bi hazihi allughah al mubarakah li annahu lughatul Al-Quran wa lughatul Al-Jannah. Fa arju annaki tusaiduni.
Wallah Hu A’la Wa A’lam.
Allahumma Fahimman ala fahmil Islam kamishtli Fahmin Nabiyyina Muhammad Shallalahu Alaihi wasallam.
Yg teramat daif lagi naif,bertambah Faqir lagi haqir di sisi ALLAH, hamba abdi Mu,Yg amat berharap pada Hidayah lagi Rahmat Nya, Yg teramat lemah lagi jahil,Yg tiada daya lagi upaya, Yg sebulat hati berserah pada Kekuasaan dan Kudrat lagi Iradat Mu YA ALLAH,
daku(ahmad fathi al-terengganu maulidan, al Malizi watanan,As-Syafie mazhaban,Al-Asy’arie Ahlus-Sunnah Wal Jamaah I’tiqadan,Al Tasawwuf Tariqatul Hayah)
Comment by AFMKO — September 3, 2006 @ 1:01 pm
Nailofar…syukur la dapat join seminar ni… best. Alhamdulillah. Para masyaikh yang rasikh, daqiq, dhabit. Luas sungguh ilmu mereka ditambah dengan tawadhuk.
Kagum la dgn sheikh Umar, dan semua masyaikh…
Ternanti-nanti juga soalan dari Nailofar. Rupa2nya Nailofar terpana dengan ilmu dan keyakinan yang dipasakkan. Insya Allah.. kak ma semakin yakin dan nak terus langkah dengan Ahli Sunnah wal Jama’ah sampai mati. Insya Allah…tak nak terkonfius-konfius lagi.
Sekejap salafi, sekejap jadi ASWJ, pastu salafi balik. Pening2. Sekarang dah tak pening..:)
Comment by bazrah — September 3, 2006 @ 1:59 pm
Nailofar… Sheikh Nuruddin datang menjelang Ramadhan Ni… sila ke abuanis.blogspot.com
Comment by bazrah — September 3, 2006 @ 2:26 pm
aslm wbt
selamat hadir di majlis ilmu di uia.. semoga ilmu bercambah di uia dan budaya2 hedonisme spt di convest terhapus..insya-allah
isnin dan selasa slps maghrib-kuliah subulus salam oleh sutaz habib ditingkat bwh masjid
isnin-slpas isyak-kuliah sifat solat nabi oleh ustaz arif nazri di adm lecR 5 level 3
selasa- kuliah aqidah tahawiah oleh sutaz aiman ad-daqaq di lt2..blog yg sama dgn kuliah sifat solat nabi tp ditingkat 2
khamis-kuliah aqidah(b.melayu) di mahallah 7..utk brothers shj..insya-allah kuliah aqidah dlm b.melayu utk sisters shj pd hari khamis akan cuba diwujudkan
Comment by masri — September 4, 2006 @ 4:06 am
aslm wbt
sunnah akan tergambar melalui akhlak. dan sunnah bukan setakat akhlak, kesahihan sesuatu amalan menurut sunnah adalah syarat amalan diterima.
penghormatan kpd ulama’ adalah penting, kehormatan kpd sunnah nabi saw adalah lebih penting. Mempersoal kalam ulama mestilah dgn cara yg elok dgn niat utk mencari kebenaran, bukan mengungkit kesalahan atau merendah-rendahkan. Sesungguhnya ulama-ulama tidak maksum, mereka mulia dr kita dgn keilmuan mereka, akan ttp Rasululah SAW lebih mulia dr mereka. Maka hormatilah mereka dgn cara yang selayaknya. Letaklah sesuatu pd tempatnya, hormat pada ulama, hormat pada Rasul sudah tentu lagi.
utk mendptkan informasi layari
http://al-ahkam.net
www.al-qayyim.net
insya-allah
wslm wbt
Comment by masri — September 4, 2006 @ 4:10 am
semoga mereka yang belum mendapat hidayah dari Allah dikurniakan hidayah untuk keluar dari kesesatan mereka. Kita semua berasa sungguh sedih dan pilu sekali kerana mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang berada dalam lembah kesesatan. Itulah yang paling kita takuti sebenarnya. Oleh itu rakan-rakan, suka ana kongsikan satu doa yang sering diingat2kan oleh ayah ana untuk didoakan setiap kali selepas solat ataupun sentiasalah hati kita berkata2 dengan Allah swt dgn memohon “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk. Pandulah akal dan hati kami dalam menilai yang hak itu hak dan yang batil itu tetap batil. Cenderungkanlah hati-hati kami dalam melakukan amal ketaatan agama-MU. Tetapkan kami dalam iman. Kekalkan kami dalam iman. Dan akhiri hayat kami dalam iman.”
Ana sangat bimbang dan takut andai ada orang-orang yang ana pernah kenal, pernah bersua, pernah berbicara, pernah mendgr nama, pernah berbalas senyuman tercampak ke tempat yang amat2 kita takuti iaitu Neraka Allah swt.
Semoga kalian tak jemu untuk mencari ilmu yang benar-benar mengenali Allah dan RasulNYA. Apabila kalian terima sesuatu maka tiliklah akan setiap ianya.
P/s: Sahabat-sahabat boleh lawat http://bankwahabi.wordpress.com moga ianya sama-sama dapat membantu kita mengenali ilmu yang hak.
Comment by ummu-muhammad — September 4, 2006 @ 5:38 am
Nailofar, although i dont really know you personally, i do feel very close to you, and i do love you sister, lillahi ta’ala. I feel so small and humble when comparing our writings, and thanks for reffering lots of people to me, even if i have no knowledge whatsoever. Salam.
Comment by serikandi — September 4, 2006 @ 9:51 am
hati2 dengan nama dan propaganda ; indah diluar busuk di dalam . moga kita istiqamah dalam haqq dan mati dalam haqq
Comment by champ — September 4, 2006 @ 12:33 pm
This is one of my very fav blog!
Comment by Ahmad — September 4, 2006 @ 2:14 pm
aslm wbt..iklan sebentar..buku terbaru dr azwira dr ukm
http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah
Comment by masri — September 4, 2006 @ 2:27 pm
Assalamualaikum…
Ramai yg kalut dlm mencari Al-Haq. Mereka lalai pada jalan yg sebenar yg telah Baginda Kekasih kita Penghulu Segala Anbiya’ Nabi Kita Muhammad Shallalahualaihi wasallam tunjukkan.
Sahabat Ku, siapakah yg layak dan patut kita rujuk dalam segala permasalahan dalam ilmu2 berkaitan Agama???..adakah cukup dgn hanya bergelar atau memiliki pangkat Dr.,Phd.,Proff,Master,Degree,ustaz,maulana,syeikh??…
Tidak sejuta kali tidak…Ukuran kita bukanlah itu semua, tetapi bagaimana seseorang itu beramal dengan ilmunya,bagaiman seseorang itu menghormati Ulamak2 terdahulu, badaimana seseorag itu amanah dgn ilmunya,bagaimana seseorg itu mengambil ilmunya dan dari siapakah ilmu itu diambil,bagaimana akhlaq seseorang itu terhadap orang yang berbeza pendapat dgn dia…..banyak lagi jika mahu dinyatakan ukurannya…
Sahabat Ku,
adakah yg sahabat ikuti dan agungkan itu semua lengkap dgn ukuran tersebut??? jika tidak,nyah lah mereka..jauhilah mereka..kerana mengambil ilmu2 agama dari org2 yg tidak memenuhi syarat2 tersebut boleh mendatangkan bala pada diri dan ummat Muhammad S.A.W…
Kenapa saya katakan begini??? sebab saya pergi pada satu kuliyyah ada seorg ust/Dr, kerap kali tidak hormat akan ulamak2 yg termasyhur dalam ilmu agama,kerap kali si ust itu merendahkan,meremehkan golongan2 yg sgt hebat dlm penguasaan ilmu2 agama…Adakah wajar kita namakan si ust itu ust???….
sahabat ku, hanya mereka yg Allah bukakan hati mereka sahaja dapat melihat Al-Haq,kerana Al-Haq itu cahaya yg tidak dapat bercampur baur dengan Al-Batil…Oleh itu berdoalah sahabatku agar Cahaya Al-Haq memenuhi jiwa kita..Allahumma Amin….
Comment by ad-dhaif al-haqir — September 4, 2006 @ 5:28 pm
Assalamualaikum…
Sahabat sekalian,
Jika anada mahu kenali golongan atau Individu atau website Wahabi/Salafi/Kaum Muda/Pembid’ah/Pensyirikkan org/ di Malaysia, boleh lah sahaja emailkan pada saya….
madrehab@gmail.com
Sahabat Ku, adakah anda masih ingat sejarah penentangan kaum tua terhadap kaum muda pada awl 1940an???jika ingat bagus..tapi adakah anda tahu kenapa golongan tua bertindak sedemikian dan siapakah golongan tua dan muda ini…..
Kaum Tua=Ulamak2 pondok yg kekal dgn fahaman tradisional… Kaum Muda= Ustaz/pelajar2 yg baru dan masih mentah dlm ilmu2 agama yg pulang dari beberapa tempat dr tanah arab.Mereka yg berfahaman songsang /wahabai/ pembid’ah/ Pensyirikkan org/Salafi…
Kenapa Kaum Tua tentang??? sebab Kaum muda masih lagi tidak mantap dlm ilmu2 agama,tiba2 sibuk membid’ah kan masyaraka,mengsyirikkan masyarakat….
Apa dah jadi lepas itu??? oh, takkan tak tahu, Allah dah Berfirman lebih 1400 thn dahulu..yg maknanya lebih kurang begini”Perkara2 yg Batil/salah tidak akan kekal”…kalau kita kaji semula yat ini, Allah menggunkan fi’il madhi,so apa maksudnya??kalau sahabat belajar nahu,balaghah paham lae..kalau tak paham/tahu belajar..oh Begitu,jadi kenapa kaum/fahaman nie naik/merebak semula,sbb Allah nak Orang Islam buat kerja Da’wah…jadi janganlah risau dgn Kaum Wahabi Salafi nie…Yang penting kita jangan tinggalkan usaha membanteras mereka…..
Sahabat Ku,
kalau nak kenal sedikit sebanyak kaum ini,mereka tidak menghormati ulamak2 Islam yg muktabar,mereka tak benar2 mendalami ilmu2 agama,mereka tak ada Ihtiram/hormat pada Ahlul Bait/Mereka tidak menjaga kesan2/athar2 peninggalan Rasul kita yg tersayang,mereka berani merendah-rendahkan Ulamak muktabar,mereka hanya mengagung-agungkan tok syeikh2 mereka,tapi mereka marah kita agungkan syeikh2 kita yg muhtaram/terhormat,mereka menggunakan ayat2 suci Al-Quran dan hadith2 yg mulia dgn mengikut hawa nafsu mereka…
wallahu a’la wa a’lam…
semoga golongan wahabi/salafi diberikan Hidayah,keampunan dari Allah atas kesilapan meeka dalam memahami Ilmu2 agama..
Comment by ad-dhaif al-haqir — September 4, 2006 @ 5:54 pm
nai, teruskan menggali khazanah ilmu di tamn ilmu dn budi. k.ibah rindu sgt kat nai. kita baru je kenalkn, tp rasa dekat sgt..Allahuakbar!!
Comment by k.ibah — September 5, 2006 @ 12:21 am
Kenapa orang yang bukan ahli sunnah wal jama’ah pandai2 nak memasukkan diri diaorang ke dalam ahli sunnah wal jama’ah..? Kasihan umat Islam dengan golongan ‘tabdi'’ ni, asyik2 nak bid’ah orang.
Sifat suka bid’ah orang tu pun satu bid’ah. Diaorang tak sedar ke? Rasulullah s.a.w, tak pun dok membid’ah sahabat2. Kalau betul cintakan sunnah, cinta juga lah akhlak Nabi dan Sahabat.
Saya terfikir, orang2 salafi ni sebenarnya wahabi. Dan mereka ini zahiri dan mereka inilah khawarij zaman moden.
Isu2 mereka berlegar benda yang sama, kecil, furu’ dan picisan. Para ulama’ dah selesaikan pun… saling hargai dan hormati. Takde yang menyalahkan orang lain.
Diaorang datang dgn isu, qunut, gerakkan jari telunjuk ketika tahiyat,ayat2 mutasyabihat, tak boleh takwil, haram belajar ilmu kalam, mantiq dan falsafah, bid’ah tawasul dan rabitah, tasawuf sesat, kesiaaaaannnnnn….
Semoga Allah memberi hidayah
Comment by hitamputih — September 5, 2006 @ 2:00 am
Bismillahi MasyAllah.
Allahumasolliala an-nabiyuu wayusallimu tasliman..
Pertamanya, ana selaku admin kat sini ingin menjelaskan, yang mana diskusi ilmu kita di sini dan paparan blog ana tidak sekali-kali bertujuan ingin intshirail al-adawah baina al-muslimin.. jauh pula ingin merendah-rendahkan di antara satu sama lain. Tetapi di sini, ingin kita kumpul hati-hati mereka yang cintakan Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain dan ingin memperjuangkan aqidah ahli sunnah waljamaah yang sebenar. Yang haq.
Jesteru, sama-sama kita, diri ana dan semua , kita ketepikan rasa emosi juga menjaga adab-adab berbincang dan bermujadalah juga membersihkan hati sebersihnya dari sifat mazmmumah. InshAllah, pasti akan kita temui al-haq.
Impian kita hanya satu menyatukan ummah ini, dan kita mesti memamahi beza khilaf dan ikhtilaf.—> Boleh merujuk di dalam kitab yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abdul Latif Mahmud; Al-Ikhtilaf Al-Feqhiah laday Al-Ijtihadatil Al-AIslamiah al-Muasirah
Kedua: Ana setuju dengan sahabat-sahabat semua yang kita perlu benar-benar memahami manhaj aqidah ahli Sunnah wal Al-jamaah dengan banyak berguru di tempat yang palbagai dengan sistem talaqqi yang tradisonal. Seperti menurut Ibn Abidin, dengannya kita akan dapat meresapi akhlak, sunnah sebenar, ilmu sohih dan manhaj ulama berdasarkan al-quran dan sunnah. Internat adalah wadah yang penuh fitnah andai tidak berhati-hati, kita memahimnya lantas perlu diwaspadai, ianaya bukan wadah terbaik mencari ilmu namun kedudukannya di dalam masyarakat tidak dapat dinafikan lagi. Jesteru, belajarlah dengan ulama’-ulama muktabar di luar sana. Internet boleh membantu, namun carilah yang sohih.
Ketiga: Ana meyakini, inshAllah akan keikhlasan penuntut ilmu di sini, yang mana cinta akan kebenaran dan akan ilmu dan sedang mencari kebenaran. Jesteru, kita sangat bersangka baik, mereka sahabat-sahabat kita sedang mencari kebenaran, dan percayalah hanya hati yang benar-benar mencari kebenaran akan menemui kebenaran, namun andai kita dari awal sudah salah niat, maka apa juga keputusannya jawapan kita tetap sama. Kita telah lama mengenali dan memahami sahabat-sahabat kita ini, mereka bukan guru, dan mereka bkn membawa aliran pemikrian dan fahaman Salafi Muasirah/ Alamadzhabiah ini. Tetapi yang mebawanya itu orang lain. Namun mereka cintakan ilmu dengan itu, kita pohon dengan sangat, teruskan lah belajar lagi dengan masyaikeh yang banyak dan pelbagai. Dan kita cintakan sahabat-sahabat kita kerana Allah, secara peribadi ana mengenali mereka dan mereka yang berakhlak baik, mempunyai niat yang ikhlas menuntut ilmu mencari kebenaran pasti akan temui juga. InshAllah suatu hari nanti. Ana yakin amat. Kita berdoa sentiasa. Kebanyakkan daripada kita yang mempertahankan manhaj ini, pernah menjadi seperti mereka, atau paling tidak pun sedikit, dan kita mengetahui dan memahami, namun mereka yang INGIN mencari kebenaran yang sohih dengan ikhlas kerana Allah, pasti temui juga.
Walaupun Al-Iraqi ada menyebut ketika tahqiq kitab Sairu al-Salikin tidak diperlukan akan penuntut ilmu itu belajar dengan pelbagai guru, kerana ditakuti mengelirukannya, namun itu bukan hukum Qatie dan boleh berubah dengan zaman. Jesteru, melihat zaman sekarang yang penuh fitnah kita pohon dan harap agar kita semua tergolong dengan mereka yang mencari ilmu sohih dengan masyeikh, jumhur dan ulama-ulama’ muktabar.
Ana sangat menyenangi dan mengkagumi akan peribadi ulama-ulama’ muktabar yang datang diseminar ini terutamanya Syeikh Said Abdul Latif Faudhah, bagaimana ketika beliau, ditanya dihujam dengan pelbagai soalan dan contohnya ketika ditanya oleh soalan dari seorang brother ini, akan kitab Ibanah- Imam Al-Asyaire, hingga membawa kitab itu ke mikrofon dan membukannya, syeikh menjwab dengan tenang, anda baca dahulu akan muqaddimahnya, kami telah baca ya akhi al-aziz. Dan penanya soalan meminta maaf. Dan syeikh menjwab: Kamu betul di dalam apa yang kamu pelajari, namun masih banyak lagi akan apa yang perlu kamu belajar.
Di sini kita melihat bagaimana method menjawab soalan yang diwarisi oleh Ulama’ muktabar, ketika mana kita merasakan bahawasanya penayan soalan itu ingin mencari kebenaran. Penuh tawaddhu’ dan zuhud juga ikhlas di dalam ilmu mereka; syeikh-syeikh ini.
Moga-moga Allah memberikan hidayah berterusan kepada kita
Comment by Administrator — September 5, 2006 @ 2:58 am
Bismillahirrohmanirohim
Allahumma Solli ‘Ala an-Nabi
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memberi komen di sini. BarakAllahulakum
Semoga kita semua sentiasa taawaduz minal syaitan ar-rajim, yang menurut ibn-alqudamah bahawa talbis iblis boleh menipu kita di dalam ilmu kita, di dalam zuhud kita, di dalam apa sahaja. Dan kita berlindung kepada Allah akan itu.
Selalu-selalu ana fikirkan apakah penyelesaian di dalam perpecahan yang membingungkan ramai manusia ini..
Malah, memang mebingungkan ramai, hingga kita lupa kepada banyak perkara baru yang kita perlu kita bersatu tangini bersama..
1) Pokok kepada permasalahan dan mahal an-niza’ baina al-ummah sekarang tidak lari lagi dari kita mesti merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagaimana kita ingin merujuknya pasti di situ, kita perlu merujuk kepada ulama’-ulama muktabar, jumhur al-muslimin, dan ijma jamaie yang telah disepakati.
Menurut As-Syeikh Said Ramadhan Al-Buti di dalam risalahnya “Qawaed Tafsir An-Nusus Wa Atharuha Fi At-Taqrib bayna Al-Madzhib wal al-Firaq” menurut beliau, qaedah usul feqh yang akan menyelamatkan kita di dalam kita memahami Nas syara’ ianya adalah tunjang yang akan menyelasaikan perpecahan kita yang mana asasnya adalah perbezaan kita memahami nas syara’.
2) Di dalam kitab Al-Jidal ‘Ala Thoriqil Al-Fuqaha’ karangan Abi Al-Wafa’; Imam Al-Baghdadi Al-Hanbali beliau menyebut yang mana di dalam kita menelurisi ilmu yang sohih dan kesatuan ummah, ulama’ telah menyebut terdapat soalan-soalan fasidah yang tidak perlu kita layan. Sebagai contoh: Yang memecahkan, daqn mebatalkan masalah yang sudah batal, dan menentang hukum asal tanpa ‘illah, dan perbezaan yang tidak menguntungkan mereka yang berbeza di dalam menisthbatkan hukum dan tidak pula mengangkat pula ilzam daripada musuh( yang berbeza dengannya).
3) Menurut Syeikh Muhammad Abdul Latif Mahmud, di dalam kitabnya yang ana sebut di atas, beliau mengatakan Salafi yang kita sebut2 kan sekarang termasuk di dalam firaq atau aliran pemikiran. InshAllah nanti kalau berkesempatan akan ana cuba kupas sedikit.
4) Kita memahami dan tiada khilaf di kalangan ulama’ cinta Allah dan cinta dan hormat pada Rasulullah s.a.w yang paling tinggi dan utama tiada yang dapat menandinginya. Tetapi, kita meyintai ulama’ kerana kita lebih lagi menyintai Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat tabie dan tabien. Kita menyelurusi pusaka mereka dan kita dapati Sahabat-sahabat dahulu juga berbeza pendapat di dalam memahmi nas, contohnya, Abdullah ibn Masud dan Ibn Abbas mungkin berbeza, begitu juga Said bin Mussyaib dan Abu Hurairah. Di situ ulama usulyyin dah meletakkan “Taarudh wa At-Tarjih Bayna Al-Adillah”, kalau kita memahaminya pasti kita akan memahami dan bersatu di dalam masalah-masalah furu’. Bersatu bukan bermakna kita tidak boleh berbeza, namun kita meraikan khilaf tersebut.
5) Adab-adab menghormati ulama’ bukan bermakna kita taasub namun, kita ingin mengambil barakah ilmu dengan barakah ilmu barulah kita akan mendapat cahaya kebenaran inshAllah. Contohnya di dalam kitab Risalah Al-Mustarshidin karangan Imam Al-Muhatsibi yang ditahqiq oleh Syeikh Abu Bakar AL-Guddah yang mana telah berkata <Imam Ibn Muflih Al-hanbali dan Hafidzh Ad-Dzhahab>i di dalam “ Tadzkirah Al-Huffaz” dan Ibn Hajar di dalam ” tahdzhib al-tahdzib” telah berkata Abu Zur’ah Ar-Razi: Aku bersama dengan Ahmad Ibn Hanbal, dan telah disebut kepada Ibrahim ibn Tohman salah seorang ulama’ yang mempunyai sifat soleh, maka Imam ibn Ahmad bin Hanbal berkata semasa duduknya.
” Tidak boleh seseorang itu disebut kepadanya orang Solihin dan dia berteleku atau meyandarkan tanganya. Di dalam Riwayah lain dari Abu Al-Wafa’ Ibn ‘Aqil di dalam kitabnya ” Funun” beliau sedang bersandar, kemudian mengangkat belakangnya. Yakni tidak bersandar.
” Tidak mungkin kita tetap bersandar dan kita sedang mendengar nama-nama orang Soleh. “
di dalam matan kitab Risalah Al-Mustarsyidin juga menyebut..
“Majlis Orang-orang Solih atau mendengar kisah mereka, atau mendengar hadith dari mereka, atau membaca manaqib dan kelebihan mereka: Sesuatu yang menenangkan jiwa, dan melapangkan dada, dan memperbaiki akhlak dan amal.”
Ini akhlak. Sempurnakannya inshAllah kita akan mendapat barakah dan nur.
Then,
Baru inshAllah kita dapat memahami bagaimana perbahasan tentang bidaah, tentang khilaf, tentang ta’wil dan tafisr. tentang ulama’ salaf dan tafwidh. Tentang perkara-perkara lain. Namun, bagi yang tidak bersedia lagi, masyarakat awam berpeganglah dengan jumjur ulama’ dan ijma’ ulama’. InshAllah.
Comment by Administrator — September 5, 2006 @ 3:08 am
Waalhua’lam. Segala kesilapan daripada kelemahan ana yang sgt dhoif ini juga. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah dan menluruskan kita di dalam jalan ini. Amin.
Comment by Administrator — September 5, 2006 @ 5:00 am
Assalamualaikum…
Memang benar apa yang dinyatakan oelh sahabat ini tentang hala tuju kita bangkitkan isu2 wahabi ini…
sudi kiranya saya utarakan beberapa perkara sebelum kita mahu bincangkan perkara2 ilmiah ini…
Pertama, “Innamal A’malu Binnyyat wa Innama Likullimri in Manawa”…Setiap yg kita lakukan mestilah Ikhlaskan hati,jiwa,ruh semata-mata kerana Allah shj…
Kedua, “Laqad kana lakum fi Rasulillah hi uswatun hasanah” wajib bagi pendakwah yg benar2 ikhlas itu berakhlaq mulia,beradab,bertaqwa,bertawaddu’,merasakan dirinya serba kekurangan,menganggap dirinya faqir pada ilmu…
Ketiga,”fa in tanaza’tum fi syai’in fa ruddu hu ila Allah wa ar-Rasul in kuntum tu’minuna billah wal yaumil akhirah”
jika perselisihan paham berlaku mestilah kita rujuk pada manhaj yg telah ditetapkan oleh Allah,Rasulullah S.A.W,Sahabat,Salafus Shalih,Tabi’in dan seterusnya…
Keempat, “La taghdab,La taghdab, La taghdab” hendaklah seseorg dai’/pendakwah itu memegang sifat amarahnya,sifat marahnya,sifat suka bertengkarnya,sifat yang ketaksubanya sifat tidak berlapang dada,sifat yg menolak pandangan org secara buta tuli. sifat2 tersebut membawa bencana pada golongan pendakwah/dai’…
Kelima dan yang terakhir yg hamba boleh sampaikan,” ad dua’ silahul muk’min” wajib bagi setiap dai’/pendakwah yg ikhlas pada Allah berdoa setiap detik,setiap masa,setiap halangan ditempuh,setiap perkara yg mahu dilakukan setiap apa yg mahu diungkapkan,kita mesti meminta pertolongan hanya dari Allah,dan Tawakkal mestilah tidak dikaitkan dgn usaha kita…Tawakkal mestilah bulat2 serah pada Allah…
Allahumma la tajalana min zumratil yahud wan nashara wa al musyrikin wal munafiqin wal fasiqin wad dhalin wa la hadya lahum….Allahumma la tahrimna hidayatuka,wa ridha uka,wa maghfiratuka,wa rahmatuka..Allahumma Amin …
Comment by ad-dhaif al-haqir — September 5, 2006 @ 6:11 am
terima kasih atas penerangan ustzh admin. tentang syeikh said abdul latif faudhah, sedikit sebanyak penulisannya boleh dibaca kat www.al-razi.net. (laman berbahasa arab)
saya tertarik dengan topik bid
ah dalam seminar tu. teringin nak tahu kalau2 ada perbahasan tentang tarif bidah dalam al-itisam as-shatibi.Comment by tetamu — September 5, 2006 @ 6:17 am
Assalamualaykum
kepada Admin dan para bloggers di sini.
Kalau sesiapa berkesempatan menulis nota-nota kuliah, kalau nak pahala extra, sila pdfkan dan sebarkan kepada mereka yang tidak berkesempatan.
Mereka yang tidak berkesempatan saya mendapati ada 2 golongan utama.
1) ilmu tinggi - yang tidak berapa perlu diperjelaskan dengan huraian yang panjang.
2) ilmu cetek - yanag perlu diperjelaskan dengan huraian yang panjang.
Saya tergolong ke dalam golongan kedua.
Saya sarankan, pdf-pdf words ini di uploadkan ke dalam arkib khas yang mana para bloggers boleh memanfaatkannya untuk bahan rujukan, ilmu tambahan dan sebagainya.kalau perlu, sisipkan nota kaki serta rujukan.
Bayangkan kertas kerja,nota-nota dari bloggers dari UK dikongsikan bersama bloggers Malaysia, Timur Tengah dan seantero dunia.Vise-versa! Mungkin bagi orang awam yang kurang ilmu seperti saya, matapelajaran ini amat eksklusif namun ianya baik jika diteruskan untuk manfaat sejagat.(Saya sedang mengejar kalian walaupun perlahan…)
Sekian
Terima Kasih.
Assalamualaykum
p/s:versi pdf lagi molek kerana lagi terjamin keasliannya.
Kalau sesiapa ada tape recorder, mp3 recorder harap rakamkan.
Tapi kalau bahasa Arab, sila alih bahasa…. hmnn tulis balikkan senang.
Senang bagi yang meminta, sukar bagi yang membuatnya.
Comment by Ahmad — September 5, 2006 @ 7:42 am
kalau perlukan hosting, bahan2 spt mp3 mahupun paper work tersebut boleh host kan di hosting ana. Insha Allah. Boleh ana menumpang pahala.
Comment by ummu-muhammad — September 5, 2006 @ 8:45 am
bazrah:K.ma, ‘nganyi’ saya ke…^_^, saya kan ‘penakut’ di dalam dewan besar seperti itu..masa depa duk menyanggah syeikh2 tu, terutamanya ada seorang bro. yg tiba-tiba menengking dengan lantang, emm sedih saya, jd terkejut then rasa nak keluar..:) biasalah..” Khuruj minal al-khilaf mustahab”.
. saya pula tunggu k.ma tapi k.ma Sedang busi menjadi duta melayan pasangan suami isteri dr turki menggunakan bahasa iSyarat.(”,). memang kagum dengan semua syeikh, syeikh Umar, ALLAHUAKBAR!,ilmunya macam air.semua rasikh, daqid damingah, lengkap..terasa kerdilnya kita. Sejak k.ma kata seSuatu masa hr tu, saya berazam dgn azam baru..nak jd rajin sikit lagi inshaAllah. tapi, k.imun kata masa kami terkejut tu, memang kita tahu Arab kalau berdebat memang power, tp k.imun kata kat saya, memang macam tu kalau kat indonesia pun sama, malah ada yang lebih teruk. So, wahai saudara2 yg budiman, Selesaikan akhlak dan adab anda dahulu, then boleh kita bincangkan perkara yang lebih besar.
Serikandi: ” uhibbuka alladhzi ahbabtani la” isnad sohih dr Ahmad. biasa je saya kak..setiap dr kita ada peranan dr sudut masing-masing. Saya pun suka sangat ke blog akak. To see how you manage your household and it was very impressing to become a mother and wife like you. Adam and Adelia was so adorable. Indeed, you insipred me in a lot of ways. Mainly, the lasagna you made, hopefully you will written down the recipe in your blog..:)
Ummumuhammad: Jazakillah ya ukht. along, ana memang perlukan bantuan along, pasal teknologi internat ni memang kurang pandailah..emm, boleh juga, ana ada beberapa mp3 juga cd2 tapi tak reti nak upload, lagipun memakan masa panjang nak belajr, yg mampu tekan keyboard je..emm along nak kerjakan, bolehlah ye..:) nanti kita jumpa kita diskus ye..
k.Ibah: samalah kita..terima kasih k.ibah. bila kak ibah nak dtg sini lagi. boleh jumpa dan Sama-sama ke sana sini…:)
Ahmad: inshaAllah akan diusahakan..memag teringin tapi kemahiran nya kurang, masa pun sama, tapi inshAllah akan diusahakan.. sama-lah kita. perlahan-perlahan inshAllah. maaflah kalau ada istilah b.arab, dah terbiasa. maaf juga sepatutnya translate, nanti cuba edit sikit. inshALLAH.
Tetamu: JazakAllah. Memang ada, tapi ana sedang menunggu cdnya yg lebih detail, rakaman mp3 kurang jelas disebabkan macam ada sound yang gaung, mungkin sebab di dalam dewan yang tengah. perbahasan detail dan panjang, kena tumpuan semasa membahasnya, inshallah.
Ahmad fathi: Terima kasih. Adab-adab dengan para Ulama’ yang perlu dihalusi demi untuk mendapat barakah dan nr Ilmu, Champ: Terima Kasih
Masri dan hitam putih: Terima kasIh juga. Allahuyuwafiqna ila subuli as-sabil.amin
p/s: Sesiapa yang ingin kertas kerja, sedang diusahakan atau boleh juga ke blog SAUDARA MALAKIAN DI link di tepi.
beliau ada juga, inshALLAH.
Comment by Administrator — September 5, 2006 @ 10:37 am
Assalamualaikum nai.. KAlau kertas kerja ni dah siap, bagitau ana ye..
Comment by Tawel — September 9, 2006 @ 10:35 am
saudara Tawel, inshAllah kalau ana dan sahabat-sahabat sempat membuat talkhis dan terjemah tetapi bukan di dalam masa terdekat ini, sauadara Malakian rasanya ada usaha beliau saudara Ahmad fathi di dalam BankWahabi juga ada rasanya.InshAllah.:)
Comment by Administrator — September 9, 2006 @ 4:20 pm
Assalamualaikum
Comment by Amin — February 22, 2007 @ 4:04 am