Kadang-kadang sering kali kita terpana melihat hebatnya putaran qada’ dan qadar Allah. Segala-galanya penuh hikmah dan rahsia. Kadang-kadang kita termanggu memerhati melihat apakah bejana yang diisi dan kadang-kadang juga membuat kita memikir, alangkah moleknya aturan Allah.. Selalu-selalu hendaknya kita pasakkan kukuh dalam hati dunia ini bukan satu warna, jadi pelbagaikan warna yang kamu pilih. Dengannya kita belajar dan membesar. Kita berkongsi dan bersabar. Ibarat pelangi. Entri kali ini, sekadar tulis-tulis. Satu tulis-tulis yang mungkin bercempera isinya. Tapi hasil taajub dengan kuasa Allah.

SubhanAllah. Hari ini, di dalam satu hari yang dingin dan renyai-renyai hujan(sebenarnya setelah lebat baru renyai, namun ingin mencipta suasana dramatis); bertemu dengan sahabat-sahabat lama dari negara asing yang berlainan dan akan pulang ke negara masing-masing. Bertemu mereka ibarat bertemu dengan pelbagai karekter yang sangat mengembirakan, menyenangkan, bersemangat juga bermaklumat. They have astonishing me in many ways.

 Soalan suka-suka buat diri-diri. 1) Ini bukan entri pasal world cup fever 2) Pernah kita mendengar tentang Filem "The Road to the Guantanamo Bay? 3) Tahukah kita apa yang berlaku di Guantanamo Bay dalam minggu ini? 4) Pernahkah kita menonton filem "Osama" 5) Kenalkah kita siapakah Yvonne Ridley? 6) Agak-agak sudah masakkah kita siapakah Taliban sebenarnya? 7) Adakah Rooney akan diturunkan oleh Erikson? atau siapakah penjaring terbanyak melawan Crespo Hernan?

Soalan di atas sekadar tulis-tulis, namun tiada jawapan; kerana jawapan ada pada kita. Masing-masing berbeza. Semuanya kerana diri ini yang ketinggalan zaman kerana sudah lama ingin menonton filem "Osama" tetapi baru melihat hari ini.Secara kebetulan bersama sahabat yang ketiga. Bagi yang belum. Be skeptical. Don’t believe in everything you see and hear. Media sekarang bukan ditangan kita. They twisted everything. Satu hari bertemu dengan tiga insan berbeza. Dengan yang satu kami berjanji bertemu di syurga. Bertulang doa dan harapan mengambil barakah petang Jumaat. Mengumpul fakta dan berlari sekeliling dunia mengejar konspirasi Barat. Bergetar jiwa dengan dirinya yang berhijab penuh mendengar bicaranya tentang jihad. Mahir tentang media dan komunikasi kerana memang itu bidangnya. Dengan yang satu kami dengar bicaranya yang terbuka dan pelbagai pula pengalamannya.Liberal, Syiah, Feminisme, Ahmadiyah(Ahmad Mirza), Bahaiyah dll. Yang satu tegas, yang satu kami bertikam hujah. Yang satu kami termanggu mendengar, yang satu membuatkan kami terpisat-pisat mencari hujah juga kagum metah. Dua-dua bermakna. Dengan yang terakhir, kami sama-sama mendengar indahnya alunan burdah dan mengintai kisah anak gadis Afghanistan "osama" yangperlu skeptikal.Maaf silap. Ketiga-tiganya bermakna di dalam hidup dan akhirat harapnya.

Jesteru, tercover musim cuti tanpa naskhah berita hampir seminggu.(setelah dihitung lompat-lompat hari dan jarang-jarang waktu). Jesteru juga, usah mudah percaya pada media. Kenapa? Kita sendiri tahu jawapannya..

 Seperti juga lebih enak menonton bola dengan mata dari membaca dari ‘paper’.Mungkin perlu kita bangun dari’ tidur yang nyenyak berbantalkan bantal yang empuk, bermimpikan bulan bintang ,atau hanya menonton drama,kerana dunia sebenarnya sudah terbang, lari meninggalkan kita yang akan masih kagum melihat insane menaiki roket, dan teruja melihat manusia menaiki parachute .

 Sedang musuh sudah ligat terbang tanpa sayap!–> Walau terbang mereka akan terjunam akhirnya, namun kita masih kaku berdiri hanya atas bumi.

Tulis-tulis 1) Mohon maaf, tulisan ini memang bertempiaran segala tatabahasa dan susur atur isinya. Mungkin gagal di dalam peperiksaan bahasa ibunda. 2) Sekadar tulis-tulis. 3) Soalan no 1 dan no 7 hanya berkaitan di antara satu sama lain. Tidak yang lain. Sekadar sebuah "pembuka selera" dan "desert". Pertama, musim sekarang orang kemaruk bola. Kedua, sering terlupa, teringat, kemudian pulang terlupa pula. Lupa segala hal yang kekal ke hari penghitung masa. 4) Semoga kita semua bukan penonton tetap apa-apa cerita ;filem, vcd, cd tidak bermanfaat untuk agama, iman dan pembentukan minda kerna takut andai ditanya di suatu waktu; apa yang kamu buat sewaktu saudara kamu di sini? ( Persoalan: Ulama’ dahulu sempatkah mereka menonton wayang, cereka piring apa jua nama?) 5) Sering kita bersorak andai satu gol dijaringkan oleh anggota pasukan kegemaran kita(atau mungkin tanpa sengaja seperti jaringan tanpa sengaja hantaran Beckham) yang sebenarnya banyak sungguh mengambil masa ibadah kita, namun sayang sekali sia-sia kerena kita tidak akan bahagia pun dengan kemenangannya buat selama-lamanya dan mustahil pula ia memberi kesan di dalam hari hidup di sini dan di sana. 6) Bahagia dengan ketenangan strictly different dengan seronok. 8) Maaf sekali lagi. Kerana mengharu-birukan pembacaan sesiapa sahaja. 9) Musuh Allah tetap akan diazab, kita tetap akan diberi Rahmah;namun sampai kapan ajal dan masa kita mengisi kantung amal dan muraqabah? Berbuat sesuatu untuk Ummah. 10)Entri ini khas untuk diri sendiri yang sedang berada di depan pc. Bukan biased pada sesiapa atau apa-apa pd peminat bola.

Astaghfirullahaladzim..

" dan hamba-Ku tidaklah mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih AKU cintai selain dari apa yang AKU fardhukan kepadanya, dan ia terus-menerus mendekatkan diri kepada-KU dengan berbagai-bagai amalan nafilah(sunnah), hingga AKU mencintainya" (Hadith Qudsi diriwyatkan oleh Imam Bukhari)"

ya Allah. Kami cinta padaMU dan Rasulullah saw. Penulis yang akan berhenti bernafas. Selamat pulang buat kalian… Selamat tinggal dunia penulisan di sini. Buat sementara waktu. Kali ini Feqh Awlawiyat perlu benar-benar dita’biqkan.