Ketika menemui gadis Turkistan di masjid. Rasa gembira amat dan terfikirkan sesuatu ..ana termanggu dan terfikirkan novel ini…
Semasa kami belajar di negara orang dulu, jarang-jarang kami meminati penerbitan mereka yang berunsur sastera, melainkan kitab-kitab agama, surat-surat khabar yang sampai sekarang masih disimpan dan tidak dibenarkan digun walau untuk melapik meja. Juga majalah-majalah yang harganya seringgit; segeneh. Yang kononnya ingin belajar bahasa bangsa itu. Lucu bila dibayangkan ketika hari Jumaat, kami akan mencuri-curi solat Jumaat di masjid yang dipenuhi lelaki dan perempuan yang kami cintai kerana Allah. Kami akan berpusu-pusu di lautan jemaah wanita. Mulanya kami ingatkan ianya masjid ikhwan Muslimin. Namun bila diingatkan kembali rupanya ianya masjid neo-salafi! Kami akan membeli kaset-kaset rakaman khutbah jumaah.Yang kebanyakkan berbaur tazdkirah tentang hati dan kehidupan. Entahlah kami pun tak ingat bagaimana kami boleh tergerak ke sana..
Usai solat kami akan menujur ke gerai buku, membeli majalah-majalah yang kami suka, dan mengusungnya ke rumah sewa kami. Oh ya! Namun ada juga satu buku terjemahan oleh pejalar Malaysia yang amat membekas di hati kami. Weil China. Buku itu, sekalipun biasa sahaja pada luarannya namun memberi makna yang bererti buat kami. Jangan salah anggap, ianya bukan buku cinta. Ianya buku tulisan hasil jerih wanita turki bernama Amina.
Andai kami membaca testimoninya, air mata kami akan mengalir deras malu pada diri sendiri! Apa yang telah kami lakukan untuk agama kami sendiri? Tiada apa yang boleh dibanggakan di hadapan Allah nanti. Entah di lapisan manakah agaknya kami berada nanti di kalangan jutaan manusia yang lebih soleh dan tinggi taqwanya di sisi Allah..
Entah kami ni dapat tidak melihat zat Allah yang agung..Siapalah kami ini..Namun kami takkan putus asa..Ya ! Tidak putus asa pd rahmah Allah. Kearana itu kami masih hidup.
Weil china
Wanita Turki itu juga yang telah menulis buku " Maria " yang popular mirip kisah Isabella anak gadis paderi yang telah memeluk agama Islam. Amena yang tegar menulis dengan mata pena hasil cinta pada Allah dan Islam. Tulisannya yang mebuat lelaki soleh berfikir dan tidak lena malam. Ini benar. Juga buat kami menangis membaca kisahnya yang kadang-kadang ayatnya penuh perasan halus, juga kadang-kadang keras membentak ideology barat. Utama, tulisannya bukan memancing minat pembaca, Ianya terbit dari hati yang tulus dan kisah. Oleh itu, ia menresap jauh ke lubuk hati kami.
Kami merasa aneh bagaimana tajam dan halusnya menusuk hati kami, hingga mebuatkan kami teresak-eask membayang penderitaan saudara-sauadara kita yang di zalimi oleh ideology bertunjangkan atheis walaupun namnanya berbeza.
nai
me
Mari kita lihat apa kata Muslimah bernama Aminah Syenlikoglu yang kami kagumi ini.
" Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republic bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah."
" Semua jenis penyeksaan adalah natijah Atheis walau namanya berbeza "Kata Sasterawan Syule Yuksel Syenler.
" Saya membaca ‘ Weil China’ karya puan Aminah dengan penuh perasaan. Kami semua mengenali puan Aminah, seorang yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan pihak berkuasa serta dirinya sendiri. Beliau sering berkata " Apa yang mesti aku lakukan terhadap mindaku ini dan apa yang boleh aku lakukan padanya"
Juga kata-kata sasaterwan Turki- Husen Ozmez
" Puan Aminah telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuatkan saya tidak dapat tidur sampai ke pagi. Saya mula dapat selami apa yang dialami oleh orang-orang Islam daripada segala jenis penyeksaan sewaktu membaca novel " Weil China" ini sehinggakan air mata tidak dapat saya tahan sewaktu menjiwai patah-patah yang keluar dari mulut imam sambil airmatanya berlinangan mengalir ke pipi kerana terlalu teruk diseksa." Aku akan datang kepadamu wahai Rasulullah."
Saya menangis beberapa detik kerana terlalu sebak sambil berdoa memohon ke hadrat Allah agar mematikan saya pada jalan yang mulia ini setelah saya dapat menuntut bela untuk golongan lemah yang dizalimi.Rasa malu pada diri sendiri mula menyelubungi diri lebih-lebih lagi terasa malu kepada roh Islam saya sewaktu meneliti baris-baris ayat di dalam novel ini. Ianya sebuh kisah yang amat memilukan, bukannya sekadar sebuah cerita biasa yang dihasilkan melalui khayalan semata-mata bahkan sebuah rrealiti. Puan Aminah menggunakan gaya bahasa yang menarik sewaktu mempersembahkan kisah di dalam novel ini. Dari sudut bahasa beliau menggunakan bahasa yang lancer seperti air sungai, ada kalanya menggunakan gaya bahasa yang panas membara seperti bara api.
Kisah yang dipamerkan oleh beliau dalam novel ini sunyi daripada benda yang dibuat2 bertujuan memancing minat pembaca………."
bersambung
me

Pertama kali singgah di blog ini…. trimas singgah di jowopinter
‘…berpesan2 dengan kebenaran, berpesan2 dengan kesabaran”
~ salam..
Comment by blackpurple — March 24, 2006 @ 3:28 am
Assalamualaikum..ana pun kali pertama datang ke blog ni..hehe. TErima kasih kerana melawat dan mengomen di blog ana. Blog ana link blog ini tak? Mesti boleh kan
Oh ya,anti dulu belajar di mana? Mesir ke?
Comment by tawel — March 25, 2006 @ 2:54 am
buat blackpurple
aiwah!
jazakAllah juga
Comment by Administrator — March 25, 2006 @ 2:54 am
Huish lajunya dah komen. Terima kasih. Ni kalau guna ‘aiwah’, gerenti belajar kat mesir kan?
Comment by tawel — March 25, 2006 @ 2:56 am
oo..saudara tawel..–> tak perasan td komen tawel..td tu respon komen blackpurple
ahlan2 ke sini…mana yer? negara arab yang gersang..mumkin qod ta’rifuhu ( u already know actually)
rasanya tawel pun tak pernah ckp blajar apa dan dimana kan..fair and square
Comment by Administrator — March 25, 2006 @ 3:07 am
Alhamdulillah…. Saya pernah baca buku weil china..
Tapi sayang sekali, novel tu kepunyaan kawan. Teringin sekali tuk memilikinya..
Terasa betapa kurangnya diri ni dalam sebuah tanggungjwab yang diamanahkan..
Ya Allah…terangkanlah hatiku dengan cahaya hidayahmu, sebagaimana Engkau terangkan bumi ini dengan cahaya matahariMu selama- lamanya…
Comment by naFeesa — April 7, 2006 @ 2:49 am
nafeesa..takpelah sis, kawan or tak..sama je kan..dah berpeluang baca pun kira Alhamdulillah…:)
Amin..buat doa nafesa..
Comment by Administrator — April 12, 2006 @ 6:27 am
kat man nak dapat novel tu? kat mph n kinokuniya da tak?
Comment by Ahmad — June 27, 2006 @ 3:11 am
assalamualaikum
kita tak boleh semata-mata dengan emosi, emosi seperti empat musim. bertukar musim, bertukarlah suasana. Islam dikenali dengan akal yg dipandu oleh wahyu Allah. adakah solat kita serasi dengan solat Rasulullah. biasanya kita perasan saja benar kerana cuba perhati org solat di masjid kita, ada pelbagai cara mereka solat, adakah semuanya benar belaka. saya takut, kita sayang kpd org tetapi tidak sayang kepada diri sendiri. kita sayang semuanya. wassalam
Comment by osbina — October 9, 2006 @ 11:48 pm
saudara/i osbina
terima kasih kerana tinggalkan komen anda di sini. Saya tidaklah berniat untuk mengulas lebih panjang di sini, tetapi saya pohon jasa baik saudara/i osbina boleh tolong terangkah lebih lagi..;-
1) Apakah point di sini yg umpama tidak sayang diri sendiri
2) Apakah point di sini yang menerangkan dengan emosi? Bahagian pertama pengalaman saya sendiri, manakala yg kedua adalah petikan dari buku ini sendiri.
Maklumlah saya ini aak kurang faham maksud anda, mohon terang dengan lebih lanjut, di antara kebaikan mu’min adalah menrangkan apa yg saudranya tidak faham.
terima kasih
Comment by Administrator — October 10, 2006 @ 8:10 am
Saya tertarik ingin memiliki buku ini tapi masih belum berjumpa lagi. Ada cadangan tak nak dapatkan di mana? Terima kasih
Comment by nur_salsabila — December 24, 2008 @ 8:19 am
salaam, mana nak dapat buku nih, bleh tlg bagitau, dah try carik kat pmram punya kedai, takdak.buku MARIA pun takdak dah, dulu2 ada baca gak, tapi dah hilang, pasal maen pas2 kuat sgt. so kalu ada idea tolong Buzz kt ym yeh. Terima kaseh
Comment by MaWaisZ — April 27, 2009 @ 3:47 pm