“ Tetap sajalah pada ketentuan baik yang telah dikurniakan Allah s.wt”

-Yang bermakna: “Jangan anda tuntut (mohon) dari Allah, bahawa Allah mengeluarkan anda dari sesuatu hal (ketentuan) supaya DIA memakaikan anda pada hal yang lain. Maka jikalau DIA mengkehendaki anda, sungguh DIA memakaikan anda tanpa dari hal semula”-

Pengertian Kalam Al-Hikam ini adalah seperti berikut lebih kurangnya:- ( seperti yang telah dikupas oleh Dr. K.H Muhibbuddin Waly hasil dari pengajian Majlis Ta’lim Masjid Agung Al-Istiqlal yang telah dibukukan menjadi buku yang sangat bermanfaat).

  • Apabila kita telah ditetapkan oleh Allah akan sesuatu perkara samada apa jua sifatnya samada berbentuk duniawi seperti berniaga, bekerja di kilang-kilang, bertani dan sebagainyal atau agmawi seperti belajar ilmu agama. Kemudian hal keadaan yang telah Allah kurniakan kepada kita ini, tidak sesuai dengan maksud (kehendak) kita, kerana menurut anggapan kita, bahawa hal dalam keadaan itu, menghalangi kita daripada beribadah dan lain-lain. Dalam hal ini, kita tidak boleh ada tujuan untuk keluar dari hal keadaan di atas, dan lantas menentang hokum waktu sebagai yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Sebaliknya dianjurkan supaya kita tetap istiqomah pada ketentuan-ketentuan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita dianjurkan demikian kerana ada tiga pandangan yang tidak dapat tidak harus kita fikirkan sedalam-dalamnya:

A)   Hendaklah kita meyerahkan diri kita kepada Allah s.w.t pada segala kehendak yang dikehendaki olehNYA. Dengan demikian maka hati tenang dan kita tidak memikirkan segala sesuatu di luar ketentuan yang telah Allah berikan kepada kita. Jasmani kita akan berasa tenang juga jiwa kita tidak gelisah dari segala macam perubahan-perubahan dunia dan kesukaran-kesukaran mengatur segala sesuatu yang kita hadapi. Kerana itu semakin dalam tawakkal kita kepada Allah dan penyerahan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa, maka inshAllah segala kesulitan di dalam kehidupan dan hidup ini akan dapat kiranya kita atasi.

B)   Kita harus melaksanakan hak ‘ubudiyah atau hak kehambaan kita kepada Allah dengan jalan Redha dengan segala ketentuan-ketentuan yang tidak bertentangan dengan ajaran-ajaranNya. Selaku hamba Allah yang lemah dan haqer, yang kebetulan ditentukan Allah sebagai mereka yang berniaga misalnya, ketentuan ini harus kita terima dengan redha, yakni kita senang menerimanya dan kita jalankan pekerjaan kita selari dengan tuntutan agama demi melaksanakan hak kehambaan kita kepadaNya.

C)  Istiqomah pada ketentuan yang diberikan oleh Allah kepada kita adalah menjaga diri kita supaya tidak memikirkan hal yang lain di luar apa yang sedang kita hadapi. Kerana apabila kita tidak istiqomah dan lantas mengkehendaki ketentuan lain dari yang telah kita kehendaki, jasmaniah kita tidak sihat atau jiwa kita tidak tenteram. Jadi kita tetap sahaja dengan istiqomah pada apa yang telah diberikan Allah Subhanahuwataala kepada kita, asal saja tidak bertentangan dengan ajaran agamaNya demi kesihatan dan jiwa kita.

  • SubhnaAllah, di antara sekian kalam dalam kitab Al-Hikam, kalam ke-19 ini yang pertama membekas di hati amat. Ketika membaca akan kalam Ibn ‘Athaillah ini suatu masa dahulu terasa begitu terkena kepada diri sendiri dan tersayat sungguh hati ini. Ya Allah, Engkau Yang Maha Bijaksana, siapakah kita untuk melangkaui sesuatu ketetapan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kupasan mendalam sebenarnya dalam kalam ke 19 dari kita Al-Hikam ini, namun memadailah kita memahaminya akan kesimpulan 3 yang dirumuskan oleh Dr. K.H Muhibbuddin Waly di atas ini. Syeikh Fahmi Zam-Zam juga telah mensyarahkan kalam ini dalam dua bulan yang lepas di Anjung Rahmah. Allahu..Allahu. Terang Syeikh Fahmi Zam-Zam, bukan bermakna kita tidak perlu berdoa, namun bagi mereka yang sedar, segala apa yang berlaku Allah tahu apa yang terbaik buat kita, tetapi kita disuruh berdoa sebagai tanda ubudiyyah atau kehambaan kepada Allah.
  • Betapa perlu kita simpan kukuh dalam hati akan makna tawakkal. Hendaknya kita hanya ingin apa sahaja yang Allah Redha kepada kita. Ketika berkesempatan bertemu secara peribadi Syeikh Yusuf Al-Hasani telah bertanya akan seoarang teman kepada Syeikh Yusuf akan perbezaan antara dua dan harapan. Sesungguhnya mintalah apa sahaja yang Allah ingin kepada kita. Jangan nanti bila kita diberi apa yang minta namun bukan yang Allah Redha maka kita akan merana. Kita akan terseksa. Sanggupkah kita?. Kalam Syeikh Yusuf telah membuatkan sahabat-sahabat yang menghadiri seisi malam itu, berderai air mata mereka.
  • Syeikh Yusuf juga semasa Ijtima’ Ulama’ Nusantara di Jenderam baru-baru ini, dalam seisi  pembentangan kertas kerja "Madrasah Salaf: Kebangkitan, Keperluan dan Praktikal"  akan jenis pengabadian apakah andai kita sibuk menginginkan apa yang kita ingin. Ya Allah! Pengabadian  jenis apakah itu?? Siapakah kita ini? Sedang sudah Allah tetapkan bagi kita ketentuan dan patutlah bagi kita tunduk, tawakkal dan Redha dan hanya ingin apa yang Allah Redha bagi kita. Kebahagian yang tidak terperilah andai kita berserah diri sepenuhnya dan mendapat apa sahaja asal saja itu yang Allah mahu dan Redha pada kita. Mintalah Redha Allah sahaja. Apa yang kita perolehi itu tidak penting, namun apa yang Allah Redha itu yang kita inginkan. Tidak kita mahu melainkan apa sahaja ketentuan yang Allah telah Redha kepada kita. Jangan kita tersilap dalam memintas akan hakikat tajarrud dan asbab. Redha sahaja dengan semuanya kerana  apa yang Allah beri maka perlulalah kita berbahagia dengannya. Ustaz Said Nursi telah berpesan " Usahlah engkau mencampuri urusan Allah ".  

"Ya Allah, telah aku serahkan jiwa ini kepadaMu"

* Mari pakat-pakat bersama dengan majlis-majlis dikir dan ilmu. Habib Omar benHafidz sudah tiba di Malaysia. Sila klik di sini untuk lihat tentatifnya. Bagi anda yang hesitate kerana mendengar cerita yang apa sahaja. Nanti dulu! Pelihara adab anda dan zhon anda terhadap Alim Ulama’.!