Pasca Pusing Kepala vs Kekritisan Minda

Pasca Apakah Sekarang Ini?
Ini tulisan santai dan mungkin memeningkan kepala. Dunia blogging atau penulisan maya kelam kabut sekarang. Kita tidak akan menulis kerana orang lain menulis! Kita menulis kerana memang ingin menulis. Rentetan dari lahirnya penulis-penulis blogger yang begitu ramai melahirkan juga berbagai-bagai jenis alur pemikiran yang ditumpahkan secara berbeza melalui teknik penulisan yang berbeza. Ini kerana dunia internet menjanjikan pulangan tiada batas iaitu kebebasan menulis yang dilahirkan berdasarkan pola pemikiran yang berbeza. Tidak dapat tidak kita perlu mengakui penulisan-penulisan kontroversi ini banyak mempengaruhi malah mungkin mengurangkan atau menambah produktiviti masyarakat.
Bagaimana Mendepaninya?
Apa sahaja maklumat yang diterima hadamilah secara skeptikal dan kritikal. Seperti AlBazrah telah mendeklarasikan Deklarasinya begitulah seadanya bila kita membaca dan berfikir. Tetapkan di mana kita dan fokuskan matlamat kita, pembacaan yang berbeza-beza juga disalurkan mengikut keutamaan masa dan kematangan dalam menilai isu. Tidak bersifat defensif apabila membaca namun mempunyai matlamat jelas lagi cerah yang kita mahu dalam hidup ( Redha Allah tentunya ) akan membantu kita dalam pembacaan dan tidak mudah ter ‘makan’ atau melatah.[1]Membaca tidak bererti kita bersetuju [ Tapi, perlu bijak meneliti andai masih belum benar kuat berdiri atas prinsip yang sohih maka awasilah langkah kita ].
Membicarakan isu semasa membuktikan kepekaan kita, benarkah?
Sebenarnya juga, bukan malas mengulas isu politik atau Jalan Telawi etc, mendiamkan diri tidak bermakna kita tidak peka terhadap politik namun keutamaan pencarian dan pembacaan jesteru berjalan mengikut kadar kematangan dan perjalanan yang panjang sejak dahulu. Pening juga ya, bila membaca perbalahan isu-isu yang dibangkitkan media sekarang. Tuan site ini menilai di antara laungan kebebasan media dan menulis juga tersebar luasnya apa yang dikatakan pemikiran liberal dan falsafah barat kita wajar menilai secara tegas namun tenang.[2]
Bagaimana Menilai?
Samada yang menilai itu :-
1) Di sini ada permainan politik yang berlaku samada kita dari pihak yang bebas atau tidak dari kecenderungan politik dalam memberi komentar apabila mengatakan begitu-begini terhadap sesuatu penulisan kerana ingin menyekat meyekat kebebasan menulis secara diam-diam atau jujur memberi komentar (Seperti era reformasi dahulu yang mana Tamadun di’haramkan’, Majalah Detik juga begitu)[3]
ATAU
2) Kita dari pihak yang menilai sesuatu isu atau penulisan melalui kacamata intelektual yang berpandukan wahyu yang diturunkan lagi terpelihara Allah. Andai tidak, pasti berpusing-pusing tidak tahu ke mana akhirnya[4]
Halatuju
Menelusuri apa jua tulisan, tuliasan Ulama’-Ulama SalafunaSoleh jualah yang menenangkan minda dan jiwa. Yang lain, aduhai bercampur falsafah dan pelbagai idealisme. Wajar dibaca namun ke mana halatujunya?[5]Membawa manusia berfikir mungkin ya, namun di mana noktahnya dan adakah membawa kepada ketenangan jiwa? Mungkin juga tuan site ini perlu bijak membezakan di antara kesejahteraan dan kebijaksanaan spiritual dan intelektual. Jawapannya tiada di sini. Tanyalah jiwa kita.
* Sebenarnya apa yang tuan site ini risaukan adalah beberapa penulisan di akhbar ‘ orang putih ‘ yang berfahaman liberal terang-terangan mencurahkan idea secara bebas dengan alasan kebebasan hidup bermasyarakat! Muslim atau tidak bukan titik temu mereka. Anda bacalah di akhbar pasti ketemu mereka. Kita perlu ligat menjawab juga seperti NikNazmi pernah menjawab salah satu isu yang mereka timbulkan di akhbar. Penulis Blogger yang kontroversi? Entahlah, pusing kepala membacanya. Tulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Mungkin kepada tuan minisite ini sendiri. Barangkali.
Tulisan ini juga terbuka kepada kritikan kerana ianya hanya sedikit tumpahan idea basa-basi daripada insan yang masih belajar. Yang tidak ada apa-apa.
[1] Menjadi manusia muda memang berdarah panas. Oleh itu, stabilkan ia dengan aqal yang cerdas, emosi yang terpimpin dan spiritual yang sihat lagi sejahtera. Setiap dari kita ada jalannya menuju Allah. Seperti Imam Al-Ghazali yang menulis kitab " Al-Munqidh Min Ad-Dholal " setelah bergelumang dengan dunia falsafah dan penulisan ilmiahnya di Iraq. Mempunyai teman yang pernah menjadi Atheis, juga kedapatan teman rapat dari Indonesia ( yg beraliran Aqidah Asyairiyah tetapi Feqh Neo-Salapi) yang bersahabat dengan pelbagai lapisan manusia, ada yang pseduo-liberal, Shia’, serta pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai pemikiran. Ketika mula bertemu dengan teman seorang ini, memang pusing kepada. Rasa ingin berjidal sahaja, maklumlah darah masih muda. Namun setelah hidup bersama sekian lama, dapat difahami rentak dan alur masing-masing, kami boleh berbincang apa sahaja kerana beliau yang berkawan dengan seribu macam manusia membuatkan kita dapat membaca rentak manusia-manusia.
[2] Sering membaca- di antara dua baris tulisan-( Between the Lines), menilai dengan wajar apa jua penulisan yang sempat dibacanya, walau kadang-kadang pemikiran mereka itu kedengaran asing, di situ apa yang wajar dan tidak bertentangan dengan isu-isu fundamental agama bolehlah dipertimbangkan. Skeptikal. Ia tidak membayangkan kita bersetuju dengan keseluruhan isi penulisan. Ya, mungkin kita tertarik dengan uslub atau method penulisannya tetapi tidak isinya. Mungkin kita belajar dari cara mencurahkan idea tetapi tidak kepada pendiriannya . Ya, kita belajar dari setiap sesuatu tetapi tidak semestinya kita bersama dengan mereka. Namun bila mana menyentuh tentang isu-isu fundamental agama, melebihi Ulama’ gayanya juga mempertikaikan pandangan Alim ‘Ulama, melemparkan sejuta kata-kata tidak enak di dengar atas alasan RASIONALIS. Ah! Dunia mereka memang sukar difahami. Mari kita teladani pemikiran yang ditumpahkan melalui buku yang dikarang oleh Prof. A. Qodri Azizy, P.hd bertajuk ‘ Reformasi Bermazhab’. Beliau ada meyebut “ Ulama’-ulama’ masa lampau khususnya ulama’ yang berkecimpung dalam bidang hukum-tidak hanya berfikir tentang peristiwa-peristiwa yang yang akan dating dan merumuskan ketetapan hukumnya. Dari sini lahir apa yang disebut dengan al-fiqh al-iftiradhi.” Jesteru, fahamilah kerasionalan akal itu tidak akan dapat melangkaui segala-galanya. Jesteru wahyulah yang perlu untuk memimpinnya.
[3] Yang menariknya, tuan site ini telah mengikuti penulisan FAO sejak zaman era reformasi dahulu semasa masih di awal belasan tahun sebelum ke timur tengah. Kemudian terhenti kerana terhentinya majalah tersebut dari di ‘halalkan’ oleh kerajaan ‘bebas’ kita ini. Kemudian tiba-tiba membaca pula tumpahan pemikirannya di dalam tulisannya yang pelbagai baru-baru ini, sekadar jenguk-jenguk begitu sahaja. Memberi komentar tanpa memahami sesesuatu isu bukan tindakan yang bijak, namun yang sempat diraih isinya dengan masak ialah isu yang FAO bangkitkan tentang fatwa “ Cawat Besi.” Wah, pedas sungguh kata-katanya, kalah perempuan pula! Ingin satu tulisan yang RASIONAL menolak idea itu anda boleh baca di sini. FOA, anda wajar belajar dari beliau. Bukan pada panjang atau caranya menulis tetapi kepada kewajarannya menolak. Tidak kisahlah anda atau kita menulis dengan sinikalkah, sarkastikkah, satirakah, patahbalikkah (reversethinking), berfikir luar kotakkah (Think out of the box),baca di antara tulisankah (Read between the lines) atau apa sahaja.
[4] Namun di sini, dalam keadilan kita menilai dan menapis wacana pemikiran yang lahir dari tulisan yang pelbagai kita tidak dapat lari dari pegangan fundamental agama yang mana Al-Quran dan Sunnah itu yang akan menjadi pegangan kita sampai mati. Rasional pemikiran memang dituntut agama, namun batasnya perlu ada yang mendasarinya tentulah wahyu. Kita tidak boleh atas nama rasional dan kritikal melangkau apa jua isu tanpa berpegang pada wahyu. Tidak kiralah anda Umnokah, KeAdilankah, Paskah, Geng Jalan Telawikah, pejuang liberalkah, pejuang maharenkah, Isu-isu Qot’ieyat usah dipermudahkan. Andai setiap bidang ilmu ada ahli pakar tentangnya, tidak akan pula anda yang tidak mendalaminya ingin sewenangnya mengatakan b* kepada ilmuan Islam yang seumur hidup mewakafkan diri dalam ilmu. Tidak setuju terhadap ijtihad atau fatwa mereka itu perkara biasa, namun bersikap lebih pandai tidak beradab pula itu yang kita pertikaikan.
[5] Pejuang Maharen juga manusia, terbatas akal juga pemikiranya. Kita tidak mungkin lebih pandai hanya dengan menggunakan akal fikiran, begitu juga tidak mungkin kita akan lebih cerdik andai kita membataskan fikiran dengan malas berfikir. Kritikal, kritis semuanya hanya akan menjadi suatu retorik indah andai kita tidak bergerak untuk bekerja dan hanya membatu dengan menjadi pemikir. Ilmuan Islam sejak dahulu kala mereka bukan hanya berfikir, menulis malah bekerja untuk menjadikan pemikiran mereka praktikal. Paling istimewa, mereka makin dekat di sisi Allah dan kedudukan mereka makin bernilai dengan taqwa dan ubudiyyah mereka yang tidak ternilaai dengan kedudukan kita. Semua di dunia ini fana’ dan akan mati. Yang tinggal hanyalah qalbun salim yang akan dipersembahkan di hadapan Allah nanti.

nai, i agree with you on this. tak mengulas dlm blog bukannya bermakna tidak peka. kadang2 ada rakan yg hairan bertemu dgn akak di luar, kerana dari segi tulisan blog agak santai, tetapi bertemu boleh bincang pelbagai isu. akak tak pandai menggarap dlm bentuk tulisan, akak hanya pandai membaca, dan minat membaca garapan penulis2 yg mampu mengkritis dan memberi buah fikiran bernas.
Comment by mardhiah12 — June 5, 2007 @ 3:13 am
begitulah kak. erm, sebenarnya menulis di dunia blogging ini besar impaknya namun bukan segala-galanya. Mungkin hanya menggambrkan 30%, 50% atau 70% sahaja akan penulisnya.
Bagi yang suka menulis wajarlah mereka menulis. Bagi yang sekadar suka-suka jadilah sekadar suka-suka.
Tidak semestinya setiap isu perlu kita perbahaskan atau tuliskan. Menjadi responsif itu perlu namun mengikut keadaan dan keutamaan. Tidak perlu, oh mereka mengulas kita juga ingin mengulas. Setiap dr kita ada worldview masing-masing namun tidak semua menumpahkannya dalam bentuk penulisan. M.cik kat kampung yang tak pandai menulis juga ada worldview mereka.
Saya lebih suka melihat dengan optimis akan perkembangan penulisan blogging ini, dalam masa yang sama sangat-sangat memaklumi akan manusia tidak akan jadi lebih mulia atau tinggi di sisi Allah hanya dengan pandai menulis atau aktif menulis. Jesteru pernah terfikir ingin menutup minisite ini sahaja. Tapi mybe sebab dr kecik sejak zaman tadika suka sangat menulis jesteru hasrat itu masih tergantung. Kerana kesibukkan kita dengan perkara-perkara dunia (yg sy selalu sibukkan juga) melupakan tanggunjawab ruh kita yg asal dengan mencari aib-aib sendiri dan mendidik nafsu kita selalu.
Ramai di luar sana, mereka tidak menulis, tidak terlibat dengan dunia internet jesteru maqam atau kedudukan mereka di sisi Allah lebih tinggi. Jiwa mereka lebih qanaah dan halus di hadapan Allah. Amal mereka bertambah.
Jadi, andai sahaja kita yang menulis ini sekadar menulis sahaja, namun amalnya tetap sama, akhlaknya tidak bertambah mulia, ubudiyyahnya begitu2 aja, malah maqamnya dan ketenangannya tiada. Maka rugilah kita.
Kerana Islam itu praktikal. Org jahil yang beramal lebih molek dr org alim yang tidak beramal dan mengikut nafsunya.
Siapalah kita ini, wajar ditanam dalam hati. Agar selalu rendah diri dengan alam sekeliling.
Begitu juga, kita sangat tidak boleh merasa takabbaur ujub dengan apa juga yang ditulis. Maka jadilah debu-debu yang beterbangan. Tidak dinilai di sisi Allah. Jesteru, rugilah kita nanti ketika kerinduan ingin betemu denganNYA.
Dunia ini fana’. Semuanya di dalamnya akan fana’.
Comment by admin — June 5, 2007 @ 6:24 am
Tulisan yang bertenaga!
Suka membacanya.
Ia menyedarkan… Sungguh.
Teruskan menulis!
Comment by dhuat79 — June 5, 2007 @ 7:10 am
Salam.
Terima kasih sudi singgah ke blog saya.
Tahniah di atas tulisan ini. Saya amat bersetuju dengan tulisan dan komen dari madhiah12 dan tuan blog di atas.
Satu muhasabah tepat pada waktu dan sasarannya. Buat saya terutamanya.
Teruskan menulis. Semoga diberkatiNya! WaLlahu a’lam.
Comment by budakmenulis — June 5, 2007 @ 9:42 am
ukhti…
wah bagus, masih punya masa menulis… baguslah tu…. ukht, akak call anti, adik pula angkat… anyway senag-senang hubungi akak.. sudah lama kita tidak jumpa.
Comment by yamina — June 8, 2007 @ 9:42 am