July 26, 2007

Majlis Ilmu

By xenorcb on Flickr

1) Kedatangan Habib Salim Abdullah B. Umar As-Syathiri di Majlis Ilmu

2) Dr Alan Abdul Haq Godlas : Maklumat lanjut  di Darwisy

3) Makan Malam Bersama Keluarga Shuhada’ Palestin di Teh Zaharah

4) Talk dan Da’wah Workshop bersama Saudara Idris Tawfiq- Bekas Pendakyah Roman Katholik.

Tempat: Main Audi Engin pada 26 ( Malam selepas Maghrib ) dan di Masjid IIUM 27 Julai 8.30 pg- 5.30 petang.

July 25, 2007

Special Dedication: The Secret Within

The Secret Within

Is Love

For A Sister That Should Know That I love and Care for Her. Deeply And Dearly. Let’s Walk Together Toward HIM and We Will Know Each Other Better. The Secret of Love Within My Heart and Prayer. Sometimes Words Does Not Enough. Sometimes Doing Nothing Is The Best.  Sometimes Silence Is The Inner Key To The Right Path.[1] Sometimes The Existence Of Love Is Secret Within.

O Allah

A  Person  has asked Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jailani :

" So we are nearer to your heart?

He replied: O My foster brother, you will be like that only when you are all dutifully devoted to Allah  ( Exalted is He ), when you are vigilantly aware of Him, fear Him and seek Him. In me you will have a servant and a loving friend.[2]

[1]" Silence is part of the spiritual discipline of a votary of truth." M.K Ghandi.

[2] From Malfuzat ( Utterances ) - Shaikh ‘Abd Qadir Al-Jailani

¬ I Will Always Here, When You Are Here, I Still Be Here

Tags: Recommended Reading;

1)  The Shy Ghandiji

2) Bukanlah Siapa-Siapa

July 23, 2007

A Cool River

 

 

Darwisy 

~I’m a lover of His benevolence and severity~-Rumi

A very short, simple, yet a sign of complete love and full serenity . The new mini site which I love to drop by during a very hectic day and busy schedule. Take a look at it dear sisters and brothers if you  have a  little amount of time to be in front of the pc. It will feel like we are purifying our self in a very cool and clean river. As an addition also the soothing feeling brought by the background music. O MasyAllah. Allahu, Allahu.

"For those who didn’t taste it do not feel it"

 

A child cooling off after a bike ride in Kelowna’s Mission Creek. By Chandrasutra on Flickr



July 21, 2007

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Filed under: Message of Da'wah

 

  Maka, arakiannya berbunyilah suara di satu planet yang ribut akan  berpuasa di  bulan Rejab dengan iktiqad ianya akan mendapat pahala Sunnah. Maka tuan site ini yang tidak lah sepandai dan setahu mana pun malas nak tadah telinga. Malah buat-buat sipi-sipi sahaja. Kalaulah As-Syeikh Uthman Muhammady yang ilmunya berdegar-degar itu merendahkan diri di depan mereka sentiasa, sedang ilmunya luas tidak terkira. Juga U. Zamihan yang  mendalam kajiannya juga merasa rendah diri hina dina maka apatah lagi tuan site ini, kanak-kanak hingusan sahaja. Tidak lah mampu berkira-kira dengan mereka. Silap haribulan semuanya dipukul taa’sub dan  membuat amalan baharu yang tiada dalam Sunnah kata mereka.

Pusing ke depan ke belakang itu juga hujjah mereka. Bawa-bawalah pergi menghadap tok guru yang faqeh, alim lagi tawadhu’ sifatnya. Imam Haithami tidak akanlah ingin kita pandang sebelah mata. Kalau tidak mahu berpuasa di bulan Rejab atau iktikad apa sahaja. Biarkanlah kami yang ingin memenuhinya. Sedang sudah maklum belaka puasa Sya’ban sangat-sangat disukai Baginda. Telah kita tekuni dan maklumi dari sofhah-sofhah kitab hadith yang muktabar juga. Sayugianya Ulama-ulama’ kita merungkai masalah ini dengan bijaksana serta berhikmahlah pula. Maka  telah berkata Al-Allamah Ibnu Hajar al Haitami yang dinaqalkan dari tuan guru kita juga Ust Raouf. Kalau antum tidak mahu mendengar kalam kita, tidak adillah pula. Tapi terpulanglah pada bicara kalian semua. Bila kita-kita selalu berlapang dada memenuhi majlis kalian tidak berkira. Kita semua bukanlah siapa-siapa. Semuanya masih mengaji tidak habis lagi belaka. 

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadits- hadits yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq al-Imam al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab al-Fatawa al-Kubro al-Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakan Darul Kutub al-Ilmiah.

Lebih lanjut bacaan di : www.al-fanshuri.blogspot.com 
 

Bawa-bawalah pikiaq dengan akal bijaksana. Sudah-sudahlah mengata tidak habis cerita. Amal sahaja. Izzuddin ‘Iz As-Salam itu Sultan Ulama’ namanya.  Kitabnya sahaja sangat tinggi bahasanya. Tuan site ini membacanya tidaklah semudah membaca alif ba ta. Pembahagian bidaahnya darinya kalian tidak terima. Tidak terima sahaja tidaklah mengapa, tapi rasa yang salah semuanya amalan kita pula.Takkan pula membaca kitab ‘I’tisom dari Iman Syatibi sahaja gayanya.  Entahlah. Ada hati sama-samalah cari jawapannya.

Ada pula mereka yang muda umurnya bila diberi baca juga akan syarah dari Ulama’-ulama’ kita ini berkeras juga hendaknya. Katanya:- 
begitu panjang artikel, sebenarnya apa yg penulis tu nak sampaikan?
disini dan bagi yg cerdik pandai, tiada siapa yg melarang puasa sunat pada bulan rejab dan bulan2 lain, sesiapa yg berkemampuan eloklah berpuaasa.
cuma yg menjadi kebimbagan ialah mereka berebut2 tentang fadhilat
yang belum tentu sahih lagi. akibatnya mereka menunggu saat yg ada fadhilat yg besar2 walhal fadhilat itu tidak benar. kaedah mudahnya matlamat tidak menghalalkan cara, ramai org kita berfikirbila ada fadhilat yg besar tentu org berlumba-lumba untuk mendapatkannya
maka tidak mengapa menyebarkannya walaupun dhaif, ini suatu pemikiran yg salah dan orang itu tidak berhati-hati.

hadith dhaif menurut pendapat terkuat pun ia hanya boleh di pakai oleh mereka yg ahlinya. bukan untuk orang awam. kerana ahli hadith dapat menilai sejauh mana kedhaifan hadith tersebut, sedangkan orang awam tidak sedemikian.  kesimpulannya, sesiapa nak berpuasa di bulan rejab silakan, tetapi jangan mengharap kepada fadhilat yg lemah itu

Allahu, Allahu cuba kita sama-sama takafur dan tadabbur dengan tawadhu’ kepada Pencipta dan hambaNya. Pertama, sudahkah anak muda itu membaca kesemua tulisan penulis yang dikatanya. Kedua, hamba ini pula bukanlah beria sangat ingin menekankan fadhilat Rejab itu gayanya. Sebab bagi yang cinta kepada ruh amalan bukan fadhilah amalan itu tidak kisah atau ambil tahu gayanya apa juga fadhilah amalan tertentu. Cuma mengamalkannya kerana hendak kan Redha dari Allah semata. Cuma adab dan akhlak yang selalu rasa tepat dan paling betul itu yang tidak kena kemudian menyalahkan hamba yang lain lagaknya. Kalau hadith yang maudhu’ tidaklah kita ingin mempertahankannya. Walau di situ ada manhaj yang membincangkan akan duduk cara hadith maudhu’. Namun hadith dhoif itu bukanlah hendak dibangga-banga. Namun ianya KAYU UKUR atau DHOWABIT yang memberi ianya satu perselisihan yang tidak boleh dimudah-mudah untuk menjatuhkan hukum bidaah dholalah kepada mereka yang tidak sependapat dengan kita. Bila muhaditth dan fuqoha’ sendiri berbeza pandangan mata mereka tentang bulan Rejab kisahnya. Namun muhaddithin dari kebanyakkan riwayatnya menerima hadith dhoif yang berisikan fadhilat ‘amal. Syarat hadith dhoif terangkat menjadi hassan lighoirihi menurut kalam bijaksana tuan guru hadith hamba di lembah kampus ini katanya antaranya adalah dengan muwafaqoh li zowahiri al-quran, bersamaaan dengan amalan Ummah seluruhnya  ceritanya. Tuan hama ini pun tidaklah tahu apa tentang Fadilat Rejab cuma mengamalkannya sekadar persediaan bertemu bulan mulia. Cuma gaya-gaya yang tidak mahu bertatasusila dalam mendepani khilaf itu yang rasa aneh juga. Benar, syarat amal diterima ikhlas juga itba’un Nabi. Sudah mafhum belaka akan intipatinya. Muwafaqah amal Nabi bukan sekadar zohirnya sahaja namun isi ruh itu yang utama. Belum dikisah pula akan kaedah Usul Feqh yang menambah akan " Tidak berbuat Nabi sesuatu amalan bukan bermakna haram" atau " Nabi tidak membuat semua perkara harus". Andai tidak banyak pula tulisnya. Tambah Saidina Uthman azan kedua di Jumaat yang mulia bagaimana hukumnya dari kita? Selagi berbeda riwayah dan penerimaan sesuatu perbahasan makanya sahaja ianya menjadi satu titik akan tidak bolehlah ianya dilontar ke bakul bidaah dholalah (bahaya ni! ). Aduhai, bawa-bawalah bertenang anak muda ya..Mengaji ikhlas, buka dada. Kami dulu pun mengaji dengan sekian manusia juga. Kata mereka, itu ulama aneh. Kami heret juga kaki ke sana. Ditimbang tolak dengan doa tidak putus maka jalan yang menenangkan jiwa kami temui akhirnya. Selamat moganya. InshAllah. Segala terlebih kurang dari entah apa namanya dari hamba tuan minite ini kembali kepada diri yang faqer juga. Mohon diampunkan Allah kekurangan budi bicara. Simpan kukuh dalam jiwa kita ini berakarkan adab dan bahasa. Kita ini juga tiada apalah di sisi Pencipta. Hamba yang bergantung kesemuanya dariNYA.
 
Allahua’lam 
 

Tags: pondoktampin.blogspot.com

Tags: Al-Fanshuri.blogspot.com

Tags: Majlisilmu.blogspot.com 

July 20, 2007

Tumpukan seketika

Lupakan sebentar ripuh dunia

Kekalutan mahasiswa cempera santunnya

Politikus  kenyang perut mereka

Seniman asas seni hidup mereka

Zionist menggila meratah saudara 

Tumpukan seketika

Tumpukan seketika

Tumpukan seketika 

Cuma 

 

Kepada ruhiyyah yang kian haus jiwanya

Kepada maknawiyyah yang kian dahaga isinya

Perhatikan seketika

Ke pusat diri kita 

Yang selalu gusar isi dunia

Sedang ghaflah atma

Sedang mata liar

Sedang telinga biar

Sedang Ya Tuhan

Lapar benar rohaniyyah kita

Rayu pohon belas

Sumber segala rencam isi dunia 

Pusatnya maknawiah

Isinya ruhiyyah

Tumpukan seketika

Pada mafhumat

Pada lapisan dalam

Diri kita

Ya.

Diri kita

Tumpukan seketika 

Pada gharizah al-qalb 

Khali

Berhenti 

Tetap

Fana’ 

Telah berpesan Ahlul ‘Arifin :

"Wahai orang yang tidak sedarkan dirinya!

Siapa yang benar-benar senang kepada Allah takkan tenang dia kepada selainNya.  Siapa yang benar-benar mencari kerelaan Allah akan rela atas semua atas ketentuanNya."

July 18, 2007

Wida’ II

Aku teringat akan dia lagi. Dia yang sering membujur kakinya ke kediamanku di kampus ini. Sering-sering aku yang masih hingusan ibarat kanak-kanak yang masih belajar bertatih belajar dari dia. Aku yang tika itu usai bergelar graduan yang tidak sepintar mana. Aku belajar dari dia. Katanya sambil mecet mendaki tangga seratus dua puluh itu menerang dengan sabar. Maklum sahaja usiaku masih hijau benar dan semangat membakar sering bumbu soalan melontar. Aku yang masih hingusan. Ujarnya polos. " Ramai manusia sering melaung akan kalimah kerja wajib menjadi Khalifah Allah, namun lupa kepada tugas asal yang lagi satu. Hamba Allah. Aku terlongo. Sendiri. Ibarat bayi mulus yang baru lahir dari perut ibu mendengar azan dan iqamah pertama kali dari si ayah begitulah lagaknya aku tika itu. Aku mafhum metah kalam itu. Sejak di lembah pijar kinanah lagi. Namun aku terlongo sendiri kali ini. Ibarat mencicipi manisan asing kali pertama. Begitulah lazatnya kalam itu terasa di atma. Aku terlongo kesekian kali. Jeda seketika.

July 17, 2007

Takhrij Hadith

Zaytuna Institute

Takhrij Hadith Muthalsal Bil Musofahah II

The title will invite some controversy issues and discussion, I supposed. But I did not want to emphasize on the controversial issues. As Imam Malik r.a has said " Al-Jidal Haram fi Haqqil Awwam wa Makruh fi Haqqil Ulama’". The point that I would like to stress here is my continuation of the Thakhrij Of Hadith Muthalsal Bil Musofahah II which I have been promised before has to be pending for a while. The problem occurred when all the information given by my Syeikh of Hadith aka Assoc Prof of Hadith here was ‘invisible’ in my mp3 that has broken. Now on, I did not have a mp3, a laptop as well a hand phone ( that is a relieve in someway). Either I want to believe it or not all of my personal technical items have encountered some problems. Therefore, I hope to continue posting takhrij  of the hadith after some times alongside after I can manage to arrange another session with him. InshAllah.

July 16, 2007

Busying correcting others!

Trying to Correct Others!

Sidi wa sanadi Hazrat Moulana Mohammad Taqi Usmani sahib db said; "Whenever one of us becomes increasingly religious his first priority becomes correcting other people. This similitude is that of a person with lethal cancer who is worried about some one else’s common cold. One who himself is severly afflicted (with muhlekat-e-nafs) never cares about other’s minor aliment. The problem is that we do not know our diseases as yet. Once we find out the deadly diagnosis all of these sermons for-others, hurting comments, slander and back-biting will disappear." For this diagnosis one has to approach the spiritual physicians/The Sheikh.
  • Just got this word of wisdom that directly  ‘hit the nail on the head’ from Ashrafiya site. O my own poor soul, look upon yourself and please do busying cleaning it! My own poor soul what are you busying at? O My own poor soul, please worrying about your state and maqam infront of Allah. O My own poor soul, please do cleaning it with zikrullah and istighfar. O My own poor soul, please you have a lot of works to do. My own poor soul. Busying correcting others! What a lame way to find your love. O my very own poor soul!!
  • Sheikh Ibn ‘Athaillah has asserted as well as others of our mursyid that to LOOK UPON YOURSELF and IMPROVING YOUR OWN NAFS and CORRECTING YOUR OWN FAULT is the key  to attain ma’rifah. If you didn’t dare to do it and admit your mistake then forget the path towards Allah. O My own poor soul, please, please, please purify your heart and soul. Please!! Look at your soul, how suffered it is with all the sins, ghaflah you have make? Please….. purify your heart and soul now..
  • O Allah, please help this weak servant of YOU to find way towards YOU. O Allah, please lead the way. How can i can do anything without YOU? Without you I’m powerless, without you my life is meaningless. Please don’t leave me.. I can’t live without you.

Clarification

Filed under: Uncatogarized

From Creative Guy on Flickr

  • Starting from today onwards, InshAllah this siteowner will make a barrier between male readers and female readers. As a result, this minisite will only contains this site owner formal thoughts, spiritual upliftment issues, educational information, notes sharing with Ulama’ Amilin throughout the lectures and lessons, literature writing and  discussion of world issues (If necessary based on awlawiyat and times consideration given by ALLAH). Apparently also, the site owner will trying to publish a consistent writing, (whether online or an article for mainstream media) [-May Allah give the strenght and times- because writing is the site owner passion] after certain period of times. With the help and barakah from Allah, hopefully. Amin. InshAllah
  • Personal writings and thoughts will be display in another web page and only female readers will be reading it. Any known or unknown female sahabiah out there, fell free to drop an email to my inbox or drop a comment here additionally with your emails (if sahabiah have a thoughts to share  idea with the site owner personal and humble web page. Your emails will not be displayed in the comment box if you did not want it to as I will moderate the comments) and the site owner will forward the URL. As for the sahabiah that I already have the emails, inshAllah I will forward my humble URL web page.
  • May Allah grant us HIS blessing and love as with all of that ONLY we can survive and live. May also we decreasing the practices of mubahat as it is one of the way that could lead us to astray, sins and ghoflah. As life is not for resting and enjoying until the day we meet HIM. Da’watukum. Ahlan Wasahlan Rejab. May Allah give us a lot of effort to make a lot of istighfar.

Poor servant of HIM.

Bab Salam. A cool webpage contains rich information which leads to cool traditionalist pages.[http://www.babsalam.co.uk/]

Walking toward HIM

 

Allah’s Messenger (Sal-allahu-aleihi-wasallam) said: "Whose like to meet Allah, Allah also likes to meet him, and whoso does not like to meet Allah, Allah also does not like to meet him. Ayesha (RA) or some of his wives said: Certainly we dislike death. He replies: That is not so; but when death comes to a believer, he is given good news of the pleasure of Allah and His gifts. There is then nothing dearer to him than what is before him. So he likes to meet Allah and Allah also likes to meet him. And an unbeliever-when death comes to him, he is given good news of the punishment of Allah and of His chastisement. And there is nothing more detestable to him than what lies in front of him. So he dislikes to meet Allah, and Allah also dislikes to meet him." [1601] Narrated by Obadah bin Swamet Transmitted by Sahih Bukhari and Muslim (Mishkat)

July 13, 2007

Wida’

 

Esok dia bakal pergi. Hati ini akan walang rindu lagi. Bukan kepalang. Namun ini hakikat. Daerah ini bukan daerah kekal. Daerah ini daerah memendam cinta. Agar janji bakal terlunasi bersama. Agar rindu terlerai di daerah cinta. Tiada lagi wajah manis yang bakal bercerita bersama. Tentang Turki dan segala yang ada dalamnya. Tiada lagi paksaan mencicipi teh panas sambil menikmati keju masam yang menyihatkan. Tiada lagi. Yang tinggal hanya tepu janji yang bisu. Dia bakal pergi menyusuri langkah teman yang dahulu pergi. Ramadhan akan datang, tiada diksi mereka lagi. Oh, tahun ini menempa sejarah terpisah sekujur tubuh namun bersatu minda, ruh dan hati. Yang tinggal hanya janji. Juga doa. Ikatan itu tidak pada pertemuan hari-hari, namun doa itu saksi dan bukti. Esok, dia bakal pergi.

July 12, 2007

Bukanlah siapa-siapa

Gambar dari Zahraanur koleksi di flickr.

Aku ini bukanlah siapa-siapa. Manusia biasa;ibadullah&khalifatullah yang lemah masih mengejar dalam larut dunia dan alur masa akan makna hidup berTuhan. Aku hidup dalam keadaan aku ini tiada apa-apa, kemudian Allah jua yang memberi aku segala yang aku ada. Aku ini tiada apa-apa. Aku tiada kuasa. Aku hanya punya cinta yang diberi pemberi cinta. Dengan cinta itulah membesarlah aku yang tiada apa-apa ini. Aku memang sayang mereka-mereka, tetapi tidak sekali aku mencari suka mereka. Aku tidak risaukan mereka. Tetapi hati aku benar gundah akan maknanya aku di sisi DIA. DIA yang tiada dua. Aku tidak ingin berkongsi dengan siapapun cinta yang aku siram, subur dan baja. Aku cemburu bila melihat mereka di hadapanku.

 

(more…)

July 10, 2007

Belasungkawa

Al-Marhum Dr Bahauddin pernah bertanya lewat kelas Tafsir yang lepas. " Mengapa ya kira-kira Ulama’ zaman silam dahulu usia sangat singkat namun mampu menghasilkan karya ulung yang pelbagai. Contohnya Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam jangka sepuluh tahun mampu menghasilkan pelbagai kitab yang masyhur?" Tanya beliau kepada kami. Jawab beliau kemudiaanya " Taqwa. Taqwa. Taqwa. Rahsianya. -Bertaqwalah maka Allah akan mengajar kamu- Mafhum ayah". Kami semua terpana. Dr Baha’ kini telah meninggalkan kami.

Allahuakbar! Rasanya air mata ini tidak luruh berhenti apabila membaca berita pemergian Dr Bahauddin baru-baru ini di laman kekanda AlBazrah. Walau sudah tahu akan berita pemergiannya lewat Ahad lalu, namun ia seakan terpendam dengan dalam dan baru memuntahkan larvanya hari ini. Cukuplah dengan janji Allah dalam syurga pertemuan kekal baqa’ bagi mu’min. Dr Bahauddin, sempat tuan site ini mengaji dengannya dalam kelas tafsir beberapa semestar yang lepas. Baru menanam hajat di hati ingin menemui beliau semestar baru ini demi ingin munaqashah beberapa perkara. Namun, Allah telah memanggil beliau dahulu.

(more…)

July 5, 2007

ABC

Filed under: Ramblings, Life & Lesson

Life is like an ABC. You are learning the lesson of life starting from A and continuing with the next B. You falling down, stumbled upon the obstacles and you learn the lesson of life from it. 

Picture from Creativeguy in Flickr

~I’m so not good with numbers. [I mean, once upon a time, yes maybe nevertheless what happen mathematics always be my favourite subject but not until my life has turn upside down like roller coaster when I have been throwing into some strange planet and been displaying with all the classical books of previous scholars not to mention fall deeply in love with it]

(more…)

July 3, 2007

Zarah Maknawiah

Filed under: Poem/Poetry

 

Ya Allah,

Jika  zarah maknawiah

Punya lapisan daqiq

Punya rahsia ma’rifah

Ada qalb

Ada sudur

Ada latifah

Ada siir

Ada ruh

Semuanya berpusu merebut cinta

Paling istiwewa

Paling agung

 

Tidak mahu aku berkongsi cinta satu itu

(more…)