Ya Allah,

Jika  zarah maknawiah

Punya lapisan daqiq

Punya rahsia ma’rifah

Ada qalb

Ada sudur

Ada latifah

Ada siir

Ada ruh

Semuanya berpusu merebut cinta

Paling istiwewa

Paling agung

 

Tidak mahu aku berkongsi cinta satu itu

Hanya Engkau ingin ku madu kasih itu

Tidak dengan mereka

Tidak dengan manusia

Kerana tidak ingin aku

Dibungkus dunia

Hingga kabur menempa susur

Kerana tidak ingin aku

Lemas dalam camar nafsu 

Hingga tertinggal aku

Di belakang

Walau sedetik

Dalam mengejar maqamat

Agar bahagia bertemuMu nanti 

 

Kiranya begitu 

Apakah ada hidup lagi bagiku

Apakah ada bahagia lagi bagiku

Andai aku terpisat

Di penjuru gaflahku

Di belakang ketinggalan

Sendiri

 

Sedang sudah lama aku membina cinta

Sedang sudah gebu rindu menunggu

Air mata kuperah dalam nafas waktu

Tidak ingin aku di situ

Tidak sanggupku begitu

Namun

Aku berjalan atas qadarMu

Aku pilih apa yang dipilihMu

Maka siapalah aku ini

Melainkan hamba?

Maka apakah selain itu

Selain tafwidh?

Aku suka apa yang Engkau ingin

Aku  damba apa yang  Engkau Redha

Aku mahu apa yang Engkau  tetapkan

 

Kerana

Tidak mungkin aku hidup lagi

Tiada lagi hidup untukku

TanpaMu

Tidak mungkin

Ya Allah

Jangan ya Allah

Engkau tinggalkan aku sendiri

Sungguh!

Tidak mungkin aku hidup

Tidak mungkin

Tanpa cinta RedhaMu

Makna apapun  tiada lagi

Terseksa aku pasti

____

Kiranya sudilah terima diri ini

Hamba hina

Yang bersimpuh memohon segala

*Ditulis puisi beberapa hari lalu. Setelah beberapa minggu tidak online hari ini berkesempatan online dan  posting puisi " Zarah Maknawi ". Seketika menjenguk ke minisite Albazrah kekanda terchenta rupa-rupanya beliau juga ada menulis tentang pencarian Maknawiah seiring dalam penantian Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan bertajuk  "Shaq As-Sodri". Jarang kami bertemu dan ber’sms’ tapi selalu ber’sms’ dan bertemu dalam alam tanpa suara. Selalu berkebetulan. Kerana satu jalan.

Sebak juga kerana Nejmiah, teman baik dari Turki yang selalu menjadi teman menghidangkan masakan Turki bersembang saban malam akan pulang ( atau sudah pulang ). Berminggu di rumah tidak dapat menghubungi beliau. Kali terakhir, bertemunya beliau menghidangkan spaghetti Turki dan yogurt masam  sambil sembang-sembang harapannya di Turki nanti. Moga sempat ketemu beliau sebelum beliau pulang. Amin..Amin…Amin. Apapun memang sangat-sangat ingin ucapkan pada Nejmiah " Seni Seviyourum" . Yang sangat dan amat kerana kami cinta perkara sama dan cinta pada DIA bersama-sama juga. K.ma @ Albazrah juga. Seni Seviyourum.:)