
Gambar dari Zahraanur koleksi di flickr.
Aku takut bila mengira derap langkah yang masih belum ke mana-mana. Aku bakal berkongsi hidup dengan ramai manusia, tapi jiwa yang berlapis-lapis ini bukan untuk siapa-siapa. Kerana aku bermula dengan tiada apa, maka aku memang hanya mengharapkan DIA sahaja. Kerana aku ini bukanlah siapa-siapa maka tidaklah aku ini melainkan aku memilih apa yang DIA suka. Aku ini bukan siapa-siapa tiada kuasa menentukan hidup dan masa gembira dan duka. Aku memang hanya punya cinta. Cinta yang bukan milikku. Cinta itu hanya untuk ILAH. Untuk DIA. Bagi teman yang pernah berkongsi apa sahaja dengan aku yang tiada apa-apa ini, naqis aku membawa kepada pandangan kamil tawajjuh kepada Rab yang Satu. Kepada hakikat TAUHID. Kerana aku ini tiada apa-apa, maka maafkanlah kiranya aku akan bakal mengecewakan apa yang kalian sangka aku ada. Aku ini tiada apa-apa. Aku hanya mengejar Rabb. Aku menyusun jari kepada kalian. Aku memang hanya punya cinta. Cinta yang bukan milikku jua. Yang dengan cinta itu aku bernafas dan hidup. Aku ini bukan siapa-siapa. CintaNya sahaja bakal buat kita bertemu di susur dan galur yang sama. Kerana aku ini bukan siapa-siapa dan tidak punya apa-apa.
nobody really
nobody i was.as nobody, i come
nobody i remain.and
nobody
will i become.(c) MysticSaint
12 july 2007
Singapore
Sedikit catatan: Laman saudara Sadiq Alam mengandungi pelbagai genre tumpahan idea kreatif yang berpusatkan pemikiran kesufian yang sebahagiannya berbentuk falsafah. Tasawwuf Falsafi tidak digalakkan oleh ‘alim ulama’ kita untuk mempelajarinya apatah lagi bagi orang awam. Tidak selamat. Cukup sekadar kita mempelajari taswwuf tazkiyatun nafs. Memahami tumpahan idea kreatif saudara Sadiq Alam seperti memahami akan pemikiran Syed Hussien Nasar yang kompleks dan universal. Namun begitu, perlu memahami makna halus yang cuba disampaikan beliau di sampngi tidak sekali-kali terjun ke dalam konsep kesatuaan agama atau pemahaman Baha’i yang jelas bertentangan dengan Syariat. Mesej yang boleh di ambil sekadar kita semua mencari kebenaran yang mutlak dalam diversity yang berbeza. ( Bagi yang mencari ). Kebenaran bagi kita hanya dengan Islam. Tiada selainnya. Tuan site ini dapat memahami metah akan apa yang ingin disampaikannya namun tidak semestinya bersetuju dengan segalanya.

glory be to Him. Subhanallah!
Comment by MysticSaint — December 11, 2007 @ 5:25 am