Aku teringat akan dia lagi. Dia yang sering membujur kakinya ke kediamanku di kampus ini. Sering-sering aku yang masih hingusan ibarat kanak-kanak yang masih belajar bertatih belajar dari dia. Aku yang tika itu usai bergelar graduan yang tidak sepintar mana. Aku belajar dari dia. Katanya sambil mecet mendaki tangga seratus dua puluh itu menerang dengan sabar. Maklum sahaja usiaku masih hijau benar dan semangat membakar sering bumbu soalan melontar. Aku yang masih hingusan. Ujarnya polos. " Ramai manusia sering melaung akan kalimah kerja wajib menjadi Khalifah Allah, namun lupa kepada tugas asal yang lagi satu. Hamba Allah. Aku terlongo. Sendiri. Ibarat bayi mulus yang baru lahir dari perut ibu mendengar azan dan iqamah pertama kali dari si ayah begitulah lagaknya aku tika itu. Aku mafhum metah kalam itu. Sejak di lembah pijar kinanah lagi. Namun aku terlongo sendiri kali ini. Ibarat mencicipi manisan asing kali pertama. Begitulah lazatnya kalam itu terasa di atma. Aku terlongo kesekian kali. Jeda seketika.