August 15, 2007

Idealistik v Realistik

 

By Sarah Hojabi on Flickr

Tulisan ini gabungan akal yang terbatas dari peristiwa yang bercempera. Ibarat tulisan saudara kita Tawel-Sensei yang terbaru

I

Selalu-selalunya artikel segar di internat juga kehidupan luar kotak empat segi ini yang menjadi bahan santapan tuan site ini  memperbaharuhi ruh yang makin layu, membaiki minda yang kadang-kadang beku, diri sendiri yang malas bergerak atau jemari yang hanya tahu menulis sahaja. Maklum sahaja, kita manusia punya komponen gerakan yang pelbagai andai tidak di’charge’ maka turunlah kuasa energinya. Ibarat penjagaan wajah juga. Andai tidak mengikut urutan penjagaan kulit secara teratur bermula dengan scrub, toner, pencuci, pelembab dan sekian method penjagaan, akan kusamlah wajah. Begitulah kita manusia. Setiap inci tubuh luaran dan dalaman punya hak untuk di jaga, Ianya makhluk hidup bisa merasa bosan juga letih dan lesu.

Mujur juga datangnya Ustaz Rohimuddin memberi santapan segar lagi intelektual buat ruh yang selalu dahaga dengan pengisian di sebalik masa dunia yang makin kusut dan mencabar. Terima kasih ya Allah.

II

Sekitar tiga minggu yang lepas demi meraikan permintaan teman yang memohon pertolongan menggantikannya menemani saudara dari Papua New Guinea yang akan khatam Al-Quran di masjid kampus ini maka dengan kudrat yang dan masa terbatas bersama beberapa teman yang lain hadirlah kami meraikan mereka. Asalnya tanggapan muaallaf dari Malaysia rupanya saudara kita dari luar negara. Meraikan mereka yang baru lepas membaca iqra’ memberi keinsafan yang tidak sedikit. Mendengar cabaran minoriti Muslim di sana lebih lagi menjuntik sedar. Kita di Malaysia ini memang banyak membuang masa, wang dan tenaga. Upaya yang mapan sering kita luangkan pada lapangan yang merugikan. Aduhai bagaimana kira-kira kita punya kekuatan yang ramai dihabiskan dengan hiburan yang dijadikan alasan mencari rezeki dan membantu keluarga. Terbinakah semula Tamadun Islam? Daya upaya intelek dan kuasa spiritual makin lesu dan hambar. Islam makin terkebelakang kerana budaya hidup yang merugikan.

III

Kita juga tidak mahu dakwah syok sendiri yang sering tertumpu pada isu dan sasaran yang sama. Sedang kita terabaikan aduhai komponen utama penggerak Ummah remaja di luar sana sudah berlari meninggalkan kita. Kehidupan mereka memang sangat jauh berbeza dengan kita. Analoginya ibarat kita masih di gua mereka sudah menaiki banggunan yang mencakar langit. Kita tidak patut merasa ketinggalan namun kita kasihankan mereka yang merasa betul dengan hidup tidak betul, yang jelas membelakangkan Allah Rabbul Jalil.

Mengajar anak-anak elit dan artis hampir selama lima bulan benar-benar mengajar tuan site ini dimensi baru dalam pendekatan kepada remaja. Berbual sahaja dengan mereka selama satu jam dan tinggalkan sebentar nasihat ala-ala dakwah kata mereka akan kita dapati betapa hidup mereka berbeza jauh dengan kita. Kita tahu adanya kehidupan sebegitu namun kita lupa bagaimana mereka berada di situ. Ungkap kita zina, ungkapan mereka seks. Majalah kita, Milinea, majalah mereka Cleo. Hiburan kita, Al-Quran dan elemen spiritual juga zikir, hiburan mereka entah sejuta macam artis yang berkiblatkan muzik adalah seni kreatif yang selamanya menjadi halal. Pakaian kita yang bisa menutupi aurat, pakaian mereka memang stylish dan ranggi. Perbualan kita, perkara biasa, perbualan mereka sangat advance. Keluarga kita sentiasa makan bersama, keluarga mereka jarang bersua muka. Rumah kita, asalkan beratap, rumah mereka lima tingkat. Telefon tangan kita versi orang lama, telefon tangan mereka selayaknya untuk  kerjaya profesional. Fikiran mereka boleh mencapai Atheist. Teman mereka pemandu yang menjadi ibubapa pertama. Berkilas ke sana ke mari menemani. Fesyen kita, biasa sahaja, fesyen mereka, fesyen dunia. Muzik mereka hip-hop, tarian mereka, street dance. Kekasih kita, Radulullah s.a.w, idola mereka DBSK.

Andai tidak bercakap dengan bahasa mereka, kita akan selesa dengan dunia  sendiri. Ya, dekati dengan bahasa mereka, pasti dapat diselami naluri akar kepada permasalahan mereka. Semuanya bermula dengan keluarga. Bermula dengan didikan diri dan teman sepermainan. Permulaannya pada tujuan hidup. Asalnya pada hakikat Tauhid. Kerja kita memang banyak. Jiwa kita juga perlu di isi. Akhirat sahaja tempat berehat. Alternatif satu jawapan pasti.

IV

Setelah beramah tamah dengan sauadara-saudara dari Papua New Guinea pergi pula ke majlis walimah teman muaalaf yang dibuang keluarga di fakulti paling hujung. Sampai di sana, terlalu ramai pula. Hajat asal kami ingin meraikan majlisnya atas permintaan sahabat lain yang risaukan majlis tersebut tiada yang mendatangi. Demi kerana terlalu ramai, hingga pengantinnya pun susah didekati kami pun angkat kaki.

Dalam pada itu sempat juga besua di depan masjid sahabat-sahabat yang bekerja keras demi ummah. Debaran mendekati tarikh majlis sambutan graduan makin terasa. Bukan debaran yang mengembirakan namun yang bakal merisaukan iman akan sikap-sikap mahasiswa/wi kita pada masa keramat tersebut. Kita tahu, dunia sekarang bukanlah sebersih mana, pelajar kita juga tidak lah se‘innocent‘ mana. Namun setiap kampus punya undang-undang termaktub. Ya, tertera  budaya berpasangan dan berdua-duaan (Anda kawankah, teman sepersatuankah, teman sejirankah, teman sekampungkah ) memang dilarang dalam etika dan akta universiti.

Malam-malam sambutan Convest memang merisaukan. Kalaulah badan tertubuh atas pilihan pelajar susah benar dikitiraf malah dianaktirikan dengan tidak memberi dana (indah kan politik dan birokrasi mereka ) yang selayaknya hingga kain rentang untuk sambutan graduasi hanya menggunakan cat dan tulisan tangan.  Apakah layak layanan sebegini mendapat anugerah ISO atau anugerah Kualiti Perdana Menteri? Kami meminta adil.

Kasihan pada teman-teman. Mereka memang bekerja keras. Ia, untuk makluman juga, badan tertubuh pelajar yang selayaknya mendapat autoriti mengawal majlis di Convest Hill sperti tahun-tahun sudah (tidak termasuk tahun lepas tentunya yang mana dalam sejarah kampus, membawa masuk artis yang mereka banggakan) juga di tolak tepi. Majlis di bukit itu bukan atas tangan SRC. Ianya diuruskan oleh pihak lain. Gerai dan konsert apa sahaja, tidak mendapat kuasa badan pelajar. Jesteru, mohon amat dalam hati dan tindakan bijak pihak berwajib, tolonglah kasihanilah hati-hati kami yang pasti sangat sengsara dengan sikap kalian dan perbuatan yang menimbulkan cemburu iman! Ya, tidakkah Allah cemburu pada hambaNya yang melakukan ‘asi?

VI

Imam Ghazali ketika membahas di dalam Minhajul ‘Abidin akan halnya bergaul dengan ramai orang jesteru termasuk dalam perkara Fudhul yang harus. Berlebih-lebihan bukanlah hal para ‘Arifin. Namun diperlukan bagi sebahagian kelompok Ulama’ "Amilin. Di sentuh juga akan duduk perkara Ulama’ yang mana perlu bekerja untuk dakwah dan Ummah juga terdapat juga Ulama’ yang perlu untuk beruzlah dan berkhalwah. Bagi ulama’ yang bekerja utuk Ummah mereka memerlukan kepada uzlah qalb kerana keperluaan Ummah kepada mereka. Jesteru, tidaklah mampu kita memandang sebelah mata akan penyakit Ummah yang memberi kesan parah kepada ruh kita.

TITIK

Ya, hidup adalah realistik bukan sekadar idealistik.

Tempat kembali hanya ALLAH. Asal hidup kerana ALLAH jua. Kerana namanya manusia pelepasan dari selain dari ALLAH adalah hakikat yang memberi itmi’nan dalam menghela nafas di dunia yang sempit dan meletihkan. Penyuntik semangat adalah kerja keras pewaris tamadun kita. Pena-pena yang menyubur warisan Islam. Gambatte!

Jemput untuk berehat-rehat di beranda sambil minum kopi segar.:)—> Sekadar satu hebahan bersama untuk laman baru yang baru ditemui. Moga ada manfaat bersama.

August 10, 2007

Seminar Imam Al-Ghazali

 
 
 
 11hb Ogos merupakan antara hari yang paling banyak pengisian program yang pelbagai, namun apa yang termampu adalah menghadiri mana yang paling dilapangkan Allah. Untuk maklumat lanjut berkenaan seminar Tokoh Tajdid Al-Ghazali jemput ke kakiblog.com
 
*Terima kasih kepada CampusDakwah Project. Atas kerjasama para sahabat dari pelbagai komposisi persatuan diharapkan dapatlah kiranya menjernihkan sedikit suasana haru-biru di kampus ini. Arigato. 

Malam yang barakah lagi bermakna

 
 
 
 
Qod Kafani ‘Ilmu Rabbi.
 
Sesungguhnya Allah dengan kemuliaan dan kebesaranNya telah memberi nikmah dalam sudut yang pelbagai hanyasanya kita jarang-jarang mensyukuri. Di antara nikmah Allah yang tiada taranya adalah rasa cinta yang tiada batas yang dikurniakan pada kita.
 
Rasa ketenangan luhur apabila dapat bertemu dengan Ahlul Bayt Nabi saw lagikan terrasakan merupakan antara nikmah terbesar di akhir zaman ini. Kita punya keluarga untuk ditaati, kita punya pasangan untuk memenuhi kehidupan hingga yaumul akhirah nanti, kita punya teman yang mengisi. Namun, nikmah bersama awliya’ Allah WaSolihin merupakan penenang jiwa yang tidak terungkapkan. Kita tidak dapat bertemu muka dengan kekasih Junjungan Besar s.a.w, juga sahabat-sahabat Baginda saw yang mulia lagi dirindukan. Namun, kita punya ulama’ yang menjadi pewaris Nabi buat penyuluh jalan penerus Risalah dakwah dan kalimah Tauhid. Mereka itulah pengubat rindu pada Junjungan Besar s.a.w. Mereka itulah yang mententeramkan puing-puing rindu pada salafuna soleh. Mereka itulah yang punya jiwa bersih hingga air mata hadirin mengalir tanpa henti. Hangat dan mendamaikan.
 
Malam bersama Habib Shatiri baru-baru ini meyaksikan alunan merdu dan syahdu Maulid Ad-Daibaie  menceritakan akan kerinduaan kepada Rasulullah s.a.w juga qasidah-qasidah Imam Hadad yang menghamparkan munajat kepada Rabbul Jalil. Semua manusia, hamba Allah yang hina lagi berdosa walau sebagaimana pun kita, pasti amat akan merindukan ketaatan maksima, mengharapkan keampunan dan penyesalan dosa-dosa. Juga harapan tanpa henti dan pergantungan mutlak hanya kepada Allah semata. Terima Kasih ya Allah, atas apa yang telah dikurnia pada kami. Ampunilah kami atas dosa-dosa kami yang lebih banyak dari pepasir di pantai. Lebih luas dari buih di lautan. Ampunilah kami.
August 9, 2007

ISLAMIZATION OF KNOWLEDGE: A NEW APPROACH TOWARD REFORM OF CONTEMPORARY KNOWLEDGE

ISLAMIZATION OF KNOWLEDGE: A NEW APPROACH TOWARD REFORM OF CONTEMPORARY KNOWLEDGE- An Article Review Abdul Hamid Sulayman Article of The Crisis of Knowledge

A)      THE CRISIS OF KNOWLEDGE

1)    How the crisis of knowledge begin

2)    The spilt in leadership


B)     
 THE PRESENT CRISIS IN ISLAMIC THOUGHT

1)    Rectifying the relationship between revelation and reason

2)    Redefining the scope of knowledge

3)    Establishing

 

C)   ISLAMIZATION OF A DISCIPLINE : POLITICAL SCIENCE

  1)    Example Of  Deficiency

2)    The Caliphate: A Case study in Confusion

3)    The Unislamic Concepts And Terminology

-                                        Democracy

-                                        Seevedignity

-                                        Separation of Church and State

    4) Political Studies in Muslim Universities

      Abdul Hamid Sulayman noted the Un-Islamic Concepts and Terminology has been an alien concept in Islamic Studies as the result of the inadequacy of their approach and lack of authenticity in the research of the systems. Therefore for him due to the pressure research is hastily conducted and resulting lack of discrimination, uncertainty, adds the confusions understanding and mostly fails to reach the prominent goal.

   Democracy, according to Abdul Hamid Sulayman, as both concept and a system, has to be endorse as new approaches to the justice yet must be avoid in blind imitation, insufficient investigation and inappropriate decisions. It was a combination of the procedural measures of choosing the future leader and a natural extension of the materialistic philosophy that regards man as physical entities.

 
  In short, democracy is a Western system that has a deep root and was an amalgamation of individuals who by forming a majority voice to has their choices heard within making stating minimal concessions to minorities.

   However, some Islamic scholars and accepted have rejected democracy by some scholars. They said that Islam offered Shura which aims at choosing the proper leadership, establishing checks and controls over them. Shura is contrary with democracy in terms of the different of ultimate purpose. The difference as has been highlighted by Abdul Sulayman lies in the notion of justice and Divine revelation. Moreover, the method of Syura offered the equal procedure which will gathered all the selected individuals and discussed upon crucial matters to encounter. Thus, it will reach by conclusion within the philosophical concept of justice.

    Hence, he declares that if the issues surrounding the discussion have over mere concern justice yet a case preferring one to other, we could adopt voting system in this case. He insist that in emphasizing in philosophical background of the concept regarding of this system, will advocated into developing insight into the nature of Islamic political systems. In contrast with the West system, we could take this advantage as advance in spreading justice in our Ummah. Finally, we strictly have to avoid Blind Westernization imitation that will bring us to despair of Muslim development spiritually and intellectually mission yet also will cause to catastrophic result.

   On the other hand the author has also noted the others systems which have been recognized as an alien system in Islamic thought. When the terms of sovereignty in Islam mean the devotion ultimately only to Allah, but indeed sovereignty is a Western concept is gradually thoroughly evolution of Western systems. However, in the author opinion the basic argument encountered in terms of merits or demerits of this term it does no benefits to Islamic thought neither in order to reject nor adopt it.

    While some scholars accepted this concept as one of Islamic thought, the are some Muslim scholar whom rejected this terms which based on the claim that only divinely revealed knowledge is the mere source of the Shariah. This argument relied upon either rejecting or adopting this term has indicated the insufficient awareness of the nature of the Islamic constitutions and also inability to make a precise and efficient decision.    

 

    The author has stressed to indicate the crucial effort to avoid Blind imitation in Western systems, which will lead into a great understanding in the definition of their systems. As to conclude sovereignty has no place in the framework in which the Islamic political structure is organized yet it does exist in the workings of the basic legislative spheres. The real issues as has been noted needed for the implementation of a properly Islamic system. Important, the method has to organized properly and understand the nature of the Islamic framework, its evaluation, and the challenge it has developed since the the Umayyad  period as well as to establish a bright future for Ummah.

August 2, 2007

Mata Hati

Filed under: Thoughts

By Walking Along on Flickr

Setiap dari kita mencari makna diri. Dalam arus hidup yang tidak mudah ini, bukan sekali kita terngadah. Letai menongkah pelbagai uji diri bukan alasan untuk merosakkan hati. Hati, punca asas segala rahasia maknawi bisa melapangkan seluruh alam tersurat dan tersirat. Kelukaan, keperitan, ketidakpuasan rasa kepada manusia selayaknya membawa kita kepada Allah dan hakikat Tauhid. Melepaskan dari ketergantungan kepada manusia kepada penyerahan total kepada Khaliq. Menyusurkan kita kepada penyucian hati dan pendidikan nafsu. Andai tidak, maka rugilah kita. Hati akan dilapangkan kepada ketenangan yang tidak terperi andai rahsia jua hikmah uji dinilai dengan mata hati. Prasangka tidak enak juga nafsu mazmumah bisa membakar wijdan yang membawa kepada penderitaan tidak terperi.

Persaudaraan. Akarnya ikhlas, tunjangkan mengorbankan diri, buahnya berlapang dada. Suburnya makin ranum dengan bersangka baik dan mendoakan dalam diam. Setiap manusia diberi tenaga dari persepsi yang berbeza. Ternyata material bukan segala. Kadang si fulan punya masa, setengah pula punya materi, setengah yang lain punya telinga. Bagi yang lain pula punya hati yang sentiasa merindukan dan merisaukan saudaranya. Si fulan yang lain pula sentiasa berusaha mengembirakan saudaranya dengan mendoakan yang enak-enak. Dalam diam. Mustajab. Pesan Junjungan begitulah. Berkira dan berkurang. Memberi dan menerima. Konteksnya berbeza. Manusia bukan makhluk sempurna. Setiap yang satu istimewa dan melengkapkan. Mendepani kita-kita yang pelbagai, setiap darinya membawa kepada kebesaran Allah. KekuasaanNya mentadbir dan mencipta alam supaya manusia berfikir.  Daun bercinta dengan pohon. Kerikil bersatu dengan pepasir. Rumput bertemankan lalang. Indahnya.

Bersyukur kepada Allah, berterima kasih pada manusia. Senyum dengan Qadar apa yang diberi, mencuci jiwa, mendidik nafsu dan memperbaiki diri untuk memberi yang terbaik berdasarkan kondisi tersendiri.Tunjangnya Redha Rabbul ‘Alamin , maka berbahagialah. Berbahagialah bagi manusia yang tersenyum dan sentiasa memuhasabah diri dengan tadabbur dan tafakkur.

Rahsia alam dan kalam kehidupan tidak tersingkap dengan tulisan jua ungkapan. Ianya halus. Pintunya ikhlas. Tongkatnya bersangka baik. Tingkapnya muhasabah. Memahami butuh usaha maknawiah. Bicaranya sufi. Suaranya sunyi. Disatukan dengan kekuatan ruhi. Yaqin itu bukan pada penglihatan zahiri  namun apa yang  tetap diyakini di dalam hati.

Inilah nikmah mata hati.

Kalam Ibn ‘Athaillah ke-22

Kalam Ibn ‘Athaillah ke-22 ( Edisi 1 )

Segala Qadar Allah Berjalan Dalam Setiap Naik Turunnya Nafas Hamba-HambaNya

Al-Imam Ibn ‘Athaillah AsSakandary telah merumuskan dalam kalamnya yang ke-22 sebagai berikut:

ما من نفس تبديه، وإلا وله فيك قدر يمضيه

“ Tidak ada nafas yang anda keluarkan melainkan bagi Allah s.w.t pada anda ada qadar yang dilansungkan (dijalankan) olehNya”

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud

“ Semua makhluk Allah baik yang berada di langit maupun yang berada di bumi semuanya memohon dan meminta kepadanya. Yang manakah dari kurnia Allah yang hendak kamu dustakan?”  ( Ar-Rahman: 29-30)

Berkata sebahagian ulama’ Tasawwuf:

“ Baransiapa yang mendapatkan pada dirinya perubahan dan pertukaran dalam setiap nafas, maka beerti dia orang yang mengerti dengan maksud firmanNya Allah s.w.t. Setiap hari Allah ada urusanNYA.”

Ayat Al-Quran di atas meguatkan bahawasanya dunia yang besar ini semuanya diatur oleh Allah s.w.t dengan kekuasaanNya dan kebijaksanaaNya. Semuanya itu tidak dapat melepaskan diri dari Allah yang ada di bumi atau makhlukNya di langit. Sebab itu Allah pada setiap detik dan minit ada urusanNya. Inilah yang dimaksud oleh firman Allah di atas.

Kesimpulan:


1. Setiap nafas yang kita hirup dan kita keluarkan selalu diikuti dengan qadar-qadar Allah s.w.t kerana itu semua kejadian-kejadian pada diri kita adalah menurut qadar Allah s.w.t.

2. Sambutlah qadar-qadar Allah s.a.w itu dengan perasaaan ’ubudiyyah kehambaan kita selaku makhluk. Dan sesuaikanlah diri dengan Redha tawakal, sehingga dapat sejalan dengan qadar-qadar Allah s.w.t itu.

Terimalah dan teguhkanlah keimanan kepada Allah s.w.t dengan meyambut qadar-qadar Allah s.w.t itu, samada yang pahit, manis, tidak baik (pada pandangan kita). Tetapi jangan lupa kepada Allah semoga kita dengan kurnia-kurniaNya selalu dapat dituntun Allah kepada qadar-qadar yang baik dan manis.

3. Bersihkanlah hati dan perasaan yang tidak sepatutnya atas qadar Allah.