
Tulisan ini gabungan akal yang terbatas dari peristiwa yang bercempera. Ibarat tulisan saudara kita Tawel-Sensei yang terbaru
I
Selalu-selalunya artikel segar di internat juga kehidupan luar kotak empat segi ini yang menjadi bahan santapan tuan site ini memperbaharuhi ruh yang makin layu, membaiki minda yang kadang-kadang beku, diri sendiri yang malas bergerak atau jemari yang hanya tahu menulis sahaja. Maklum sahaja, kita manusia punya komponen gerakan yang pelbagai andai tidak di’charge’ maka turunlah kuasa energinya. Ibarat penjagaan wajah juga. Andai tidak mengikut urutan penjagaan kulit secara teratur bermula dengan scrub, toner, pencuci, pelembab dan sekian method penjagaan, akan kusamlah wajah. Begitulah kita manusia. Setiap inci tubuh luaran dan dalaman punya hak untuk di jaga, Ianya makhluk hidup bisa merasa bosan juga letih dan lesu.
Mujur juga datangnya Ustaz Rohimuddin memberi santapan segar lagi intelektual buat ruh yang selalu dahaga dengan pengisian di sebalik masa dunia yang makin kusut dan mencabar. Terima kasih ya Allah.
II
Sekitar tiga minggu yang lepas demi meraikan permintaan teman yang memohon pertolongan menggantikannya menemani saudara dari Papua New Guinea yang akan khatam Al-Quran di masjid kampus ini maka dengan kudrat yang dan masa terbatas bersama beberapa teman yang lain hadirlah kami meraikan mereka. Asalnya tanggapan muaallaf dari Malaysia rupanya saudara kita dari luar negara. Meraikan mereka yang baru lepas membaca iqra’ memberi keinsafan yang tidak sedikit. Mendengar cabaran minoriti Muslim di sana lebih lagi menjuntik sedar. Kita di Malaysia ini memang banyak membuang masa, wang dan tenaga. Upaya yang mapan sering kita luangkan pada lapangan yang merugikan. Aduhai bagaimana kira-kira kita punya kekuatan yang ramai dihabiskan dengan hiburan yang dijadikan alasan mencari rezeki dan membantu keluarga. Terbinakah semula Tamadun Islam? Daya upaya intelek dan kuasa spiritual makin lesu dan hambar. Islam makin terkebelakang kerana budaya hidup yang merugikan.
III
Kita juga tidak mahu dakwah syok sendiri yang sering tertumpu pada isu dan sasaran yang sama. Sedang kita terabaikan aduhai komponen utama penggerak Ummah remaja di luar sana sudah berlari meninggalkan kita. Kehidupan mereka memang sangat jauh berbeza dengan kita. Analoginya ibarat kita masih di gua mereka sudah menaiki banggunan yang mencakar langit. Kita tidak patut merasa ketinggalan namun kita kasihankan mereka yang merasa betul dengan hidup tidak betul, yang jelas membelakangkan Allah Rabbul Jalil.
Mengajar anak-anak elit dan artis hampir selama lima bulan benar-benar mengajar tuan site ini dimensi baru dalam pendekatan kepada remaja. Berbual sahaja dengan mereka selama satu jam dan tinggalkan sebentar nasihat ala-ala dakwah kata mereka akan kita dapati betapa hidup mereka berbeza jauh dengan kita. Kita tahu adanya kehidupan sebegitu namun kita lupa bagaimana mereka berada di situ. Ungkap kita zina, ungkapan mereka seks. Majalah kita, Milinea, majalah mereka Cleo. Hiburan kita, Al-Quran dan elemen spiritual juga zikir, hiburan mereka entah sejuta macam artis yang berkiblatkan muzik adalah seni kreatif yang selamanya menjadi halal. Pakaian kita yang bisa menutupi aurat, pakaian mereka memang stylish dan ranggi. Perbualan kita, perkara biasa, perbualan mereka sangat advance. Keluarga kita sentiasa makan bersama, keluarga mereka jarang bersua muka. Rumah kita, asalkan beratap, rumah mereka lima tingkat. Telefon tangan kita versi orang lama, telefon tangan mereka selayaknya untuk kerjaya profesional. Fikiran mereka boleh mencapai Atheist. Teman mereka pemandu yang menjadi ibubapa pertama. Berkilas ke sana ke mari menemani. Fesyen kita, biasa sahaja, fesyen mereka, fesyen dunia. Muzik mereka hip-hop, tarian mereka, street dance. Kekasih kita, Radulullah s.a.w, idola mereka DBSK.
Andai tidak bercakap dengan bahasa mereka, kita akan selesa dengan dunia sendiri. Ya, dekati dengan bahasa mereka, pasti dapat diselami naluri akar kepada permasalahan mereka. Semuanya bermula dengan keluarga. Bermula dengan didikan diri dan teman sepermainan. Permulaannya pada tujuan hidup. Asalnya pada hakikat Tauhid. Kerja kita memang banyak. Jiwa kita juga perlu di isi. Akhirat sahaja tempat berehat. Alternatif satu jawapan pasti.
IV
Setelah beramah tamah dengan sauadara-saudara dari Papua New Guinea pergi pula ke majlis walimah teman muaalaf yang dibuang keluarga di fakulti paling hujung. Sampai di sana, terlalu ramai pula. Hajat asal kami ingin meraikan majlisnya atas permintaan sahabat lain yang risaukan majlis tersebut tiada yang mendatangi. Demi kerana terlalu ramai, hingga pengantinnya pun susah didekati kami pun angkat kaki.
Dalam pada itu sempat juga besua di depan masjid sahabat-sahabat yang bekerja keras demi ummah. Debaran mendekati tarikh majlis sambutan graduan makin terasa. Bukan debaran yang mengembirakan namun yang bakal merisaukan iman akan sikap-sikap mahasiswa/wi kita pada masa keramat tersebut. Kita tahu, dunia sekarang bukanlah sebersih mana, pelajar kita juga tidak lah se‘innocent‘ mana. Namun setiap kampus punya undang-undang termaktub. Ya, tertera budaya berpasangan dan berdua-duaan (Anda kawankah, teman sepersatuankah, teman sejirankah, teman sekampungkah ) memang dilarang dalam etika dan akta universiti.
Malam-malam sambutan Convest memang merisaukan. Kalaulah badan tertubuh atas pilihan pelajar susah benar dikitiraf malah dianaktirikan dengan tidak memberi dana (indah kan politik dan birokrasi mereka ) yang selayaknya hingga kain rentang untuk sambutan graduasi hanya menggunakan cat dan tulisan tangan. Apakah layak layanan sebegini mendapat anugerah ISO atau anugerah Kualiti Perdana Menteri? Kami meminta adil.
Kasihan pada teman-teman. Mereka memang bekerja keras. Ia, untuk makluman juga, badan tertubuh pelajar yang selayaknya mendapat autoriti mengawal majlis di Convest Hill sperti tahun-tahun sudah (tidak termasuk tahun lepas tentunya yang mana dalam sejarah kampus, membawa masuk artis yang mereka banggakan) juga di tolak tepi. Majlis di bukit itu bukan atas tangan SRC. Ianya diuruskan oleh pihak lain. Gerai dan konsert apa sahaja, tidak mendapat kuasa badan pelajar. Jesteru, mohon amat dalam hati dan tindakan bijak pihak berwajib, tolonglah kasihanilah hati-hati kami yang pasti sangat sengsara dengan sikap kalian dan perbuatan yang menimbulkan cemburu iman! Ya, tidakkah Allah cemburu pada hambaNya yang melakukan ‘asi?
VI
Imam Ghazali ketika membahas di dalam Minhajul ‘Abidin akan halnya bergaul dengan ramai orang jesteru termasuk dalam perkara Fudhul yang harus. Berlebih-lebihan bukanlah hal para ‘Arifin. Namun diperlukan bagi sebahagian kelompok Ulama’ "Amilin. Di sentuh juga akan duduk perkara Ulama’ yang mana perlu bekerja untuk dakwah dan Ummah juga terdapat juga Ulama’ yang perlu untuk beruzlah dan berkhalwah. Bagi ulama’ yang bekerja utuk Ummah mereka memerlukan kepada uzlah qalb kerana keperluaan Ummah kepada mereka. Jesteru, tidaklah mampu kita memandang sebelah mata akan penyakit Ummah yang memberi kesan parah kepada ruh kita.
TITIK
Ya, hidup adalah realistik bukan sekadar idealistik.
Tempat kembali hanya ALLAH. Asal hidup kerana ALLAH jua. Kerana namanya manusia pelepasan dari selain dari ALLAH adalah hakikat yang memberi itmi’nan dalam menghela nafas di dunia yang sempit dan meletihkan. Penyuntik semangat adalah kerja keras pewaris tamadun kita. Pena-pena yang menyubur warisan Islam. Gambatte!
Jemput untuk berehat-rehat di beranda sambil minum kopi segar.:)—> Sekadar satu hebahan bersama untuk laman baru yang baru ditemui. Moga ada manfaat bersama.

Alhamdulillah,
Begitu bertuahnya pemilik site ini dimana dia dibesarkan dan dididik dengan Islam dan suasana agama. Namun,di luar sana, ramai dari kami yg buta ilmu agama dan hidup dlam kemiskinan iman. Bantulah kami, turunlah ke padang. Lihatlah bagaimana umat menderita. Ramai anatara kami yg bijak pandai…tetapi itu semua hanya ilmu dunia…yg tidak sedikit pun membantu mendekatkan diri kami kpd Yg Empunya.
Buatlah usaha mengajak kpd kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran. Sunnah nabi, beliau berdakwah dari rumah ke rumah…tiada lorong/jalan yg tidak pernah dilaluinya utk bertemu dgn manusia…utk mengjak mrk beriman.
Bukankah telah dinyatakan bahawa sesungguhnya org yg berilmu itu beza darjahnya adalah setinggi2 darjah rasulullah saw dan serendah2 antara manusia. Kalian, org2 alim adalah pewaris nabi…Kami mohon, bantulah kami. Nabi dah takde, siapakah yg akan bantu umat nabi? Bantulah kami supaya kami dapat bantu diri kami sendiri & seluruh umat yg lainnya.
Comment by UmmuSarah — August 16, 2007 @ 1:23 am
Saya pasti, tuan rumah banyak juga melakukan program dakwah.Cumanya saya rasalah, beliau merasakan supaya tak perlu dimaklumkan bukan?Pendekatan beliau sebegitu.
Pendekatan saya pula berbeza, memaklumkan sebahagian ‘program dakwah media’ yang saya buat.Program dakwah realiti (biarlah rahsia).
Saya memaklumkan karya saya supaya yang lain-lain terpanggil untuk melaksanakan juga apa yang terdaya.
Saya pasti, ramai di luar sana banyak melakukan dakwah dan mereka cuma tak menceritakan sahaja.
Tak memaklumkan bukanlah bermaksud ianya tidak dilakukan.
Memaklumkan atau merahsiakan itu adalah bergantung di atas individu.
-Saya sekadar menerangkan menurut pemahaman saya,
Apapun tuan site lebih arif, maaf mencelah di sini.
Comment by dhuat — August 16, 2007 @ 5:07 am
:) Terima kasih kepada kedua-dua pengunjung. Kita berada dalam satu barisan. Masing-masing ada bahagian sendiri.
UmmuSarah: Pengunjung baru ya,:) selamat datang di laman yg faqer ini. Allah Al-Hakim. Kita ‘Ibaduhu Al-Haqer. Jahil dalam Kejahilan kita. InshAllah, jika kita mencari pasti ada yang akan menunjukkan jalan. Cuba kita membuka hati zohir dan batin. InshAllah jika kita berada dalam satu jalan pasti kita akan bertemu juga.:)
Bagi daie pula berusahalah sekeras dan semampunya. Akhlak itu lebih kukuh dari perkataan. Amalan lebih gagah dari tulisan.
Dhuat: Akhina, terima kasih atas tambahan. Dakwah ada Fardi ada ‘Ammah ada Jamaie. Teruskan ya. Yang realiti @ Waqie’ atau media:) ” Nahnu Dhua’h Qobla Kullu Sya’in “-Hassan Al-Banna. Arigato!
Setiap dr kita ada bahagian masing2.
Comment by Administrator — August 16, 2007 @ 7:30 am
Oh ya: Akhina Dhuat Al-Muhtaram, ada studio jamming Islamik tak? Benarkan anak murid or remaja yg bermi nat utk serius dalam muzik?
Comment by Administrator — August 16, 2007 @ 2:17 pm
Mera naquib he ada group nasyeed dia n studio jamming(so called).
Mereka baru bermula sekitar tahun ini.Kebanyakan yang join adalah 23 dan ke atas.
Dhuat adalah artis solo dan bukan seperti kumpulan the dhuat pada tahun 2002.Ini adalah kerana team member berpindah ke utara,
Walaupun dhuat artis solo, sering di bantu oleh sahabat-sahabat(lirik).
Sebab itulah juga kurangnya pengetahuan tentang studio jamming ini dan dhuat selalunya jamming (keyboard) berseorang diri dalam bilik.
Nasyeed.com ana tak pasti.Rabbani mesti ada punya.
Kebanyakannya ekskusif
KAt sekolah Intergrasi,Ma’had,Hira’ rasanya free untk pelajarnya sahaja
Jamming di kawasan sekolah.
Comment by dhuat — August 17, 2007 @ 2:05 am
I do aplogoize if my earlier statements had inadvertently caused some hurt feelings. It was never my intention to do so. It is just while reading your article on the ideal and realistic world of dakwah that I feel frustrated by all that is happening around us. Granted, I do understand that both you and your friends are also doing your part. ALbeit thru writings, media, nasheeds, lectures, classes etc.
As a Muslim who was brought up in the secular education, I am missing the most precious knowledge…Knowledge of Deen. Thus now, in my advanced years, I am searching, through your site and everywhere that I go…May Allah help me in my search for his Divine path.
I would be most grateful if you can help me thru my journey. Maybe I can personally contact you so as not to take up too much of your comment space ? Only Allah can reward you…
Comment by UmmuSarah — August 17, 2007 @ 2:58 am
Salam… Alhamdulillah…artikel yang menyegarkan .. teruskan menulis ukhti.. moga selalu dalam kasih sayang Allah…
Comment by ummulbarakah — August 21, 2007 @ 4:22 am
Ana dah berpindah rumah… hasil dari cadangan ukhti. InsyaAllah…kalau ada kelapangan jemputlah ke teratak buruk hamba di alamat http://ummulbarakah.blogspot.com/
Comment by ummulbarakah — August 21, 2007 @ 4:24 am
:)
assalamualaykum
bagai layang2 putus tali..
asal tokleh call ni ? haha!
~kaksarah
Comment by kaksarah — August 21, 2007 @ 6:23 am
salam ukhti
lama tak berkhabar.
aseefati, ana lama tak hubungi ukhti.
keifhaal?
anyway, tulisan yg agak pelbagai. ana setuju kata2 ukhti: harus realistik dalam mengharung dunia zaman kini. namun kadang2 perkara ideal itulah yang menjadi aim kite kan? supaya terpandu kepada sesuatu yang sempurna.
hmm.. wallahu a’lam.
=)
Comment by SAZ — August 24, 2007 @ 4:28 pm
terima kasih kepada semua yang memberi komentar. Minta maaf di atas kelewatan membalasnya UmmuSarah.
UmmuSarah: There is no need to be sorry dear. Every knowledge which is exist in this world considered as ilmu-Allah as long as it lead us to Tauhid. No matter what it is called. Bio, Engine, Medicine, Chemistry, Scinece. All of this knowledge is the wisdom that Allah give o us to reach to him. So dear, cheer up!
InshAllah I will email later. The pleasure is mine.
K.Srah: Sorry banget. Budget lari ke lain. Hp lama yang akan tdiur selama 5 hari bangun 2 hari tu yang ada sekarang ni. Sorry ye. Tapi dah dapat sembang dua hari lepas. Kita jumpa nanti
SAZ: Shukran ukht. Moga sihat2 selalu.:)
Ahmad: Terima kasih. Nanti ana cuba survey lg. Adik2 hira’ dengarnya memang ada.
Comment by Administrator — September 5, 2007 @ 8:54 am