Aku melihat sekeliling, Ramadhan yang kian melambaikan salamnya buat hati kian pedih. Aku melihat diriku sendiri ke dalam diri sendiri. Betapa diri yang berdosa lagi hina dina ini belum puas bermesra dengan Ramadhan. Kerinduaan pun belum terubat. Dosaku harap terampuni. Rindu bertemu Rab tidak terkira lagi. Engkau ya Allah yang aku sembah. Bukan 1000 malam ku cari, andai diperolehi ianya hadiah dariMu. Namun Engkau ya Allah, Kekasih yang selalu aku tinggalkan kerana mengekori nafsuku yang menipu diri. Engkau ya Allah yang aku rindukan.