December 28, 2007

A Good Tears

tear 

" By the declining day, lo!

man is in a state of loss,

except those who believe and do good works,

and exhort one another to truth.

And exhort one another to patience "

I want to shed a good tears

For all the sins that I have done

I want to love again

I want to love YOU again

O Allah

In the name of time

All I need is love

From YOU Allah

I want to shed a good tears

With

A decent smile

And

Pure heart

December 17, 2007

Zikir

Zaytuna

Ya Allah,

Dunia ini berat ringankanlah ia

Ya Allah,

Dosaku banyak ampunkah ia

Ya Allah

Penyakit hatiku parah sembuhkanlah ia

Ya Allah

Zikirku jarang-jarang dawamkan lah ia,

Ya Allah

Hatiku sibuk, sibukkanlah ia dengan zikir padaMu

Ya Allah

Jiwaku hilang, hadirkanlah ia

Ya Allah

Jasadku beku, siramkanlah ia

Ya Allah

Aku ibarat berjalan tanpa ruh, pengsan dalam dosa dan kelalaian. Biar aku, syughul dalam keEsaanMu, pandanglah aku ya Rabb..Jangan tinggalkan aku. Ya Allah, mati itu syarat menemuiMu bilakah hadirnya ia?*

* Kita tidak digalakkan meminta kematian, namun puisi ini mengandungi makna yang lebih mendalam. Moga dibaca dengan bahasa jiwa.

December 16, 2007

Catatan Pencinta Allah

Sebuah catatan milik mereka yang cintakan Allah tampak berbeza amat. Bahasanya sederhana impaknya sangat menyentuh. Membaca catatan Habib Munzir AlMasawa di MajelisRasulullah.org terkesan amat. Sila sama-sama ke sana untuk menikmati tulisan Habib Munzir Sendiri di sini.

Berpeluang dengan izin Allah mendengar kalam Habib Munzir sendiri memeng rezeki dari Allah. Bicaranya halus, susuknya penuh tawaddhuk, kalamnya menyentuh berisi dengan segala kecintaan penuh pada Allah dan RasulNya. 

Dalam masa yang sama kita menghampiri pertengahan hari-hari awal Zulhijjah yang penuh fadhilat dan barakah. Sama-sama kita isinya dengan penuh kecintaan dan tawajjuh pada Allah. Pada amalan-amalan Sunnah dan memperbaiki amalan harian. Moga tidak kita tergolong dikalangan mereka yang lalai dan rugi. Amin. 

Sebuah Catatan Lama

Dia Yang Saya Kenali
 
Dia yang saya kenali. Dialah. 
 
Kisah yang ingin saya ceritakan ini, bukan kisah cereka, bukan juga kisah rekaan, ianya kisah benar. Ya, benar-benar terjadi. Saya mengenalinya lewat Ramadhan yang lepas, usai kelas bersama seorang pengajar. Dia yang saya kenali pada perkenalan pertama, saya hanya cicipi dengan perasaan endah tidak enda. Entah mengapa. Selalu mesra sahaja saya membalas teguran-teguran teman. Tetapi, bagai malas melayan kenalan yang baru itu tika itu. Dialah.
 
Dialah yang memberi saya satu nafas baru di kampus ini tika itu. Bukan mudah setelah bermusafir empat tahun di bumi Nabi untuk melupakan desir debu sahrawi. Kami hanya berbasa basi bersembang. Sambil mengatur langkah pulang ke asrama. Namun jauh di dasar hati, saya mengatakan dia akan menjadi antara sahabat yang akrab di dalam hidup saya suatu hari nanti. Entah mengapa kuat benar naluri saya.

Dia yang saya kenali, rajin membantu, malah tanpa teragak-agak ringan menemani saya dengan kereta kancilnya ke Kuala Lumpur; Plaza Low Yat mencari barang yang tertinggal beberapa hari yang lepas. Dia yang menemani saya dengan sabar walau tersesat bebarapa jam di tengah-tengah bandaraya itu. Bersama-sama makan di kampung baru. Dan tanpa teragak-agak menghulurkan 10.00 ketika peminta sedekah meminta ehsan di meja kami. Tanpa saya sedar. " mengapa awak bagi banyak sangat, takut mereka itu menipu. Nanti seolah-olah kita menggalakkan pula." Saya menegurnya, tidak puas hati." Saya ada duit kecil." Katanya..biarlah pahalanya tetap berjalan walau mereka menipu..sambil membaca potongan ayat Al-Quran berkenaan sedekah. Saya kagum metah. Dia memang tidak pandai marah. Malamnya, apabila saya mengadu sukar konsentarsi apabila membaca sendirian di bilik, beliau menemani saya membaca. Walau sama-sama letai benar,dan saya yang sebenarnya bukan membaca melainkan terhangguk-hangguk keletihan. Aduhai sahabat.

 
Suatu waktu dahulu katanya, beliau gadis kota yang moden, ghairah membeli barang berjenama, dan tegar membeli-belah di bandaraya. Bermain , ski, dan lain-lain menjadi perkara biasa. Muzik  halwa telinga. CLEO adalah majalah kegemaraannya. Namun, tika hidayah Allah mengusik tirai jiwanya, bergemalah sinar taufiq yang menenangkan hati dan rasa. Jadilah beliau seperti sekarang. Pecinta ilmu Abid-Rahman yang unggul. Bukanlah bermakna salah kita bersukan, namun hatinya sudah tiada lagi untuk perkara-perkara itu. Titik.

 
Beliau sering mengadu pada saya. "Saya rindu sangat nak pergi ke Makkah dan Madinah, saya sering berdoa untuk ke sana bukan sekadar ziarah malah menetap di sana. Bulan Ramadhan lepas, hati saya meruntun-runtun ingin ke Mekah. Mengalir-ngalir air mata saya" Beliau pasti akan bercerita penuh perasaan. Kami berkongsi kerinduaan yang sama. Namun, mungkin beliau lebih lagi, Jiwa kami ibarat satu dalam dua. Berbeza namun sama. Dia menyatakan cintanya dan rindunya pada Rasulullah dan Makkah bukan omongan. Bukan disertakan dengan larangan-larangan- hipokrisi cinta Rasul. Namun tulus jiwa dan taat padaNya natijah. Seperti saya yang ingin amat ke sana, beliau lebih lagi. Kami berkongsi air mata. Dia yang saya kenali..
 
*Ini sebuah catatan lama demi mengenang teman yang akan berpindah ke alam baru. Sudah dua Ramadhan berlalu sejak catatan ini di tulis. Berbagai perkara telah berlaku. Walau kami jarang bertemu namun teman yang kita pilih kerana Allah, kasihnya segar-segar selalu. Walau kami berbeza jalan namun dia sahabat yang paling terbaik dalam sibuk dunia. Walau kami berbeza manhaj namun akhlaknya luhur berbudi bahasa. Walau jelas benar arah kami berlainan, temunya kami tidak pernah membangkitkan persoalan- kerana kami tahu tujuan sama. Ringkasnya, beliau insan terbaik yang pernah dikenali. Moga beliau dipelihara Allah selalu dan moga kami bersama dalam sabil al-haq kelak!
December 7, 2007

Pilihan

Filed under: Thoughts


Tahun 2007 bakal tibe ke penghujung. Beginilah. Hidup memang begini. Segalanya berlari.  Masa kita bertemu Tuhan akan datang. Hari yang dimana setiap zarah tubuh akan dibeku dan dibisukan. Saat waktu  alasan-alasan picisan tidak akan dilayan. Qalbun Salim. Hari-hari menggetarkan itu tika peluh berjujurun. Azab Allah bukan mainan. Rahmah Allah juga satu kepastian.


Hidup memang satu pilihan. Kita melihat jejak di belakang yang masih berbekas. Pasirnya masih bersisa. Shukurnya entah di mana.


Pilihan. Ibarat menyelak kembali pintu-pintu yang telah kita tinggalkan, teman-teman yang bertebaran pulang. Untuk kembali ke masa silam mustahil namun masih berbekas sayang. Ibarat mengintai kembali denai-denai yang pernah dilalui kesannya ada, pulangnya tidak mungkin.


Kita berjalan di atas QadarNya. Begitulah sebenarnya layaknya hamba. Kita memanjat doa. Kita tidak memilih namun Allahlah yang memilih untuk kita. Di atas susur yang telah ditetapkan. Bahagia tidak terkira pasti. Apa yang dipilih Allah buat kita maka bergembiralah kita dengannya. Bukankah apa yang diRedhai dan dicinta Tuhan buat kita maka perlulah kita bergembira dengannya?


Masa berlari. Untuk kita laluinya dengan ruh yang sejati. Hidup memang satu pilihan. Untuk memilih mati yang menanti dan kembali ke daerah kekal. Ya daerah di sana.


p/s: Adik di dalam gambar di atas pun sedang membuat pilihan. Mesti adik tu pun keliru kenapa semua labu ni semua kelihatnnya sama je tetapi tidak serupa. Analoginya begitulah dalam hidup kita. Pilihan yang terbentang dalam hidup kita selalunya begitu. Labu-labu itu ibarat pilihan-pilihan yang ada. Warna-warna itu menutup akan taqdirnya yang sudah tersurat dalam ilmu Allah.


Dalam ilmu Allah sudah diqadarkan oleh Allah. Bukan bermakna kita tidak berusaha dan berdoa. Namun berdoalah dan berusahalah sesuai dengan kerendahan hati sebagai hamba. Pilihlah apa yang Allah gembira dan suka buat kita. Bukan apa yang kehendak diri kita mahukan. Kerana pilihan kita mungkin terdorong nafsu dan keegoaan hati. Sedang apa yang Allah mahukan buat kita itulah yang membuat kita bahagia. Manakan tidak, bukankah apabila Allah Redha dengan kita, itulah bahagia yang tiada taranya lagi? Mintalah apa yang Allah ingin, bukan apa yang kita ingin. Life is cool then.:) 

December 3, 2007

Sebuah Ceritera Cinta Klasik II

Seni Kehidupan Dot Com

Cinta itu Sifat. Sifatnya Fitrah. 

Ini bukan falsafah cinta. Ini juga bukan cinta biasa; Cinta antara dua manusia. Bukan juga cinta luarbiasa. Namun terhimpun apa yang terjeda di antara keduanya. Cinta fitrah manusia yang berasal dari  natijah cinta kasih Allah. Rahmah RahimNya. Cinta fitrah yang tiada bahasa dan suara. Ianya sekadar ceritera sebuah cinta klasik himpunan rasa cinta dalam jiwa manusia. Sebuah kisah yang selalu dilupa-lupakan manusia. Bukan BERCINTA tetapi merasai cinta.

Cinta itu misteri.

Cinta itu unik.

Cinta itu ungkapan yang sering diluahkan di wajah dunia.

Cinta itu universal.

Cinta melepasi segala penaksiran dan penakulan.

Cinta merupakan  naluri perasaan yang bersifat alami berada dalam sanubari insan anugerah Allah Pencipta cinta.

Cinta membatasi segala apa yang ada di sekeliling. Ibarat angin. Kita terasa lembut sapaannya, namun kita tidak melihatnya. Cinta alami. Tanpa berhajat kepada sesuatu dan mengharapkan balasan. Ibarat bayu. Kita merasa alurnya namun kita tidak mampu menyentuhnya.

Kita mungkin menyintai saudara satu darah bani Adam kita yang berada di benua yang berbeza tanpa pernah mengenalinya. Kita mungkin menyintai anak kecil yang menderita tanpa pernah melihatnya. Kita mungkin menyintai manusia bangsa lain atas dasar kemanusiaan tanpa mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Kita mungkin menyintai saudara seagama tanpa pernah berbicara dengannya.

Mungkin juga kita merasa cernaan rasa cinta dalam jiwa dari Allah tanpa kita punya sesiapa untuk dicinta. Walaupun manusia itu hanya seorang ‘homeless people’ yang tinggal di kaki jalan, yang pakaiannya lusuh, jiwanya keras dan makanannya hanya lebihan.

Terutama kita menyintai Para Sahabat Baginda Nabi s.a.w yang mendengar nama mereka sahaja, meggetarkan dada.

Cinta Allah dan RasulNya? Tiada kalam.

Semuanya terbit dari jiwa yang menerima percikan sifat mulia; ar-Rahim Allah yang besifat tulus. Andai bebas dari tuntutan nafsu dan kepentingan peribadi merupakan sesuatu yang mahal harganya. Bebas dari nafsu yang bertentangan dengan aturan Allah, jua bisikan syaitan, tuntutan dunia dan tanpa mengharapkan balasan. Ianya terbit dari Allah dan mendiami jiwa tanpa perlu kepada sandaran. Mulianya perasaan fitrah itu apabila dkembali kan rasa itu kerana Allah dan untuk cinta Allah juga. Cinta Agung.

Pembebasan dari selainNya dengan menerima perasaan cinta fitrah kurniaan Allah kepada makhlukNya. Hanyasanya untuk memberi keamanan kepada rohani, ketenteraman kepada ruh dan kesejahteraan sesama insan. Cinta ia diam di situ. Di dalam hati. Tanpa perlu kepada selainnya. Suatu kurniaan yang bersifat alami. Cinta yang terbias melebihi dari zahir alam dan makna. Cinta yang asal dari Allah, Maha Kekal dan Kasih sifatnya.

Yang cintaNya andai dihimpun segala cinta di dunia tidak dapat dibandingkan sedikit pun.

 

Di ceduk dr blog k.sarah