Sebuah Ceritera Cinta Klasik II

Cinta itu Sifat. Sifatnya Fitrah.
Ini bukan falsafah cinta. Ini juga bukan cinta biasa; Cinta antara dua manusia. Bukan juga cinta luarbiasa. Namun terhimpun apa yang terjeda di antara keduanya. Cinta fitrah manusia yang berasal dari natijah cinta kasih Allah. Rahmah RahimNya. Cinta fitrah yang tiada bahasa dan suara. Ianya sekadar ceritera sebuah cinta klasik himpunan rasa cinta dalam jiwa manusia. Sebuah kisah yang selalu dilupa-lupakan manusia. Bukan BERCINTA tetapi merasai cinta.
Cinta itu misteri.
Cinta itu unik.
Cinta itu ungkapan yang sering diluahkan di wajah dunia.
Cinta itu universal.
Cinta melepasi segala penaksiran dan penakulan.
Cinta merupakan naluri perasaan yang bersifat alami berada dalam sanubari insan anugerah Allah Pencipta cinta.
Cinta membatasi segala apa yang ada di sekeliling. Ibarat angin. Kita terasa lembut sapaannya, namun kita tidak melihatnya. Cinta alami. Tanpa berhajat kepada sesuatu dan mengharapkan balasan. Ibarat bayu. Kita merasa alurnya namun kita tidak mampu menyentuhnya.
Kita mungkin menyintai saudara satu darah bani Adam kita yang berada di benua yang berbeza tanpa pernah mengenalinya. Kita mungkin menyintai anak kecil yang menderita tanpa pernah melihatnya. Kita mungkin menyintai manusia bangsa lain atas dasar kemanusiaan tanpa mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Kita mungkin menyintai saudara seagama tanpa pernah berbicara dengannya.
Mungkin juga kita merasa cernaan rasa cinta dalam jiwa dari Allah tanpa kita punya sesiapa untuk dicinta. Walaupun manusia itu hanya seorang ‘homeless people’ yang tinggal di kaki jalan, yang pakaiannya lusuh, jiwanya keras dan makanannya hanya lebihan.
Terutama kita menyintai Para Sahabat Baginda Nabi s.a.w yang mendengar nama mereka sahaja, meggetarkan dada.
Cinta Allah dan RasulNya? Tiada kalam.
Semuanya terbit dari jiwa yang menerima percikan sifat mulia; ar-Rahim Allah yang besifat tulus. Andai bebas dari tuntutan nafsu dan kepentingan peribadi merupakan sesuatu yang mahal harganya. Bebas dari nafsu yang bertentangan dengan aturan Allah, jua bisikan syaitan, tuntutan dunia dan tanpa mengharapkan balasan. Ianya terbit dari Allah dan mendiami jiwa tanpa perlu kepada sandaran. Mulianya perasaan fitrah itu apabila dkembali kan rasa itu kerana Allah dan untuk cinta Allah juga. Cinta Agung.
Pembebasan dari selainNya dengan menerima perasaan cinta fitrah kurniaan Allah kepada makhlukNya. Hanyasanya untuk memberi keamanan kepada rohani, ketenteraman kepada ruh dan kesejahteraan sesama insan. Cinta ia diam di situ. Di dalam hati. Tanpa perlu kepada selainnya. Suatu kurniaan yang bersifat alami. Cinta yang terbias melebihi dari zahir alam dan makna. Cinta yang asal dari Allah, Maha Kekal dan Kasih sifatnya.
Yang cintaNya andai dihimpun segala cinta di dunia tidak dapat dibandingkan sedikit pun.


assalamu’alaikum…
kalaulah orang tiada tahu
sebenarnya,
siapa itu wahabi/salafi/ahlus sunnah wal jama’ah..
tentulah dia akan mencerca dan mencaci semau dia
padahal mereka adalah golongan dari kaum muslimin yang sangat teliti sekali tentang ‘ilmu syari’ah
contoh saja dalam masalah aqidah, mereka sangat komitmen hanya menggunakan hadist yang sohih, tidak ada satupun yang dhoif..
hati-hati wahai kaum muslimin yang masih dangkal pengetahuan antum tentang wahabi.
karena nasfu hizbiyah(fanatik dengan golongan)kerap menjangkiti hati manusia yang tidak punya keinginan untuk mendengarkan walau satu ayat kebenaran dari muslim yang lain;
tentulah dia akan selalu hanyut dalam kebencian dengan apa yang diyakininya itu, tanpa melakukan tabayyun (klarifikasi), mencari tahu yang sebenarnya tentang wahabi/salafi/ahlus sunnah wal jam’ah atau menanyakan langsung kepada yang mendakwahkannya..
sehingga dia diliputi rasa benci yang amat mendalam, hanya karena angan-angan “mengerikan” yang dia fikirkan tentangnya.
dan mengatakan,”wahabi sesat.., kafir, jissimiyyah!”
padahal dia sendiri masih sangat sedikit pengetahuannya tentang wahabi…
padahal andai saja dia tahu, bahwa sesungguhnya wahabi itu tiada membabi buta menunjuk/ memvonis sesat dari kalangna kaum muslimin.
namun mereka sangat komitmen dengan al qur’an dan hadist sesuai dengan pemahaman salafush sholeh…
silakan diskusi tentang wahabi dengan saya…
anda tahu sebenarnya tentang apa yang anda sebut tentang wahabi langsung dari orang yang dekat dengan mereka.ingat,agama itu adalah nasihat bagi Allah, Rosul-Nya,Seluruh kaum muslimin.
berTABAYYUN-lah kalau memang anda pencari kebenaran sejati.
semoga Allah menunjuki kaum muslimin kepada petunjuk Allah dan Rosul-Nya yaitu, Al-Qur’an dan As Sunnah menurut pemahaman Salafus Sholih(generasi terbaik ummat ini;generasi sahabat, tabi’in; dan tabi’ut tabi’in). Amin.
wallahu a’lam.
wassalamu’alaikum…
Comment by ibnu abu abdullah — December 3, 2007 @ 5:15 am
Saudara Ibnu Abdullah.
Terima kasih di atas kunjungan ke laman situs ini.
1) Mulanya, tuan site ini ingin mengabaikan sahaja komentar ini, kerana jelas benar ia tiada kaitan dengan entri ini. Oleh itu, tuan site ini berharap agar segala komentar yang diberi sesuai dengan tajuk atau paling tidak tidak jauh lari dr topik perbincangan. Moga2 dengan cara ini kita dapat menghormati tulisan yang telah ditulis. ( Mungkin juga komen2 sebegini- yang tidak berkaitan dengan tajuk, akan didelate setelah sekian masa, namun tidak akan didelate buat masa ini kerana memberi ruang kepada saudara Ibnu )
2) Kedua laman minisite ini bukan ruang perdebatan. Jesteru tuan site ini tidak berminat untuk menjawab persoalan-persoalan saudara itu. Kerana ia akan lebih berbaur defensive. Melainkan isu fanatik kumpulan. (Harapnya ia tidak menjadi arguement yang merugikan Ummmah.) Ianya buat tuansite yang faqer ingin tergelak sendiri-Astaghfirullah, sekadar tertwa kepada diri sendiri-. Biasanya, semua dr kalangan pencinta kebenaran tidak akan fanatik kumpulan ataupun taasub terhadap Syeikh2 tertentu. Setiap dr kami kerana jahil dan haqernya kami berjalan dengan menghadiri sekian majlis ilmu daripada pelbagai latar pemikiran. Tanpa meletakkan apaapa judgemnet sebagai penghalang kepada penerimaan dan pertimbangan dan pentashihan ilmu. Hampir kesemuanya, kami begitulah.
Menurut pengalaman kami yang faqer2 ini, (moga dijauhkan dr sifat-sifat dan nafsu mazmumah), yang sering mengabaikan keadilan meletakkan sesuatu tanggapan dalam pencariaan ilmu dengan meletakkan satu judgment2 tertentu adalah kumpulan yang didakwa. Menghadiri majlis ilmu atau apa sahaja dengan tanggapan begitu begini. Majiis ini bidaah, etc tanpa benar2 sudah menghadirinya dengan jiwa dan niat yang ikhlas. Untuk mencari kebenarnya persediaan ruh yang ikhlas adalah syarat utama. Ya benar, ikhlas itu sesuatu yang maknawi ibarat semut kecil di atas batu semasa waktu malam, namun pra-syarat ikhlas adalah dengan berlapang dada, bersikap suspend judgment, skeptikal paling penting sentiasa berasa rendah diri dan menghormati sesiapa jua tanpa merasakan kitalah yang paling benar.
Tuan site ingat lagi akan pengalaman2 dahulukala, kami semua menghadiri majlis2 ilmu dan berguru2 dengan guru2 tertentu tanpa mengendahkan tanggapan ramai yg mengatakan si fulan ini wahabi etc. Kami pergi kesemuanya dengan membuka akal, bukan akal sahaja namun hati untuk meneliti manhaj Salaf yang paling sohih. Sebenarnya siapa yang fanatik kumpulan? Sama-sama kita fikirkan, hadiri majlis2 ilmu, berbincang dengan akhlak yang ’salimah’ maka buatlah pilihan terbaik melalui sudur yang cerah. Kami semua jahil jesteru untuk berbincang dengan saudara maka sayugianya kurang berminatlah kami. Mungkin sahabat-sahabat boleh ke laman blog2 tertentu atau forum2 tertentu.
3) Sebenarnya titik temu dalam permasalahan yang berkurun lama ini telah diajar oleh Salafuna Soleh, cuma kita yang sering tersalah pandang.
Moga kita dijauhkan dr sifat-sifat yang tercela dan dimurkai Allah, dtetapkan iman dan langkah pada kebenaran. Terutamanya ditujukan kepada diri tuan empunya site ini sendiri yang lebih memerlukan doa ini lebih dr yang lain.
Kerana kita tidak memiliki apapun walau diri kita sendiri. Semuanya milik Allah.
Wallahua’lam. Terima kasih Saudara Ibnu, alakullihal.
Comment by Administrator — December 3, 2007 @ 1:09 pm
assalam…sungguhnya diriku amat menyintaimu…
Comment by pencintamu — December 15, 2007 @ 11:45 am
assalam..sungguhnya diriku telah jatuh cinta padamu…
Comment by pencintamu — December 15, 2007 @ 11:46 am
Baguslah tu saudari Linda (kalau tidak silap?). Menyintai sesama saudara kerana Allah inshAllah berpahala.:)
Comment by Administrator — December 16, 2007 @ 12:59 am
3 perkara yang menyebabkan kemanisan iman:
1) mencintai Allah dan RasulNya melebihi cinta segalanya
2) Tidak mencintai seseorang melainkan hanya keranaNya
3) benci kembali kepada kekafiran sepertimana benci di campakkan ke dalam api neraka
———–2 dr perkara tersebut berkaitan dgn CINTA…..CINTA YG AKAN MELAHIRKAN KEBAHAGIAN HALAWATUL IMAN:)
Comment by adawiyahmardhiah — December 23, 2007 @ 3:55 am
terima kasih adawiyah di atas tambahan tersebut.
Comment by tuan rumah — December 31, 2007 @ 8:32 am
Tentang seorang pencinta Allah,
“Dia selalu memanggil-manggil terkasihnya,
sebagaimana terkasihnya sentiasa mengingatnya.
Kekasih dan terkasih,
pengingat dan yang diingat,
selalu menyatu dan bersama-sama.
…
Di sebuah cabang
pohon mawar Allah,
burung bulbul cinta bertengger
dan tiada henti-hentinya menyanyikan lagu cinta.”
Syekh Muzaffer Ozak al-Jerrahi
Comment by tetamu — January 12, 2008 @ 3:25 pm
Allahu, Allahu.
Terima kasih kepada saudara/i Tetamu di atas ungkapan ” kout” sufi yang sangat mengesankan. Sangat dalam.
Comment by Administrator — January 14, 2008 @ 9:31 am