
Tahun 2007 bakal tibe ke penghujung. Beginilah. Hidup memang begini. Segalanya berlari. Masa kita bertemu Tuhan akan datang. Hari yang dimana setiap zarah tubuh akan dibeku dan dibisukan. Saat waktu alasan-alasan picisan tidak akan dilayan. Qalbun Salim. Hari-hari menggetarkan itu tika peluh berjujurun. Azab Allah bukan mainan. Rahmah Allah juga satu kepastian.
Hidup memang satu pilihan. Kita melihat jejak di belakang yang masih berbekas. Pasirnya masih bersisa. Shukurnya entah di mana.
Pilihan. Ibarat menyelak kembali pintu-pintu yang telah kita tinggalkan, teman-teman yang bertebaran pulang. Untuk kembali ke masa silam mustahil namun masih berbekas sayang. Ibarat mengintai kembali denai-denai yang pernah dilalui kesannya ada, pulangnya tidak mungkin.
Kita berjalan di atas QadarNya. Begitulah sebenarnya layaknya hamba. Kita memanjat doa. Kita tidak memilih namun Allahlah yang memilih untuk kita. Di atas susur yang telah ditetapkan. Bahagia tidak terkira pasti. Apa yang dipilih Allah buat kita maka bergembiralah kita dengannya. Bukankah apa yang diRedhai dan dicinta Tuhan buat kita maka perlulah kita bergembira dengannya?
Masa berlari. Untuk kita laluinya dengan ruh yang sejati. Hidup memang satu pilihan. Untuk memilih mati yang menanti dan kembali ke daerah kekal. Ya daerah di sana.
p/s: Adik di dalam gambar di atas pun sedang membuat pilihan. Mesti adik tu pun keliru kenapa semua labu ni semua kelihatnnya sama je tetapi tidak serupa. Analoginya begitulah dalam hidup kita. Pilihan yang terbentang dalam hidup kita selalunya begitu. Labu-labu itu ibarat pilihan-pilihan yang ada. Warna-warna itu menutup akan taqdirnya yang sudah tersurat dalam ilmu Allah.
Dalam ilmu Allah sudah diqadarkan oleh Allah. Bukan bermakna kita tidak berusaha dan berdoa. Namun berdoalah dan berusahalah sesuai dengan kerendahan hati sebagai hamba. Pilihlah apa yang Allah gembira dan suka buat kita. Bukan apa yang kehendak diri kita mahukan. Kerana pilihan kita mungkin terdorong nafsu dan keegoaan hati. Sedang apa yang Allah mahukan buat kita itulah yang membuat kita bahagia. Manakan tidak, bukankah apabila Allah Redha dengan kita, itulah bahagia yang tiada taranya lagi? Mintalah apa yang Allah ingin, bukan apa yang kita ingin. Life is cool then.:)

nai, masih di tempat sama ker? IIUM?
Comment by mardhiah12 — December 14, 2007 @ 7:42 am
Sem ini saya tidak register;dah selesai. Tetapi ke Uia kerana urusan2 tertentu. Kenapa kak Mar. Ada apa2 akak message saya ye.:)
Comment by Administrator — December 16, 2007 @ 2:20 am