Jadual Program Ziarah Habib Umar di Malaysia
Alhamdulillah, seorang ulama ulung telah memasukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan dilawati beliau apabila beliau mengadakan siri kunjungan ke Asia Tenggara. Sungguh bertuah bumi Malaysia kerana sering diziarahi oleh para ulama. Ulama yang aku maksudkan adalah al-Da’ie illaLlah al-Musnid al-Haafidz al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim al-Husaini al-Hadrami, pengasas Maahad Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.
Maka Abu Zahrah menyeru kepada para pengunjung blog al-Fanshuri dan Majlisilmu untuk kita sama-sama menghadiri majlis-majlis yang bakal diadakan sempena kunjungan Habib Umar حفطه الله ke Malaysia. Rebutlah peluang keemasan ini. Tidak rugi meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis bersama ulama.
Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , pada halaman 4: Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم:عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Yakni [artinya] lazim atas kamu dengan bersama duduk [bersama] ulama’ yang berbuat ‘amal dengan ‘ilmunya dan menuntut mendengar perkataan auliya Allah yang mempunyai ilmu haqiqat, maka bahwasanya Allah Ta’ala menghidupkan Ia akan hati yang mati dengan nur hikmah, (berkata qaum [sufi] seorang berhimpun bersama-sama ahlullah mendapat ia kelakuan yang mulia dan lagi sebenar memberi manfaat dengan berhimpun bersama-sama mereka itu terlebih memberi manfaat daripada lafaz lidah) maka bahwasanya Allah menghidupkan Ia akan hati yang buta dengan nur ilmu yang memberi manfaat seperti menghidupkan Ia akan bumi yang mati dengan air hujan.
Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى, di dalam kitabnya Nasha-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat ‘alal Isti’daadi Li Yaumil Ma’adi pada halaman 4, beliau telah memberi penjelasan bahwa yang dimaksudkan dengan:
Ulama’ ialah orang-orang ‘alim yang mengamalkan ilmunya
Hukama’ ialah orang-orang yang mengetahui/mengenal zat Allah Ta’ala, yang betul dan tepat dalam perkataan dan perbuatan mereka.
Hikmah itu adalah ilmu yang memberi manfaat
Seterusnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى mengklasifikasikan ulama’ itu kepada 3 bahagian:
Ulama’ yang ‘alim tentang hukum-hakam, mereka adalah ashhab al-fatwa, yakni mempunyai hak untuk memberi fatwa
Ulama yang ‘alim [ma’rifat] akan dzat Allah sahaja. Mereka ini adalah golongan hukama. Bergaul, berdamping dengan mereka menjadikan akhlaq terdidik, kerana dari hati mereka bersinar cahaya ma’rifatullah dan terbit dari sirr mereka cahaya keagungan Allah.
Dan ulama yang memiliki kedua-dua shifat diatas, mereka itu kubara’. Maka bergaul dengan ahlullah mendatangkan ahwal yang mulia. Lirikan mereka lebih mendatangkan manfaat dari daripada ucapan mereka. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manfaat kepadamu, maka bermanfaatlah kata-katanya, dan barangsiapa yang lirikannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka kata-katanya tidak akan mendatangkan manfaat.Selanjutnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى عنه membawakan sepotong hadits:
سيأتي زمان أمتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات: أولاها يرفع الله البركة من كسبهم، والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما، والثالثة يخرجون من الدنيا بغير ايمانArtinya: Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari [menjauhkan diri] daripada [ajaran dan nasihat] ulama’ dan fuqaha’, maka [akibatnya] Allah Ta’ala menimpakan tiga (3) bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang dzalim atas mereka dan ketiga, mereka keluar dari dunia [mati] tanpa membawa iman.
[Kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh ash-Shaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى adalah merupakan sebuah kitab terjemahan dari kitab al-Munabbihat ‘alal Isti’dat li Yaumil Ma’ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani رحمه الله تعالى . Kitab al-Munabbihat ‘alal Isti’dat li Yaumil Ma’ad juga telah diberi syarah oleh ash-Shaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى (yang digelar oleh ash-Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani رحمه الله تعالى sebagai Imam Nawawi ats-Tsani, ertinya Imam Nawawi Yang Kedua) didalam kitabnya Nasha-ihul `Ibad.]
Jadual selanjutnyadi www.majlisilmu.com
__________________
Entri ini sememangnya 100% ‘kopi pasta" dari al-Fadhil Sidi Abu Zahrah di Majlisilmu.blogspot.com.
"Once In A Blue Moon", Ulama’ yang sangat dicintai akan menziarahi kita. Tika umur masih ada, sama-sama kita mengambil peluang ini. Ibarat pengembara yang carik pakaiannya, kita sangat perlu kepada angin yang mendamaikan bagi mendakap kedinginan dunia, menepis debu di hati, dan carik kain seorang kembara di safar dunia.





BismiLlah wal HamduliLlah.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.
Harap maklum, untuk mendengar tausyiyah
Al-Habib Umar ibn Hafiz
di Masjid al-Istighfar, Singapura (08/02/08)
“Kecemerlangan Ummah Melalui Apa?”
yang diterjemahkan oleh al-Habib
Sholeh ibn Muhammad al-Jufri, HafizakumuLlah,
copy-paste URL dibawah ini -
mms://202.73.63.227/habib_umar.wmv
JazakumuLlahu khairan.
ALLAHu a`lam bisawab.
Comment by ukhti27 — February 27, 2008 @ 11:09 am