Pertembungan Pemikiran Siasi 1
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.
Semua sudah maklum akan hangat pilihanraya sekarang. Sempat juga alqasam bersembang dengan sahabat akan persoalan tarbiyah dalam satu parti politik dan kontradaksi dalam kekeliruan pemilihan undi yang berlaku di kalangan ahli-ahli gerakan Islam samada mereka yang cenderung kepada politik kepartian ataupun tidak.
Semua dari kita adalah makhluk Allah yang mempunyai akal yang diberi Allah dada yang cerah inshAllah dengan tumpahan ilmu yang sohih andai benar ikhlas mencari keRedhaannya namun kita juga manusia yang faqir yang tertakluk pada kalimah janji LAILAHAILLAH.
Ingin alqasam ulas beberapa momentu utama namun sebelum itu ingin sahaja menangis bila membaca ini, rasa lapang bila membaca ini, rasa terkilan bila mebaca ini dan menjadi kritikal dalam bentuk yang positif bila membaca ini. ( Baca: alfaqer tuan site ini tidak mempunyai affliciation dengan mana-mana link-link berkenaan. Mereka adalah pemikir, kita membaca, menyeluruhinya, berfikir dan membuat keputusan. )
Mengapa semua rasa ini terhimpun, inshAllah akan disimpulkan dalam entri akan datang.
Percayalah, alqasam tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik di Malaysia tetapi tidak bermakna tidak mempunyai kecenderungan kepada siasah Islamiah. Sejak kehangatan perbicaraan mengenai pilihanraya berlansung, alqasam cuba untuk tidak menghiraukannya kerana keutamaan-keutamaan dari aspek masa dalam perkara-perkara lain. Namun ketidakpedulian kita atau tidak kecenderungan kita terhadap persoalan manhaj, tarbiyah ataupun akhlak dalam sesuatu gerakan tidak lansung boleh diberikan alasan untuk kita melupakan persoalan menentang kezaliman dan menegakkan ma’ruf dari perspektif Feqh Ad-Daulah! Samada anda Tabligh, ISMA, Abim, Jim, Haluan, AlaMadzhabiyyah, Wahabi, Tradisional atau pun apa sahaja kecendurangan dalam toriq ilAllah, jangan lupa ulama’-ulama Salaf dan silam tidak pernah berhenti melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar dan giat berjihad melawan fasiquun dan zholimuun.
Andai kita tidak bersetuju akan persoalan demokrasi sebagai keperluan fardhu dalam menentang kezaliman dengan alasan ianya adalah bid’ah dan ideologi kuffar, maka apakah anda boleh menafikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil ianya sebagai hukum harus yang sangat diperlukan dalam mencegah munkar dari aspek kenegaraan ataupun Feqh Daulah. Andai kita tidak menyukai Umno juga tidak cenderung kepada barisan pembangkang bolehkah sahaja kita goyang kaki dan mengambil jalan mudah mendiamkan diri? Kalau benar kita cinta pada ulama’ ‘Amilin atau cinta kepada usaha dakwah, maka proses pembuangan undi adalah tanggungjawab sebagai warganegara dalam sebuah entiti hidup bermasyarakat.
Benar, pilihan raya bukan segala-galanya, bukan tujuan bukan juga matlamat bukan juga sasaran. Meyebarkan risalah dakwah adalah matlamat utama dalam mana-mana gerakan Islam. Kerja utama kita adalah menyampaikan dakwah dan menerapkan tarbiyah Islamiah ke dalam setiap individu-individu Muslim. Tanggungjawab utama kita adalah dengan menerapkan pemahaman Islam yang sohih dan jelas serta menyeluruh dan pencarian ilmu yang tidak akan henti-henti salam bila-bila. Asasnya ilmu dan zikir. Pilihanraya adalah ‘phenomanal’ sedang kerja kita adalah selepas dan sebelum malah kita tidak boleh bergantung kepada apa-apa keputusan ‘phenomanal’ tersebut, tetapi duduk halnya ‘phenomanal’ itu akan meberi banyak impak dalam hidup bermasyarakat dan usaha membudayakan kehidupan yang lebih positif dan bersih, paling tidak.
Mahu tidak mahu kita tidak dapat menafikan pilihanraya merupakan salah satu satu medium dalam usaha menentang kezaliman, rasuah, ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan keruntuhan moral di kalangan generasi era ‘virtual world’ andai malas mengaitkannya dengan persoalan agama!
Kalau kita tidak suka kepada keduanya, pilihlah yang paling ringan mudharatnya, paling sikit kekurangannya, paling minima kekhalifannya. Ini selari dengan kaedah qawaed feqhiah. Hilangkan sebentar sifat keakuan dalam mencapai maslahah yang lebih besar. Paling tidak, punya manfaatnya pada masyarakat secara keseluruhannya atas dasar yang dibina kepada cinta pada Allah dan RasulNya walau praktikalnya masih ada yang mempersoalkan. Paling tidak pada mereka yang bersih cara hidupnya dan mengamalkan cara hidup Islam secara umumnya. Di saat kritikal begini, berfikirlah dengan bijak!
Bersambung inshAllah.
Akan datang biiznillah.
#Apa kata Dr Yusuf Qardhawi tentang kafir dzimmi menjadi menteri atau wakil rakyat?
# Undi calon atau parti? Pendapat ringkas Dr. Wahbah Zuhaili.
