
Suatu hari, ana mendapat maklum balas seperti di bawah di atas entri pendirian peribadi politik di Malaysia. Berdebat tentang politik bukanlah perkara yang meyenangkan namun kerana datangnya maklum balas seperti di bawah maka untuk menyampaikan kebenran itu lebih kita cintai. Jawapan di bawah lebih berbentuk satu jawapan commen sense atau bersifat ‘aqli yang tidak berniat memanjangkan apa-apa isu disekitarnya. Pendirian tuan site ini jelas, namun untuk memanjangkannya dengan pendebatan yang tidak menguntungkan dan menenangkan bukanlah kecenderungan tuan site ini.
I just didn’t agree with u..sorry….i vote 4 the goverment….tidak semua ahli2 UMNO & Barisan National korupsi…cume segelintir drp mereka yg berbuat demikian…dan tidak semua ahli2 pembangkang adalah betul…kita sama2 beragama islam..kenapa saling bertelagah.Saya pernah alami situasi sedemikian malah ader segelintir rakan2 saya memilih parti pembangkang mereka mengagungkan wakil mereka malah sangup berdebat dan memulaukan rakan2 yg berlainan parti dan mengatakan kitaorang semua kafir….inikah perjuangan yg mereka sanjungkan.Sedangkan secara peribadi mereka jarang sembahyang…masya Allah…jarang berpuasa….dan bermacam-macam lagi.Malah mereka sering mempelaga2 sesama sendiri…inikah contoh & teladan yg patut kita ikuti….zaman telah berubah…pemikiran juga harus berubah….Saya hanya vote 4 pembangunan insan…same2lah kite fikirkan..
I just sorry 2 say this…….rakyat negara malaysia tidak pernah bersyukur…………
rakyat negara ini hidup dgn manja…
rakyat negara ini hidup tanpa ape2 perjuangan..
perjuangan yg ada hanyalah demi kepentingan peribadi..
sedarlah rakyat malaysia..
anda hidup di negara yg membela anda.
anda hidup di negara yg memperjuangkan hak manusia..
sedarlah..
Sebab MELAYU mudah lupe….
Jangan disebabkan bicara saya ini…awk memulaukan saya…were are muslim…….assalamualaikum
1) Well, each one on to thier own. Saya hormati setiap pendirian masing-masing. Betul tu, apa yang saudara sebutkan tidak patut kita bermusuh dan lain-lain. Sejujurnya saya tidak begitu meminati politik dan lebih cenderung kepada majlis ilmu, pentarbiyahan dan pendidikan hati. Alhamdulillah, saya juga proud to be Malaysian.
2) Sebagai manusia tiada siapa yang sukakan akhlak yang kurang menyenangkan, tidak kira apapun latar dan kecenderungannya, namun kerana kita belajar sedikit feqh siasah dan feqh daulah dan saya cinta kepada Allah dan RasulNya maka kita menilai dengan kaca mata syariah. Dari perspektif politik kita melihat kepada dasarnya walau aplikasinya masih dipersoalkan. Contohnya, kita melihat kepada dasar Islam bukan pada Muslim bagi memahamkan non Muslim yang aqidah Islam itu yang wajar diimani bukan akhlak Muslim kerana akhlak Muslim bersifat plural, tidak tetap sifatnya dan bukan qotie maqamnya. Begitu juga contohnya bagi kalangan penyokong parti alternatif yang kurang akhlaknya, tidak menunaikan kewajiban disebabkan tidak mengikuti proses tarbiyah secara sistematik umumnya terjadi kerana sasaran platform tertentu yang merangkumi secara keseluruhannya termasuk orang awam. Kejahilan mereka membawa fitnah kepada dakwah dan parti-parti tertentu sendiri, ianya bukan perkara yang menggembirakan walau saya faham ianya terjadi kerana mereka tidak diserap ke dalam proses tarbiyah Islam secara tersusun, mereka sayang islam namun jahil dalam banyak perkara. Saya tidak akan justifikasi perbuatan mereka, ia tetap salah cara dan tindakan. Namun setidaknya mereka cintakan kebenaran dan kebaikan.
3) Ini yang dikatakan keperluan kepada pemahaman manhaj dalam siasi dan tarbiyah dalam Islam. Menurut prinsip Islam kita melihat kepada gambaran yang lebih luas dan besar. Maslahah yang lebih luas. Yang bertetapatan dengan qawaed syara’ dan dalil-dalil syara’. Walau dalam 100% terdapat 40 % tidak kita gemari, namun 60% dalam isu barisan alternatif menepati manhaj salaf dan amalan Ulama-ulama’ silam juga menepati keadilan sejagat, maka saya memilihnya. Dasarnya bukan tubuhnya. Keadilan dan Islam itu sendiri.
4) Saya sayang kepada negara, namun saya lebih sayang kepada Ulama’-ulama’ Salaf dan para-para sahabat yang dijanjikan Allah akan syurga, saya belajar dari Ulama dari sekian genap pelusuk negara, walau masih sangat jahil namun dari sirah mereka kita telurusi wahyu dan petunjuk yang membawa kepada cinta Allah dan RasulNya yang Rasul bersabda bahawa ikutilah sahabat-sahabatku mereka ibarat bintang-bintang. Mereka tidak bersama dengan kefasiqan dan kemungkaran dan mereka tidak bersenang-senang bersama pemerintah. Kerana barangsiapa memlih dunia dari Allah, maka halawatul iman tidak akan menyinggahi hatinya,
4) Saya tidak memusuhi mereka yang pro BN, sebagai individu Muslim saya sayangkan mereka sebagai saudara seislam saya, seperti kita tidak membenci Muawiyah & Yazid b. Muawiyah r.a yang mempunyai konflik dengan Saidina Ali r.a dari sudut muslimnya, namun dari sudut siasah dan pendirian politik Islam yang kita lihat selari dengan pemahaman Al-Quran dan Sunnah maka kita memisahkan diri dari menyintai pendirian politiknya. ( Ya, memang di situ terlalu panjang sirah dan kupasannya ).
5) Namun, apabila melihat kepada ketidakadilan yang berlaku, instrumen kerajaan digunakan untuk mengempen parti politik sedangkan parlimen telah dibubarkan pd 12hb Februari yang lepas, hati saya sangat sedih, bermakna kerajaan sudah tidak ada sehingga keputusan diumumkan namun segala media massa menggunakannya khidmat awam untuk kempen parti-parti tertentu. Inikah keadilan? Bagaimana ingin dijawap dihadapan Allah kelak? Sedangkan ulama’ zaman tabie’en sangat takut menjadi umara’ kerana andai sebutir anggur yang dimakan atas dasar wang rakyat maka menggeletarlah tubuh seraya pengsan kerana takutkan Allah. Ini yang terjadi pada Khalifah Umar Al-Khattab dan cucunya Khalifah Umar Abdul Aziz. Menelurisi kisah-kisah mereka dalam ketaqwaan pd Allah, mengamalkan syariat serta sangat berhati-hati dalam memerintah membuatkan jiwa kita bergetar kepada Allah. Kemaksiatan yang mengundang bala Allah, isu-isu sosial dan jenayah yang berleluasa, jalan belakang Petaling Street apakah cara pencegahannya? Kerajaan punya kuasa, namun? Malah isu yang paling kritikal ialah yang membabitkan persoalan wibawa dan integriti ahli-ahli politik, rasuah, korupsi, kenaikan harga barang dan minyak yang semakin meningka serta keadilan dalam pembahagian kekayaan negara kepada rakyat.
6) Saya bukan political junkie, saya tidak berminat untuk convert orang kepada barisan alternatif yang saya yakini secara umumnya, namun saya sekadar berkongsi. It is never related with the feeling of being proud as a Malaysian. Saya juga tidak setuju dengan semua perkara dalam barisan alternatif, namun berbanding dengan BN, maka saya timbang dengan neraca qawaed syara’ dan ilmu yang saya ada (walau masih sangat cetek), maka memilih mereka lebih dekat InshAllah dengan kebenaran dan keredhaan. Bagaimana pemimpin yang kita pilih seandainya praktikaliti asas dan sahsiahnya jelas bertentangan dengan isu-isu fundamental agama yang asas dan bercanggahan dengan kriteria-kriteria pemimpin adil, saksama dan selaras dengan prinsip pemimpin Islam? Apakah yang akan dijawab di hadapan Allah kelak? Saya tidak terpengaruh dengan siapa-siapa dan saya hanya memerhati secara skeptikal sejak dari dulu lagi. Tidak suka pada sifat taasub kepartian dan sukakan kasih sayang.
7 ) Barisan alternatif tidak mengharapkan kemenangan besar, cukuplah ketelusan dalam pilihanraya dan proses berkempen. Saya pernah alami pelbagai kekotoran semasa proses berkempen sewaktu saya cenderung kepada politik dahulu, politik wang, rasuah, poster-poster dikoyak, akhlak yang sangat mendukacitakan. Inikah keadilan? Kalau berita diberi sama rata, medium-medium kerajaan memberi keadilan pada liputan dan pilihan raya yg bersih dan telus, SPR yang adil; Terlalu banyak bukti tentang nama-nama pengundi yang mepunyai masalah, pengundi hantu, masa pengiraan yang dipanjangkan, inikah keadilan? Kalau bersih dan telus yang kami dapat, saya tidak kisah. Benar! Walau kalah saya puas hati. Senang dan tenang kerana pilihanraya bukan segala-galanya namun keadilan itu asas prinsip islam serta akan mejalani pemerintahan BN dengan senyum lebar. Barisan alternatif dan pembangkan diperlukan juga dalam parlimen bagi check and balance dalam banyak perkara. Ini prinsip asas dalam pembentukan kerajaan dan diakui bagi mereka yang belajar politikal sains.
8) Saya juga berterima kasih kepada kebaikan yang BN lakukan namun itu adalah tugas mereka, memberi khidmat setelah diberikan mandat majoriti rakyat dalam pilihan raya dan membentuk kerajaan, mereka mengurus wang rakyat dan melahirkannya dalam bentuk fizikal dengan cara yang menguntungkan rakyat bukan sebaliknya. Sebagai warganegara juga kita punya hak mutlak menilai setelah mandat diberi bagaimana hasil pemerintahan mereka secara keseluruhannya dan kita punya hak untuk memilih. Berbeza bukan satu jenayah. Inginkan keadilan dan perubahan bukan tanda tidak bersyukur. Minda rakyat Malaysia telah dicetak dengan budaya pemikiran yang menerima apa sahaja hidangan di media-media massa malah telah membantu melahirkan sindrom kemalasan berfikir dan bersifat kritikal yang sihat.
9) Saya yakin BN tetap akan menang, namun saya ingin melihat Barisan alternatif di beri sedikit tambahan mandat dan berjaya menafikan dua pertiga kerusi Barisan Nasional di Parlimen dalam lingkungan peratusan 45% Barisan Alternatif supaya suara-suara kami juga diambil berat. Jangan risau, saya juga cakna akan anasir-anasir luar. Kita semua perlu sangat berhati-hati namun tidak bermakna kita memejamkan mata dari kebenaran dan menafikan hak bersuara.
Sirru ‘Ala Barakatillah.
_____
1) Epilog Politik Triologi www.hembusan.blogspot.com
2) Aku Manusia Percaya www.saifulislam.com
3) Kata Tak Nak- Everything About Politics. A witty and sarcastic blog.

Al-Salaamu ‘alayki wa rahmatullah
SumHabebaty, permisi nak ambil image ‘Barisan Rakyat’.. permitted au la’?
^_^
k.Rema
Comment by your k.reyma — April 15, 2008 @ 2:37 pm