Untuk sebuah perjuangan yang belum selesai, untuk mereka yang ditindas, untuk teman yang tidak pernah kulupakan, untuk sahabatku Iman yang menghulur manisan indikator meraikan  pembebasan ayahnya dari tahanan Zionis juga istimewa untuk saudaraku di sana,  cinta itu tidak pernah aku lupakan!  Buat kita rakyat Malaysia; Sikap Baru Untuk Malaysia Baru mesti, tidak boleh tidak sangat perlu! 

Untuk Ibu Pertiwi!
(Oleh: Khalil Gibran)

Bukit-bukit di negeriku kini tenggelam
Oleh darah dan air mata
Apa yang dapat dilakukan oleh seorang anaknya yang merantau
Untuk masyarakatnya yang sengsara?
Apa pula gunanya keluh-kesah
Seorang penyair yang sedang tidak di rumah?
Seandainya rakyatku mati dalam pemberontakan menuntut nasibnya,
Aku akan berkata “Mati dalam perjuangan
Lebih mulia dari hidup dalam penindasan”
Tapi rakyatku tidak mati sebagai pemberontak
Kematian adalah satu-satunya penyelamat mereka,
Dan penderitaan adalah tanah air mereka

Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kaujatuhkan
Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan
Kekayaan hatimu dengan cinta di hati Tuhan