1.0 Introduksi
Keratan sejarah mencatatkan terdapat dua kuasa besar suatu ketika dahulu di bahagian Rom dan Parsi. Kekuatan dan kekuasaan kedua-dua belah negara amat ditakuti dan digeruni. Ketamadunan mereka menjadi kebanggaan. Kemudian muncul sebuah kuasa di tanah Hijaz yang dipimpini oleh seorang Nabi dan Rasul akhir zaman daripada bangsa Arab. Negara ini telah telah berjaya menggugat empayar yang telah dibina di Rom dan Parsi. Negara tersebut ialah negara Islam yang telah dibina oleh Rasulullah dan diteruskan oleh para sahabat. Penerusan mengurus dan mentadbir sebuah negara Islam ini diteruskan sehingga empayar khilafah berkembang sehingga menguasai 3 Lautan Utama pada ketika itu ialah Laut Putih, Hitam dan Merah. Namun sejarah kegemilangan ini telah pudar pada hari ini dengan tindak-tanduk pemerintahan di kebanyakan negara Islam yang tersasar jauh daripada landasan yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, penulis cuba untuk berkongsi sudut kecil untuk memahami bagaimana pemerintahan sebuah negara menurut Islam iaitu sudut maqasidnya.
2.0 Kesyumulan Islam
Bertitik tolak daripada kefahaman kesyumulan Islam akan membawa kita memahami bahawa pemerintahan negara itu bukan asing dalam Islam. Islam bukan sekadar agama yang menjurus kepada pengamalan ruhaniah semata-mata dengan menitik beratkan persoalan ibadat seperti solat dan puasa.
Firman Allah :
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٨٥)[1]
Maksudnya :
85. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Ulasan : Deen dalam ayat di atas adalah sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah. Barangsiapa yang menerima Islam secara sebahagian dan tidak keseluruhan akan termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat berikut :
Firman Allah :
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (٨٥) [2]
Maksudnya :
85. Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Dr. Abdul Karim Zaidan[3] menggariskan secara lengkap perkara yang terkandung di dalam Islam bagi membuktikan betapa syumulnya (lengkap) Islam. Beliau menyatakan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Akidah Islamiah : Berkaitan dengan perkara seperti keimanan kepada Allah
2. Akhlak : Berkaitan dengan sifat yang seorang muslim perlukan seperti bercakap benar
3. Perhubungan antara Allah dan hambanya : Berkaitan seperti solat, puasa
4. Perhubungan sesama makhluk : Berkaitan seperti berikut :
· Institusi kekeluargaan
· Muamalat seperti jual beli, sewaan
· Kehakiman, pendakwaan, saksi
· Bukan Islam yang datang ke negara Islam
· Hubungan dengan negara bukan Islam
· Pemerintahan seperti pemilihan ketua negara
5. Sumber hasil negara dan pengurusannya seperti perhubungan hartabenda negara dan rakyat, perhubungan antara kaya dan miskin
6. Jenayah : Berkaitan perhubungan antara negara dan rakyat sudut perkara yang dilarang dan pembalasan kepada pelanggaran hukum seperti qisas dan hudud
3.0 Kedudukan Pemerintahan dalam Islam
Dr. Abdul Karim Zaidan[4] mengatakan :
"Pemerintahan dalam Islam adalah wasilah bukan matlamat utama. Wasilah ini penting sebagai penyampai kepada maqasid yang hanya mampu dilaksanakan oleh seorang ketua negara bukan orang kebanyakan".
Kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan antara golongan yang dipilih untuk menjadi pemimpin dan ketua dan golongan yang menjadi pengikut dan dipimpin. Islam menggunakan acuan ini bagi memastikan matlamat utama Islam meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini tercapai. Maka pemerintahan merupakan wasilah terpenting dan amat penting bagi mencapai matlamat itu tadi.
4.0 Maqasid Pemerintahan dalam Islam
Ulama’ seperti al Mawardi dan Ibnu Khaldun memberikan takrifan Imamah atau Khilafah ialah:
" Pengganti kepada tugas Nubuwwah bagi memelihara Deen
dan mentadbir dunia dengan Deen tersebut."
Maka di sini boleh dibahagikan maqasid terbesar yang hendak dicapai oleh Islam dalam pemerintahan ialah bagi :
· Memelihara Islam
· Mentadbir dunia dengan panduan Islam
4.1 Pembahagian Tugas Berdasarkan Maqasid
Setelah memahami kedudukan pemerintahan di dalam Islam dan maqasid yang yang hendak dicapai oleh Islam maka pelbagai pembahagian tugas bagi seorang ketua negara boleh digariskan bagi mencapai 2 maqasid terbesar tadi.
Penulis membawa di sini 2 jenis pembahagian oleh 2 orang ulama’ iaitu Dr. Abdul Karim Zaidan dan juga Syeikh Said Hawwa sebagai contoh yang boleh memberikan gambaran dalam pembahagian tugas ini.
Dr. Abdul Karim Zaidan[5] menggariskan bagi mencapai maqasid pertama perlu kepada :
· Penjagaan
· Perlaksanaan
Bagi mencapai maqasid kedua perlu kepada :
· Menjalankan keadilan
· Memastikan keamanan
· Menyediakan keperluan
· Melipatgandakan hasil bumi
Manakala Syeikh Said Hawwa[6] meletakkan seperti berikut :
· Mendirikan syariat
· Memperkukuh hubungan dengan lapisan masyarakat
· Urusan peperangan
· Urusan taraf hidup rakyat
· Urusan keamanan
· Urusan kewarganegaraan dgn bukan Islam
· Urusan menghadapi pembangkang,pengkritik
· Urusan jenayah
· Urusan malapetaka
· Urusan utusan
Jika dihalusi setiap pecahan yang digariskan oleh beliau,ia juga merupakan pembahagian pokok yang digariskan oleh Dr. Abd Karim Zaidan. Ini menggambarkan betapa luasnya skop bidang tugas yang ada dan ia merupakan amanah kepada setiap ketua negara Islam untuk melaksanakannya.
Terperincinya Syeikh Said Hawwa, beliau meletakkan pembahagian tadi di bawah salah satu daripada 30 akhlak utama yang perlu ada pada setiap ketua negara dan akhlak ini dipanggil ilmu mentadbir. 30 akhlak !! Nescaya kepincangan yang berlaku kepada ketua negara Islam hari ini berpunca daripada kekurangan akhlak yang telah ditetapkan. Begitu juga sudah pasti hebatnya seorang ketua negara Islam itu bila dia dapat mempraktikkan ke 30 akhlak tersebut. Subhanallah !!
Seterusnya kita akan melihat bidang tugas ini satu persatu menurut garis panduan Dr. Abdul Karim Zaidan sebagai kerangka asas dan penambahan seperti yang terdapat dalam garis panduan Said Hawwa.
5.0 Maqasid Pertama : Memelihara Deen
Deen yang dimaksudkan di sini ialah Islam secara keseluruhannya. Oleh itu, bagi memelihara Deen ini memerlukan kepada penjagaan dan perlaksanan seperti yang telah disebutkan.
5.1 Penjagaan Deen
Penjagaan yang dimaksudkan ialah : mengekalkan hakikatnya, menyebarkan kepada manusia seperti yang disampaikan oleh Rasulullah, menjaga daripada berlakunya penyelewengan daripada yang telah disampaikan oleh Rasulullah.
Maka digariskan bidang tugas seperti :
· Memelihara usul Islam
· Memantau golongan yang membuat syubhah kekeliruan kepada Islam.
· Memperkuatkan ketenteraan
· Menanamkan semangat jihad yang tinggi dalam jiwa rakyat. Persoalan jihad amat ditakuti oleh musuh Islam sehingga mereka sentiasa cuba untuk memesongkan pandangan terhadap konsep jihad yang sebenar. Ini dinyatakan seperti berikut :
"Islam secara hakikatnya tiada di dalamnya jihad. Jihad Nabi bukan daripada risalah yang dibawa kerana jihad itu hanya untuk meluaskan kekuasaan".
5.2 Perlaksanaan Deen
Perlaksanaan ini berjalan dengan melaksanakan semua hukum Islam pada seluruh pengamalan manusia yang sudah pasti merangkumi dalam konsep Islam yang syumul seperti yang telah diterangkan. Dengan ini, masyarakat Islam akan dapat dipimpin dan dibimbing kepada acuan Islam yang dipaksikan dengan keimanan dan ketaatan kepada Allah dan diberikan pembalasan bagi mereka yang ingkar.
Ini berdasarkan firman Allah :
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ (١٣٨)[8]
Maksudnya :
138. (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
Bagi memastikan acuan Islam yang harmoni yang membentuk masyarakat Qur’ani maka segala virus kerosakan dan parasit mungkar mesti ditentang dan dihapuskan dalam masyarakat.
Bersambung

Allahuakbar
Rasulullah saw bersabda "Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yg kosong" (riwayat At Tarmizi)
Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)
Saya ingin menulis puisi, namun ketandusan idea. Kebelakangan ini jiwa dan ruh saya terbang ke tanah sahara. Ke bumi anbiya’. Rindu kepada bumi kinanah dan para ilmuan Islam. Hampir sahaja Allah hilangkan segala nikmat dan kelazatan berjalan padaNya. Namun kerana DIA Maha Besar, maka masih saya di sini. Masih. Andai tidak kerana simpati dan kasih sayangNYA, sudah tertinggal saya sendiri. Oh! Tidak sanggup. Segala milikMu. Aku, tiada apapun. Sudah lama tidak menhgadiri hadhrah zikir, namun mendengarnya sahaja moga-moga hidup hati ini. Amin Ya Allah.
Di atas latar merah baru ini, saya nukilkan kisah sufi terkenal Zun Nun Al Misri dgn seorang pemuda. Moga hati kita yang keras dengan kesibukan dunia hingga susah mencari masa bermesra dengan zikrullah akan lembut dan basah dengan kisah para Salaf Soleh ini.
Imam As-Sya’rani r.a.: "Seseorang itu selalunya, mengingkari apa yang dia jahil tentangnya"
Dalam khazanah kisah-kisah Sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tarikatnya. Sesudah si pemuda puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar, gadaikanlah dengan harga satu dinar saja"
Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Dia menawarkan kepada para pedagang, dari penjual buah sampai penjual makanan. Tiada seorang pun melirik apatah lagi tertarik. Lalu dengan wajah hampa pemuda itu kembali kepada Al Misri dan berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"
Jawab Al Misri, " Jangan marah dulu, sekarang juallah cincin itu kepada ahli permata. Tawarkan seribu dinar."
Tentu saja pemuda itu menjadi gusar. tapi rasa ingin tahunya membuatkan dia menuruti perintah ahli sufi itu. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Pemuda itu merasa takjub dan bergegas menemui Al Misri dan berkata " Mereka bersaing untuk membelinya."
"Nah." kata Al Misri. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu berani mencaci para sufi dan ilmu tasauf, jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."
Selalu-selalu saya terfikir, mengapakah jasad dan diri kita masih angkuh kepada Pencipta Alam. Bukankah segalanya datang daripada Allah. Kalau kita cantik, tampan, bijak, berjaya, kaya bukankah semuanya datang dari Allah? Kalau kita cinta kepada ilmu, ulama’ bukankah Rahmah dari Allah juga. Perasaan rindu kepada perkara akhirat, kepada para sahabat-sahabat dan tabieen semuanya bukan dari kita. Bukan sesuatu yang patut kita banggakan dengan mengatakan ianya hasil usaha kita. Tidak. Semuanya datang dan kesan dari pemberian DIA yang MAHA PEMBERI. Kita berdoa, DIA memilih. Kita berusaha, DIA menetapkan. Setiap zarah, inci nikmat yang Allah beri segalanya kepunyaan DIA. Tidak satupun dapat kita sandarkan pada diri kita. Kalau kita ke arah yang lebih baik, rendahkan lah diri dengan hanya melihat Allah. Kalau diri ditimpa musibah juga lihatlah pada Allah dan rahsia jua hikmah ujian ditimpakan kepada Allah. Banyak-banyakkan berdoa dan sentiasa memandang kepada zat yang Maha Agung. Pada kelemahan diri dan nafsu yang sentiasa membawa kepada kemurkaan Allah, pintalah agar Allah memimpinnya dan jangan biar kita tertipu dengan diri sendiri, dunia dan nafsu. Di bukakan pintu makrifah dan mengenal Allah. Dalam dunia dan dalam diri kita tiada satu apa pun jua yang datang dari kita. Doa ini, doa yang dibaca Saydatuna Aisyah r.a satu hikmah yang harus diamalkan selalu:-
" Allahumma Aslihlana Sha’nina WalaTakilna Ila Anfusina Torfata ‘Ayunin "

Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan
Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku
Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan
Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan
Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah
Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku…
Excerpt from asbestosnabil.blogspot.com and darwisy.blogspot.com
I really didnt care about race. Whether they are Malay, Chinese, Hindus it really didnt bother me much! Ok, now I’m going to change my language in this entry.

Jujurnya, saya tidak kisah dengan bangsa. Ini bukan kehendak saya, namun Allah yang melorongkannya.
Sejak kecil, sejak saya berumur tujuh tahun ayah telah menghantar saya ke sekolah agama swasta Jemaah Islah Malaysia di Seremban dan Kedah. Semasa umur tujuh tahun, masih hijau dan hanya tahu merengek saya memberus baju sekolah sendiri di rumah yang kami tinggal bersama cikgu. Usah ditanya bagaimana perasaan pada masa itu. Setiap kali mahu ke sekolah asrama saya akan lekas-lekas bersembunyi dalam almari pakaian. Saya akan menangis tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama tersebut. Darjah dua saya di hantar ke Kedah pula, di sekolah agama Al-Islah dan tiap minggu tok dan pak njang saya akan menjemput pulang ke kampung di Sungai Petani. Hanya darjah tiga permulaan saya berpeluang tinggal bersama keluarga di rumah nenek di Melaka.
Pada masa itu saya mula mengenal bangsa lain. Saya di hantar ke Sekolah Kebangsaan of the Infant Jesus 2 di bandar Melaka. Dalam kelas saya masih ingat hanya saya seorang yang memakai tudung. Saya ditempatkan di sebelah anak murid berbangsa cina. Dan sungguh! Kami sangat rapat dan erat dan saya benar-benar tidak ingat nama rakan sekelas yang lain melainkan dia Elaine Kang yang santun dan baik hati dan seorang lagi kawan kami Stella Tay. Pada masa itu saya mula mengenal kasih sayang itu tidak pernah mengenal warna. Akhir tahun kami berpisah dan perpisahan itu kami hadapi dengan berat hati. Mengingatkan mereka sahaja boleh bikin tubir mata basah.
Tahun seterusnya sehingga saya melangkah ke UPSR keluarga meletakkan saya di Sekolah Islam Hira’ Klang dan kami mula menetap di Selangor hingga kini. Permulaan itulah sehingga ke Mesir semasa berumur 14 tahun saya cuba untuk tidak lansung memandang sinis kepada bangsa lain. Ketika teman-teman menganggap bangsa arab kasar dan ganas, saya merasakan mereka sungguh menghormati warga asing dan bersifat sentiasa mengalukan tetamu. Mesra dan ramah. Saya tidak kisah dengan bangsa walau ianya bersifat pelbagai, namun cara kita memandangnya yang akan merubah persepsi dan membawa perubahan pada tindakan.
Sekarang?
Bagaimana kita masih berkira-kira dengan bangsa? Kita memanaskan periuk ‘ belanga ‘hati kita dengan isu-isu sentimen perkauman. Siapa yang tidak prihatin akan bangsa sendiri? Saya sayangkan budaya dan bahasa Melayu namun sayang itu tidak boleh menafikan sifat Rahmah Islam yang bersifat sejagat. Sayang dan setia pada bangsa bukan tiket menafikan sikap adil, saksama dan sifat universal kasih sayang sesama manusia.
Tidak kira dari Umnokah, Paskah, DAPkah atau PKR, tidak adil sama sekali seandainya ada di antara kita yang sengaja menyalakan sentimen perkauman di antara kita ketika kita mahu memangkin tenaga dan menyilang tangan bersama dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Isu babi @ khinzir, isu ketua kampung, isu exco, isu kerajaan campuran semuanya perlu dinilai dengan hati yang bersih dan akal yang bijaksana. Sekali-kali saya tidak akan membenarkan yang salah walau datang dari mereka yang saya cenderung padanya!
Sekarang abad 21. Siapa yang dapat menafikan ramai anak-anak remaja kita yang tergila-gilakan Wanzu pelakon Taiwan, Matsumo Jun pelakon Jepun, betapa ramai anak Melayu kita yang menjadikan Dong Bang Shin Ki artis pujaan hati mereka, betapa ramai pula yang menjadi peminat setia manga dan anime dari negara Jepun. Bagi lelaki pula siapa tidak kenal Jet Li, Bruce Lee danJackie han. Bukan isu yang cuba dibangkitkan di sini apakah kesannya kepada psikologi dan spiritual mereka. Sebaliknya ianya indikator jelas, kecenderungan minat sudah melangkaui batas bangsa, negara dan warna kulit.
Semasa di kampus UIA, saya telah tinggal bersama teman sebilik yang benar-benar obsess terhadap artis cina dan saya tahu penangannya kepada dirinya sehinggga beliau benar-benar ingin mencari teman hidup berbangsa Cina Muslim!
Bersambung
“Al-Ghazali says: “A diligent seeker of truth may be compared to one who is looking for his lost camel. It would be immaterial for him if he or another person should be the one to find it.”
I have posted an entry of " Busying Correcting Others " previously and this is my second one. How this is really for myself.
This morning, inside the LRT trains, I noticed something unusual that I never I encountered before. Well maybe it’s just me. It is about an Indian man in the train. A professional and sleek looking man whom when the train passed by a church he did a sign in his chest. A usual Christian sign. Suddenly I feel amazed. Not because of the sign itself but by his actions and his awareness towards his belief. It has made me reflect on my own self and Muslims in general. How many of us as a Muslim who believe in Almighty God will remembered Allah whenever we see a mosque? It will be to much cliche if I ask how many times we remembered HIM in our everyday life by doing dzikir in our hearts every single minutes. With the up roaring entertainment outburst out there and we are busying correcting and talking about others we rarely have a time to reflect on our own selves and looking deeply inside our own soul to do a reflection of our own desire.
It is never a hard question but it is surely a hard question to be answered. Even for me. It goes the same for the Fitna’s controversial issue that have been brought up lately. We love Allah and HIS Prophet of course. There is no doubt about it despite our flaws as a sinful servants but we hope to be with Allah and Rasulullah saw in the heaven ( on God willing , isnhAllah ) but rather than get angry with the person who have create the provocation we better look upon our own self first. Being sensitive wise in religion issues is a must but not in a wrong way. Absolutely a no no. As Sheikh Suhaib Webb posted a noteable advice by Sheikh Hussain Abdul Sattar. (Oh My! How I love his talks!) "It is time for Muslims to stop burning flags, and start burning their desires"
Also Sheikh Abdul Sattar mentioned:
" It is time for the Muslim to be a self-determined, educated, citizen of humanity and of Islam. Someone who’s character aims to mirror the Prophetic character. It is time for the sisters to put down their mascara and their foundation, and the brothers to put down the Nintendo Wii and XBOX controllers, and stand up and become men and women, and stop being boys and girls. It is time for for them to become self-determined individuals, who understand that the honor of this Deen and its Ummah, can only be given by Allah, but they must work for it. Allah says:
“God will not change the condition of a people, until they change what is within themselves.” (13:11)
It is time to stop burning flags, and start burning desires.
Stop yelling in the streets against people who are overjoyed at your anger, and whisper to Allah who will become overjoyed at your prayer.
Stop breaking, burning, and screaming.
Start building, learning, and calling.
O mankind, We created you from a single pair of a male and a female and made you into nations and tribes that you may know each other [49:13].
On the side note, it goes the same with the burning issues in our country. We can be responsive and ask peoples to respect every belief but we can’t blame others on their misunderstanding about Islam. What we should do is keep showing a good behaviours and
explaining the issues and real Islam in a wise, diligent, ethical, constructive and rational way. Not the other way around. Well boycotting Dutch products is another issue and I have my own opinion based on what I have learn from the prominent scholars, books which I read from an Economic Al-Azhar lecture that based upon a solid research, my humble knowledge in
Usul Feqh as well our own concise. I have to say, I will boycott it but only in a period of time just to sent a message to their government of the very unwise action of provocation by one of their parliament member.
" Invite all to the way of your Lord with wisdom and beautiful preaching and argue with them in ways that are best and most gracious [16:125]
Oh, by the way I can’t resist but to post this nice poem that already has been post in Darwisy’s blog. I really miss his entries!
Sidi Abu Bakr Siraj-ad-Din aka Martin Lings was one of the profoundest writers of the last century. His works are treasures of both meaning and form,that is to say, what he says and the way that he says it. Amongst the lesser known of his works is his Diwan of verse called quite simply Collected Poems.
In a poem titled Self-Portrait he says remembering the bayt-ar-Ridwan:
When half a thousand years and more
Had passed, and men allegiance swore
To the Arab Prophet, beneath the tree,
My willing hand was still not free
From bonds of time and space to be
Between his hands in fealty.
Such blessings missed, time was when I
Within myself would wonder why,
Half quarrelling with the book of fate
For having writ me down so late.
But now I no longer my lot
Can question, and of what was not.
No more I say: Would it had been!
For I have seen what I have seen,
And I have heard what I have heard.
So if to tears ye see me stirred,
Presume not that they spring from woe:
In thankful wonderment they flow.
Praise be to Him, the Lord, the King,
Who gives beyond all reckoning.
( Collected Poems, Archetype, 2001 )
Saya menulis ini kerana mata dihurung kantuk yang amat sangat. Semalam pulang dari Stadium Melawati, Shah Alam menghadiri perhimpunan besar-besar Parti Islam Semalaysia Selangor dihadiri oleh Menteri Besar Selangor dan wakil dari DAP agak lewat. Pagi-pagi Subuh seperti orang lain sudah keluar rumah. Memang sambil menyiapkan
draft Foreword untuk Menteri Kewangan 2 bagi direktori Insititusi Kewangan Islam dan mengedit
Takaful Act direktori, saya terhangguk-hangguk keletihan. Semua kerja perlu disiapkan sebelum pameran buku antarabangsa hujung minggu ini. Kerana keletihan saya merayau-rayau di alam maya. Sempat saya baca tulisan Saifulislam tentang
insan genius Sufiah yang dilanda kontroversi semalam. Sungguh! Saya terperanjat ketika membacanya di akhbar
The Star semalam, namun saya faham metah situasi yang beliau hadapi.
Kisah beliau mengingatkan saya tentang hidup saya sendiri. Oh, tidak! Bukan tentang geniusnya. Jauh panggang dari api. Namun usia muda di universiti dan tekanan mendepaninya atas desakan keluarga. Situasi kami berbeza, namun kunci kepada permulaan segalanya adalah sama. Cuma saya amat beruntung atas kasih sayang Allah jua, saya selamat dari tekanan psikologi melampau yang melupakan manusia kepada asal perhambaan. Atas doa daripada kedua ibubapa, ‘paksaan’ pada awalnya bertukar warna menjadi cinta hidup saya. Tangisan awal remaja saya menjadi mutiara yang sungguh bernilai apabila saya dapat menadah kitab dengan sekian para
Masyayeikh dan ilmuan Islam yang lain. Sungguh! Saya sangat tertekan atas ‘paksaan’ ini pada mulanya. Menjalani zaman awal remaja tidak seperti orang lain. Namun saya pasrah. Cuba sebaik mungkin mentaati kedua ibu bapa walau entah berapa kali saya menangis yang bukan sedikit. Namun segala tangisan itu dicernakan menjadi suatu yang positif yang menjadi kekuatan pengalaman untuk kehidupan masa sekarang.
Saya kasihankan Sufiah. Kita perlu memahami kondisi dan konflik yang didepani oleh Sufiah. Bukan mudah menjalani usia muda di Universiti, sambil Sufiah terpaksa menghadapi tekanan belajar dari keluarganya dan harapan-harapan dan sikap
ambitious kedua bapanya terhadapnya. Walau ia bukan alasan untuk menjadi hamba yang tidak taat kepada Tuhannya. Namun desakan untuk menjadi manusia luar biasa kepada anak-anak harus amat didokongi oleh dokongan kasih sayang yang lebih dari biasa dan sikap memahami perkembangan emosi dan
spritual anak-anak. Saya ulangi: Sangat penting. Ibu bapa berperanan menjadi teman yang membantu dan memahami dengan bersikap lemah lembut, berbincang, mendengar luahan perasaan mereka agar sokongan ibu bapa dapat dijadikan tongkat yang kukuh untuk si anak berpaut demi menjalani kehidupannya dengan tenang dan positif. Andai tidak, kanak-kanak yang berpotensi itu akan terjatuh dalam jurang tekanan emosi yang dalam disebabkan ketidakseimbangan di antara ketinggian
IQ, EQ dan SQ.

Anak-anak yang luar biasa pencapaiannya samada mereka itu genius atau tidak sangat perlu kepada perhatian yang berbeza dari anak-anak yang lain. Bukan kerana lainnya mereka namun perkembangan yang berbeza sangat perlu kepada belaian dan sikap prihatin yang penuh ketelitian terhadap setiap inci pembesaran mereka. Mereka menjalani kehidupan yang cepat dari norma biasa. Perkembangan pemikiran mereka berkembang matang lebih pantas dari anak-anak seumur mereka, namun jiwa mereka tetap anak yang umurnya adalah sesuai dengan layaknya anak-anak seumur mereka. Jesteru, kasih sayang dan perhatian tetap perlu sama walau berbeza caranya.
Andai kita mengabaikan peranan penting sebagai ibu bapa kepada anak-anak ini, pasti sesuatu yang di luar jangkauan akan berlaku dalam perkembangan kehidupan mereka. Genius atau tidak bukan isunya. Isu utamanya adalah anak-anak ini menjalani proses pembesaran di luar norma dan kitaran kebiasannya. Seandainya kita mengimpikan mereka menjadi luar biasa, perhatian dan kasih sayang kepada mereka juga sangat perlu kepada luar biasa dengan bijaknya kita mencanai kehendak emosi dan runtunan perasaan yang mereka hadapi! Untuk mendapat anak genius yang sihat emosi dan
spritual maka kita dahulu perlu genius dalam membesarkan dan membimbing mereka.
Persoalannya di sini apakah peranan kita sebagai anggota masyarakat agar cakna dan peka terhadap isu ini serta dapat membantu agar anak-anak genius ini merasa bukan sekadar istimewa dan disanjung namun mereka terasa dihargai sebagai diri mereka sendiri. Mereka berkata jauh di hati mereka. " Kami juga manusia, bukan bahan ujikaji untuk dipaparkan kepada media! "
Walau di situ ada suara-suara yang mengatakan terdapat ‘tangan-tangan’ di belakang Sufiah namun perkara yang paling vital sekarang bagaimanakah kita dapat membantunya serta apakah kesan peristiwa ini kepada ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak-anak luar biasa dan genius.
p.s: Luar biasa dan genius bagi saya berbeza definasinya. Luar biasa mungkin sahaja bermaksud menjalani perjalanan hidup yang berbeza dari norma saintifik biasa. Genius pula bermakna anak-anak yang mempunyai IQ yang tinggi, lebih dari kebiasaanya.