Saya menulis ini kerana mata dihurung kantuk yang amat sangat. Semalam pulang dari Stadium Melawati, Shah Alam menghadiri perhimpunan besar-besar Parti Islam Semalaysia Selangor dihadiri oleh Menteri Besar Selangor dan wakil dari DAP agak lewat. Pagi-pagi Subuh seperti orang lain sudah keluar rumah. Memang sambil menyiapkan draft Foreword untuk Menteri Kewangan 2 bagi direktori Insititusi Kewangan Islam dan mengedit Takaful Act direktori, saya terhangguk-hangguk keletihan. Semua kerja perlu disiapkan sebelum pameran buku antarabangsa hujung minggu ini. Kerana keletihan saya merayau-rayau di alam maya. Sempat saya baca tulisan Saifulislam tentang insan genius Sufiah yang dilanda kontroversi semalam. Sungguh! Saya terperanjat ketika membacanya di akhbar The Star semalam, namun saya faham metah situasi yang beliau hadapi.
Kisah beliau mengingatkan saya tentang hidup saya sendiri. Oh, tidak! Bukan tentang geniusnya. Jauh panggang dari api. Namun usia muda di universiti dan tekanan mendepaninya atas desakan keluarga. Situasi kami berbeza, namun kunci kepada permulaan segalanya adalah sama. Cuma saya amat beruntung atas kasih sayang Allah jua, saya selamat dari tekanan psikologi melampau yang melupakan manusia kepada asal perhambaan. Atas doa daripada kedua ibubapa, ‘paksaan’ pada awalnya bertukar warna menjadi cinta hidup saya. Tangisan awal remaja saya menjadi mutiara yang sungguh bernilai apabila saya dapat menadah kitab dengan sekian para Masyayeikh dan ilmuan Islam yang lain. Sungguh! Saya sangat tertekan atas ‘paksaan’ ini pada mulanya. Menjalani zaman awal remaja tidak seperti orang lain. Namun saya pasrah. Cuba sebaik mungkin mentaati kedua ibu bapa walau entah berapa kali saya menangis yang bukan sedikit. Namun segala tangisan itu dicernakan menjadi suatu yang positif yang menjadi kekuatan pengalaman untuk kehidupan masa sekarang.

Saya kasihankan Sufiah. Kita perlu memahami kondisi dan konflik yang didepani oleh Sufiah. Bukan mudah menjalani usia muda di Universiti, sambil Sufiah terpaksa menghadapi tekanan belajar dari keluarganya dan harapan-harapan dan sikap ambitious kedua bapanya terhadapnya. Walau ia bukan alasan untuk menjadi hamba yang tidak taat kepada Tuhannya. Namun desakan untuk menjadi manusia luar biasa kepada anak-anak harus amat didokongi oleh dokongan kasih sayang yang lebih dari biasa dan sikap memahami perkembangan emosi dan spritual anak-anak. Saya ulangi: Sangat penting. Ibu bapa berperanan menjadi teman yang membantu dan memahami dengan bersikap lemah lembut, berbincang, mendengar luahan perasaan mereka agar sokongan ibu bapa dapat dijadikan tongkat yang kukuh untuk si anak berpaut demi menjalani kehidupannya dengan tenang dan positif. Andai tidak, kanak-kanak yang berpotensi itu akan terjatuh dalam jurang tekanan emosi yang dalam disebabkan ketidakseimbangan di antara ketinggian IQ, EQ dan SQ.
Anak-anak yang luar biasa pencapaiannya samada mereka itu genius atau tidak sangat perlu kepada perhatian yang berbeza dari anak-anak yang lain. Bukan kerana lainnya mereka namun perkembangan yang berbeza sangat perlu kepada belaian dan sikap prihatin yang penuh ketelitian terhadap setiap inci pembesaran mereka. Mereka menjalani kehidupan yang cepat dari norma biasa. Perkembangan pemikiran mereka berkembang matang lebih pantas dari anak-anak seumur mereka, namun jiwa mereka tetap anak yang umurnya adalah sesuai dengan layaknya anak-anak seumur mereka. Jesteru, kasih sayang dan perhatian tetap perlu sama walau berbeza caranya.
Andai kita mengabaikan peranan penting sebagai ibu bapa kepada anak-anak ini, pasti sesuatu yang di luar jangkauan akan berlaku dalam perkembangan kehidupan mereka. Genius atau tidak bukan isunya. Isu utamanya adalah anak-anak ini menjalani proses pembesaran di luar norma dan kitaran kebiasannya. Seandainya kita mengimpikan mereka menjadi luar biasa, perhatian dan kasih sayang kepada mereka juga sangat perlu kepada luar biasa dengan bijaknya kita mencanai kehendak emosi dan runtunan perasaan yang mereka hadapi! Untuk mendapat anak genius yang sihat emosi dan spritual maka kita dahulu perlu genius dalam membesarkan dan membimbing mereka.
Persoalannya di sini apakah peranan kita sebagai anggota masyarakat agar cakna dan peka terhadap isu ini serta dapat membantu agar anak-anak genius ini merasa bukan sekadar istimewa dan disanjung namun mereka terasa dihargai sebagai diri mereka sendiri. Mereka berkata jauh di hati mereka. " Kami juga manusia, bukan bahan ujikaji untuk dipaparkan kepada media! "
Walau di situ ada suara-suara yang mengatakan terdapat ‘tangan-tangan’ di belakang Sufiah namun perkara yang paling vital sekarang bagaimanakah kita dapat membantunya serta apakah kesan peristiwa ini kepada ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak-anak luar biasa dan genius.
p.s: Luar biasa dan genius bagi saya berbeza definasinya. Luar biasa mungkin sahaja bermaksud menjalani perjalanan hidup yang berbeza dari norma saintifik biasa. Genius pula bermakna anak-anak yang mempunyai IQ yang tinggi, lebih dari kebiasaanya.