I really didnt care about race. Whether they are Malay, Chinese, Hindus it really didnt bother me much! Ok, now I’m going to change my language in this entry.

Jujurnya, saya tidak kisah dengan bangsa. Ini bukan kehendak saya, namun Allah yang melorongkannya.
Sejak kecil, sejak saya berumur tujuh tahun ayah telah menghantar saya ke sekolah agama swasta Jemaah Islah Malaysia di Seremban dan Kedah. Semasa umur tujuh tahun, masih hijau dan hanya tahu merengek saya memberus baju sekolah sendiri di rumah yang kami tinggal bersama cikgu. Usah ditanya bagaimana perasaan pada masa itu. Setiap kali mahu ke sekolah asrama saya akan lekas-lekas bersembunyi dalam almari pakaian. Saya akan menangis tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama tersebut. Darjah dua saya di hantar ke Kedah pula, di sekolah agama Al-Islah dan tiap minggu tok dan pak njang saya akan menjemput pulang ke kampung di Sungai Petani. Hanya darjah tiga permulaan saya berpeluang tinggal bersama keluarga di rumah nenek di Melaka.
Pada masa itu saya mula mengenal bangsa lain. Saya di hantar ke Sekolah Kebangsaan of the Infant Jesus 2 di bandar Melaka. Dalam kelas saya masih ingat hanya saya seorang yang memakai tudung. Saya ditempatkan di sebelah anak murid berbangsa cina. Dan sungguh! Kami sangat rapat dan erat dan saya benar-benar tidak ingat nama rakan sekelas yang lain melainkan dia Elaine Kang yang santun dan baik hati dan seorang lagi kawan kami Stella Tay. Pada masa itu saya mula mengenal kasih sayang itu tidak pernah mengenal warna. Akhir tahun kami berpisah dan perpisahan itu kami hadapi dengan berat hati. Mengingatkan mereka sahaja boleh bikin tubir mata basah.
Tahun seterusnya sehingga saya melangkah ke UPSR keluarga meletakkan saya di Sekolah Islam Hira’ Klang dan kami mula menetap di Selangor hingga kini. Permulaan itulah sehingga ke Mesir semasa berumur 14 tahun saya cuba untuk tidak lansung memandang sinis kepada bangsa lain. Ketika teman-teman menganggap bangsa arab kasar dan ganas, saya merasakan mereka sungguh menghormati warga asing dan bersifat sentiasa mengalukan tetamu. Mesra dan ramah. Saya tidak kisah dengan bangsa walau ianya bersifat pelbagai, namun cara kita memandangnya yang akan merubah persepsi dan membawa perubahan pada tindakan.
Sekarang?
Bagaimana kita masih berkira-kira dengan bangsa? Kita memanaskan periuk ‘ belanga ‘hati kita dengan isu-isu sentimen perkauman. Siapa yang tidak prihatin akan bangsa sendiri? Saya sayangkan budaya dan bahasa Melayu namun sayang itu tidak boleh menafikan sifat Rahmah Islam yang bersifat sejagat. Sayang dan setia pada bangsa bukan tiket menafikan sikap adil, saksama dan sifat universal kasih sayang sesama manusia.
Tidak kira dari Umnokah, Paskah, DAPkah atau PKR, tidak adil sama sekali seandainya ada di antara kita yang sengaja menyalakan sentimen perkauman di antara kita ketika kita mahu memangkin tenaga dan menyilang tangan bersama dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Isu babi @ khinzir, isu ketua kampung, isu exco, isu kerajaan campuran semuanya perlu dinilai dengan hati yang bersih dan akal yang bijaksana. Sekali-kali saya tidak akan membenarkan yang salah walau datang dari mereka yang saya cenderung padanya!
Sekarang abad 21. Siapa yang dapat menafikan ramai anak-anak remaja kita yang tergila-gilakan Wanzu pelakon Taiwan, Matsumo Jun pelakon Jepun, betapa ramai anak Melayu kita yang menjadikan Dong Bang Shin Ki artis pujaan hati mereka, betapa ramai pula yang menjadi peminat setia manga dan anime dari negara Jepun. Bagi lelaki pula siapa tidak kenal Jet Li, Bruce Lee danJackie han. Bukan isu yang cuba dibangkitkan di sini apakah kesannya kepada psikologi dan spiritual mereka. Sebaliknya ianya indikator jelas, kecenderungan minat sudah melangkaui batas bangsa, negara dan warna kulit.
Semasa di kampus UIA, saya telah tinggal bersama teman sebilik yang benar-benar obsess terhadap artis cina dan saya tahu penangannya kepada dirinya sehinggga beliau benar-benar ingin mencari teman hidup berbangsa Cina Muslim!
Bersambung

andai alqasam ada lebih dari seorang, tentulah saya sudah berkahwin.
offtopic
Comment by MFR — April 13, 2008 @ 7:22 am
Nai, tak sangka we both tulis pasal bangsa pada tarikh yg sama. Guess great minds think alike
salam ukhuwwah.
Comment by serikandi — April 16, 2008 @ 2:16 pm
Satu artikel yang bagus. Tergelak bile bace pasal cerita korea semua tu. Ada jgk tgk sikit2 cerita korea ni. Kawan2 kat hostel punye pengaruh.
Comment by Malakian — April 17, 2008 @ 5:40 am
MFR: Offtopic?
Serikandi: Haha kak, saya idaklah great mind pun. Akak yes, have a great mind..Seronok tengok keletah Adam dan adik yang makin membesar. Entri akak as usual exciting and enjoyable. ^^
Malakian: Shukran Lillah. Em, rasanya ini bukan artikel tapi tulisan santai. Lihatlah ia sebagai catatn hidup seorang abidullah bukannya alqasam. Rasanya ana tak sebut pasal korea kat atas, cuma Jepun dan Taiwan sahaja.:) Lebih kuranglah tu kan.
Yang terpenting, dalam bersama dengan teman-teman kita tahu di mana letak diri kita sebagai daie ( mungkin ) dalam mengekal izzah dan qudwah dan sebagai mereka yang ingin menjadi Arif Billah.
Comment by Administrator — April 21, 2008 @ 7:23 am
Haha, tersilap. Kawan saye yg minat cerite kartun jepun pun byk. Nih cerita Naruto kalau tak silap. Diorang ni dah besar2 pun layan Naruto. Tp ceritenye memang best, hehe.
Comment by Malakian — April 25, 2008 @ 4:31 am
subhanallah….andaikata minda itu dilapangkan…akan terpaut pada kasih yang selama ini terjurang
Comment by bintunahmad — April 28, 2008 @ 11:55 am
pembetulan….andai kata minda itu dilapangkan…maka akan bertautlah kasih yang selama ini terjurang…
Comment by bintunahmad — April 28, 2008 @ 11:58 am