Allahuakbar

Rasulullah saw bersabda "Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yg kosong" (riwayat At Tarmizi)

Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Saya ingin menulis puisi, namun ketandusan idea. Kebelakangan ini jiwa dan ruh saya terbang ke tanah sahara. Ke bumi anbiya’. Rindu kepada bumi kinanah dan para ilmuan Islam. Hampir sahaja Allah hilangkan segala nikmat dan kelazatan berjalan padaNya. Namun kerana DIA Maha Besar, maka masih saya di sini. Masih. Andai tidak kerana simpati dan kasih sayangNYA, sudah tertinggal saya sendiri. Oh! Tidak sanggup. Segala milikMu. Aku, tiada apapun. Sudah lama tidak menhgadiri hadhrah zikir, namun mendengarnya sahaja moga-moga hidup hati ini. Amin Ya Allah.

Di atas latar merah baru ini, saya nukilkan kisah sufi terkenal Zun Nun Al Misri dgn seorang pemuda. Moga hati kita yang keras dengan kesibukan dunia hingga susah mencari masa bermesra dengan zikrullah akan lembut dan basah dengan kisah para Salaf Soleh ini.

Imam As-Sya’rani r.a.: "Seseorang itu selalunya, mengingkari apa yang dia jahil tentangnya"

Dalam khazanah kisah-kisah Sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tarikatnya. Sesudah si pemuda puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin daripada jarinya dan berkata, "Bawalah cincin ini ke pasar, gadaikanlah dengan harga satu dinar saja"
Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua dan dibawa ke pasar. Dia menawarkan kepada para pedagang, dari penjual buah sampai penjual makanan. Tiada seorang pun melirik apatah lagi tertarik. Lalu dengan wajah hampa pemuda itu kembali kepada Al Misri dan berkata, "Engkau membohongiku, cincin ini tidak berharga"

Jawab Al Misri, " Jangan marah dulu, sekarang juallah cincin itu kepada ahli permata. Tawarkan seribu dinar."

Tentu saja pemuda itu menjadi gusar. tapi rasa ingin tahunya membuatkan dia menuruti perintah ahli sufi itu. Sungguh menghairankan, ternyata para pedagang permata berebut untuk membeli cincin itu. Pemuda itu merasa takjub dan bergegas menemui Al Misri dan berkata " Mereka bersaing untuk membelinya."

"Nah." kata Al Misri. "Orang tidak akan mengetahui suatu benda berharga atau tidak jika ia belum mengenalnya. Bagaimana mungkin kamu berani mencaci para sufi dan ilmu tasauf, jika kamu belum mengetahui isinya? Pelajari dulu baik baik, barulah tentukan pendapatmu. Itulah sikap orang bijak."

Selalu-selalu saya terfikir, mengapakah jasad dan diri kita masih angkuh kepada Pencipta Alam. Bukankah segalanya datang daripada Allah. Kalau kita cantik, tampan, bijak, berjaya, kaya bukankah semuanya datang dari Allah? Kalau kita cinta kepada ilmu, ulama’ bukankah Rahmah dari Allah juga. Perasaan rindu kepada perkara akhirat, kepada para sahabat-sahabat dan tabieen semuanya bukan dari kita. Bukan sesuatu yang patut kita banggakan dengan mengatakan ianya hasil usaha kita. Tidak. Semuanya datang dan kesan dari pemberian DIA yang MAHA PEMBERI. Kita berdoa, DIA memilih. Kita berusaha, DIA menetapkan. Setiap zarah, inci nikmat yang Allah beri segalanya kepunyaan DIA. Tidak satupun dapat kita sandarkan pada diri kita. Kalau kita ke arah yang lebih baik, rendahkan lah diri dengan hanya melihat Allah. Kalau diri ditimpa musibah juga lihatlah pada Allah dan rahsia jua hikmah ujian ditimpakan kepada Allah. Banyak-banyakkan berdoa dan sentiasa memandang kepada zat yang Maha Agung. Pada kelemahan diri dan nafsu yang sentiasa membawa  kepada kemurkaan Allah, pintalah agar Allah memimpinnya dan jangan biar kita tertipu dengan diri sendiri, dunia dan nafsu. Di bukakan pintu makrifah dan mengenal Allah. Dalam dunia dan dalam diri kita  tiada satu apa pun jua yang datang dari kita. Doa ini, doa  yang dibaca Saydatuna Aisyah r.a satu hikmah yang harus diamalkan selalu:-
 
" Allahumma Aslihlana Sha’nina WalaTakilna Ila Anfusina Torfata ‘Ayunin " 
 


Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan

Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan

Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku…

Excerpt from asbestosnabil.blogspot.com and darwisy.blogspot.com