I

Sesuatu yang amat mustahillah kalau manusia tidak punya rasa cinta. Seperti mustahil wanita tidak tertarik kepada bunga. Walau hanya sekuntum bunga yang tidak berbau, setiap wanita tertarik kepada bunga. Oh, saya tidak sukakan bunga namun sekali-sekala suka melihatnya. Bukankah ia termasuk kategori sense of attraction juga.

Atas nama cinta manusia bernafas di muka bumi ini. Seperti kisah cinta di bumi Granada. Kisah cinta penyair bernama Ibn Zaydun dengan sang puteri yang berani bernama Wallada.

Kisah cinta mereka dirakamkan dalam bait-bait puisi. Bagi anak-anak kelas sastera Arab di Syiria, wajib mereka menekuni karya Ibn Zaydun dalam pengajian mereka.Kisah cinta mereka berdua sentiasa segar dan hidup dalam hati-hati penduduk Cordova, ibukota Sepanyol di zaman pemerintahan Khalifah Ummayah.

II

Bukanlah satu perkara asing untuk menelusuri kisah-kisah cinta dalam tamadun Islam. Terlalu banyak yang dipatrikan dalam sejarah. Kisah cinta antara Puteri Wallada dan Ibn Zaydun menjadi bahan bualan manusia di zamannya dan menjadi sejarah pada manusia selepas mereka kerana keberaniaan Wallada menongkah arus sosio budaya pada zamannya. Selain dengan berani mendeklamasikan puisi-puisi yang dicipta untuk Ibn Zaydun, beliau menyulam bait-bait puisi ke kainnya. Malah bait-bait puisinya yang berani menyanggah tatasusila masyarakat sezamannya menarik perhatian dunia. Tambahan beliau dari kalangan bangsawan mencipta satu wacana baru dalam era tersebut.

Ralat: Kepada Encik Tawel Sensei dan Saudara Ahmad Dhuat, ‘ kominasai’ sebab komen antuma berdua telah tanpa disengajakan terdelate bersama dengan entri asal topik ini.