الجلسة مع الحبيب الشيخ يوسف محي الدين البخور الحسن

Majlis diskusi kitab Haqaiq an at-Tasawwuf oleh asy-Syaikh al-Habib Yusuf Mahyuddin al-Bakhur al-Hasani pada 8 Jun, 2008 [hari Ahad]. Majlis bermula jam 2 petang bertempat diPusat Pengajian Ba’alawi: No.9, Jalan UP2A,Prima Ukay, Kemensah.
Kitab Haqaiq at-Tasawwuf dikarang oleh al-’Arifbillah asy-Syaikh ‘Abdul Qadir ‘Isa al-Halabi. Dan beliau merupakan guru kepada asy-Syaikh al-Habib Yusuf Mahyuddin al-Bakhur al-Hasani.
Sidi Muhlis said:
Pengajian Kitab Haqo’iq ‘Ani At-Tasawwuf bersama Sheikh Al-Habib As-Syarif Yusuf Al-Hasani
Rumah Haji Mat Nor, Gombak
No: 1769 2 A, Lorong Maulana, Batu 7, Jalan Gombak, Gombak.
Pagi: 9.00 pg - 11.00 pg
Malam: lepas maghrib - 9.00 mlm.
Kitab Haqo’iq ‘Ani At-Tasawwuf ini merupakan karangan guru kepada Sheikh Yusuf Al-Hasani sendiri iaitu Sheikh As-Syarif Abdul Qadir Isa Al-Halabi, yang dikenali di bumi Syam sebagai Mujaddid dalam ilmu tasawwuf. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh murid Sheikh Yusuf sendiri iaitu Sidi Ust Mustofa At-Thoib Al-Kelantani.
Buku ini merupakan satu-satunya buku yg dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir Isa Al-Halabi dalam rangka untuk menjelaskan makna sebenar tasawwuf itu sendiri dalam neraca syarak, berpandukan Al-Qur’an, As-Sunnah dan perkataan para salafus-soleh dan ulama’ muktabar dari kalangan khalaf.
Buku ini juga menjawab pelbagai tohmahan yg dilemparkan ke atas golongan sufi secara amnya, dengan jawapan-jawapan yang bersandarkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan perkataan Salafus-Soleh, juga perkataan2 para ulama’ muktabar yang lain.
Buku ini sangat berguna untuk mereka yang sememangnya ikhlas dan jujur dlam ingin mengenali ilmu tasawwuf Islami yang sebenar, dan ingin mengikuti jalan kebenaran daripada Rasulullah s.a.w. itu sendiri.
Sheikh Yusuf Al-Hasani akan mensyarahkan buku tersebut dan di penghujung pengajian, Sheikh Yusuf akan mengijazahkan kitab tersebut kepada para penuntut ilmu yang mempelajari buku tersebut sepanjang pengajian berlangsung.
Buku ini boleh didapati dalam versi bahasa Melayu di tempat pengajian.

Eh zayyik ukhtil mahbubah..
ma’a asafin shadeed la astati’ an usafira ila malizia li an akuna ma’akum wal ahbab. lakin ittasaltu bi Sidina Syeikh wa inSyaAllah hua sayakun ma’ana fi sanghafurah fi akhir shahr.
kaifa halukum ukhti. lam ajid ‘unwan email bita’ik. ittasili biy min fadhlikum. Wassalaam.
Comment by Bintu Halid — June 17, 2008 @ 4:13 am
Salam!
MasyAllah..
Ya habibti…Ana Alhamdulillah bikhair, wa enti? Wahaystuni awi! Saatasilu bik fil barid elektroniah ba’ad inshAllah..
Haqiqotan god zidtu ‘alamataul barid elektroniah bita’ik tahta rasul massanger bittai walakin hatta alan ma yujad ayyul ijabah..
Fi Amanillah!
Ma’a kathirul hub minni!
Comment by Administrator — June 17, 2008 @ 4:19 am