Turki: Di antara kebangkitan Islam dan kebangkitan permainan bola sepak Euro
Saya menulis ini kerana Turki. Saya memang sangat menyintai Turki dan tamadunnya. Saya mengasihi sahabat-sahabat dari Turki dan merindui masakan mereka.
Semalam, Tukri kalah berdepan German. Mereka bermain hebat walau ketiadaan hampir lapan pemain utama. Saya teringat pesan Syeikh Nuruddin tentang bola sepak.
Namun semalam, tanpa disangka dalam sejarah bola sepak Euro mungkin kedapatan seorang Muslimah berhijab penuh dengan pakaian menutup aurat berada dalam stadium bersama suaminya. Suaminya tidak lain merupakan Presiden yang menyokong perkembangan dan gerakan Islam di Turki. Saya kagum dengan hijabnya. Saya kagum dengan Turki. Walau mereka tidak sempurna namun mereka berusaha. Perdana Menteri baru Turki yang menang di dalam pilihanraya Turki baru-baru ini dari gerakan politik Islam malah telah mengangkat sekatan memakai hijab di Turki.
Entri ini mungkin panjang lagi. Mungkin ya dan mungkin tidak.
Mereka bermain dengan penuh tenaga, semangat dan suasana anti racist yang baru. Turki; Kumpulan ‘underdog’ yang menjangkau capaian melebihi sangkaan ramai.
Saya harus benar lekas-lekas menghubungi Nejmiye dan Ebru. Dua sahabat sehidup semati saya di Turki!

Salam al-qasam, ana nak minta password. Nak baca isi kandungan yang memerlukan password. Sila beri tunjuk ajar untuk penulisan yang sedap di baca seperti blog anda nie ye….rajin2lah ke blog ana. syukran
Comment by nadiah — June 26, 2008 @ 3:54 pm
wira turki disambut walaupun tewas… =]
Comment by imamdesa — June 27, 2008 @ 9:47 am
salam,k.long teruskan menulis.
Comment by hajar — June 29, 2008 @ 6:24 am