May 6, 2008
6.0 Maqasid kedua : Mentadbir Dunia dengan Deen
Islam tidak meminggirkan dunia. Oleh itu wasilah pemerintahan ini amat penting agar dunia ini dapat ditadbir seperti yang telah digariskan oleh penciptanya iaitu Allah. Tidak ada panduan yang lebih baik selain panduan al Quran dan Sunnah yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Dengan panduan risalah ini negara Islam yang dibentuk oleh Baginda yang diteruskan oleh para sahabat telah berjaya meruntuhkan empayar jahiliah yang besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi.
Musuh Islam hari ini cuba memasukkan jarum sekular kepada pemikiran umat Islam dengan membawa pemikiran pemisahan antara agama dan dunia. Selain itu, mereka mengatakan jika Islam memerintah maka akan membawa kepada negara agama yang skopnya sempit.
Dr. Yusuf Qaradawi mengulas perkara ini dengan mengatakan :
"Penjajah telah berjaya membentuk pemikiran bahawa agama tidak ada tempat dalam pentadbiran negara, agama lain dan politik lain…" [9]
Kerangka utama dalam mentadbir :
· Menjalankan Keadilan
· Memastikan Keamanan
· Menyediakan Keperluan
· Melipatgandakan Hasil Bumi
6.1 Menjalankan Keadilan
Keadilan amat dituntut oleh Islam. Ini jelas seperti yang disebutkan dalam firman Allah :
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (٥٨)يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا (٥٩) [10]
Maksudnya :
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Ayat 58 dan 59 menggambarkan bahawa amanah dan menghukum dengan adil adalah tanggungjawab utama ketua negara. Oleh itu, dengan perlaksanaan kewajipan tadi dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul maka barulah rakyat memberikan ketaatan kepada ketua negara.
Dr. Yusuf Qaradawi mengatakan :
"Dengan 2 ayat ini Syeikh Islam Ibnu Taimiah telah mengarangkan kitabnya bertajuk Siasah Syari’yyah fi Islah Ra’ie Wa Raieyah yang membahaskan isi dua ayat tadi" [11]
Justeru, ketua negara juga perlu memastikan setiap perlantikan dalam jawatan negara adalah disandang oleh mereka yang berkelayakan dan amanah. Ini kerana mereka merupakan wakil ketua negara dalam urusan dengan rakyat dan ketidakmampuan mereka akhirnya akan memberikan ketidakpuashatian rakyat kepada ketua negara.
Ini sejajar dengan firman Allah :
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ (٢٦) [12]
Maksudnya :
26. Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang Kuat, lagi amanah".
Selain memastikan amanah dan berkelayakan, tugas memantau dan memerhatikan gerak kerja setiap jawatan di bawah negara perlu dilakukan. Ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku penyelewangan yang boleh menzalimi rakyat dan menyebabkan rakyat marah dan negara tidak stabil. Kuasa yang diberikan tidak secara mutlak tetapi terikat dengan syariat Allah.
Ini sejajar dengan firman Allah :
يا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (٢٦) [13]
Maksudnya :
26. Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (Hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Keadilan ini bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam yang bernaung di bawah kekuasan negara Islam.
Berdasarkan firman Allah dalam surah al Mumtahanah :
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)
Maksudnya :
8. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Said Hawwa mengulas dalam Urusan Kewarganegaraan dengan bukan Islam :
"Bila bukan Islam menepati janji maka perlu berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka dan mempertahankan mereka".
6.2 Memastikan Keamanan
Semua manusia menginginkan keamanan. Keamanan perlu menyeluruh kepada semua yang berhak berada di bawah sebuah negara Islam. Antara yang perlu dilaksanakan dan dijalankan ialah perundangan jenayah yang akan memastikan hukuman bagi mereka yang cuba menggugat keamanan menurut perspektif Islam.
Said Hawwa mengulas dalam Urusan Keamanan :
"Keutamaan yang besar perlu diberikan kepada keamanan. Keamanan ini termasuklah keamanan ketua negara, pemerintahan dan rakyat. Maka akan termasuk di dalamnya banyak perkara seperti polis, perisik, kehakiman yang adil, hukuman…"
Beliau mengulas dalam Urusan Jenayah :
"Hukuman dilakukan dengan kadar yang diperlukan untuk memperadabkan tanpa melampau kepada kezaliman dan tidak mengambil mudah perkara hudud dan qisas. Syariat telah memberi pilihan yang banyak kepada ketua negara dalam ta’zir bagi menghukum golongan fasik, melakukan maksiat begitu juga meilzamkannya mendirikan hudud dan qisas…"
6.3 Penyediaan Keperluan
Setiap negara mempunyai pelbagai sektor yang boleh dikembanggiatkan bagi memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat. Usaha ini perlu bagi memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan juga menjalani kehidupan dengan keperluan yang mencukupi.
Ini boleh dinyatakan seperti berikut :
· Penyediaan peluang kerja
· Mencambahkan industri
· Meningkatkan tahap keilmuan
Usaha-usaha ini dalam persoalan hukum merupakan fardu kifayah yang amat penting.
Berkata A’llamah Ibnu Abidin dalam kitabnya Raddul Mukhtar A’la Durril Mukhtar :
"Merupakan fardun kifayah bagi penyediaan tempat pengeluaran (kilang) yang diperlukan".[17]
Said Hawwa mengulas dalam Urusan Taraf Hidup :
"Ini merupakan perkara yang diambil berat oleh manusia dan sebagai penimbang, siapa yang gagal maka sukar mendapatkan istiqamah manusia untuk menyukai dan memberi ketaatan".
6.4 Mengusahakan Hasil Bumi
Allah menjadikan bumi ini penuh dengan hasil yang boleh diusahakan bagi kemanfaatan manusia bersama.
Firman Allah :
وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِرًا نُخْرِجُ مِنْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا وَمِنَ النَّخْلِ مِنْ طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِنْ أَعْنَابٍ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انْظُرُوا إِلَى ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٩٩) [19]
99. Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu Segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
Maka sudah pasti sebagai ketua dalam negara Islam mengusahakan dan melipatgandakan hasil agar dapat dinikmati oleh rakyat dan digunakan bagi manfaat rakyat bersama. Sikap ini telah digambarkan oleh Khalifah Harun Ar Rasyid yang meminta semua pakar kejuruteraan dan ulama’ berkumpul bagi menyediakan plan pengaliran yang hendak dibuat bagi menyuburkan tanah Kharaj (cukai kepada tanah yang dibuka oleh orang Islam). Dalam usaha ini Imam Abu Yusuf telah mengarang kitab berkenaan Kharaj bagi keperluan negara.[20]
7.0 Konklusi
Sudah pasti jelas bagi kita betapa besarnya maqasid yang hendak dicapai oleh Islam melalui pemerintahan. Melalui wasilah pemerintahan begitu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang ketua negara bersama ahli kabinetnya.
Adalah amat malang jika sebuah negara Islam itu diperintahkan dengan ketua negara yang tidak memiliki akhlak pentandbiran ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Said Hawwa dalam 30 Akhlak bagi seorang ketua negara.
Harapan agar para ulama’ sedar akan kepentingan tanggungjawab ini dan menjadikan agenda bagi memastikan negara mereka mempunyai kepimpinan yang berakhlak. Kelalaian ulama’ dalam memastikan adanya mereka yang layak menjadi ketua negara dan memastikan mereka berakhlak dengan akhlak yang telah ditetapkan akan mengakibatkan kepincangan dan kerosakan dan sudah pasti Islam tidak dapat dipelihara dengan baik dan dunia menjadi sarang kemaksiatan.
Bangunlah generasi hari ini bagi mendepani cabaran yang cukup besar.
والله من وراء القصد وعليه توكلت وإليه أنيب
وما أريد الا الإصلاح وما توفيقى الا بالله
الفقير إلى الله
Amly Asenar
Abu kinanah
BA Syariah dan Undang-Undang
Jabatan Syariah Islamiah
Universiti Al Azhar As Syariff
Cawangan Tanta
Penuntut
Darul Ifta’ Al Misriah
Mesir
April 29, 2008
Enter your password to view comments
April 17, 2008
Assalamu’alaikum.
You are invited to
Majles Maulidur Rasul S.A.W and Houl Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Gailani R.A
at:
Masjed Putrajaya
on:
19th of April 2008
(after solat Asar)
Speakers:
1. Sheikh Dr. Rafi’ Al-Ani
(The Mufti of Iraq)
2. Habib Umar bin Hamid Al-Gailani (Makkah)
3. Habib Abas bin Alawi Al-Maliki (Makkah)
4. Prof Dr. Ibrahim Abu Mohammad
(The Islamic Thinker and Advisor to the Islamic Supreme Council of Australia)
5. Habib Hassan bin Mohammad Salim Al-Attas (Singapore)
6. Al-Syed Afeefudin Al-Gailani
If there is a word that can describe my emotion right now it will be " I’m so missing to attend a hadrah dzikr with Ulama’! ".
April 10, 2008
I really didnt care about race. Whether they are Malay, Chinese, Hindus it really didnt bother me much! Ok, now I’m going to change my language in this entry.

Jujurnya, saya tidak kisah dengan bangsa. Ini bukan kehendak saya, namun Allah yang melorongkannya.
Sejak kecil, sejak saya berumur tujuh tahun ayah telah menghantar saya ke sekolah agama swasta Jemaah Islah Malaysia di Seremban dan Kedah. Semasa umur tujuh tahun, masih hijau dan hanya tahu merengek saya memberus baju sekolah sendiri di rumah yang kami tinggal bersama cikgu. Usah ditanya bagaimana perasaan pada masa itu. Setiap kali mahu ke sekolah asrama saya akan lekas-lekas bersembunyi dalam almari pakaian. Saya akan menangis tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama tersebut. Darjah dua saya di hantar ke Kedah pula, di sekolah agama Al-Islah dan tiap minggu tok dan pak njang saya akan menjemput pulang ke kampung di Sungai Petani. Hanya darjah tiga permulaan saya berpeluang tinggal bersama keluarga di rumah nenek di Melaka.
Pada masa itu saya mula mengenal bangsa lain. Saya di hantar ke Sekolah Kebangsaan of the Infant Jesus 2 di bandar Melaka. Dalam kelas saya masih ingat hanya saya seorang yang memakai tudung. Saya ditempatkan di sebelah anak murid berbangsa cina. Dan sungguh! Kami sangat rapat dan erat dan saya benar-benar tidak ingat nama rakan sekelas yang lain melainkan dia Elaine Kang yang santun dan baik hati dan seorang lagi kawan kami Stella Tay. Pada masa itu saya mula mengenal kasih sayang itu tidak pernah mengenal warna. Akhir tahun kami berpisah dan perpisahan itu kami hadapi dengan berat hati. Mengingatkan mereka sahaja boleh bikin tubir mata basah.
Tahun seterusnya sehingga saya melangkah ke UPSR keluarga meletakkan saya di Sekolah Islam Hira’ Klang dan kami mula menetap di Selangor hingga kini. Permulaan itulah sehingga ke Mesir semasa berumur 14 tahun saya cuba untuk tidak lansung memandang sinis kepada bangsa lain. Ketika teman-teman menganggap bangsa arab kasar dan ganas, saya merasakan mereka sungguh menghormati warga asing dan bersifat sentiasa mengalukan tetamu. Mesra dan ramah. Saya tidak kisah dengan bangsa walau ianya bersifat pelbagai, namun cara kita memandangnya yang akan merubah persepsi dan membawa perubahan pada tindakan.
Sekarang?
Bagaimana kita masih berkira-kira dengan bangsa? Kita memanaskan periuk ‘ belanga ‘hati kita dengan isu-isu sentimen perkauman. Siapa yang tidak prihatin akan bangsa sendiri? Saya sayangkan budaya dan bahasa Melayu namun sayang itu tidak boleh menafikan sifat Rahmah Islam yang bersifat sejagat. Sayang dan setia pada bangsa bukan tiket menafikan sikap adil, saksama dan sifat universal kasih sayang sesama manusia.
Tidak kira dari Umnokah, Paskah, DAPkah atau PKR, tidak adil sama sekali seandainya ada di antara kita yang sengaja menyalakan sentimen perkauman di antara kita ketika kita mahu memangkin tenaga dan menyilang tangan bersama dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Isu babi @ khinzir, isu ketua kampung, isu exco, isu kerajaan campuran semuanya perlu dinilai dengan hati yang bersih dan akal yang bijaksana. Sekali-kali saya tidak akan membenarkan yang salah walau datang dari mereka yang saya cenderung padanya!
Sekarang abad 21. Siapa yang dapat menafikan ramai anak-anak remaja kita yang tergila-gilakan Wanzu pelakon Taiwan, Matsumo Jun pelakon Jepun, betapa ramai anak Melayu kita yang menjadikan Dong Bang Shin Ki artis pujaan hati mereka, betapa ramai pula yang menjadi peminat setia manga dan anime dari negara Jepun. Bagi lelaki pula siapa tidak kenal Jet Li, Bruce Lee danJackie han. Bukan isu yang cuba dibangkitkan di sini apakah kesannya kepada psikologi dan spiritual mereka. Sebaliknya ianya indikator jelas, kecenderungan minat sudah melangkaui batas bangsa, negara dan warna kulit.
Semasa di kampus UIA, saya telah tinggal bersama teman sebilik yang benar-benar obsess terhadap artis cina dan saya tahu penangannya kepada dirinya sehinggga beliau benar-benar ingin mencari teman hidup berbangsa Cina Muslim!
Bersambung
March 19, 2008

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad!
MAJLIS HADITH SEMPENA MAULID NABI S.A.W :
TARIKH : 22 MAC 2008 ( SABTU - bermula 3.00 ptg )
TEMPAT : MADRASAH AL HASANIAH
KG BUKIT SEMBILAN,
KM 35 JALAN SEREMBAN-TAMPIN
71350 K0TA NEGERI SEMBILAN
Dengan nikmat Allah swt , pada tahun ini Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS)Sayyiduna Muhammad sawUstaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Malikial Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini menyambut secara besar-besaran majlis Maulid Rasul Teragung, dengan menghidupkan konsep penghayatan Hadith Nabi. Bagi menjayakan majlis kelahiran insan terbaik Nabi Muhammad saw Penasihat YSNS, berusaha mempersembahkan majlis terbaik dengan berbesar hati menjemput gurunya, seorang pakar hadith pada zaman ini, bagi memberikan pengisian yang terbaik dalam majlis tersebut. Semoga kehadiran beliau lebih memberkati dan melimpahkan fuyudhat ke dalam majlis yang akan dilangsungkan.
Dalam majlis ini, beliau akan membaca kitab hadith karangan Mufti Syafi’i di Makkah al Mukarramah, al Imam al Allamah al Musnid Syeikh Muhammad Said Sunbul al Makki (wafat 1175 H) yang bertajuk al Awail al Sunbuliyyah, yang mengandungi 43 buah hadith terawal dari 43 buah kitab hadith, dan seterusnya berkenan untuk mengijazahkannya. Menjadi tradisi di Makkah al Mukarramah kitab ini dibaca dan mula-mula diijazahkan sebelum pembacaan dan pengijazahan kitab-kitab yang lain.
Beliau juga berkenan untuk mengijazahkan hadith Musalsal Memakai Tasbih yang dikenali dengan Musalsal Munawalah al Subhah. Semoga kaum Muslimin dan Muslimin tidak melepaskan peluang keemasan mengutip segala kebaikan, nafahat dan barakat demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
TENTATIF SAMBUTAN :
3.00 ptg : Pembacaan dan Pengijazahan Hadith dari kitab al Awail al Sunbuliyyah
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini
4.23 ptg : Solat Asar
: Pengijazahan Hadith Musalsal bi al Subhah
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini
6.30 mlm : Minum Petang
7.24 mlm : Solat Maghrib
: Bacaan Maulid al Daiba’ei
8.32 mlm : Solat Isya’
: Ceramah Maulid Nabi SAW
oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini
10.00 mlm : Makan malam dan bersurai

PENGENALAN RINGKAS :
AL ALLAMAH AL MUHADDITH DR. MAHMUD SAID MAMDUH AL HUSAINI

Beliau merupakan seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau juga adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah pada hari ini yang banyak mempertahankan aqidah Ahli Sunnah dari serangan musuh-musuh.
Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah:
Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com
March 11, 2008
Untuk sebuah perjuangan yang belum selesai, untuk mereka yang ditindas, untuk teman yang tidak pernah kulupakan, untuk sahabatku Iman yang menghulur manisan indikator meraikan pembebasan ayahnya dari tahanan Zionis juga istimewa untuk saudaraku di sana, cinta itu tidak pernah aku lupakan! Buat kita rakyat Malaysia; Sikap Baru Untuk Malaysia Baru mesti, tidak boleh tidak sangat perlu!
Untuk Ibu Pertiwi!
(Oleh: Khalil Gibran)
Bukit-bukit di negeriku kini tenggelam
Oleh darah dan air mata
Apa yang dapat dilakukan oleh seorang anaknya yang merantau
Untuk masyarakatnya yang sengsara?
Apa pula gunanya keluh-kesah
Seorang penyair yang sedang tidak di rumah?
Seandainya rakyatku mati dalam pemberontakan menuntut nasibnya,
Aku akan berkata “Mati dalam perjuangan
Lebih mulia dari hidup dalam penindasan”
Tapi rakyatku tidak mati sebagai pemberontak
Kematian adalah satu-satunya penyelamat mereka,
Dan penderitaan adalah tanah air mereka
Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kaujatuhkan
Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan
Kekayaan hatimu dengan cinta di hati Tuhan
February 28, 2008
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.
Semua sudah maklum akan hangat pilihanraya sekarang. Sempat juga alqasam bersembang dengan sahabat akan persoalan tarbiyah dalam satu parti politik dan kontradaksi dalam kekeliruan pemilihan undi yang berlaku di kalangan ahli-ahli gerakan Islam samada mereka yang cenderung kepada politik kepartian ataupun tidak.
Semua dari kita adalah makhluk Allah yang mempunyai akal yang diberi Allah dada yang cerah inshAllah dengan tumpahan ilmu yang sohih andai benar ikhlas mencari keRedhaannya namun kita juga manusia yang faqir yang tertakluk pada kalimah janji LAILAHAILLAH.
Ingin alqasam ulas beberapa momentu utama namun sebelum itu ingin sahaja menangis bila membaca ini, rasa lapang bila membaca ini, rasa terkilan bila mebaca ini dan menjadi kritikal dalam bentuk yang positif bila membaca ini. ( Baca: alfaqer tuan site ini tidak mempunyai affliciation dengan mana-mana link-link berkenaan. Mereka adalah pemikir, kita membaca, menyeluruhinya, berfikir dan membuat keputusan. )
Mengapa semua rasa ini terhimpun, inshAllah akan disimpulkan dalam entri akan datang.
Percayalah, alqasam tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik di Malaysia tetapi tidak bermakna tidak mempunyai kecenderungan kepada siasah Islamiah. Sejak kehangatan perbicaraan mengenai pilihanraya berlansung, alqasam cuba untuk tidak menghiraukannya kerana keutamaan-keutamaan dari aspek masa dalam perkara-perkara lain. Namun ketidakpedulian kita atau tidak kecenderungan kita terhadap persoalan manhaj, tarbiyah ataupun akhlak dalam sesuatu gerakan tidak lansung boleh diberikan alasan untuk kita melupakan persoalan menentang kezaliman dan menegakkan ma’ruf dari perspektif Feqh Ad-Daulah! Samada anda Tabligh, ISMA, Abim, Jim, Haluan, AlaMadzhabiyyah, Wahabi, Tradisional atau pun apa sahaja kecendurangan dalam toriq ilAllah, jangan lupa ulama’-ulama Salaf dan silam tidak pernah berhenti melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar dan giat berjihad melawan fasiquun dan zholimuun.
Andai kita tidak bersetuju akan persoalan demokrasi sebagai keperluan fardhu dalam menentang kezaliman dengan alasan ianya adalah bid’ah dan ideologi kuffar, maka apakah anda boleh menafikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil ianya sebagai hukum harus yang sangat diperlukan dalam mencegah munkar dari aspek kenegaraan ataupun Feqh Daulah. Andai kita tidak menyukai Umno juga tidak cenderung kepada barisan pembangkang bolehkah sahaja kita goyang kaki dan mengambil jalan mudah mendiamkan diri? Kalau benar kita cinta pada ulama’ ‘Amilin atau cinta kepada usaha dakwah, maka proses pembuangan undi adalah tanggungjawab sebagai warganegara dalam sebuah entiti hidup bermasyarakat.
Benar, pilihan raya bukan segala-galanya, bukan tujuan bukan juga matlamat bukan juga sasaran. Meyebarkan risalah dakwah adalah matlamat utama dalam mana-mana gerakan Islam. Kerja utama kita adalah menyampaikan dakwah dan menerapkan tarbiyah Islamiah ke dalam setiap individu-individu Muslim. Tanggungjawab utama kita adalah dengan menerapkan pemahaman Islam yang sohih dan jelas serta menyeluruh dan pencarian ilmu yang tidak akan henti-henti salam bila-bila. Asasnya ilmu dan zikir. Pilihanraya adalah ‘phenomanal’ sedang kerja kita adalah selepas dan sebelum malah kita tidak boleh bergantung kepada apa-apa keputusan ‘phenomanal’ tersebut, tetapi duduk halnya ‘phenomanal’ itu akan meberi banyak impak dalam hidup bermasyarakat dan usaha membudayakan kehidupan yang lebih positif dan bersih, paling tidak.
Mahu tidak mahu kita tidak dapat menafikan pilihanraya merupakan salah satu satu medium dalam usaha menentang kezaliman, rasuah, ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan keruntuhan moral di kalangan generasi era ‘virtual world’ andai malas mengaitkannya dengan persoalan agama!
Kalau kita tidak suka kepada keduanya, pilihlah yang paling ringan mudharatnya, paling sikit kekurangannya, paling minima kekhalifannya. Ini selari dengan kaedah qawaed feqhiah. Hilangkan sebentar sifat keakuan dalam mencapai maslahah yang lebih besar. Paling tidak, punya manfaatnya pada masyarakat secara keseluruhannya atas dasar yang dibina kepada cinta pada Allah dan RasulNya walau praktikalnya masih ada yang mempersoalkan. Paling tidak pada mereka yang bersih cara hidupnya dan mengamalkan cara hidup Islam secara umumnya. Di saat kritikal begini, berfikirlah dengan bijak!
Bersambung inshAllah.
Akan datang biiznillah.
#Apa kata Dr Yusuf Qardhawi tentang kafir dzimmi menjadi menteri atau wakil rakyat?
# Undi calon atau parti? Pendapat ringkas Dr. Wahbah Zuhaili.
February 20, 2008
February 6, 2008
Alhamdulillah, seorang ulama ulung telah memasukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan dilawati beliau apabila beliau mengadakan siri kunjungan ke Asia Tenggara. Sungguh bertuah bumi Malaysia kerana sering diziarahi oleh para ulama. Ulama yang aku maksudkan adalah al-Da’ie illaLlah al-Musnid al-Haafidz al-Murabbi al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Asy-Syeikh Abu Bakar bin Salim al-Husaini al-Hadrami, pengasas Maahad Darul Musthafa, Tarim, Hadramaut, Yaman.
Maka Abu Zahrah menyeru kepada para pengunjung blog al-Fanshuri dan Majlisilmu untuk kita sama-sama menghadiri majlis-majlis yang bakal diadakan sempena kunjungan Habib Umar حفطه الله ke Malaysia. Rebutlah peluang keemasan ini. Tidak rugi meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis bersama ulama.

Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , pada halaman 4: Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الجكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Yakni [artinya] lazim atas kamu dengan bersama duduk [bersama] ulama’ yang berbuat ‘amal dengan ‘ilmunya dan menuntut mendengar perkataan auliya Allah yang mempunyai ilmu haqiqat, maka bahwasanya Allah Ta’ala menghidupkan Ia akan hati yang mati dengan nur hikmah, (berkata qaum [sufi] seorang berhimpun bersama-sama ahlullah mendapat ia kelakuan yang mulia dan lagi sebenar memberi manfaat dengan berhimpun bersama-sama mereka itu terlebih memberi manfaat daripada lafaz lidah) maka bahwasanya Allah menghidupkan Ia akan hati yang buta dengan nur ilmu yang memberi manfaat seperti menghidupkan Ia akan bumi yang mati dengan air hujan.
Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى, di dalam kitabnya Nasha-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat ‘alal Isti’daadi Li Yaumil Ma’adi pada halaman 4, beliau telah memberi penjelasan bahwa yang dimaksudkan dengan:
Ulama’ ialah orang-orang ‘alim yang mengamalkan ilmunya
Hukama’ ialah orang-orang yang mengetahui/mengenal zat Allah Ta’ala, yang betul dan tepat dalam perkataan dan perbuatan mereka.
Hikmah itu adalah ilmu yang memberi manfaat
Seterusnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى mengklasifikasikan ulama’ itu kepada 3 bahagian:
Ulama’ yang ‘alim tentang hukum-hakam, mereka adalah ashhab al-fatwa, yakni mempunyai hak untuk memberi fatwa
Ulama yang ‘alim [ma’rifat] akan dzat Allah sahaja. Mereka ini adalah golongan hukama. Bergaul, berdamping dengan mereka menjadikan akhlaq terdidik, kerana dari hati mereka bersinar cahaya ma’rifatullah dan terbit dari sirr mereka cahaya keagungan Allah.
Dan ulama yang memiliki kedua-dua shifat diatas, mereka itu kubara’. Maka bergaul dengan ahlullah mendatangkan ahwal yang mulia. Lirikan mereka lebih mendatangkan manfaat dari daripada ucapan mereka. Dan barangsiapa yang lirikannya memberi manfaat kepadamu, maka bermanfaatlah kata-katanya, dan barangsiapa yang lirikannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka kata-katanya tidak akan mendatangkan manfaat.
Selanjutnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى عنه membawakan sepotong hadits:
سيأتي زمان أمتي يفرون من العلماء والفقهاء فيبتليهم الله بثلاث بليات: أولاها يرفع الله البركة من كسبهم، والثانية يسلط الله تعالى عليهم سلطان ظالما، والثالثة يخرجون من الدنيا بغير ايمان
Artinya: Akan datang satu zaman atas umatku dimana mereka lari [menjauhkan diri] daripada [ajaran dan nasihat] ulama’ dan fuqaha’, maka [akibatnya] Allah Ta’ala menimpakan tiga (3) bencana atas mereka iaitu yang pertama, Allah mengangkat (menghilangkan) keberkatan dari usaha mereka, kedua, dikuasakan penguasa yang dzalim atas mereka dan ketiga, mereka keluar dari dunia [mati] tanpa membawa iman.
[Kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh ash-Shaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى adalah merupakan sebuah kitab terjemahan dari kitab al-Munabbihat ‘alal Isti’dat li Yaumil Ma’ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani رحمه الله تعالى . Kitab al-Munabbihat ‘alal Isti’dat li Yaumil Ma’ad juga telah diberi syarah oleh ash-Shaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى (yang digelar oleh ash-Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani رحمه الله تعالى sebagai Imam Nawawi ats-Tsani, ertinya Imam Nawawi Yang Kedua) didalam kitabnya Nasha-ihul `Ibad.]
Jadual selanjutnyadi www.majlisilmu.com
__________________
Entri ini sememangnya 100% ‘kopi pasta" dari al-Fadhil Sidi Abu Zahrah di Majlisilmu.blogspot.com.
"Once In A Blue Moon", Ulama’ yang sangat dicintai akan menziarahi kita. Tika umur masih ada, sama-sama kita mengambil peluang ini. Ibarat pengembara yang carik pakaiannya, kita sangat perlu kepada angin yang mendamaikan bagi mendakap kedinginan dunia, menepis debu di hati, dan carik kain seorang kembara di safar dunia.
January 20, 2008
Enter your password to view comments
January 17, 2008
I just received an email from my good friend in Turkey ( who has been graduated from here also ) which remind me of Bediuuzzman Said Nursi our very own distinguished scholar. In previous days before she went back, we will casually discussing together about Bediuzzaman Said Nursi particularly during Ramadhan. She indeed always has an amusing story about Said Nursi. Mainly because it is related to the fact that her relatives has been working with Said Nursi at his late days. At the same time also, a Turkish friend of mine who are still here has decided to make a book exhibition of Risale-i Nur Collection in IIUM ITD Foyer for about ten days. Starting from 7th January until 19th January 2008. She has promised me to email the draft of the advertisement poster yet I still did not receive one. We just meet a couple of days ago and discussed together about Bediuzzman Said Nursi which is an occasion that I missed so much since Albazrah has left to Penang to work there. Here I indicated some quote from Bediuzzaman Said Nursi. I loved everything that has been written by this noble scholar and appreciated his legacy as a true gift from God. For those who is in IIUM and interested to know more about Said Nursi can take this chance to take a peek at the books exhibition. She told me that the books which has been displayed there can be considered cheap comparing to the actual prices. So, why not grab this chance and show your love toward Ulama’ Amilin!.
Nursi said: "Oh Brothers who are listening to these words of mine here in Ummayyad Mosque! And Oh Muslim brothers in the mosque of the World of Islam forty to fifty years later! Do not make apologies, saying, "We do not do any harm, but also we do not have the power to do anything beneficial; therefore we are excused."Such an apology is not acceptable. Your laziness, and saying,"What is it to me?", and your displaying no effort and not getting into the working spirit through Islamic Unity and true Islamic Nationhood have done much damage and injustice to yourselve. (The Damascus Sermon)
January 16, 2008
Diriiwayatkan oleh Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari ‘Asyura’ menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].
* Pentakhrijan Hadith bukan milik penulis blog ini.
Artikel berkaitan:
1) AlFanshuri 1
2) AlFanshuri 2
3) Ustaz Hafiz Mansur
Di luar topik: Bush ingin melawat Timur Tengah? Kami membantah!
January 14, 2008

DI ANTARA KOPI DAN>AND JAVABEANS
Tahun hijrah bertambah sepantas mata mengerdip, setangkas pedang menghunus, dan sekilat petir menyambar. Hijrah secara teori dan praktikal Junjungan Besar s.a.w telah dijelajahi. Namun tanpa sedar produksi Muslim sekarang disuntik fenomena jahiliyah moden dari setiap sudut. Ianya berakar dan mungkin subur dalam jiwa-jiwa kita sendiri. Mungkin.
Tahun- tahun yang berlalu memberi satu kebangkitan baru dalam diari pemuda-pemudi Islam. Baik dari lapangan apa pun kita. Kebejatan pembikinan blog-blog, akaun-akaun peribadi berbentuk Friendster, Myspace, Facebook, Livejournal dan juga segala bentuk online chatting yang pelbagai menjadi satu ‘trend’ baru. Tidak kira apa juga kencendurungan pemuda-pemudii Islam samada berbentuk haraki, akademik, kesufian, ilmiah, politik, musik dan juga jurnal. Medan internet adalah lapangan hikmah buat kita gali sesuai untuk dakwah dan tarbiyah ruhiyah menggunakan kaedah penulisan yang tersendiri demi mencari hikmah mengapa kita diciptakan. Namun internat mampu mengganggu jalan kita menuju Allah ataupun menambahkan ketaqwaan kita padaNya. Usah bezakan mereka yang berada di lapangan agama atau tidak. Semuanya terdedah kepada ujian dan fitnah ini. Kita tidak berbicara tentang orang awam. Namun tentang kita. Ya, tentang alqasam dan teman seperjalanan. Tentang kita-kita. Yang diuli dengan acuan didikan Islam. ( Em, benarkah? ). Ya, teman-teman Azhariyyun.
Pemuda-pemudi kita mampu menjadi semakin tega dengan Islam juga bertambah rasa takut kepada Allah melalui internet atau semakin lalai dan jauh dari didikan dari sekolah-sekolah agama yang di hantar ibubapa. Usah bicarakan persoalan hubungan lelaki perempuan di dalam alam maya ini. Ianya seolah-seolah dipinggirkan dalam kamus kita sebentar. Jangan dibicarakan setiap individu Muslim bertanggugjawab terhadap Islam. Menjadi qudwah dan izzah dalam setiap gerinya dan tidak membawa fitnah kepada diri, dakwah dan agama.
Sebagai contoh, kita sering mengimpikan ummah yang sejahtera dan kecenderungan tertentu dalam dakwah tidak kira apa jua kaedah/uslub dakwah yang kita teladani. Namun sering kita lupa kita, seorang individu Muslim mampu memberi kesan kepada Ummah secara keseluruhannya tambahan pula jika kita dikalangan mereka yang belajar secara khusus bidang agama, melaungkan seruan atau menunjukkan kecendurangan tertentu. Tanpa sedar, kita menjauhkan diri kita dan orang lain daripada dakwah secara umum dan kepada Allah& Rasulullah s.a.w secara khusus.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Melalui banyak cara. Malah terdapat banyak respon dan arguementasi(?) dari kalangan orang awam yang membangkitkan konfrantasi dalam proses kelancaran tarbiyah dan dakwah di kalangan mereka yang bergelar daie’ secara khusus atau siapa sahaja secara umum.
Muhammad AlFateh ketika melatih tenteranya pernah berkata. " Orang kuffar dibekalkan dengan senjata, kelebihan di antara kita dan kuffar adalah taqwa. Hilangnya taqwa, maka hilanglah kedudukan kita dan menjadi lebih rendah dari mereka." Begitu juga amalan-amalan fardhu, sunnah dan penjagaan hati.
Kita tidak pernah dapat bersendiri dan menyendiri. Kita punya amanah dan kitaran kehidupan. Setiap satu memberi kesan kepada yang lain.
Hidup kita merupakan rangkaian dan rantaian. Sedang lembu juga memerlukan rumput untuk hidup.
Dunia maya dan realiti berbeza namun tetap sama. Ibarat melihat cermin. Umpama meminum kopi dan memakan javabeans. Sama tetapi berbeza namun mempunyai kaitan rapat dan disiplin tertentu.
WATAK ANIME?
Kita ibarat melihat watak dalam kandungan komik atau kartun-kartun "anime". Kita mentertawakan lelucon dan aksi yang dipaparkan namun kita juga adalah watak "anime" dalam kehidupan.
Kita tidak pernah akan menjadi islamik dengan hanya menggunkan kata ganti "ana" dalam penulisan dan perbualan harian. Kita bukanlah manusia paling bertaqwa kalau hanya menulis soal akademik dan ilmiah semata. Menulis adalah satu kreativiti. Mempunyai kaedah yang pelbagai dan tersendiri. Namun semuanya tidak lepas dari pengawalan hati dan nafsu dari dunia. Tidak hilang dari adab dan apa juga yang sinonim dengannya.
Berbicara soal perjuangan satu persoalan, namun bagaimana duduknya andai nafsu masih dibiar liar. Internet. Medan ujian besar bagi mencapai ketaqwaan bagi pemuda-pemudi Islam. Anda tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab dan sandaran, lepaskan diri anda dari Allah. Mampukah?
Internet hukumnya harus, sesuai asal hukum yang tiada nas pengharamannya. Ia medan melebar integrasi dan kreativiti individu. Juga menjadikannya kita makin dekat atau jauh dengan Allah.
Selain itu, internet juga salah satu bentuk " soft addiction" dan mungkin kita terperangkap dalamnya.
TALI MUJAHADAH
Jiwa kita adalah watak dalam komik "anime" yang paling lemah. Ini bukan soal tudung labuh atau kopiah. Soal "thiqoh" atau syadid. Ini soal jiwa dengan Allah. Soal setiap nafas dan gerak akan dipersembahkan. Makin banyak yang kita tahu dan belajar makin dekat kita dengan kemungkinan seksaan dari Allah kelak. Ilmu dan musafir ilmu merupakan jalan menuju Redha Allah namun bukan tiket mendapat Redha dan menjamin syurgaNya.
" It is never about how much we learn or know, but how much we practice it with full of sincerity and complete devotion toward Allah".
Dalam sekecil perkara dan sebesar perkara ada musuh besar akan menyerang. Lebih hebat dari watak-watak utama dalam "anime" Naruto atau Bleach.
Hingga dalam perkara baik pun ia masih bersembunyi dan ingin mengganas. Ia adalah nafsu. Musuh utama dan sangat paling mampir dengan kita. Setiap makhluk Allah tidak terlepas diuji dengan nafsu dan cinta dunia. Nafsu yang mengikat kita bukan kita yang kita mengikatnya juga cinta dunia di hati membawa kepada lemahnya jiwa dan malasnya beramal. Hati sentiasa rindu kepada dunia. Hati dipenuhi sifat-sifat mazmumah, ananiyah (ego), sentiasa merasa diri betul dan baik, sukar menerima pendapat orang lain, hasaddengki, tamak serta pelbagai penyakit hati yang lain. Kadangkala kita takut membelek hati kita sendiri.
Dan ia bukan main-main. Sekali terlepas jauh dari RedhaNya mampukah kita bernafas lagi?
Ikatlah nafsu ammarah bissu’ dan lawwamah dengan tali mujahadah, dzikir dan muraqobah dan heretlah di bahu kita hingga menjadi nafsu yang tenang dan diredhai. Bebannya berat, ya. Tersangat berat. Namun natijahnya sangat hebat dan berkesan. InshAllah.
Kita tidak pernah baik hanya dengan apa yang kita tulis atau pakaian yang kita sarungkan atau nama yang kita gunakan. Namun amal dan hati yang bersih akan dibawa dalam "dulang" persembahan di hadapan Allah. Setiap amal Fardhu dan Sunnah natijah interpertasi keikhlasan diri.
Oh ya, tuan tanah blog ini juga tidak pernah akan jadi apa-apa atau istimewa dengan menulis blog. Tuan tanah ini hanya satu zarah yang akan menjadi debu. Tuan tanah ini yang akan ditanya Allah juga tentang apa yang diamalkan, niatnya juga jiwanya. Kemana di bawa lari dan pergi.
SECAWAN KOPI
Pilihlah sesuai menurut keutamaan, kematangan dan pendidikan nafsu. Terpenting, tidak membina ‘rumah’ dalam hati buat internet. Mencintainya dan meletakkankan di dalam hati. Internet mampu menjadi kawan atau lawan.
Pesan Habib Ali Al-Joofre di antara jalan mendidik diri adalah mengurangkan perkara-perkara harus. Tentu ia dengan meminimakan diri dari bersenang dengan dunia dan membentuk nafsu tunduk dengan pencipta semesta.
Kita tidak pernah dapat bersendiri. Semuanya mempunyai kaitan. Kalau ingin menjadi "aku" tidak bermakna kita mesti melupakan "dia" atau "DIA". Menjadi diri sendiri adalah perkara biasa namun menjadi diri sendiri juga memerlukan kepada "mereka" dan agama.
Dalam banyak perkara kita mungkin lupa tentang diri kita kerana sering melihat yang lain. Alqasam juga. Mungkin. Berjayanya kita menuju Allah adalah dengan sentiasa melihat diri sendiri. Dalam usaha dakwah dan tarbiyah, hati sendiri yang sentiasa perlu dicuci sering. Apa sahaja yang terjadi, adalah tujahan kepada penundukan nafsu. Hakikatnya, kita ini bukan siapa-siapa. Sentiasa melihat diri hingga nafsu menangis dan tunduk kepada iman. Melihat kepada dalam diri dan memusatkan perhatian kepada Allah. InshAllah, kita dinilai Allah melalui " Khowatim" dan bukan apa yang telah berlalu (yang disusuli taubah). Setiap dari kita adalah manusia, dan manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Betapi ramainya abid yang kemudian cenderung diakhir usianya kepada kemaksiatan dan mati dalam kufur. Nauzubillah min zalik. Lihatlah Allah pada Maha KayaNya Dia. Lihatlah DIA, bukan pada manusia.
Petikan di bawah ini jelas satu artikel "kopi pasta". Apa salahnya kan sekali-sekala meminum minuman diperbuat dari "javabeans" bersama hidangan dari Itali. Selamat menjamu selera. Kopi minuman segar dari sebutir kacang, Seperti hidup kita juga. Asal tiada kepada ada kemudian tiada kembali dan ada kembali. Bismillah.
Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.
- Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
- Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
- Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
( Mari sama-sama kita minum Kopi Radix HPA )
Salam Maal Hijrah 1429 Hijrah, Kullu ‘Am WaNahnu ilAllahi Aqrabu ( Semoga setiap tahun makin kita dekat denganNya) InshAllah. Sama-sama kita mendoakan keselamatan buat adik Sharlinie yang hilang. Moga beliau sentiasa dalam pemeliharaan dan jagaan Allah sentiasa. Untuk maklumat lanjut di sini dan di sini
* Artikel & Audio berkaitan :
1) Di Muntalaq untuk di download.
2) Intim Tanpa Cinta
3) Sepinggan