My Soul, where have you been all this while…
|
|
|
Like a pencil I am…
|
|
My Soul, where have you been all this while…
|
|
|
Like a pencil I am…
|
|

DI ANTARA KOPI DAN>AND JAVABEANS
Tahun hijrah bertambah sepantas mata mengerdip, setangkas pedang menghunus, dan sekilat petir menyambar. Hijrah secara teori dan praktikal Junjungan Besar s.a.w telah dijelajahi. Namun tanpa sedar produksi Muslim sekarang disuntik fenomena jahiliyah moden dari setiap sudut. Ianya berakar dan mungkin subur dalam jiwa-jiwa kita sendiri. Mungkin.
Tahun- tahun yang berlalu memberi satu kebangkitan baru dalam diari pemuda-pemudi Islam. Baik dari lapangan apa pun kita. Kebejatan pembikinan blog-blog, akaun-akaun peribadi berbentuk Friendster, Myspace, Facebook, Livejournal dan juga segala bentuk online chatting yang pelbagai menjadi satu ‘trend’ baru. Tidak kira apa juga kencendurungan pemuda-pemudii Islam samada berbentuk haraki, akademik, kesufian, ilmiah, politik, musik dan juga jurnal. Medan internet adalah lapangan hikmah buat kita gali sesuai untuk dakwah dan tarbiyah ruhiyah menggunakan kaedah penulisan yang tersendiri demi mencari hikmah mengapa kita diciptakan. Namun internat mampu mengganggu jalan kita menuju Allah ataupun menambahkan ketaqwaan kita padaNya. Usah bezakan mereka yang berada di lapangan agama atau tidak. Semuanya terdedah kepada ujian dan fitnah ini. Kita tidak berbicara tentang orang awam. Namun tentang kita. Ya, tentang alqasam dan teman seperjalanan. Tentang kita-kita. Yang diuli dengan acuan didikan Islam. ( Em, benarkah? ). Ya, teman-teman Azhariyyun.
Pemuda-pemudi kita mampu menjadi semakin tega dengan Islam juga bertambah rasa takut kepada Allah melalui internet atau semakin lalai dan jauh dari didikan dari sekolah-sekolah agama yang di hantar ibubapa. Usah bicarakan persoalan hubungan lelaki perempuan di dalam alam maya ini. Ianya seolah-seolah dipinggirkan dalam kamus kita sebentar. Jangan dibicarakan setiap individu Muslim bertanggugjawab terhadap Islam. Menjadi qudwah dan izzah dalam setiap gerinya dan tidak membawa fitnah kepada diri, dakwah dan agama.
Sebagai contoh, kita sering mengimpikan ummah yang sejahtera dan kecenderungan tertentu dalam dakwah tidak kira apa jua kaedah/uslub dakwah yang kita teladani. Namun sering kita lupa kita, seorang individu Muslim mampu memberi kesan kepada Ummah secara keseluruhannya tambahan pula jika kita dikalangan mereka yang belajar secara khusus bidang agama, melaungkan seruan atau menunjukkan kecendurangan tertentu. Tanpa sedar, kita menjauhkan diri kita dan orang lain daripada dakwah secara umum dan kepada Allah& Rasulullah s.a.w secara khusus.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Melalui banyak cara. Malah terdapat banyak respon dan arguementasi(?) dari kalangan orang awam yang membangkitkan konfrantasi dalam proses kelancaran tarbiyah dan dakwah di kalangan mereka yang bergelar daie’ secara khusus atau siapa sahaja secara umum.
Muhammad AlFateh ketika melatih tenteranya pernah berkata. " Orang kuffar dibekalkan dengan senjata, kelebihan di antara kita dan kuffar adalah taqwa. Hilangnya taqwa, maka hilanglah kedudukan kita dan menjadi lebih rendah dari mereka." Begitu juga amalan-amalan fardhu, sunnah dan penjagaan hati.
Kita tidak pernah dapat bersendiri dan menyendiri. Kita punya amanah dan kitaran kehidupan. Setiap satu memberi kesan kepada yang lain.
Hidup kita merupakan rangkaian dan rantaian. Sedang lembu juga memerlukan rumput untuk hidup.
Dunia maya dan realiti berbeza namun tetap sama. Ibarat melihat cermin. Umpama meminum kopi dan memakan javabeans. Sama tetapi berbeza namun mempunyai kaitan rapat dan disiplin tertentu.
WATAK ANIME?
Kita ibarat melihat watak dalam kandungan komik atau kartun-kartun "anime". Kita mentertawakan lelucon dan aksi yang dipaparkan namun kita juga adalah watak "anime" dalam kehidupan.
Kita tidak pernah akan menjadi islamik dengan hanya menggunkan kata ganti "ana" dalam penulisan dan perbualan harian. Kita bukanlah manusia paling bertaqwa kalau hanya menulis soal akademik dan ilmiah semata. Menulis adalah satu kreativiti. Mempunyai kaedah yang pelbagai dan tersendiri. Namun semuanya tidak lepas dari pengawalan hati dan nafsu dari dunia. Tidak hilang dari adab dan apa juga yang sinonim dengannya.
Berbicara soal perjuangan satu persoalan, namun bagaimana duduknya andai nafsu masih dibiar liar. Internet. Medan ujian besar bagi mencapai ketaqwaan bagi pemuda-pemudi Islam. Anda tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab dan sandaran, lepaskan diri anda dari Allah. Mampukah?
Internet hukumnya harus, sesuai asal hukum yang tiada nas pengharamannya. Ia medan melebar integrasi dan kreativiti individu. Juga menjadikannya kita makin dekat atau jauh dengan Allah.
Selain itu, internet juga salah satu bentuk " soft addiction" dan mungkin kita terperangkap dalamnya.
TALI MUJAHADAH
Jiwa kita adalah watak dalam komik "anime" yang paling lemah. Ini bukan soal tudung labuh atau kopiah. Soal "thiqoh" atau syadid. Ini soal jiwa dengan Allah. Soal setiap nafas dan gerak akan dipersembahkan. Makin banyak yang kita tahu dan belajar makin dekat kita dengan kemungkinan seksaan dari Allah kelak. Ilmu dan musafir ilmu merupakan jalan menuju Redha Allah namun bukan tiket mendapat Redha dan menjamin syurgaNya.
" It is never about how much we learn or know, but how much we practice it with full of sincerity and complete devotion toward Allah".
Dalam sekecil perkara dan sebesar perkara ada musuh besar akan menyerang. Lebih hebat dari watak-watak utama dalam "anime" Naruto atau Bleach.
Hingga dalam perkara baik pun ia masih bersembunyi dan ingin mengganas. Ia adalah nafsu. Musuh utama dan sangat paling mampir dengan kita. Setiap makhluk Allah tidak terlepas diuji dengan nafsu dan cinta dunia. Nafsu yang mengikat kita bukan kita yang kita mengikatnya juga cinta dunia di hati membawa kepada lemahnya jiwa dan malasnya beramal. Hati sentiasa rindu kepada dunia. Hati dipenuhi sifat-sifat mazmumah, ananiyah (ego), sentiasa merasa diri betul dan baik, sukar menerima pendapat orang lain, hasaddengki, tamak serta pelbagai penyakit hati yang lain. Kadangkala kita takut membelek hati kita sendiri.
Dan ia bukan main-main. Sekali terlepas jauh dari RedhaNya mampukah kita bernafas lagi?
Ikatlah nafsu ammarah bissu’ dan lawwamah dengan tali mujahadah, dzikir dan muraqobah dan heretlah di bahu kita hingga menjadi nafsu yang tenang dan diredhai. Bebannya berat, ya. Tersangat berat. Namun natijahnya sangat hebat dan berkesan. InshAllah.
Kita tidak pernah baik hanya dengan apa yang kita tulis atau pakaian yang kita sarungkan atau nama yang kita gunakan. Namun amal dan hati yang bersih akan dibawa dalam "dulang" persembahan di hadapan Allah. Setiap amal Fardhu dan Sunnah natijah interpertasi keikhlasan diri.
Oh ya, tuan tanah blog ini juga tidak pernah akan jadi apa-apa atau istimewa dengan menulis blog. Tuan tanah ini hanya satu zarah yang akan menjadi debu. Tuan tanah ini yang akan ditanya Allah juga tentang apa yang diamalkan, niatnya juga jiwanya. Kemana di bawa lari dan pergi.
SECAWAN KOPI
Pilihlah sesuai menurut keutamaan, kematangan dan pendidikan nafsu. Terpenting, tidak membina ‘rumah’ dalam hati buat internet. Mencintainya dan meletakkankan di dalam hati. Internet mampu menjadi kawan atau lawan.
Pesan Habib Ali Al-Joofre di antara jalan mendidik diri adalah mengurangkan perkara-perkara harus. Tentu ia dengan meminimakan diri dari bersenang dengan dunia dan membentuk nafsu tunduk dengan pencipta semesta.
Kita tidak pernah dapat bersendiri. Semuanya mempunyai kaitan. Kalau ingin menjadi "aku" tidak bermakna kita mesti melupakan "dia" atau "DIA". Menjadi diri sendiri adalah perkara biasa namun menjadi diri sendiri juga memerlukan kepada "mereka" dan agama.
Dalam banyak perkara kita mungkin lupa tentang diri kita kerana sering melihat yang lain. Alqasam juga. Mungkin. Berjayanya kita menuju Allah adalah dengan sentiasa melihat diri sendiri. Dalam usaha dakwah dan tarbiyah, hati sendiri yang sentiasa perlu dicuci sering. Apa sahaja yang terjadi, adalah tujahan kepada penundukan nafsu. Hakikatnya, kita ini bukan siapa-siapa. Sentiasa melihat diri hingga nafsu menangis dan tunduk kepada iman. Melihat kepada dalam diri dan memusatkan perhatian kepada Allah. InshAllah, kita dinilai Allah melalui " Khowatim" dan bukan apa yang telah berlalu (yang disusuli taubah). Setiap dari kita adalah manusia, dan manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Betapi ramainya abid yang kemudian cenderung diakhir usianya kepada kemaksiatan dan mati dalam kufur. Nauzubillah min zalik. Lihatlah Allah pada Maha KayaNya Dia. Lihatlah DIA, bukan pada manusia.
Petikan di bawah ini jelas satu artikel "kopi pasta". Apa salahnya kan sekali-sekala meminum minuman diperbuat dari "javabeans" bersama hidangan dari Itali. Selamat menjamu selera. Kopi minuman segar dari sebutir kacang, Seperti hidup kita juga. Asal tiada kepada ada kemudian tiada kembali dan ada kembali. Bismillah.
Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah
Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.
Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.
- Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
- Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
- Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
(hadis riwayat Ahmad)
( Mari sama-sama kita minum Kopi Radix HPA )
Salam Maal Hijrah 1429 Hijrah, Kullu ‘Am WaNahnu ilAllahi Aqrabu ( Semoga setiap tahun makin kita dekat denganNya) InshAllah. Sama-sama kita mendoakan keselamatan buat adik Sharlinie yang hilang. Moga beliau sentiasa dalam pemeliharaan dan jagaan Allah sentiasa. Untuk maklumat lanjut di sini dan di sini
* Artikel & Audio berkaitan :
1) Di Muntalaq untuk di download.
3) Sepinggan Dosa Berulama Pahala
5) Matlamat Sahaja Yang Besar?
6) A Competition Of Attraction oleh Syeikh Husain Abdul Sattar (Sacred Learning )
Nota kaki yang tiada kaki
Mungkin entri kali ini berbaur ‘garang dalam kehalusannya’, namun sasaran pembacanya adalah tuan site ini sendiri serta sahabat-sahabat yang berjalan di jalan yang sama. Mungkin kadang-kadang kita perlu menggarangkan diri kita apabila melihat betap banyaknya lelaki Mu’min tergoda dengan wanita dan internet di luar sana dan betapa ramai wanita yang kian giat mencambahkan benih-benih zina hati dalam hati lelaki. Atas nama, entahlah. Lelaki Islam di akhir zaman makin culas dalam ibadah dan dakwah. Wanita Islam pula makin lemah jiwa mendepani mehnah. Aduhai dunia, bagaimana diharapkan terbangkit semula tamadun Islam dengan jiwa yang kacau dan minda yang haru-biru!
Kita diserang dengan virus mengambil mudah dan bersenang-senang dengan internat. Yang amat dan terlalu, kadangkala. Ubudiyyah dan dakwah? Bukan sekadar retorik. Mu’min yang tidak banyak ilmunya namun beramal lebih dicinta Allah dari mu’min yang besar ilmunya namun sebaliknya yang berlaku. Allah Lebih Mengetahui. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita samada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, akan datang atau yang telah lepas, dan apa yang lebih Engkau ketahui tentangnya.
Kita tidak menggunakan penfasiran bersifat tekstual dan robatik juga bukan ingin bersikap Holier than Thou. Bukan tentang ini atau itu tidak boleh. Bukan tentang taqwanya seseorang dengan dia begini atau dia begitu. Redha Allah sifatnya Qadim. Ramai yang beribadah namun akhir hayatnya berada dalam murka Allah. Namun kita berbicara soal hati yang selalu dibicarakan natijahnya. Ya, tentera jasad dan ruh kita. Cermin kepada mengenal Allah.
" Dinaqalkan Sheikh Ali Juma’ah juga melarang hubungan ajnabi di alam maya ( yang bukan dalam lingkungan perkara syarie ) ". Sheikh Ali Jum’ah merupakan ulama’ komtemperori yang tradisional namun berfikiran terbuka.
Sayonara.
Faqer
Astaghfirullah. Wallhua’lam.

I want to write a lot of things with deep evaluation, but I end up doing nothing. Maybe later. Maybe not. Now I’m enjoying reading different materials of writings written by various background of peoples with their own method of writing.
When talking about differences, I believe that every country and community have their own values and opinions regarding on how to exercise human rights. Some says, demonstration is one of them. Some say it is not an option. I never participate in one because of my own reason. Obviously, I respect those who stand up for human right in order to fight equal justice for people by practising it with peaceful demonstration . Only that along the road there is always some sort of provocation coming from policy makers. Of course there is no doubt we have do more than that and government should give more freedom to the people in a ’healthy’ way that will encourage people to express their feelings and voice out their opinions effectively.
As for the goverment of Malaysia;Please be fair- I mean, please give us some way. For the people I would like to say, there is a lot more than that. A workload to do, understanding the deen, ourselves and practising the religion better.Understanding the real criteria of human right in Islam and modern world is a must. The important part is how we want to free ourselves from the main enemy which is the nafs.
As Said Nursi has said " The problem of this world not base upon the political problems ( not that we avoid or ignore it), economic crisis, social status etc, but lay upon the core of the soul." The spiritual critical crisis. It is how we know-acknowledge Allah by knowing our ownselves.
To make it easier, the problem that arise in this world is like an apple or we might say a round circle of an orbit (is orbit is circle by nature?). The world problems is stated at the skin of the apple on different levels. We discus about it regularly. On the other hand, the real core of the problem laid inside of the apple which is our very own soul.
I didn’t intent to write more- but it’s look like that that I have written more than I intend to.- Just let the picture speak to you.
Have any idea what Islamic Car is all about? Fugstar have had a little rant about it which make me want to laugh and smile. Check it out.

Setiap dari ciptaan Allah merupakan hasil tajalli dr sifat Allah. Allah bersifat Rahim jesteru dipercikkan sifat Rahim itu kepada ibu. Allah bersifat Jamal jesteru diberi jamal kepada ciptaannya gunung-ganang, sungai, bunga dan manusia. Setiap dari kejadian, ciptaan, kedukaan, kegembiraan, kebahagian yang diberi dan dujia Allah kesemuanya mengandungi rahsia dan hikmah ilahiyyah. Allah mencipta dan memberi segalanya supaya kita mengembalikan semuanya kepada Allah. Kembali kepada keEsaannya. Menyelongkar rahsia dan hikmah kehambaan kepada Allah.
Sepertimana solat terawih 8 rakaat dan 20 rakaat bilangan bukan isunya kerana keduanya telah ditunjukkan oleh SalafunaSoleh namun the essence and the journey ubudiyyah kita, hingga kita berjaya menanggalkan keakuaan kita dengan hanya melihat keagungan dan keEsaan Allah dan menikmati keindahan beribadah denganNya dengan merasakan kehinaan kita sebagai hambaNya. Hingga bukan bilangan rakaat yang dikira dan dirasa namun nilai ubudiyyah dengan hanya melihat kepada keagungan Allah dirasa.

Segalanya milik Allah. Kita tidak punya apa dan tidak memiliki apa. Diri kita adalah milik Allah, jesteru segala apa yang terjadi juga seharusnya kita kembalikan kepada Allah dengan membawa kita berfikir akan hikmah Ilahiyyah di sebalik semuanya. Tanpa kita sandarkan kepada diri kita sedikit pun.
Setiap apa yang kita rasai dan alami juga merupakan tujahan tarbiyah Allah terhadap sikap keakuan dan nafsu kita. Kepedihan kita, kesakitan yang kita alami merupakan tarbiyah nafsu dan sepatutnnya setiap kali kita mengalaminya kita katakan ini adalah ditujukan kepada nafsuku. Ia untuk mendidik nafsuku. Sehingga proses situ berjalan terus sehingga kita tidak merasa kesakitan itu dan tidak menyandarkannya kepada diri kita. Ianya tidak menyentuh sedikit pun akan hati kita sebaliknya ia belegar di luar dari hati kita.

Setiap zarah dari alam maya ini membawa kita kepada hakikat Tauhid. Membawa kita kepada membebaskan diri kira dari sifat keakuan kepada sifat kehambaan dan menanggalkan dari hati dan jiwa kita nafsu-nafsu yang merasakan kita memiliki apa-apa yang pada hakikat kejadiaannya, satu apa pun tidak kita miliki termasuk diri kita sendiri. Semuanya milik Allah dan kepadaNya lah diri kita dikembalikan juga kerana izinNya jua kita berada di jalan ini. Tidak kita miliki satu zarah apa pun dari apa-apa yang kita miliki.
Pada setiap sujud dan doa kita tumpahkan segenap kerendahan hati dan diri kita padaNya. Dengan bersungguh memohon pada Allah agar ditetapkan hati kita dalam iman dan hidayah juga Taufiq. Jesteru kerana kita tidak memiliki apa-apa semuanya kurniaan Allah juga, Takutlah akan sikap keakuaan yang akan membawa kita kepada kebesaran hati. Takutlah akan kehilangan nikmah iman dan hidayah kerana ianya kurnia dari Allah, Andai Allah tidak memberi kita juga tidak merasa. Andai Allah tidak memilih kita juga tidak berada di sini. Rendahkan dirimu serendahnya dan katakanlah pada dirimu sendiri andai kita berasa ujub, riya, takabbur atau ananiyah. “ Nyahlah wahai sifat-sifat tercela itu. Layakkah kamu merasa sedemikian sedang kamu tidak memiliki apapun. Hatta diri kamu ini bukan milik kamu. Amat biadaplah andai kamu merasa riya’ atau ujub sedang kamu itu bukanlah siapa-siapa.
Perjalananan kita menuju Allah membawa kita kepada hilangya sifat keakuaan dan semakin baiknya hubungan sesama manusia kerana kita tidak merasa terkesan dengan kebaikan dan keburukan mereka. Sebaliknya kita melaksanakan apa yang kita perlu lakukan dengan sebaiknya serta menyandarkan semuanya berlaku dengan izin Allah juga agar kita belajar hakikat Ilahiyyah dan ubudiiyah. Kita memandang sekeliling, akan duduk halnya sekian hamba Allah dengan mata hati dan kerendahan diri. Semoga ahlul ma’siah akan diberitaufiq, semoga ahlul kuffar di kurnia hidayah.
Nikmati keindahan kalam-kalam Allah dengan meyeluruhi sekian makna kalimah Allah dengan meyelaminya dengan jiwa kita. Betapa indahnya ayat-ayat Allah dalam surah-surah An-Najm, Ad-Dzariaat, Al-Fussilat, Al-Qamar, Al-Qaf serta surah-surah lain yang menceritakan akan keagungan, kekuasaan dan keEsaan Allah. Betapa azab Allah itu keras kepada kuffar dan Rahmah Allah itu sangat murah kepada mereka yang kembali kepadaNya.. Al-Quran merupakan hiburan bagi Mu’min. Lagu yang merindukan Baqa’. Penawar bagi yang sakit dan bersedih hati. Petunjuk bagi yang mencari.
“ Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.” Surah Al-Jatsiyah: 20
( Yang Berlutut )
“ Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung” Surah Al-Isra: 37.
Segalanya kembali kepada Allah. Allahlah yang Maha Sempurna. Semoga hati kita sentiasa khauf dan raja’. Semoga ianya jauh dari kelalaian dan besar diri. Semoga ianya sentiasa kembali pada Allah dan hidup dengan mengingati Allah dan melaksanakan suruhanNya. Semoga kita akan dihidupkan dan dimatikan dalam iman. Kerana semua itu milik Allah dan semuanya mudah sahaja bagi Allah. Nasib kita tidak kita ketahui bagaimana keadaannya kelak, moga-moga kita menjadi mereka yang diRedhai Allah dan meredhaiNya. Amin.
" Ya Allah, janganlah kiranya KAU tinggalkan aku "

~I’m a lover of His benevolence and severity~-Rumi
A very short, simple, yet a sign of complete love and full serenity . The new mini site which I love to drop by during a very hectic day and busy schedule. Take a look at it dear sisters and brothers if you have a little amount of time to be in front of the pc. It will feel like we are purifying our self in a very cool and clean river. As an addition also the soothing feeling brought by the background music. O MasyAllah. Allahu, Allahu.
"For those who didn’t taste it do not feel it"
Two World Two Bonds ~
Ketika memikirkan kembali komentar ana tentang tulisan Ust. Maszlee yang luas diperkatakan sekarang (atau bulan lepas ) , ada suatu perkara yang berlegar-legardi fikiran ana. Adakah sampai maksud yang ingin disampaikan. Jelaskah.
APAKAH KITA MENGHADKAN SEGALANYA?
Ketika kita menlayari hidup sehari-hari pasti kita akan bertemu dengan ramai orang dengan pelbagai rencam dan ragam. Segalanya kita hadapi dan lalui dengan zikrullah dan tahmid sentiasa kerana Allah kurniakan kita dari etnik, suku, kaum, adat dan bangsa( macam kamus pula ) yang pelbagai agar kita sentiasa belajar ‘ilmu manusia’ dan bersyukur di atas nikmat Rahmah atas satu lafaz aqidah dan tauhid.
Dan andai berbeza aqidah kita ucapkan syukur atas nikmat dan islam juga iman dan terus bersahabat bersama mereka dengan doa dan usaha moga hidayah dan taufiq Allah menyinari hidup mereka.
Pasti kita akan tertanya-tanya perlukah kita hidup dengan suatu ragam sahaja manusia untuk kita matang di dalam mendepani dunia.? Tentu tidak. Sunnah seperti pesan Rasulullah s.a.w sentiasa bersahabat dengan orang soleh kerana agama kita adalah pada insan yang paling dicintai. Namun pergaulan pelbagai.
Teringat ana akan perbezaan hidup 2 tahun yang lepas dan sekarang. Dulu, keadaan berbeza;dengan suasana tarbiyah yang selesa dan sahabat-sahabat yang membina. Kini, lain sekali namun kita pasti belajar sesuatu. Di persisiran Nil lain di bumi sendiri lain. Ini medan praktikal dan realiti
Seorang yg dikenali
Terdapat seorang sahabat atau kakak yang ana kenali di sini yang cukup istimewa dan amat jarang-jarang ditemui. Dia lepasan dataran yg lagi satu.(kebetulan ahlul baiti di sini lebih 12 purnama lebih).
Kami dibatasi "mediterene" dahulu dan tidak pernah bertemu semasa di sana. Dia sahabat kelahiran bumi seberang, aktif, lasak^^(tapi, lembut juga jiwanya) berani, banyak bergaul dengan ramai manusia, ramai kenallannya, luas ilmunya, dalam fikirannya, tegas hujahnya dan realistik pendiriannya. Memang lain dari yang lain. Satu dalam seribu.
Melepasi Syiria seorang diri
Dengannya banyak yang dipelajari dan diketahui. Hidup di bumi seberang menjadikkan tidak static dan berani. Dirinya yang berani ke Syria melepasi sempadan bumi Jordan seorang diri-Allahuakbar- beraninya…kmudian disuruh pulang oleh penjaga sempadan Syiria kerana tak punya " Ta’shir ad-dukhul"(visa masuk).
Menangislah " kakakku ini" kerana tak dapat masuk ke Syiria. Pulanglah ke Lembah nya untuk buat pengesahan dulu( kesian akk ) Setelah selesai, dengan senang hatinya dia ke Syiria untuk bertemu sahabiah-sahabiah di sana. Rajin ke Negara yang pelbagai semasa di Lembah yang lagi satu. Cuma satu katanya Negara yang dia tidak berani pergi berseorangan untuk bertemu sahabiahnya. Lembah Nil tempat ana belajar. Memang pun, bahaya banyak di lembah Nil II . Andai ada mahram, ahsan, andai tidak pergilah beramai-ramai. (sebab tu semasa kami di sana, di kawal ketat (oleh "ayah" or persatuan kami, namun mesti ada yang menerobos dari kawalan tu..biasalah akhwat 2 yang nakal-nakal..sebaiknya ada mahram di tempat yang kurang aman seperti ini ).[1]
Kisah di Masjidil Haram
Beliau Ke Mekkah bersama sekumpulan "siqohtil mar’ah" ;students Malaysia. (kami di lembah Nil yg lg satu tak boley,kena ada mahram".) Bermalam di masjidil haram bersama sahabaiah dr negara-negara lain walau menempah hotel . Katanya rugilah andai ke Masjidil Haram, namun tidak berpeluang bermalam di masjid. Di situ, di dalam masjid katanya aman. Pagi-pagi usai melakukan saie beliau akan mmerhatikan ragam manusia. Observe. Itu kegemarannya. Pelbagai rencam manusia melakukkan haji dan umrah katanya.
Ada yang lansung tidak boleh bergerak semasa tawaf lebih dari tiga kali. (students Malaysia ) ada yang sempat berbual-bual di telefon pula " Assalamualaikum. Aiwah. Ana fil-haram bil-waqti….bla..bla " Macam-macam; diversity of ummah. Berbagai kisah; tentang kisah bagaimana dirinya dibantu dengan ditolak (Allhuakbar) untuk mengucup hajarul-Aswad oleh "pakcik guard" di situ. Sedang lelaki andai ingin mengucup akan disanggah" Ithlaq Barrah " Bagaimana pula ketika dia ingin mendirikan solah di Hijir Ismail, tiba-tiba menderu "pakcik pembersih lantai " memaksanya melarikan diri. Namun akhirnya berkesempatan juga menlakukan solah namun usai solah, menoleh ke belakang. Subhanallah, dipenuhi rijal-rijal sedang solah. (gurau kami; adui kak..mcm kes Amina Wadud pula.:) ::- ini kiasan tidak tepat disbbkan ukht ana ni solat sunat dn lelaki-lekaki lain jg solah sunat). Dia yang menjadi "musyrifah" pada gadigdis pelajar Melayu yang "lemah lembut dan terkenal dgn sifat malu"[2] apabilaseorang ikhwah enggan menjadi musyrif .[3]siswi-siswi ini dan siswa tersebut melarikan diri ziarah ke Universiti Madinduhai akak.) Setiap ulas katanya, pasti menerbit derai tawa.
Dia yangku kenali
Dia Yang bergaul dan mengenl ramai orang dari pelbagai latar dan budaya. Dengannya segalanya kami berbincang, Ahmadiyah, Liberal, Syiah, Neo- Salafi, Salafiyyun, politik, dunia, dll. Dengannya bagai meneroka dunia luas tanpa sempadan. Bagai tidak percaya berbicara dengan seorang perempuan. Namun, kerana kami berdua pernah menerima tempias debuan sahrawi kami serasi sekali.
Penutup
Namun se’berani’ mana pun dia, masih menjaga dirinya, paling penting aman dari fitnah. Kerana dirinya menurut mata pelbagai memang Alhamdulillah aman dari fitnah. ( walau me kalau nak buat semua tu tak berani with various reasons, walau Syira, Makkah "toba’an amali" ) Kami saling bertoleransi ketika berbual, memahami dan bertolak-ansur(mcm ayat motivasi pula) walau kadang-kadang bertingkah hujah namun kami temui titik persamaan. Dengannya pelbagai pengalaman dan ilmu tercurah. Rasa kasih dan cinta bersahabat keranaNya.[5]
Inilah erti ukhwah di dalam sunnah. Inilah hikmah kepelbagaian namun tegar menjaga syariat dan akhlak muslimah.
Nota Kaki___________________
Berdasarkan Riwayat lain dengan lafaz yang lain dari Ibn Umar yang menegah wanita keluar lebih dari tiga hari tanpa mahram( Muttafaq Alaihi; Bukhari dan Muslim, Ahmad-
(نيل الأوطار:2ظ290).
Jumhur ulama mewajibkan mahram di dalam syarat wanita menunaikan haji. Manakala terdapat mazhab Syafieiah yang membolehkan haji wanita dgn sekumpulan wanita yang boleh dipercayai. Dan Malikiah mewajibkan haji bagi wanita jika terdpt baginya perjalanan yang aman dengan wanita yang aman saha atau lelaki-lelaki sahaja. Namun, di simpulkan khilaf di antara Syafeiah dan Malikiah dan fuqaha’ yang lainnya adalah berdasarkan safar wajib contohnya Haji.Dan tidak boleh diqiaskan dengannya safar pilihan2 yang lain bil-Ijma’ berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ibn Abbas yang awal tadi. Yang menguatkan apa yg dimaksudkan wajib mahram adalah pada waktu haji.(فقه الإسلام وادلته, ج3.)
Masalah ini luas diperbincangkan, dan ada para ulama’ yg mengharamkan lansung safar marah ke- mana-mana tanpa mahram walau atas alasan menuntut ilmu. Namun Dr. yusuf qardhawi mengatakan boleh andai wanita safar atau urusan menuntut ilmu ( dgn keamanan dan sekumpulan2 wanita yg dipercayai.) Namun ana lebih cenderung andai ada mahram kalau ada . Lebih selamat (walau dulu pergi blaja tanpa mahram terkena diri sendirila….:)
[2] Sekadar berkongsi pengalaman dan cadangan– Silalah, berjalan dengan cepat semasa di negara orang terutamanya. Supaya tidak ketinggalan bas atau tramco atau ghabbar yang harganya beberapa sen. Percayalah dengan jubah anda tidak akan punya masalah untuk aktif dan tidak akan terjejas ke"ayuan" yang anda risaukan akan hilang andai anda bergarak aktif atau pantas. Ini lebih baik dan selamat dari "dhoror" yg lain iaitu terlepas kuliah atau lambat didlm urusan. Usah anda risau walau sebesar manapun langkah anda; masih kalah pada ammu atau ablah Arab yang langkah gemalainya sahaja mampu mengatasi langkah seribu anda( ni exaggerate sket)—< Pesanan penaja buat ukht2 yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. (Usah gentar; ; anda perlu bersedia menjadi bakal ibu yang akan mendidik anak-anak tegar generasi abad ke-21-jilun mansyud)
[3] Fenomena ini kekadang kedengaran terjadi (teruatama di Mansurah-tmpt ana dan zaman ana dulu.)
ikalangan ikhwah yang agak berat (bukan kesemuanya) untuk menjadi musyrif apabila diminta akhwat yang mempunyai urusan-urusan penting( bukannya dgn alas an remeh seperti ingin membeli minyak masak atau membeli buah-buahan pencuci mulut di wkt mlm) Namun akhwat akan dimarahi pula seandainya keluar tanpa musyrif pada waktu dan urusan yang memerlukan. Ex: Terdapat urusan penting pada waktu malam kami memang diwajibkan oleh persatuan meminta musyrif di kalangan siswa untuk sekumpulan akhwat. (Tidak sangka kami menghadapi isu sama; dua lembah berbeza) Namun, bukan kesemua siswa begitu..Majoritinya bukan begitu. Alfun syukran bagi yang banyk membantu siswi-siswi.; kami akhwat2,
[4]Nah lelaki! Anda kerap menyatakan kami lemah (memang kami hamba Allah yg amat lemah) dan punya banyak kekurangan. Oleh itu, tegur dan pimpinlah kami. Bukan sekadar kritikan tanpa bimbingan . Ini bukan laungan feminism, (feminism tiada did lm Islam) namun hanyalah sekadar suara hati sebahagian wanita.( for me taat 100% yg dituntut pada perkara tiada maksiat & pergantungan sebelum berkahwin hanya pd Allah tentunya dan ibu-bapa sebelum kahwin dan suami selepas kahwin. Sebelum-berdikari!)
[5] Perempuan sesama perempuan. والعكس . Vice versa. Selain itu sila check balik did lm nas al-Quran atau Sunnah. Andai classmate, kawan sekolah, kawan se"jemaah", kawan sekampung termasuk did lm saudara seagama dan aqidah. Other than that, tidak menghalalkan hubungan atas nama apa pun. Ukhwah fillah or what so ever. Kawan saje, kenal-kenal dulu. Kami ikat tak nampak. Ana zuajuha mustaqbal. Kami makan-makan je..( tunggu la dik oi nnt dh kawin makanlah sekali.mkn sblm kawin, nnt dah kawin Allah hilangkan rasa sakinah yg Allah janjikan bila berkahwin. Suami balik penat-penat, biarkan dia mkn sorang.." Takpelah dulu kan kita selalu mkn2 sekali..you pesan utk I, I belanja u..sekarang sekali sekali makanlah sendiri…I penat tadi..bla.bla tgk soap opera,…(dlm hati..boring nye layan suami.(Nauzubillah)…Mana sakinah, mawaddah, rahmah?…Bila tiada barakah..beginilahà just example..)..abg adik angkat sejak tadika…, saya takde siapa lagi, dialah seorang kawan yg saya boleh harap (aik..try harder dear. .pasti ada sister2 yg available).Aman dari fitnah. This is the keyword.
Cuti sempena 12 Rabiul Awal
Walau berbagai-bagai perbahasan, hari bersejarah itu telah pun berlalu. 12 Rabiualwal. Dua peristiwa.Moga-maga main tambah cinta kita pada Baginda saw, makin tegar pula dengan Sunnah saw dan perjuanganya..dan makin basah jua lidah kita dengan selawat yang tak putus-putus buat kekasih yang diRindui..Moga-moga berkesmpatanlah kita melihat Baginda saw di akhirat nanti. hari yang ditunggu…Jerih perih perjuangan Rasulullah s.a.w bukanlah murah, namun balasnya Redha dan Maghfirah Allah..
Kolam kering
Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya meneguk ilmu, namun tidak pula mencurahkannya, dan jadilah ibarat kolam yang bertakung, lama-lama kering akhirnya. Namun selarikan ilmu, amal dan menyampaikan. Agar kita tidak hanya berada di dalam keadaan selesa, namun sedar apakah realiti sebenar ummah sekarang. Moga-moga kita semua diberi kekuatan utk membuat segala sesuatu yang mudah diucap susah pula dilaksanakan.
Kedai di Granada
Gambar di atas sekali lagi ana ambil di blog bro. Tawel. Entahlah suka sangat gambr di blog-blog beliau. Granada satu nama yang bukan asing lagi bagi kita yang cintakan lagenda kebangkitan Islam di Sepanyol..
Hidup Ibarat Pintu Kedai
Pernah menonton filem atau apa-apa sutradara yang mengambar kan peredaran zaman bertukar di dalam satu tempat atau zaman sekelip mata. Contohnya dulu, Back To the Future, Slide dll. Dan berbagai lagi filem-filem abd 20. Ana bagaimanapun bukanlah seorang ‘expert’ di dalam perkembangan filem dunia. Namun, ana akan membaca apakah perkembangan terbaru dunia filem. Filem, drama adalah satu seni yang andai kreatif di dalam pembikinan boleh menghasilkan satu karya yang menarik juga mesej yang tepat pada sasarannya. Juga selari "maqasid" hukum syara’ dan batas-batasnya dengan seni..Pasti, yang mana boleh nambah iman sebagai Mu’min; ahlan.
Keluar masuk pintu masa
Kenapa hidup ibarat pintu kedai. Seperti mana peredran zaman yang berlalu pantas, begitu juga ibaratnya pintu sebuah kedai menyaksikan suatu peralihan masa diringi manusia yang silih berganti memasuki kedai. Ada yang makin tua, dewasa, dan berbagai-bagai lagi.
Ana melihat hidup kita seperti itu juga. Bayangkan ada insan yang memasuki hidup kita, lantas keluar pula. Walaupun sukar diterima namun itu perjalanan hidup. Memang tidak suka pada perpisahan. Atas apa nama. Contohnya, semasa di Mesir dulu ana ada 8 orh ahli-baiyt yang berada di dalam satu rumah mempunyai 5 bilik. Kami saling bersilih ganti ahli bait setiap tahun. Setiap kali yang terpisah, kami pasti tangisi pemergiannya. Walau hidup bersama seramai 8 manusia berbeza di dalam segala segi memang sukar, tambahan pula masing-masing punya kerenah tersendiri. Namun tarbiyah itulah yg membuatkan kami sabar dan belajar. Manusia bijak sentiasa belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain. try to search the wisdom between it.
Dan andai apa jua yang berlaku, ana tak suka pada perpisahan, atau perpindahan, Ana takut andai tak bertemu lagi. Dan benar, memang ramai tidak berpeluang bertemu. Andailah dapat memegang satu panji di bawah satu lembayung di akhirat kelak, alangkah bahagianya diri. Berapa ramainya manusia yang keluar masuk di dalam hidup kita. Silihi ganti. Masing-masing men’infak’kan pengalaman yang kita kutip ia, dan di simpan di dalam saku kehidupan. Moga-moga bila perlu kita guna i.
Salah masuk
Namun, ada juga insan yang memasuki hidup kita banyak kali. Ibarat kedai kat atas. Pasti ada pengunjung setia, yang kita suka atau tidak. yang bosan terhadap hidangan pasti ada. Atau juga pengunjung kedai yang tersalah masuk, atau saja je jalan-jalan then masuk kedai tu. Pasti ada, begitu juga hidup kita. Alhamdulillah di sini, ana temui juga sebahagian sahabat yang tidak lansung dikenali di mesir namun akrab di sini. Contohnya ukht Raudhah yg juga zaujah pada ust Arif Arshad-x pres Pmram. Bagi ana, dulu tak tersangka akan dapat pula sekelas dengannya dan mengambil segala yg baik dari dia. Dia memang pelajar yang cemerlang, isteri juga ibu dalam masa yang sama. Bersama niqobnya tidak pula menghalang beliau aktif di kelas dan memikat dengan presentation yang menarik. Juga sahabat-sahabat yang tidak disangka-sangka bertemu di Pwtc. Pasti mereka akan berkata " Kurusnya awak.."…Manakan tidak syawirma di sini pasti tak sama dengan di sana..(menyentuh sedikit kaitan kebab di kedai atas dan syawirma di "sikkoh gadidah di mansurah"–> ada lah sikit kaitan makanan di dalam entri ni.) Begitu kita mengambil apa sahaja yang berjalan di denai hidup. Belajar dari insan lain tentang hidup. Yang baik kita teladani yang buruk pula kita sempadani..
Berpindah
Begitu juga halnya di alam maya. Ana telah berpindah dari blogdrive ke blog spot dan akhirnya ke blogsome. Semuanya atas sebab2 tertentu. Bukan saja-saja suka. nak bermakeup ‘blog’. tak suka bertukar-tukar ni sebenarnya. Blogdrive dulu ada masalah server. begitulah seterusnya. Mencari-cari juga sahabat satu redaksi semasa berkerja di dalam "Suara Kampus Edisi Mansurah" = SKEMA. Adakah di kalangan mereka yang membuka blog. Rasanya tiada satu pun. Di kalangan Azhari/yah yang aktif menulis yang buka blog sekarang, kebanyakannya seisi pelajar baru. Mungkin sidang redaksi kami yang lama, sibuk dengan keluarga agaknya. Entahlah.
Perancangan vs resepi
Kadang-kadang banyak resepi yang kita salin. tapi buatnya?
..Tunggu bila? Kita amat gemar menyalin, simpan then biar anak cucu baca..;)..begitu juga hidup ni. Kita banyak merancang bukan semua juga mampu berjalan dengan baik andai tidak kita sungguh-sungguh di dalam mencapai natijahnya, dan lack off spiritual value, doa juga tawakkal pada Allah swt. Resepi vs planning. Cuti ni, banyaknya plan, itu-ini. Namun kalau tak usaha dan berdoa juga tawakkal jadilah ibarat buku resepi yang terperuk kusam dalam almari lama. tajuk ‘risalah’, prog, seminar, family dan mcm2 lagi.
Kek coklat
Penat bila tengok plan belum buat lagi. Aneh amat bila ana lihat orang yang dah berkahwin lebih cekap menguruskan masa mereka. Segalanya tersusun rapi dan perancangan yang cantik sekali. Mungkin mereka telah cukup ramuan membina komitemen. Juga lengkap skill+knowldege di dalam ‘kek coklat’–> Ana nisbahkan kek coklat ibarat perkahwinan apabila ada ukht ana tanya.." Berkahwin tu apa? Kek Coklat ke?(she just wanna joking wih me) ana membalas dengan mengiyakan..–> Huraiannya, nantilah insh-Allah. Ringkasnya, apa yang Ukht Raudhah selalu kata " Rezeki+barakah org kahwin."
Yelah, bukankah kalau bahan-bahan skill juga ilmu membuat kek coklat andai dibiar lama dah tak fresh lagi, kalau tersalah temprature oven terbakar pula atau andai tersalah pukul, tak jadi pula. Bijaklah membuat perancangan, andai dekat dengan Rahmah Allah, jauh dari marah Allah juga murah dengan barakah Allah.
p/s: still tak tahu mcm mana nak me’link’ di sini. Wa rabbana Yusahhil Amrina..Amin