Journal, Satire, Arkib, Files, Life & Lesson, Love & SerenityMay 15, 2007 5:10 am

 

Memetik bunga " Juri" di halaman Urdun.

Seperti biasa,setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan tanduk di kepala mereka bertiga.. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik "juri" di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal "shantoh" besar dan gunting mereka menuju Amman. Kata siswi A " wei, kalau kita petik bunga tu, kira mencurikan..lebih 4dinar kena potong tangan kan.? Di kira hukum "sariqah". Katanya gaya seorang pelajar syariah. Siswi B." Kalau mazhab Hanafi dua dinar dah kena potong tangan…so gi mana nih?..sis c " ala, kau, hari tu kau lalu tepi rumah ammu,pun kau amik bunga tu. Teringat siswi B memetik bunga di tepi rumah ammu..Tiba-tiba.." ya anisah..(gadis)..petik..bunga.ye.suka bunga "juri" ker..Jawab dua siswi itu. Sambil tersengih dan berdebar-debar juga takut di marahi. " aiwah nubibbu awi2x.." ammu pun tersenyum tanpa terselit perasaan marah melihat gelagat dua siswi nakal tersebut..

Di Universiti Urdun

Emm..harapnya tak bertembung dengan Ammu Haris Nanti kena tangkap…Emm ye la..Kira kita ni amik harta awam..so takpelah..masing-masing menyedapkan hati masing-masing kerana sudah tekad. Tiba di Amman, mereka menuju urdun..sambil masing-masing galak memetik bunga..Masing-masing memerhati takut2 ada syabab-syabab di jamieah yang melihat mereka siswi seolah-olah dari "badwi" atau kampung memetik "juri" seolah-olah tidak pernah melihat bunga lagaknya..Hehe…biasalah kan di jamieah kita mana ada bunga. Yang ada hanya pohon-pohon zaitun dan tanah gersang sahra’. Selesai, walau tangan luka-luka akibat memetik, tapi kita puas hati. Gumam diri masing-masing..

Pulang

Ya Allah, apa yang korang buat ni..?..—sambil melihat bunga-bunga itu ditampal ke dinding menjadi pot-pori. Budak-budak ni, desis si kakak..Tapi.." Jom temankan akak pula..". kata kakak .sambil tersengih..Macam-macam gelagat mereka yang mencuit hati..Perempuan. Aduhai! Begitulah, gelagat siswi Jordan-Mafraq yang nakal,^_^

Menyelinap ke Masjid Hussien dan Azhar

Senario2 pula lebih suka mendaki gunung Thur Sina, dari memetik bunga. (Ketika mereka mendak bukit Thur-Sina, bermula dari yang terakhir start, ketika insan lain sudah bermula, mereka masih belum bermula.. tapi antara yang terawal sampai disebabkan ke"cekalan" sis B ..meredah angin kuat dan kepenatan yang bukan sedikit. Sis A: akak, dah tak larat ni, kita relax dulu. Sis B: teruskan jgn berhenti, nanti lagi penat.." katanya sambil meneruskan langkah dan memberi galakan penuh pd sis A..Sis A: akak saya penat sungguh ni…Sis B: takpe, kita ikut jalan shortcut..sambil mendaki cerun yang akan bahaya..Sis A: ya Allah, kuat sungguh kakakku ini…sambil matanya meliar melihat shbt2 yg lain bersantai berehat..Allah shj yg tahu, memang penat sgt.."..Akhirnya dengan deruan angin yang mat kuat, juga cerunan yg bahaya berjaya juga mereka sampai yg terawal di puncak Thur Sina atau Jabal Musa..

Ya Allah, melihat tempat bermunajatnya Nabi Musa selama 40 hari..alangkah bersyukurnya…" ) Entahlah mengapa mereka kurang berminat pada bunga-bunga ini. Tika musim rabieah pasti ramai siswi ke Kaherah untuk bergambar bersama pohon-pohon Mawar.. Namun sesetengah siswi pula lebik enak pergi mencuri-curi ke Hussien untuk ke masjid azhar, bertalaqi dengan Syeikh. Walau berpanas-panas, dan berdebar-debar juga kerana Seakan melanggar peraturan sekolah.." Ala, takpe nak cari ilmu."..masing-masing yakin dengan hati dan diri masing-masing. Walau tidak digalakkan, mrk pergi jua.. Memang kepingin belajar dgn syeikh-syeikh di situ. Namun awas! Berhati-hati semasa di Hussien…!.

Mesir, bumi barakah, bumi Musa dan Firaun. Di dalam nya antara dua neraca. Mahu baik, ke kananlah, menapak jejak Musa dan para anbiya’ , salafussoleh dan ulama-ulama’ tersohor. Begitu juga dataran Syam, di sana tinggalan para anbiya’ dan salaf-soleh. Laut mati, megajar manusia agar jangan mecabar Tuhan. Kamu Luth telah di ‘azab’. Ummah manusia sekarang! Usah berbangga dengan dosa dan maksiat. Hidup di dunia dengan rasa bangga dgn ingkar pada Allah. Lihatlah pada tinggalan dan ambillah ia menjadi ibrah pada akhir zaman ini. Jangan menjadi ummah yang dilaknat Allah, jauh pula dari Rahmah dan hidayah Allah. Nauzubillah..

Andai mahu bebas segala rasa, ke kirilah menitip jejak yang direntas Firaun.. Buatlah apa sahaja. Tiada siapa melarang. Tiada ibu-bapa mengawasi. Segala pilihan di tangan. Allahlah jua yang akan menilai dan memerhati.

( kalau lelaki, nak berambut panjang sampai ke pingggang,boleh ikat "tocang" sampai boleh buat iklan syampu SunSilk dan Pantene for man, pun boleh, or siswi yang nak makan2 KFC dgn zaujuha mustaqbal, tengah malam di "tahrir" berdua-duaan di persisiran Nil pun boleh.., andai iman no 100 dalam ranking hati..)–> Ini adalah ihtimal atau satu assumpation di mana-mana sahaja…

atau

( ke kuliah, tafaqquh or talaqqi, berguru dgn Syeikh Mu’tabar, bergaul dgn orang Arab dan dll. tidak statik..Rajin ke masjid bg lelaki, tegar dgn, ikhlas, da’wah dan tarbiyah. maka Alhamdulillah..)

Alhamdulillah. Bagai terbayang segala yang dilalui di sana. Mana mungkin mencari bumi tarbiyah yang lebih indah dari bumi2 anbiya’ itu. Segalanya dilalui dengan penuh sabar dan melerai hikmah di atau ujian dan dugaan. Menhadiri kelas atau ke kuliah tidak seselesa yang dibayangkan..Berhimpit-himpit, tanpa kipas atau aircond cukup menguji. Di dua bumi itu, tinggalan segala sirah Nabi dan kisah-kisah sahabat, tabie’ dan ‘tabien. Alangkah bersyukur dapat menjejak di jejak para anbiya! Cukuplah andai dikatakan tidak mungkin melupakan lembah-lembah yang banyak menguji rasa namun menatijahkan satu ingatan yang paling bermakna di dalam hidup dan mengurniakan satu bekal tarbiyah yang paling mahal di dalam dunia.

Glosari–tulis2 je, bukan kamus- Nota kaki buku maya yang nostalgik

Juri: mawar

Shantoh: plastik

Zaujuha Mustaqbal: bakal isteri, tunang, makwe, kawan2 shj, bakal tunang, baru kenal2 dll. ajnabi

Aiwah, nuhibbu awi2x: benar, kami suka sgt2

ammu haris: pak guard

tribute to: saudara yang musafir semalam, teman berlumpur, berselut, masuk hutan, naik rakit, main guli etc. Semoga menjadi ulama’ pewaris Nabi, pelapis pd ulama’-ulama’ yang kian tandus sekarang. Ummah menanti kalian. Juga sahabat x-Jordanian, k.dn yg bakal pulang, moga Allah memberkati.

Journal, Satire, Arkib, Analogy, Files, Santai, Life & Lesson, Love & Serenity 5:03 am

Di antara Dataran Syam & Persisiran Nil

 

Two World Two Bonds ~

 

Ketika memikirkan kembali komentar ana tentang tulisan Ust. Maszlee yang luas diperkatakan sekarang (atau bulan lepas ) , ada suatu perkara yang berlegar-legardi fikiran ana. Adakah sampai maksud yang ingin disampaikan. Jelaskah.


Lantas, ana mengambil keputusan untuk menaip keyboard sekali lagi untuk sambungan komentar ;bukan sambungan Ustaz. Maszlee atau kisah cereka rekaan atau sambungan proksi tv atau lanjutan kisah cerpen pendek. Bukan juga thesis ataupun assignment kuliah namun hanyalah satu tulisan yang amat-amat dhoif dari insan yang faqirah IlaAllah.

APAKAH KITA MENGHADKAN SEGALANYA?

Ketika kita menlayari hidup sehari-hari pasti kita akan bertemu dengan ramai orang dengan pelbagai rencam dan ragam. Segalanya kita hadapi dan lalui dengan zikrullah dan tahmid sentiasa kerana Allah kurniakan kita dari etnik, suku, kaum, adat dan bangsa( macam kamus pula ) yang pelbagai agar kita sentiasa belajar ‘ilmu manusia’ dan bersyukur di atas nikmat Rahmah atas satu lafaz aqidah dan tauhid.

Dan andai berbeza aqidah kita ucapkan syukur atas nikmat dan islam juga iman dan terus bersahabat bersama mereka dengan doa dan usaha moga hidayah dan taufiq Allah menyinari hidup mereka.

Pasti kita akan tertanya-tanya perlukah kita hidup dengan suatu ragam sahaja manusia untuk kita matang di dalam mendepani dunia.? Tentu tidak. Sunnah seperti pesan Rasulullah s.a.w sentiasa bersahabat dengan orang soleh kerana agama kita adalah pada insan yang paling dicintai. Namun pergaulan pelbagai.

Teringat ana akan perbezaan hidup 2 tahun yang lepas dan sekarang. Dulu, keadaan berbeza;dengan suasana tarbiyah yang selesa dan sahabat-sahabat yang membina. Kini, lain sekali namun kita pasti belajar sesuatu. Di persisiran Nil lain di bumi sendiri lain. Ini medan praktikal dan realiti

Seorang yg dikenali
 
Terdapat seorang sahabat atau kakak yang ana kenali di sini yang cukup istimewa dan amat jarang-jarang ditemui. Dia lepasan dataran yg lagi satu.(kebetulan ahlul baiti di sini lebih 12 purnama lebih).

Kami dibatasi "mediterene" dahulu dan tidak pernah bertemu semasa di sana. Dia sahabat kelahiran bumi seberang, aktif, lasak^^(tapi, lembut juga jiwanya) berani, banyak bergaul dengan ramai manusia, ramai kenallannya, luas ilmunya, dalam fikirannya, tegas hujahnya dan realistik pendiriannya. Memang lain dari yang lain. Satu dalam seribu.

Melepasi Syiria seorang diri

Dengannya banyak yang dipelajari dan diketahui. Hidup di bumi seberang menjadikkan tidak static dan berani. Dirinya yang berani ke Syria melepasi sempadan bumi Jordan seorang diri-Allahuakbar- beraninya…kmudian disuruh pulang oleh penjaga sempadan Syiria kerana tak punya " Ta’shir ad-dukhul"(visa masuk).

Menangislah " kakakku ini" kerana tak dapat masuk ke Syiria. Pulanglah ke Lembah nya untuk buat pengesahan dulu( kesian akk ) Setelah selesai, dengan senang hatinya dia ke Syiria untuk bertemu sahabiah-sahabiah di sana. Rajin ke Negara yang pelbagai semasa di Lembah yang lagi satu. Cuma satu katanya Negara yang dia tidak berani pergi berseorangan untuk bertemu sahabiahnya. Lembah Nil tempat ana belajar. Memang pun, bahaya banyak di lembah Nil II . Andai ada mahram, ahsan, andai tidak pergilah beramai-ramai. (sebab tu semasa kami di sana, di kawal ketat (oleh "ayah" or persatuan kami, namun mesti ada yang menerobos dari kawalan tu..biasalah akhwat 2 yang nakal-nakal..sebaiknya ada mahram di tempat yang kurang aman seperti ini ).[1]
 
Kisah di Masjidil Haram

Beliau Ke Mekkah bersama sekumpulan "siqohtil mar’ah" ;students Malaysia. (kami di lembah Nil yg lg satu tak boley,kena ada mahram".) Bermalam di masjidil haram bersama sahabaiah dr negara-negara lain walau menempah hotel . Katanya rugilah andai ke Masjidil Haram, namun tidak berpeluang bermalam di masjid. Di situ, di dalam masjid katanya aman. Pagi-pagi usai melakukan saie beliau akan mmerhatikan ragam manusia. Observe. Itu kegemarannya. Pelbagai rencam manusia melakukkan haji dan umrah katanya.
Ada yang lansung tidak boleh bergerak semasa tawaf lebih dari tiga kali. (students Malaysia ) ada yang sempat berbual-bual di telefon pula " Assalamualaikum. Aiwah. Ana fil-haram bil-waqti….bla..bla " Macam-macam; diversity of ummah. Berbagai kisah; tentang kisah bagaimana dirinya dibantu dengan ditolak (Allhuakbar) untuk mengucup hajarul-Aswad oleh "pakcik guard" di situ. Sedang lelaki andai ingin mengucup akan disanggah" Ithlaq Barrah " Bagaimana pula ketika dia ingin mendirikan solah di Hijir Ismail, tiba-tiba menderu "pakcik pembersih lantai " memaksanya melarikan diri. Namun akhirnya berkesempatan juga menlakukan solah namun usai solah, menoleh ke belakang. Subhanallah, dipenuhi rijal-rijal sedang solah. (gurau kami; adui kak..mcm kes Amina Wadud pula.:) ::- ini kiasan tidak tepat disbbkan ukht ana ni solat sunat dn  lelaki-lekaki lain jg solah sunat). Dia yang menjadi "musyrifah" pada gadigdis pelajar Melayu yang "lemah lembut dan terkenal dgn sifat malu"[2] apabilaseorang ikhwah enggan menjadi musyrif .[3]siswi-siswi ini dan siswa tersebut melarikan diri ziarah ke Universiti Madinduhai akak.) Setiap ulas katanya, pasti menerbit derai tawa.

Dia yangku kenali

Dia Yang bergaul dan mengenl ramai orang dari pelbagai latar dan budaya. Dengannya segalanya kami berbincang, Ahmadiyah, Liberal, Syiah, Neo- Salafi, Salafiyyun, politik, dunia, dll. Dengannya bagai meneroka dunia luas tanpa sempadan. Bagai tidak percaya berbicara dengan seorang perempuan. Namun, kerana kami berdua pernah menerima tempias debuan sahrawi kami serasi sekali.

Penutup

Namun se’berani’ mana pun dia, masih menjaga dirinya, paling penting aman dari fitnah. Kerana dirinya menurut mata pelbagai memang Alhamdulillah aman dari fitnah. ( walau me kalau nak buat semua tu tak berani with various reasons, walau Syira, Makkah "toba’an amali" ) Kami saling bertoleransi ketika berbual, memahami dan bertolak-ansur(mcm ayat motivasi pula) walau kadang-kadang bertingkah hujah namun kami temui titik persamaan. Dengannya pelbagai pengalaman dan ilmu tercurah. Rasa kasih dan cinta bersahabat keranaNya.[5]

Inilah erti ukhwah di dalam sunnah. Inilah hikmah kepelbagaian namun tegar menjaga syariat dan akhlak muslimah.

 

Nota Kaki___________________


1] لحديث ابن عباس قال: قال النبي (ص):(( لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم, ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها محرم)) إلخ…رواه البخاري ( 3006) ومسلم ( 1341).
Terdapat khilaf ulama’ di dalam masalah ini. Jumhur ulama’ mengatakan haram seorang perempuan keluar tanpa mahramnya melebihi tiga hari
Yang terbit dari masalah syarat-syarat haji bagi wanita.

 

Berdasarkan Riwayat lain dengan lafaz yang lain dari Ibn Umar yang menegah wanita keluar lebih dari tiga hari tanpa mahram( Muttafaq Alaihi; Bukhari dan Muslim, Ahmad-
(نيل الأوطار:2ظ290).

Jumhur ulama mewajibkan mahram di dalam syarat wanita menunaikan haji. Manakala terdapat mazhab Syafieiah yang membolehkan haji wanita dgn sekumpulan wanita yang boleh dipercayai. Dan Malikiah mewajibkan haji bagi wanita jika terdpt baginya perjalanan yang aman dengan wanita yang aman saha atau lelaki-lelaki sahaja. Namun, di simpulkan khilaf di antara Syafeiah dan Malikiah dan fuqaha’ yang lainnya adalah berdasarkan safar wajib contohnya Haji.Dan tidak boleh diqiaskan dengannya safar pilihan2 yang lain bil-Ijma’ berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ibn Abbas yang awal tadi. Yang menguatkan apa yg dimaksudkan wajib mahram adalah pada waktu haji.(فقه الإسلام وادلته, ج3.)

Masalah ini luas diperbincangkan, dan ada para ulama’ yg mengharamkan lansung safar marah ke- mana-mana tanpa mahram walau atas alasan menuntut ilmu. Namun Dr. yusuf qardhawi mengatakan boleh andai wanita safar atau urusan menuntut ilmu ( dgn keamanan dan sekumpulan2 wanita yg dipercayai.) Namun ana lebih cenderung andai ada mahram kalau ada . Lebih selamat (walau dulu pergi blaja tanpa mahram terkena diri sendirila….:)

[2] Sekadar berkongsi pengalaman dan cadangan– Silalah, berjalan dengan cepat semasa di negara orang terutamanya. Supaya tidak ketinggalan bas atau tramco atau ghabbar yang harganya beberapa sen. Percayalah dengan jubah anda tidak akan punya masalah untuk aktif dan tidak akan terjejas ke"ayuan" yang anda risaukan akan hilang andai anda bergarak aktif atau pantas. Ini lebih baik dan selamat dari "dhoror" yg lain iaitu terlepas kuliah atau lambat didlm urusan. Usah anda risau walau sebesar manapun langkah anda; masih kalah pada ammu atau ablah Arab yang langkah gemalainya sahaja mampu mengatasi langkah seribu anda( ni exaggerate sket)—< Pesanan penaja buat ukht2 yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. (Usah gentar; ; anda perlu bersedia menjadi bakal ibu yang akan mendidik anak-anak tegar generasi abad ke-21-jilun mansyud)

[3] Fenomena ini kekadang kedengaran terjadi (teruatama di Mansurah-tmpt ana dan zaman ana dulu.)
ikalangan ikhwah yang agak berat (bukan kesemuanya) untuk menjadi musyrif apabila diminta akhwat yang mempunyai urusan-urusan penting( bukannya dgn alas an remeh seperti ingin membeli minyak masak atau membeli buah-buahan pencuci mulut di wkt mlm) Namun akhwat akan dimarahi pula seandainya keluar tanpa musyrif pada waktu dan urusan yang memerlukan. Ex: Terdapat urusan penting pada waktu malam kami memang diwajibkan oleh persatuan meminta musyrif di kalangan siswa untuk sekumpulan akhwat. (Tidak sangka kami menghadapi isu sama; dua lembah berbeza) Namun, bukan kesemua siswa begitu..Majoritinya bukan begitu. Alfun syukran bagi yang banyk membantu siswi-siswi.; kami akhwat2,

[4]Nah lelaki! Anda kerap menyatakan kami lemah (memang kami hamba Allah yg amat lemah) dan punya banyak kekurangan. Oleh itu, tegur dan pimpinlah kami. Bukan sekadar kritikan tanpa bimbingan . Ini bukan laungan feminism, (feminism tiada did lm Islam) namun hanyalah sekadar suara hati sebahagian wanita.( for me taat 100% yg dituntut pada perkara tiada maksiat & pergantungan sebelum berkahwin hanya pd Allah tentunya dan ibu-bapa sebelum kahwin dan suami selepas kahwin. Sebelum-berdikari!)

[5] Perempuan sesama perempuan. والعكس . Vice versa. Selain itu sila check balik did lm nas al-Quran atau Sunnah. Andai classmate, kawan sekolah, kawan se"jemaah", kawan sekampung termasuk did lm saudara seagama dan aqidah. Other than that, tidak menghalalkan hubungan atas nama apa pun. Ukhwah fillah or what so ever. Kawan saje, kenal-kenal dulu. Kami ikat tak nampak. Ana zuajuha mustaqbal. Kami makan-makan je..( tunggu la dik oi nnt dh kawin makanlah sekali.mkn sblm kawin, nnt dah kawin Allah hilangkan rasa sakinah yg Allah janjikan bila berkahwin. Suami balik penat-penat, biarkan dia mkn sorang.." Takpelah dulu kan kita selalu mkn2 sekali..you pesan utk I, I belanja u..sekarang sekali sekali makanlah sendiri…I penat tadi..bla.bla tgk soap opera,…(dlm hati..boring nye layan suami.(Nauzubillah)…Mana sakinah, mawaddah, rahmah?…Bila tiada barakah..beginilahà just example..)..abg adik angkat sejak tadika…, saya takde siapa lagi, dialah seorang kawan yg saya boleh harap (aik..try harder dear. .pasti ada sister2 yg available).Aman dari fitnah. This is the keyword.
 
 
p/s: Sahabat-sahabat yg dikasihi fillah, dan diri ini juga Allah tidak akan menguji kita andai kita tak mampu..Andai diuji bermakna= kita mampu..Caranya: Ilmu dan iman yg Allah kurniakan…Gunakanlah kurniaannya itu…insyAllah..khir..Mu’min tidak akan jatuh ke lubang yg sama buat kedua kalinya.

Message of Da'wah, Arkib, Poem/Poetry, PersonalMay 27, 2006 1:32 am

Warkah buat Arusah Fisabilillah

Aku menulisnya dengan penuh rasa cinta pada sahabatku ketika itu. Sahabatku, Ukht Zaiton akan melansungkan pernikahannya. Aku panasaran kerana tidak dapat menghadiri walimah beliau pada tahun lepas. Lantas, aku mengirimkan suratku kepada temanku, Nejmiye gadis polos dari Turki.

Warkah di bawah (ayat sedikit klasik) di tulis setahun lepas. Saya masih ingat detik itu. Kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis sahabat tersebut, saya hanya mengirim kepada teman baik Turki yang berkesempatan mengahadiri majlis beliau.

Saya sungguh takut andai tertinggal memesan kepada Nejmiya teman saya. Saya terus menghayun langkah ke bilik beliau yang berada di satu tingkat dari bilik saya.

“Nejmiya, benarkah kamu akan pergi ke majlis Zaiton? Saya benar risau andai surat ini tidak sampai ke tangannya”

Nejmiya, gadis mulus Turki itu hanya tersenyum polos. Seperti biasa, susuknya bisa menenangkan diri.

” Jangan risau Sumayyah, pasti saya akan sampaikan kiriman kamu ini”

Dia menenangkan saya. Oh, Nejmiya. Mengenangkan dirinya sahaja boleh bikin diri teringat akan segala budi baik dan halus bicaranya. Masakan enak beliau dan diskusi bersama.

Bersama sedikit pengemaskinian, saya berkongsi bersama di sini. Entri asalnya di sini dan pernah juga kuemel kepada emel Alumni Sekolah Hiraku dan pernah kutitip untuk sahabat-sahabatku yang lain. Namun Kekanda Zaiton adalah insan pertama yang pernah menerimanya hampir setahun lepas.
Bismillahir-Rohmani-Rahim

Segala pujian yang tiada tara hanya buat al-Khaliq, Rabbul Jalil, penguasa tujuh petala langit dan bumi, juga selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, kekasih agung, penghulu ummah pemberi syafaat buat sekelian alam.Juga para sahabat, tabie’ dan tabien yang dirindui, penerus Risalah perjuangan hingga ke akhirnya.

Buat ukht habibti yang dicintai dan dikasihi sepenuh hati kerana Allah….
Semoga kala ukht membaca warkah ini, berada di dalam Redha dan RahmahNya sentiasa dengan limpahan barakah, sakinah mawaddha sebagai arusah di jalan Allah…
Ukht yang dicintai fillah..
Tiada bicara rasanya mampu menatafsirkan betapa dalamnya perasaan rindu pada ukht…Seakan-akan terbayang kita menyulam bicara bersama.Saling bertukar pandangan, saling nasihat menasihati. Alangkah indahnya saat itu..Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati bila melihat barang-barang ukht tiada lagi, dan rasa bersalah bertimpa-timpa kerana tidak mampu dan tidak berkesempatan lansung menemui ukht buat kali terakhir. Sahabat dan adik apakah saya ini!..Namun ingatan yang tak putus tidak pernah padam buat ukht tercinta…
Akhirnya, tiba jua saat yang kita nanti-nantikan dalam hidup. Walaupun tibanya warkah ini, telah termetri akad di antara antuma, namun izinkan saya melakar doa yang terpatri dalam Sunnah s.a.w..
" BarakAllahulak WaBarakAllahua’laikuma  Wajama’ BainakumaBilkaier.."
Ukht yang dikasihi dihati..bakal pendidik jilun mansyud…
4hb yang lepas, tiga dua pertiga malam, saya bermimpikan ukht..Seakan-akan terbayang ukht mengejutkan saya.." Mari lihat gambar akak nikah ni." Dan sebak sungguh dada saya mengenangkan mimpi itu. Lantas, saya mengambil wudu’ dan menunaikan fardhu Subuh. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, menderu-deru airmata saya membasahi pipi. Saya sebak mengenakkan akan kehilangan ukht sebagai teman yang bukan dulu, namun bahagia mengenangkan ukht bakal menjadi sayap kiri kepada pejuang di jalan Allah..Saya sedih tapi gembira. Sungguh! Hanya Allah mengetahui.
Ukht mahbubah di jalan Allah..
Saya tahu saya bukan selayaknya, namun izinkan saya mengukir kata buat kakak yang saya cintai kerana Allah. Tika tiba saat ini, saat bertukarnya alam kepada sebuah ikatan dan "akad" yang berat. Yang mana terlerainya hokum haram kepada halal dengan satu, akad menuntutsatu tanggungjawab yang bukan mudah dan amat berat. Tika ini, terpundaklah amanah sebagai isteri, bukan sebaran isteri namun isteri kepada mujahid fisabilillah. Tegar dengan al-Quran dan Sunnah, penerus tarbiyah dan dakwah. Pemangkin semangat hidup dan mati untuk agamaNya!

Ingin saya nukilkan kata-kata Asma’ binti Kharizah Fazari r.a diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya. Katanya. " Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engakau tanah bagi suamimu (dengan mentaati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engaku seperti lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik, Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak-enak sahaja dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja dari dirimu"

Ukht fillah,
Taatilah suamimu  dalam taqwamu pada Allah. Redha suamimu adalah Redha Allah. Layanilah suami dengan sebaik-baiknya, namun jangan pula melalaikan dia dengan kehidupan dunia, namun gegarkan jiwanya dengan ruhul-jihad, dan tugasan dak’wah dan tarbiyah yang sentiasa mendepani kita. Jadilah sayap kiri yang ampuh buat sayap kanan perjuangan yang utuh.!!Ukht yang diingati,
Semoga jua, Allah kurniakan barakah, mawaddah nikmah, sakenah, yang tidak putus buat antuma. Moga-moga ukht juga menjadi seperti isteri Syuraih; hakim terkenal Islam, ketika malam pertama, bertanya kepada suaminya. "Wahai suamiku, apakah yang kamu dan suka, beritahulah nescaya aku akan cuba memenuhinya." Dan Syuraih berkata." Sepanjang hidup aku bersama isteriku, tidak pernah aku melihat melainkan yang elok-elok sahaja!
Juga tegar seperti isteri Mustafa Masyhur, ketika beliau di dalam tahanan, tabah isterinya memelihara harta, dan anak-anaknya. Sabar menjadi isteri pejuang Risalah yang payah ini. ! Juga Khan’sa yang menyerahkan ketiga-tiga anak lelakinya ke medan jihad, tegar jiwanya, yang menerima kesyahidan anak-anaknya dengan senyuman bahagia. Telah kutunai janjiku pada suamiku..Katanya. Semoga Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk menjadi andai tidak sepenuhnya seperti mereka.

Zaujah solehah pada suami yang soleh,
Tika suatu hari nanti juga, kamu bakal menjadi ibu. Kamulah itu yang akan menjadi penanam benih jilun-mansyud atau generasi yang ditunggu-tunggu. Begitu juga bakal ibu kepada jilun Qurani Farid! Kamulah itu yang akan mendidik anak-anak agar meletakkan cinta dan Redha Allah di tangga yang utama. Juga sentiasa membajai dengan ilmu warisan Islam, dan kemuncaknya adalah hidup dan mati untuk agamanya, mati berdarah sebagai syahid! Tetaplah ukht ku akan jalan yang payah ini. Taat, patuh juga menjaga amanah, harta, anak-anak tika suami tiada di rumah.
 
Jalan yang bukan mudah. Perlu dibayar dengan darah dan airmata..
Moga-moga Allah menyaksikan segalanya. Dan diberi ganjaran yang selayaknya buat pendokong risalah dakwah yang sukar dan penuh turis ini..
Ukht yang dicintai di hati..
Rasanya itu sahaja yang mampu kunukilan. Sekadar cetusan rasa buat insan pengantin di hari bahagia. Moga-moga segalanya dipermudahkan, dilimpahi Rahmah, hiadayah dan barakah yang tak putus-putus. Juga moga cekal mengharungi hidup sebagai isteri seorang pejuang. Kuatkan dirimu ukht!.

:Uli dan lesung! Kita gaul tolak-ansur, saling memahami, bertanggungjwab menjadi satu. Moga beroleh barakahNya:
Selamat Pengantin Baru Arusah di jalan Allah
Aku menyayangimu sepenuh hati kerana Allah
Mendoakan jua sentiasa untukmu..FiAmanillah!
Salam sayang buat arusah yang dirindui
nai

Sumayyah Abdul Aziz
10/3.2005

-Aku sisipkan sekali warkah buat Ukht Zaiton di atas dengan satu sajak yang pernah kutulis lama dahulu di bawah ini. Kutulis semasa aku di mansurah, Mesir dulu. Semasa kekandaku, Siti Noor Izzati Hussein akan berkahwin. Bersama-sama kita membacanya.-

Termetri sudah
Duhai insan bergelar isteri,
Buat pejuang di rantai ini,
Sudah termetri janji,
Sudah diikat setia,
Sudah dibongkar rahsia atma
Sudah suluh  jiwa
Bagai diatur bersama,
Engkau melamar,
Memetrai janji  buat yang halal,
Engkau merisik
Menyinggah diri sebagai suami,
Kini,
Rahsia hati,
Sudah lumat dalam diri,
Kini,
Singkap jiwa
Telah lerai tersimpul mati,
Bisikan  garisah,
Desis halus berlagu merdu,
Telah berpada
Menjadi usrah   tiada jemu,
Berganding membina diri,
Bersama menongkat jihad,
Bersatu melakar impian
Bertaut menyisip abstrak hidup,
Berpimpin mengintai kanvas syahid
Berjanji memikul perih  amanahNya
Bersama segala
Meredah desak arah hidup
Menjunjung asperiasi Sunnah Nabi
Menjadi dagang di zaman modenisasi
Genggam Sunnah persis genggam bara api…..
Isteri
Kau sahabatku…
Menjadi medan generasi pejuang Ilahi,
Mencorak variasi ummah bervisi,
Mendidik benih hamba Rabbi,
Menyatu tenaga meredah,
Turisnya duri untuk menghirup,
Lazatnya cinta Rabbi…

Suami..
Engkau di sana,
Memerah darah,
Mengalir keringat,
Pasung tenaga,
Gelut usaha,
Ripuh rasa,
Demi damba taman cinta-Nya,
Pejuang di siang hari,
Pengabdi Tuhan di malam hari
Mengejar syahid impian sukma,
Yang hidup hanya untukNya…
Suami, isteri…..
Bukan di sini,
Bukan cinta kita matlamat utama
Namun,
Bersama untuk Cinta Kekasih selamanya..
Bersatu mengemis tulus RedhaNya,
Berganding mengait mulus RinduNya,
Kita berpaut, bertaut ; hanya..
Untuk, kekal bahagia,
Di RaudhahNya..
Lestari di dakapan halus
Tuhan
Yang Maha Mengerti Segalanya
Hanya kerana
D.I.A
Cinta Agung kita..
Hanyalah keranaNYA
Hanya…
Maka termetri janji ini….

Sumayyah Abdul Aziz
mansurah
Julai 2003