Ini kisah pembaca ketinggalan zaman yang kononnya mecintai dunia sastera.

Menguliti tulisan Hamka " Di bawah Lindungan Kaabah " dan karya Faisal Tehrani "Advencer Si Peniup Ney " yang mungkin sudah hampir di baca semua peminat sastera membekas di hati amat. Kedua-duanya memberi kesan mendalam dan menyeluruhi konsep cinta dan musik. Mungkin esok-esok sahaja kita panjangkan kisah ini.

Ahlan
Ahlan ya Ramadhan. Times to repent and ask Allah forgiveness, to recite the Quran as much as we can, to be better servants to Allah.
Allahuakbar. We have to thank Allah of HIS love, blessing and mercy towards us; the sinful servants. He gave everything despite what we have done.
I really love to read Said Nursi book’s after Sister AlBazrah has introduced me to his biography, lifes and books. His books really string my heart, and his words really seem so lively and full of rational explanation and logical analogies of the existence of Allah. Indeed if we read his book we will fell like he talk to ourselves.
Here I will qoute some of his writing in " The Words". It is a chance to really know our real purpose of life and fell it truly deep down in our heart. Furthermore, on behalf of the coming Ramadhan maybe we can learn something from his writing. I felt very closed by what he wrote in this book. The third word in:-
(more…)
Ketika menemui gadis Turkistan di masjid. Rasa gembira amat dan terfikirkan sesuatu ..ana termanggu dan terfikirkan novel ini…
Semasa kami belajar di negara orang dulu, jarang-jarang kami meminati penerbitan mereka yang berunsur sastera, melainkan kitab-kitab agama, surat-surat khabar yang sampai sekarang masih disimpan dan tidak dibenarkan digun walau untuk melapik meja. Juga majalah-majalah yang harganya seringgit; segeneh. Yang kononnya ingin belajar bahasa bangsa itu. Lucu bila dibayangkan ketika hari Jumaat, kami akan mencuri-curi solat Jumaat di masjid yang dipenuhi lelaki dan perempuan yang kami cintai kerana Allah. Kami akan berpusu-pusu di lautan jemaah wanita. Mulanya kami ingatkan ianya masjid ikhwan Muslimin. Namun bila diingatkan kembali rupanya ianya masjid neo-salafi! Kami akan membeli kaset-kaset rakaman khutbah jumaah.Yang kebanyakkan berbaur tazdkirah tentang hati dan kehidupan. Entahlah kami pun tak ingat bagaimana kami boleh tergerak ke sana..
Usai solat kami akan menujur ke gerai buku, membeli majalah-majalah yang kami suka, dan mengusungnya ke rumah sewa kami. Oh ya! Namun ada juga satu buku terjemahan oleh pejalar Malaysia yang amat membekas di hati kami. Weil China. Buku itu, sekalipun biasa sahaja pada luarannya namun memberi makna yang bererti buat kami. Jangan salah anggap, ianya bukan buku cinta. Ianya buku tulisan hasil jerih wanita turki bernama Amina.
Andai kami membaca testimoninya, air mata kami akan mengalir deras malu pada diri sendiri! Apa yang telah kami lakukan untuk agama kami sendiri? Tiada apa yang boleh dibanggakan di hadapan Allah nanti. Entah di lapisan manakah agaknya kami berada nanti di kalangan jutaan manusia yang lebih soleh dan tinggi taqwanya di sisi Allah..
Entah kami ni dapat tidak melihat zat Allah yang agung..Siapalah kami ini..Namun kami takkan putus asa..Ya ! Tidak putus asa pd rahmah Allah. Kearana itu kami masih hidup.
Weil china
Wanita Turki itu juga yang telah menulis buku " Maria " yang popular mirip kisah Isabella anak gadis paderi yang telah memeluk agama Islam. Amena yang tegar menulis dengan mata pena hasil cinta pada Allah dan Islam. Tulisannya yang mebuat lelaki soleh berfikir dan tidak lena malam. Ini benar. Juga buat kami menangis membaca kisahnya yang kadang-kadang ayatnya penuh perasan halus, juga kadang-kadang keras membentak ideology barat. Utama, tulisannya bukan memancing minat pembaca, Ianya terbit dari hati yang tulus dan kisah. Oleh itu, ia menresap jauh ke lubuk hati kami.
Kami merasa aneh bagaimana tajam dan halusnya menusuk hati kami, hingga mebuatkan kami teresak-eask membayang penderitaan saudara-sauadara kita yang di zalimi oleh ideology bertunjangkan atheis walaupun namnanya berbeza.
nai
me
Mari kita lihat apa kata Muslimah bernama Aminah Syenlikoglu yang kami kagumi ini.
" Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republic bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah."
" Semua jenis penyeksaan adalah natijah Atheis walau namanya berbeza "
Kata Sasterawan Syule Yuksel Syenler.
" Saya membaca ‘ Weil China’ karya puan Aminah dengan penuh perasaan. Kami semua mengenali puan Aminah, seorang yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan pihak berkuasa serta dirinya sendiri. Beliau sering berkata " Apa yang mesti aku lakukan terhadap mindaku ini dan apa yang boleh aku lakukan padanya"
Juga kata-kata sasaterwan Turki- Husen Ozmez
" Puan Aminah telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuatkan saya tidak dapat tidur sampai ke pagi. Saya mula dapat selami apa yang dialami oleh orang-orang Islam daripada segala jenis penyeksaan sewaktu membaca novel " Weil China" ini sehinggakan air mata tidak dapat saya tahan sewaktu menjiwai patah-patah yang keluar dari mulut imam sambil airmatanya berlinangan mengalir ke pipi kerana terlalu teruk diseksa." Aku akan datang kepadamu wahai Rasulullah."
Saya menangis beberapa detik kerana terlalu sebak sambil berdoa memohon ke hadrat Allah agar mematikan saya pada jalan yang mulia ini setelah saya dapat menuntut bela untuk golongan lemah yang dizalimi.
Rasa malu pada diri sendiri mula menyelubungi diri lebih-lebih lagi terasa malu kepada roh Islam saya sewaktu meneliti baris-baris ayat di dalam novel ini. Ianya sebuh kisah yang amat memilukan, bukannya sekadar sebuah cerita biasa yang dihasilkan melalui khayalan semata-mata bahkan sebuah rrealiti. Puan Aminah menggunakan gaya bahasa yang menarik sewaktu mempersembahkan kisah di dalam novel ini. Dari sudut bahasa beliau menggunakan bahasa yang lancer seperti air sungai, ada kalanya menggunakan gaya bahasa yang panas membara seperti bara api.
Kisah yang dipamerkan oleh beliau dalam novel ini sunyi daripada benda yang dibuat2 bertujuan memancing minat pembaca………."
bersambung
me