June 7, 2007

Azim, the class monitor form 2 An-Nasai who have been in Yaman for almost 2 month. JazakAllah Azim for sending these picture to me.
Daniel, a very special and unique boy. Words can’t describe enough. Always live up the class up with laughters and make the teacher head spinned through his " don’t know what to describe " behavior.
Ben, who have runaway from the class once and make the teacher speechless with the heart-thudding moment, stumbled alone not knowing what to do. A boy who gonna turn into a soleh Muslim, InshAllah.
Affendi. He once has bowed down (!) to asked for forgiveness from the teacher (this is really true ) but the teacher have immediately urged him to got up. It was a very shocking moment for the teacher.
Muadz and Saiful, both of you are truly a good student.
—-
O Allah, how could I leave them without dropping a bucket of tears when YOU have filled my heart with YOUR loves. O Allah please do shower them with YOUR love and bless. Make them a true mu’min, muttaqien, ‘Arifin Billah, Daiyah IlAllah and please do ya Allah guide them to your right path and make them a strong, humble, courageous and positive person who can contribiute something to the Ummah. Amin. " Salsa, Fatima, Ben, Adam, Mikail, Azim, Musa, Rahimah, Suhaila, Samira, Fatin, Musa’b, Muadz, Koshin, Aiman, Naim, Affendi, Saiful, Danial and Sarah; All of you were teacher’s ‘rainbow’ ( you have cherish teacher life with laughter ) ‘Apple pie’ ( because the teacher love all of you-very much ) ‘rain’ ( you have melted the teacher heart with your tears make the teacher worried if you are sick for only one day), ‘Candy’ (because you have made the teacher head spinning with all the witty and naughty behaviors and QUESTIONS ). On top of that, in what ever conditions all of you will always be in teacher’s dua’h and heart. InshaAllah. Not to forget for all the colleagues, Jazakumullah.
Imam Al-Haddad indicated that a true Mu’mins are those who are their heart only will feel the sorrow but not their soul-ruh. Naqal min Habib Salim.
May 16, 2007

Selamat Hari Guru Buat semua alam kehidupan yang mengajar kita secara lansung atau tidak langsung tanpa kita sedari atau tidak. Dedaun, pokok-pokok, langit, gunung-ganang, pantai, sungai, angkasa, binatang-binatang semuanya bersatu dalam ketaatan dan zikrullah memberi kita satu pengajaran. Allah itu Esa dan wajib bagi kita mentaatiNYA.
Setiap hari bagi mereka yang berfikir, merupakan pelajaran baru yang dihamparkan oleh Allah bagi mendidik kita dengan penuh sabar agar kita menjadi manusia yang belajar dan terdidik.
Buat guru-guru yang sekian ramai dalam hidup tuan site ini, tiadalah bahasa juga kalam yang dapat menaksir segala apa yang telah kalian tumpahkan. Allah jua yang akan memberi sebaik-baik ganjaran. Andai dikumpul segala yang termahal dan terindah dari alam maya ini masih belum mampu membayar sebuah kurnia bernama ikhlas dari ciptaan bernama guru. Arigato Sensei!
Sesudah bergelar guru baru dapat kutelahi betapa perit dan susahnya menjadi seorang manusia bernama guru! Buat semua anak-anak murid cikgu; Cikgu sayang amat pada kalian. Apa yang terluah; Marah, teguran dan ketegasan semuanya biasan dari cermin hati cikgu yang paling dalam. Terima kasih kerana kalian juga mengajar cikgu sesuatu; Kesabaran. Kalian di hati selalu.
Semua dari kita perlu sangat berterima kasih kepada penghulu guru kita Sayyidul Kawnain Wathaqalain Rasululllah s.a.w yang mengajar segala yang mulia. Maha Suci Allah yang mengurniakan kita pendidik sebegitu rupa.
Tidak terucapkan juga terima kasih tidak terhingga kepada semua teman-teman yang bergelar guru.
* Kad tulisan tangan yang pertama yang tuan site ini terima; "Hepi Tices Day" beserta kata-kata yang dinukil menjadi sajak yang sederhana terbit dari seorang anak murid yang ikhlas yang mana masih sempat mencuri-curi masa di sela waktu peperiksaan membuat kad buat cikgunya ini. Terima Kasih, Hidayah.
Comments Off
May 15, 2007

"Your SPM certificate is but a piece of paper. Your life, however, is yours to live. How you live it is what will make all the difference"
Read more of this ’surprisingly moving’ letter by Brian Yap here
This is a short sort-of letter to some of my unknown students and whom gonna sit down for SPM’s this year.
__
To my dearest students in a far away land
(more…)
Kali ini ana ingin menggunakan saya. Sekadar berlegar isu sekitar pendidikan secara umum dan betapa kita perlu akur metah asas pembentukan manusia bermula dengan momentum utama kehidupan iaitu keluarga.
Kalau dikira hari-hari mengajar itu akan sunyi dari ujian dan cabaran maka kita silap. Membaca kisah Saiful Islam akan bagaimana kisahnya mengajar di Ireland dahulu menyuntik semangat ke dalam diri. Mendidik anak-anak yang datang dari keluarga berada, ternama berbilang bangsa malah ada juga yang kahwin campur bukan senang. Bukan semudah mewajibkan memakai kopiah bagi pelajar lelaki. Kadang-kadang lucu juga bila membayangkan adanya anak-anak yang berambut pelbagai memakai kopiah dengan pelbagai fesyen. Warnanya tetap sama tapi gayanya berbeza. Ada yang memakainya ala-ala hip-hoppers, ada yang memakainya dengan menampakkan rambut di depan dan berbagai-bagai cara lagi. Bukan mudah memahami mereka. Kebanyakan mereka datang samada dari keluarga yang tersangat kaya atau kaya dan ternama. Mereka hidup penuh mewah dan glamour. Apabila pulang mereka hidup dalam dunia yang sangat berbeza dari apa yang dididik di sekolah. Sehingga ada juga dari mereka yang datang dari keluarga yang diabaikan keluarga. Punya segalanya namun sangat kurang kasih sayang dan perhatian. Anak-anak di sini begitulah mereka dan itulah istimewanya mereka.
Saya tidak pernah bercita-cita menjadi guru. Malah tidak pernah meletakkannya sebagai impian hidup.Mengajar, mendidik pada saya adalah kerja wajib umpama berdakwah. Tanpa nama atau gelara semua manusia perlu menjadi guru kepada kehidupan dan menjadikan kehidupan sebagai guru. Bagi saya juga, guru sangat butuh akan dedikasi yang bukan sedikit juga harus bersedia didepankan dengan cabaran yang hebat dan menagih kesabaran yang bukan sedikit. Layakkah saya menjadi guru?
HARI PERTAMA
Melihat 18 anak mata tertuju pada saya ketika pertama kali masuk ke kelas amat mendebarkan. Saya melihat ke wajah mereka satu-satu. Pesanan guru-guru lama bagai terbang dan saya mendepani mereka dengan diri saya sendiri. Walaupun gementar saya cuba melakukan yang terbaik. Seperti biasa guru akan menjelaskan apa yang dia mahukan dalam kelasnya. Taaruf adalah perkara wajib dalam kelas. Namun saya tidaklah memanjangkan taaruf secara umum. Sebaliknya saya panggil anak-anak dari pelbagai negara ini dan bersembang secara personal dan individual.

Saya tanya apa yang mereka rasa. Apa sahaja. Ada yang ibu di Austaralia, ada yang ayah di Canada. Berbagai rencam.
Sebenarnya tika itu, cabaran sebenar belum bermula. Anak ‘istimewa’ yang sangat ‘patuh’ belum tiba dari bercuti. Juga pelajar Malaysia yang belajar bahasa di Yaman belum pulang. Saya menanti kedua-dua mereka tiba. Seorangnya anak yang sering disebut-sebut sebagai pencetus kekecohan sekolah.
Seorangnya pula bakal membuat saya cemburu kerana berpeluang ke Yaman. Menantinya pulang membuat saya teruja kerana sarat hati penuh harap supaya dapat berbual dengannya dalam bahasa Arab dalam kelas English Medium yang kurang mahir berbahasa Arab itu.
GURU SEBAGAI IBUBAPA KEDUA
Saya sangat positif kepada setiap dari mereka dan sayang akan kesemuanya. Walau ada yang lemah dalam pelajaran dan menguji sabar sungguh, namun semua istimewa di mata saya. Tetapi semalam benar-benar mencabar sabar dan emosi saya.
Di kalangan anak-anak kelas, kebanyakkannya sangat chatty dan bising, namun anak ini berbeza benar. Beliau sangat berakhlak, sopan namun tidaklah sampai tidak bergurau. Menghormati guru dan suka belajar. Sebagai contoh, semasa saya memberi manaqib Imam sempena nama Imam kelas, tiada satupun yang bertanya akan apa-apa yang ada dalam kertas itu, melainkan dia. ” What is Shi’ teacher?”. Juga ketika kebanyakan pelajar lelaki mengerumuni meja saya, dan beliau yang seharusnya berada di situ kerana ingin menyerahkan data peribadi kepada saya tersentak dan berlalu pergi apabila saya mengatakan ” Oh, I have a lot of kids.” Saya tidak marah, namun gelagat anak-anak itu yang bertanya itu dan ini membuatkan saya berasa bagai mempunyai banyak anak dalam satu masa. Saya jauh dari marah atau perli namun beliau terus tersentak dan duduk di meja seraya menyediakan buku kelas selepas itu di atas meja. Likeable. Disukai ramai. Berkahwin campur memberi kelebihan baginya apabila wajahnya tidak seperti melayu, tapi tingkahnya sangat kemelayuan. Religious and pious mother will develop a great kid; there is no doubt about that. To be a reverted Muslim, his mother has created a great impact in his child character, dan bertuahlah dia kerana memiliki ibu seperti itu. Saya sangat bangga dengannya namun saya tetap akan menegurnya andai beliau salah dalam tingkah lakunya. Saya sangat tidak meyangka ada sesuatu dalam jiwanya. Anak lelaki sukar digambar, dan itulah dia.
Namun semalam, segalanya berlaku dengan tiba-tiba. Dalam perjalanan kami menukar kelas, tiba-tiba beliau hilang. Katanya lari kerana perselisihan bersama kawan sekelas. Saya terkejut namun saya menyuruh mereka mencarinya. Kata mereka dia menghilangkan diri apabila terserempak mereka. Saya tahan perasaan yang sangat risau dan meneruskan kelas kerana masa sudah diambil banyak apabila kami terpaksa menukar kelas akibat kebocoran di dalam kelas kami. Saya harap beliau selamat dan perasaan risau itu saya pendam dan tukarkan tumpuan kepada pelajaran hari itu. Apa sebenarnya yang terjadi. Benak saya jenuh memikirkannya. Kelas pula semuanya bertanyakan dia. Namun saya biarkan soalan mereka berlalu begitu sahaja. Saya tahu saya perlu mengambil tindakan segera namun saya cenderung mencarinya sendiri dahulu selepas kelas. Lagipun masa untuk subjek saya hampir selesai.
Bersambung inshAllah.
p/s: Salam Maal Hijrah 1428. InshAllah, Syaikh Fahmi Zamzam al-Banjari al-Nadawi al-Maliki akan berada pada 20 JAN, Sabtu malam Ahad di Yayasan al-Jenderami Dengkil. 21hb ni inshAllah a class by Syeikh Fahmi Zam-zam will be held at Anjung rahmat after Mahgrib. The kitab that will be discuss will be ” Al-Hikam”li Ibn ‘Athailllah.InshAllah. Note will be provided during the lesson, inshAllah.
Buat saudara/i yang ada bertanya tentang hadith Qudsi berkaitan ” Ana ‘Inda Munkathiratil Al-Qulub” ana sudah mencari dalam kitab2 matan hadith dan takhrij termasuk hadith Qudsi namun tak ketemu. Cuma, ana menemui matannya dalam kitab tafsir Fi Zhilalil Quran namun masih tidak beserta takhrijnya. Bagi pengunjung di sini yang ada maklumat berkenaan hadith tersebut ana pohon jasa baik ikhwah-akhwat untuk berkongsi maklumat. Jazakumullah
Oh, kadang-kadang malah selalu-selalu hati yang hanya akrab dengan dunia perlu kita lenturkan dengan majlis malaikat.